Boikot Barangan Israel



Marilah kita teruskan usaha kita memboikot produk-produk Israel, kerana Allah suka hambanya yang beristiqamah dalam membuat kerja atas keredhaan-NYA. 




Boikot Israel. Kerana setiap kita yang membeli produk-produk penyumbang Zionis itu, kita memberikan sekian ringgit dan dolar untuk Zionis yang kemudian dibelikan peluru untuk ditembak ke tubuh pejuang, wanita dan kanak-kanak Palestin.

Mari ambil sedikit masa berkenalan dengan produk 'berprestij' yang menjadi kebiasaan kita selama ini, dan inilah saatnya kita semua mengerti apa dan siapa yang berada disebalik semua ini.

Mc Donald's




Menurut Chicago Jewish Community Online (laman web milik Dana Syarikat Yahudi Chicago), Markas Besar Mc Donald's Corporation yang berpangkalan di luar Chicago, adalah cabang perniagaan Syarikat Dana Yahudi (Jewish United Fund-JUF) dan Federasi Yahudi (Jewish Federation).

Salah satu tujuan JUF adalah menjaga dokongan ketenteraan, ekonomi, dan diplomatik Amerika Syarikat, mengawasi, bahkan mengawal pemberitaan media ke atas Israel. Salah seorang CEO Mc Donald's, Jack M. Greesberg, adalah anggota kehormat Badan Dagangan dan Industri Amerika-Israel (Israel-America Chamber of Commerce).

Coca-Cola




Tahun 1997, delegasi misi ekonomi Israel memberikan penghargaan Israel Trade Award kepada Coca-Cola atas kesetiaan mereka memberi bantuan kepada negara itu selama 30 tahun. Coca-Cola juga menolak seruan Liga Arab untuk memboikot Israel. 

Pada Februari 2002, Coca-Cola bekerja sama dengan friend of Israel menjadi sponsor ceramah tokoh Zionis, Linda Gradstein, di Universiti Minnesota.

Tahun 2002, Coca-Cola membangunkan kilang di atas tanah milik Palestin yang dirampas Israel. Ini hadiah Israel atas sumbangan jutaan dolar Coca-Cola kepada mereka.

Produk yang masih berafiliasi dengan Coca-Cola adalah Dr Pepper, Fanta, Fruitopia, Kia Ora, Lilt, Sprite, Sunkist, dan Schweppes.

Nestlé




Satu perusahaan dengan Johnson & Johnson. Beberapa jenama produk Nestlé yang dipasarkan di Malaysia antaranya ialah Nescafé, Nestlé Milo, Kit Kat, Aiskrim Nestle, Maggie, dan pelbagai lagi.

Johnson & Johnson




Tahun 1998, wakil perusahaan Johnson & Johnson, Roger S. Fineon, mendapat penghargaan Jubilee Award dari Perdana Menteri (PM) Israel, Benyamin Netanyahu. 

Penghargaan tertinggi ini diberikan atas dasar kesetiaan Johnson & Johnson memperkuat ekonomi Israel.

Sejumlah produk Johnson & Johnson beredar di Malaysia adalah barangan bayi dan kanak-kanak, antara lain: Johnson Baby Powder, Johnson Baby Lotion, Johnson Baby Shampoo, Johnson Baby Oil, dan Johnsons Baby Cologne.

L'Oreal




Dianggap sahabat rapat Israel dan telah menanam modal besar-besaran di Negara Yahudi itu. Kongres Yahudi Amerika telah menyatakan 'keputusannya' dengan perusahaan ini yang disebut-sebut sebagai 'teman hangat'. 

L'Oreal telah menetapkan Israel sebagai pusat perdagangan di Timur Tengah dan telah meningkatkan pelaburan dan pembuatan produk di negeri itu. Masih satu kumpulan dengan mereka adalah Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Halena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La rocheposay, Carson.

Danone




Tahun 1998, Franck Riboud, yang berasal dari Israel, atas nama perusahaan Danone, menerima penghargaan Jubilee Award yang diberikan Perdana Menteri (PM) Israel, Benyamin Netanyahu. Danone Institute, sudah didirikan di Israel sejak Julai 1998.

Danone dikenal memiliki banyak jenama air mineral di seluruh dunia. Di Asia mereka tampil dengan jenama Yilli, di Indonesia Aqua, di China Wahaha. Dan di Malaysia, antara produk mereka yang terkenal adalah Oreo, Aqua, Ritz, dan keju Kraft.

Revlon




Menurut majalah Forbes, pemodal syarikat ini, Ronald Perelman, adalah seorang Zionis. Dia dikenal sebagai pendukung utama Zionis dan juga anggota The Simon Wiesenthal Center, kelompok ternama di dunia dan kerap mempromosikan Israel.

Starbucks Cofee




Direktor Starbucks, Howard Shult, dikenali sebagai aktivist Zionis yang kuat. Tahun 1998 dia diberi penghargaan Isarel 50th Anniversary Friend of Zion Tribute Award oleh Jerussalem Fund of Aish HaTorah.

Sejak meletus perang keatas Lebanon, pemimpin Syarikat Starbuck menyumbang setengah keuntungannya untuk Israel .

"Mendukung Yahudi dengan secangkir kopi", ungkapan tersebut sering terdengar ditujukan kepada penggemar Starbuck Cafe.

Di saat banyak perusahaan lain bermati-matian menarik diri dari Israel, Starbucks sebaliknya memutuskan untuk menolong ekonomi Israel yang sedang dilanda krisis dan menanam modal untuk membuka counter Starbucks di Israel (Shalom Coffee Co).

IBM




International Business Machines Corporation (IBM) diketahui memiliki hubungan rapat dengan Israel. Senior Vice President IBM, Ricciardi lawrence, dalam sebuah wawancara dengan Akhbar Israel, The Jerusalem Post, mencatat bahawa syarikat ini telah mengupah 1700 orang Yahudi. IBM merupakan tiga dari perusahaan yang dipuji dalam acara malam penghargaan demokrasi The American – Israel Friendship League (AIFL), 25 Jun 2001, oleh Ariel Sharon, bekas PM Israel.

Nokia




Pengurus Am Nokia, Lars Wolf, mengatakan dalam sebuah wawancara dengan The Jerusalem Post, 4 May 2001, “Kami benar-benar fokus pada israel dari semua sudut kerana kami memiliki projek dalaman bernama Project Israel.”

Time Warner Inc




Time Warner Inc dikenal sebagai raksasa media. Wakil Direktor Time Warner, Kenneth Novack, pernah secara terang-terangan mengaku bahawa sangat menguntungkan bekerjasama dengan Israel.

Satu kumpulan dengan Time Warner adalah TIME Magazine, Life Magazine, Time-Life Books, CNN (TV Network), Warner Bros, dan ICQ (Internet chat program).

Marks & Spencer




Sir Marcus Sieff, chairman M&S, menulis dalam sebuah buku bahawa tujuan perusahaan ini adalah untuk membantu perkembangan ekonomi Israel (Management: The Marks & Spencer Way, Weidenfield & Nicolson, 1990). M&S mendukung Israel dalam bentuk dagangan sekitar $233 juta setahun (Jerusalem Report, 5 Juni 2000).

Philip Morris




Phillip Morris telah mendermakan 12% keuntungannya untuk Israel. Dengan rata-rata margin keuntungan sehari sebanyak 10%, atau $80 juta sehari, maka $9.6 juta wang umat Islam diberikan kepada Israel.

Produk-produk di bawah payung Philip Morris adalah Marlboro, Merit, L&M, Sampoerna Tbk, Lark, Winston, Gold Cost, Côted'Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince, Benson & Hedges dan West.

Delta Galil Industries Ltd




Delta Galil, salah satu syarikat tekstil terbesar di Israel. Pengasas dan pemegang saham utama perusahaan ini, Dov Lautman, merupakan sekutu rapat Presiden Israel, Ehud Barak.

Jenis produk perusahaan ini adalah produk-produk Nike, Reebok, Caterpillar, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Redup, Old navy Dockers, Celio, J.Crewa, JC Penney, Lou Riders, Pryca, Hema, Auchan, Lindex, Tchibo Tati, Colombia. Syarikat ini juga turut memiliki rangkaian pasaraya runcit Carrefour.

News Corporation




News Corporation adalah raksasa media milik Rupert Murdoch yang melabur besar di Israel. News Corp adalah satu dari 3 perusahaan yang mendapat pujian atas sokongannya kepada Israel dalam America-Israel League Partners for Democracy Award Dinner 25 Jun 2001. Murdoch sendiri menjadi wakil penyelenggara acara tersebut.

Group News Corp adalah Fox TV Network, NBC, 20th Century Fox Film, Fox Kids, Sky TV Network, dan Star TV Network, national Geographic (journal & TV), new of the World, the Sun, Independet Newspaper Ltd, Newsphotos, Sunday Herald, Sunday Mail, Amerika: The New York Post, Harper Collins Book Publisher, Ragan Books, Zondervan, Nursey World, Raskus, NDS, Mushroom Records, ChinaByte.com, Festival Records.

Estée Lauder




Pengarah Estée Lauder, Ronald Lauder, adalah salah seorang ketua Persidangan Presiden Organisasi Yahudi-Amerika. Sekarang, beliau merupakan presiden Dana Nasional Yahudi (Jewish national Fund).

Selain dikenali sebagai seorang Zionis, Ronald Lauder juga aktif di dalam beberapa organisasi Yahudi, diantaranya The Conference of President of Major American Jewish Organitations, The Jewish national Fund, The World Jewish Congres.

Kelab Bola Sepak Arsenal




Mac 2006, Innovative Minds dan lembaga HAM Islam (The Islamic Human Right Commision) melakukan kempen memboikot kelab bola sepak Arsenal (Arsenal Football Club) atas keterlibatannya dalam mempromosikan Israel sebagai tempat tujuan utama pelancongan.

Senarai Barangan Lain Yang Perlu Di Boikot




Senarai ini memang tidak memberi tahu kepada pengguna bahawa sebenarnya mereka adalah orang yahudi. Namun, kita sudah menjadi pengguna setia yang secara tidak langsung menyokong ekonomi orang yahudi selama ini.

Walaupun ramai yang menganggap usaha memboikot produk-produk ini sebagai sia-sia dan tidak membawa kemana-mana, anggaplah ia sebagai salah satu jihad kecil kita untuk agama. Mungkin pada pandangan manusia nampak kecil, tetapi pada pandangan Allah, besar nilainya.

Setiap kali Gaza diserang, setiap kali itulah kita akan dengar seruan memboikot barangan yahudi. Diperhatikan sikap umat Islam terhadap kempen sebegini ada 3 golongan:

Ada yang memboikot barangan Yahudi yang dia tahu, dan terus memboikot barang yahudi sehingga selagi nyawa di kandung badan.
Ada yang memboikot barangan Yahudi sekejap, lepas tu tak tahanlah... balik asal.
Ada yang terus tak ambil kisah..


Antara alasan golongan kedua dan ketiga ialah, nak buat apa susah payah boikot barang yahudi. Dah berpuluh tahun kita boikot, tapi tak jadi apa pun. Kita ni pengguna yang kecil jumlahnya, buat apa susahkan diri.

Tentang perkara ini, ada satu kisah Israiliyyat yang agak menarik yang boleh dijadikan iktibar.

Kononnya semasa raja namrud menyalakan api untuk membakar Nabi Ibrahim 'alaihisalam, ada seekor burung kecil yang bersungguh-sungguh mengambil air dari paruhnya untuk memadamkan api yang dinyalakan itu.

Burung kecil ni digelakkan oleh burung-burung lain yang lebih besar, sebab tak mungkin api yang begitu besar boleh dipadamkan dengan curahan air yang begitu sedikit.

Kemudian, burung kecil tu berkata, "Allah tidak akan bertanya api padam atau tidak dengan usaha aku ini, tapi Allah akan bertanya apa yang aku dah buat untuk menolong Nabi Ibrahim 'alaihissallam."

Begitulah kawan-kawan, kita boikot barang yahudi bukan kerana kesannya, tapi kerana tanggungjawab terhadap saudara Islam.

Sekurang-kurangnya, boleh dijadikan alasan dihadapan Allah kelak.

Mungkin dengan cara ini sahaja untuk kita menolong saudara seagama kita di bumi Palestin, memandangkan rata-rata dari kita terlalu mencintai dunia dan takut mati.

Lagipun, jika ada diantara kita yang turut serta berjihad di sana, akan dilabel sebagai militan dan pengganas pula kan.

Doa Qunut Nazilah


Klik gambar untuk paparan besar.


Jika itu dirasakan sukar untuk dilakukan, maka berdoalah dengan Doa Qunut Nazilah supaya membolehkan mereka yang teraniya di Palestin serta Gaza dikurniakan bantuan oleh Allah S.W.T.

Bacaan Qunut Nazilah ini boleh dilakukan pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal. Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal.

Adakah anda bersama saya? Hanya tindakan anda sahaja yang membuktikannya.

Layari inminds.co.uk untuk senarai terkini dan penjelasan bagaimana setiap produk Israel ini membantu Israel dalam menyerang Palestin.

Semoga kita meneruskan dan menyokong jihd memboikot barangan US dan Israel.

#SaveGaza

-Sentiasapanas.com

Like fanpage saya
  
hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
aznishamsuddin
klik iklan nuffnang nak kawen.

Solat Dhuha Mudah & Ringkas

  No comments    
categories: 






Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.



Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”




Waktu Solat Dhuha

Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.





Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.



Cara Mengerjakan Solat Dhuha

Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialahlapan rakaat.


Rakaat : 2,4,6 hingga 12
Waktu : 10 pagi atau antara 7am - 1pm sebelum waktu Zohor. 
"Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.
"Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab Al-Majmu;' karangan Imam Nawawi).


1. Rakaat Pertama "Allahuakbar" Niat dalam hati :

✿ "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
✿ Baca Alfatihah hingga akhir
✿ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )


2. Rakaat Kedua

✿ Baca Alfatihah hingga akhir
✿ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
✿ Tahiyyat akhir & Beri Salam.. 


3. Doa 

✿ Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.
✿ Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah..
✿ Paling mantap guna Doa ini khas untuk waktu Dhuha :




Doa Selepas Solat Dhuha


اَللهُمَّ اِنَّ الضُّحَآءَ ضُحَاءُكَ، وَالْبَهَاءَ بَهَاءُكَ، وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ، وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ، وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ، وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ. اَللهُمَّ اِنْ كَانَ رِزْقي فِى السَّمَآءِ فَأَنْزِلْهُ وَاِنْ كَانَ فِى اْلاَرْضِ فَأَخْرِجْهُ وَاِنْ كَانَ مُعَسَّرًا فَيَسِّرْهُ وَاِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَاِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَاءِكَ وَبَهَاءِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِىْ مَآاَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ



Allahumma innadh dhuha-a dhuha-uka, wal bahaa-a bahaa-uka, wal jamaala jamaaluka, wal quwwata quwwatuka, wal qudrata qudratuka, wal ishmata ishmatuka. Allahuma inkaana rizqi fis samma-i fa anzilhu, wa inkaana fil ardhi fa-akhrijhu, wa inkaana mu’asaran fayassarhu, wainkaana haraaman fathahhirhu, wa inkaana ba’idan fa qaribhu, bihaqqiduhaa-ika wa bahaaika, wa jamaalika wa quwwatika wa qudratika, aatini maa ataita ‘ibadikash shalihin.




Maksudnya : 

Ya Allah, 
sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu, 
Kecantikannya Kecantikan-Mu, 
Keiindahanya Keindahan-Mu, 
Kekuatannya Kekuatan-Mu,
Kekuasaannya Kekuatan-Mu, 
Perlindungannya Perlindungan-Mu.


Ya Allah, 
jika rezeki masih di langit maka turunkanlah, 
jika di bumi maka keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, 
jika haram sucikanlah, 
jika jauh dekatkanlah 
berkat waktu dhuha, 
kecantikan-Mu,keindahan-Mu,kekuatan-Mu,kekuasaan-Mu 
limpahkanlah kepadaku segala yang Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh




Fadhilat Solat Dhuha

Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.


Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
aznishamsuddin
klik iklan nuffnang nak kawen.

SABUN ALPHA ARBUTIN SOAP

Assalam semua :)




Sabun Alpha Arbutin Ladbee dari Thailand yang sedang laris dan hangat di pasaran. Sabun Alpha Arbutin ini dapat membantu menghalang tirosinase enzim yang bertindak balas dengan melanin di dalam kulit. Ia berfungsi mengurangkan parut dan menjadikan kulit putih secara semulajadi. Sabun Alpha Arbutin ini juga membantu menghalang proses pengeluaran melanin yang berlebihan yang boleh menyebabkan terjadinya jeragat. Saiz seketul 70g.




KELEBIHAN SABUN ALPHA ARBUTIN SOAP

  • Menggantikan sel kulit lama kepada sel kulit baru
  • Menjadikan kulit semakin lembap
  • Di formulasikan dari SWITZERLAND
  • Mengurangkan bintik-bintik hitam, jeragat, jerawat serta parut-parut
  • Kulit semakin pulih dan sihat
  • Menjadikan kulit licin dan gebu
  • Mampu menjadikan kulit semakin sekata dalam masa 7 hari/dengan penggunaan secara konsisten

Kelebihan Tambahan Sabun Alpha Arbutin:

  • Efektif untuk menghilangkan bintik2 hitam, bekas luka dan jerawat.Dipakai untuk badan dan wajah.
  • Sangat efektif untuk pemutihan kulit.
  • Hasil yg sangat memuaskan dan kekal.
  • Memudarkan dan menghilangkan pigmentasi dan bintik hitam pada wajah.
  • Meratakan tona warna kulit.
  • Lulus FDA di Thailand.
  • Selamat digunakan, tiada kesan sampingan



Cara guna : Macam guna sabun mandi biasa,biarkan beberapa minit kemudian basuh.



HARGA RM10 SM RM15 SS Postage mengikut kuantiti lagi banyak beli lagi jimat postage :)

WHATSAPP : 0199415976
Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
aznishamsuddin
klik iklan nuffnang nak kawen.

DIY : Crepe Paper Rose

assalamualaikum. dah lama rasanya tak menulis. blog pun terbiar macam tue je.memandangkan sekarang nie masa free. kerja tak bape nak ada. nak share cara cara buat bunga telur dari crepe paper.









Bahan-bahan



  • crepe paper
  • dawai
  • gunting
  • riben
  • lidi sate
  • pelekat utk lidi sate
  • template kelopak **template kelopak bunga ros boleh download di sini  KLIK KLIK









balutkan paper crepe pada hujung lidi.


ikat dengan dawai supaya tidak tertanggal





tambah lagi paper crepe kemudian lilit lagi dengan dawai.


ikat paper crepe dalam 9-10 helai


gulungkan sedikit hujung paper crepe untuk nampak efek kelopak


tadaaa dah jadi bunga ros




ini hasilnya . boleh buat banyak warna untuk lebih cantik. selamat mencuba

Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
aznishamsuddin
klik iklan nuffnang nak kawen.