Elia balas kenyataan Apek..Ibu anggap tiada jodoh..

  1 comment    
semalam kita membaca kenyataan apek berhubung dengan kes putus tunangnya dengan elia..tapi aeney elia membalas kenyataan apek dengan mengatakan bahawa "khairul tak cakap apa" berhubung pertunangan mereka yang diputuskan oleh apek..
disini aku share dengan koram kenyataan elia..dan kenyataan yang dikeluarkan oleh ibu apek dari sumber..


TINGGAL KENANGAN...Elia (kiri) hanya mengetahui kisah putus tunang menerusi kenyataan Khairul dalam Metro Ahad, semalam.

KUALA LUMPUR: “Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam),” kata Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, tunang penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat.
Sehubungan itu, Aimie Harmelia atau lebih mesra dengan panggilan Elia menafikan dakwaan Khairul Fahmi keputusan memutuskan pertunangan diambil selepas berbincang dengannya.
“Dia tidak pernah cakap apa-apa mengenai keputusannya (putus tunang), tiba-tiba dia keluarkan kenyataan dalam akhbar membuatkan saya dan keluarga begitu terkejut,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Elia berkata, pergolakan dalam hubungan mereka sudah berlarutan sejak sebulan lalu dan lebih memburukkan keadaan apabila Khairul Fahmi enggan berjumpanya bagi menyelesaikan masalah mereka.
“Apabila diajak berbincang, pelbagai alasan diberikan malah saya pergi berjumpanya selepas perlawanan persahabatan skuad negara menentang Liverpool pertengahan bulan lalu untuk menyelesaikan masalah kami, namun ditolaknya,” katanya.
Mengenai kenyataan Khairul Fahmi pertunangan mereka berakhir bukan kerana orang ketiga, Elia menegaskan kenyataan itu hanya helah Khairul Fahmi untuk `menyelamatkan' dirinya sedangkan banyak bukti menunjukkan dia ada hubungan dengan wanita lain.
“Pada saya punca sebenar masalah kami memang disebabkan orang ketiga dan saya mempunyai bukti kukuh mengenainya. Mungkin disebabkan itu dia enggan bertemu saya,” dakwanya.Elia mendakwa, kewujudan orang ketiga dalam perhubungannya dengan Khairul Fahmi sudah diketahuinya sejak awal Julai lalu melalui pelbagai petunjuk, malah selepas diselidikinya dia percaya Khairul Fahmi ada hubungan dengan wanita lain sebelum mereka bertunang lagi.“Saya menelefonnya untuk mendapatkan kepastian dan memintanya berterus terang, namun dia enggan berbuat demikian. Dia cuma beritahu ada masalah dan akan bincang dengan keluarganya.
“Saya tidak henti-henti berdoa supaya Allah berikan petunjuk bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku antara kami. Tak sangka, tak lama selepas itu ada seorang wanita datang berjumpa saya dan mengaku ada hubungan istimewa dengan Khairul Fahmi,” katanya.
Menjawab satu soalan, Elia mengaku ada mengeluarkan kenyataan dalam laman sosial facebook mengenai tindakan Khairul Fahmi menengking ibunya (Elia).
“Mungkin tindakan itu salah saya, tapi selepas itu saya mendiamkan diri dan tidak keluarkan sebarang kenyataan lagi sebab ingin memberi masa kepadanya memulihkan keadaan. Tidak sangka pula dia sudah buat keputusan dan menghebahkan di akhbar tanpa berbincang terlebih dulu dengan saya,” katanya.
Elia berkata, tindakan Khairul Fahmi memutuskan pertunangan memang dikesalinya kerana dia sudah menyiapkan sedikit sebanyak persiapan untuk perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada hujung Oktober ini.
Sementara itu, ibu Elia yang enggan namanya disiarkan berkata, walaupun sedih dengan apa yang berlaku dia bersyukur kerana Allah memberikan petunjuk sebelum perkahwinan anaknya berlangsung. “Namun, mak cik minta dia (Khairul Fahmi) selesaikan semua ini dengan cara baik. Jika dulu dia meminang anak mak cik dengan cara baik, seeloknya mahu putus pun biarlah dengan cara baik, bukan cara sebegini,” katanya.

berikut adalah kenyataan ibu apek yang dikeluarkan..

KOTA BHARU: Ibu penjaga gol sensasi kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 22, menyifatkan keputusan anaknya memutuskan pertunangan dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22, sebagai takdir.
Bidah Ibrahim, 53, berkata jodoh anaknya dengan Elia tidak kesampaian kerana mereka tiada jodoh.
“Tidak ada apa yang perlu diperbesarkan (mengenai hal putus tunang itu).“Jika pertunangan mereka hanya setakat ini saja, saya anggap mereka tiada jodoh,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Dusun Raja, Cherang, di sini, semalam.Bidah mengulas keputusan Khairul Fahmi atau popular dengan panggilan Apek memutuskan pertunangannya dengan Elia selepas bertunang pada 17 Mei lalu.Semalam, Metro Ahad melaporkan di sebalik kecemerlangan menjaga gawang gol, Khairul Fahmi memendam rasa sehingga memutuskan pertunangan dengan Elia. Khairul Fahmi turut menafikan kemelut itu berlaku angkara orang ketiga iaitu seorang gadis dikenali dengan nama Dahlia.Menurut Bidah, sehingga kini, dia belum berhubung dengan keluarga Elia dan menyerahkan kepada Khairul Fahmi untuk menyelesaikan masalah itu.
“Tidak banyak boleh saya perkatakan kerana semuanya saya serahkan kepada Khairul Fahmi.
“Saya memang tahu anak saya dan Elia ada sedikit masalah, tetapi tidak mahu mencampuri hal mereka dan yakin Khairul Fahmi bijak menyelesaikan masalah dan mampu membuat keputusan yang tepat,” katanya.
Bidah berkata, dia tidak tahu mengenai dakwaan kemunculan orang ketiga yang menggugat hubungan anaknya dengan Elia, malah tidak mengenali siapa Dahlia seperti dilaporkan akhbar.
“Saya pun dapat tahu cerita mengenai dakwaan (kemunculan) orang ketiga dan (kemunculan) nama Dahlia itu menerusi akhbar.“Apapun, saya tidak dapat menjelaskan situasi sebenar kerana segala persoalan, Khairul Fahmi saja yang boleh jawab, lagipun buat masa sekarang dia tidak bersama keluarga kerana sibuk dengan kerjayanya,” katanya.
 

1 comment:

Thank you for taking your time to leave what your thoughts! Will respond as soon as possible!