Tragedi Ramadhan : 2 Pelajar Politeknik Merlimau Maut Kemalangan

  No comments    

Dua pelajar Politeknik Merlimau maut dalam kemalangan di Kilometer 26, Lebuh Raya AMJ - Serkam, Melaka, awal pagi tadi.Dalam kemalangan membabitkan tiga buah kereta itu, tiga lagi mangsa cedera parah.Mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Izuan Abdul Majid dan Farah Nabila Sazali.Kedua-duanya berusia 20 tahun.Siasatan awal mendapati semua kenderaan datang dari arah yang sama menuju ke arah Muar.

Sebuah kereta Wira yang dipercayai dipandu laju merempuh belakang kereta Kancil yang dinaiki Mohd Izuan dan Farah Nabila.Rempuhan menyebabkan kereta Kancil berkenaan terseret dan terbalik.Sebuah kereta Ford Laser yang cuba mengelak telah melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik di jalan bertentangan.Kemalangan itu menyebabkan pemandu serta penumpang Proton Wira dan Ford Laser parah.Kesemua mereka dihantar ke Hospital Muar.Mayat mangsa pula dibedah siasat di Hospital Jasin.

sumber : berita terkini tv3

0 jejari comel:

Post a Comment

Thank you for taking your time to leave what your thoughts! Will respond as soon as possible!