Raya raya jugak,,tapi Zakat Fitrah dah bayar ke?Apa tue zakat fitrah??

  No comments    



Dari Segi Bahasa 
Zakat dari segi bahasa bererti “BERSIH”, “SUCI”, “SUBUR”, “BERKAT” dan “BERKEMBANG”Pengertian “BERSIH” dan “SUCI” dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.

Dari Segi Syarak

Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

Dalam hadis riwayat Ibnu Umar:



“Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat Fitrah pada Bulan Ramadhan pada orang yang Merdeka, hamba sahaya, laki-laki, perempuan dan kaum Muslimin.”

SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT FITRAH

  1. Mestilah ia seorang Islam dan Merdeka.
  2. Mempunyai harta lebih daripada keperluan perbelanjaanya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya.
  3. Wajibnya zakat Fitrah itu ialah setelah terbenam matahari pada akhir Bulan Ramadhan. Tidak wajib zakat Fitrah ke atas orang yang mati sebelum terbenam matahari pada hari akhir Ramadhan, atau kanak-kanak yang lahir selepas terbenam matahari akhir Ramadhan atau bagi seorang muallaf yang baru memeluk ugama Islam sesudah terbenam matahari pada akhir Ramadhan atau seorang lelaki yang bernikah sesudah terbenam matahari akhir Ramadhan.

WAKTU-WAKTU MEMBAYAR ZAKAT FITRAH

  1. Waktu Yang Dibolehkan iaitu dari awal Ramadhan sehingga hari akhir Bulan Ramadhan.
  2. Waktu Wajib iaitu selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
  3. Waktu Afdhal iaitu selepas sembahyang subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan sembahyang Raya Aidil Fitri.
  4. Waktu Makruh iaitu selepas sembahang Hari Raya Aidil Fitri sehingga tibanya Waktu Maghrib (iaitu sebelum terbenam matahari).
  5. Waktu Haram iaitu selepas terbenam matahari pada Hari Raya Aidil Fitri.

TEMPAT KUTIPAN / PEMBAYARAN
Pembayaran zakat Fitrah boleh dibuat di salah satu daripada tempat-tempat berikut:-

  1. Kaunter Bayaran, Pejabat Baitulmal,
  2. Amil-amil yang ditauliahkan sama ada di Surau, Masjid, Pejabat Kerajaan atau tempat-tempat tertentu di sekitar negeri masing-masing.

KADAR BAYARAN

  1. Kadar bayaran mengikut cari asal ialah 1 gantang Baghdah makanan asasi seperti beras atau
  2. Mengikut sukatan/timbangan sebanyak 2.27 kilogram bersamaan.
  3. Nilai mengikut kadar sekaran.


 
Nota : Nilai kadar zakat Fitrah akan berubah dari masa ke semasa mengikut kesesuaian yang akan ditetapkan oleh Majlis Ugama Islam


LAFAZ AKAD FITRAH

  1. Bagi Diri Sendiri
    ‘Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi diriku pada Tahun ini kerana Allah Taala’.
  2.  Bagi Diri Sendiri dan Tanggungan
    ‘Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi diriku dan tanggungan pada Tahun ini kerana Allah Taala’.
  3. Bagi Pihak
    ‘Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi ………………… pada Tahun ini yang diwakilkan kepadaku kerana Allah Taala’.

0 jejari comel:

Post a Comment

Thank you for taking your time to leave what your thoughts! Will respond as soon as possible!