Golongan anai-anai
Adalah golongan manusia yang sibuk berniaga dan mencari keuntungan di bulan puasa, pada zahirnya mereka memberi kebaikan kepada orang lain dengan menjual keperluan dan kelazatan. Namun diri mereka sendiri terabai dan tidak dapat menikmati ramadan dengan sewajibnya.
Golongan semut
Golongan yang mencari keperluan dan melengkapkan kekurangan sebelum menghadapi musim yang sukar. Mereka tahu banyak kebaikan yang dapat mereka cari dengan kesempatan yang terbatas. Mereka tahu ada habuan yang tidak ada tersedia di bulan-bulan lain. Maka mereka menggunakan kesempatan dan peluang hidup di bulan ramadan untuk mencari rahmat, maghfirah dan kebebasan dari api neraka.
Golongan lalat dan nyamuk
Golongan yang sentiasa leka denga kehidupan sendiri. Mereka tidak memikirkan kelebihan dan peluang besar yang disediakan Allah sepanjang ramadan. Bahkan mereka hanya melakukan maksiat dan kerosakan.
Golongan tikus.
Golongan yang bermalas-malas di bulan ramadan dan hanya aggresif bila mencari makan untuk mengalas perut sahaja. Bagi mereka ramadan hanya menyekat aktiviti bebas mereka. Mereka menunggu hari berakhirnya ramadan. Mereka juga mencari makanan walaupun dengan cara yang kotor dan menindas.
0 jejari comel:
Post a Comment
Thank you for taking your time to leave what your thoughts! Will respond as soon as possible!