kawen muda??

  6 comments    

kelmarin kelmarin punye cerita..ma da bising-bising sambil menyapu sampah kat dapur.."orang laen da beranak pinak,,kau tue bile lagi na langsung..hutang ptptn berlambak-lambak da..tukar la keje,,sampai bila na keje kat situ..tak de mase depan langsung..buad penat je belajar tinggi-tinggi tapi keje cam orang lulusan spm jek"...

aku???tersentap wooo...

ma....bukan niat dan cita-cita anakmu ney na keje cam tue,,tapi tak salahkan kalau mencari pengalaman..bila da ada pengalaman baru boley cari keje yang bagus siked..peduli lah ape orang nak cakap..ea...ptptn kadang-kadang je sempat bayau sebab kewangan tak memberangsangkan,,salah sendiri sebab tak beringat..alahaiii...


kawen???aku taknak la kawen awal sebab aku ta puas lagi hidup sorang...tapi cite-cite na kawen tue tetap ada..#heee gatai nooo....agak-agak ade ke orang na kawen dengan aku??ermmm...


#aku na blaja lagi...endu tyme blaja dulu-dulu..

11 Tabiat Lelaki Malas..eh eake ney???

  4 comments    



1. TIDAK MENCUCI PAKAIAN

Rata-rata lelaki zaman sekarang lebih senang menghantar pakaian kotor ke dobi. Tidak kurang juga yang membasuh pakaian sendiri tetapi hanya selepas persalinan bersih dalam almari berkurangan.
Seeloknya pakaian perlu dicuci setiap tiga hari bagi mengelak bau yang kurang menyenangkan dan kemungkinan menjadi sarang bakteria atau kuman.


2. MENGEMAS RUMAH
Percaya atau tidak, hampir kebanyakan lelaki bujang tidak mengemas rumah selama berbulan-bulan lamanya. Ini kerana mereka tidak mengambil kira mengenai kebersihan rumah kerana bagi mereka rumah hanya sebagai tempat untuk melelapkan mata.



3. TIDAK MENCUCI PINGGAN
Sampai berulat dan berbau busuk barulah jejaka mencuci pinggan mangkuk yang bertimbu dalam sink rumah. Tidak cukup dengan itu, kadang kala sampah juga tidak dibuang.
Bagi lelaki sebegini adalah elok jika makan di luar atau menggunakan pinggan mangkuk pakai buang saja. Lebih ekstrem, ada lelaki membuang pinggan kotor semata-mata malas menyentalnya dan esok beli pinggan mangkuk lain pula.


4. MENGGOSOK BAJU
Pasti semua pernah melakukan habit ini, pakai saja baju tanpa digosok! Mungkin kerana tidak cukup waktu kerana sudah terlambat atau memang lelaki malas untuk menggosok baju.
Seharusnya, lelaki mengambil sedikit ruang pada waktu malam atau lapang untuk menggosok semua baju yang perlu dipakai terutamanya untuk ke pejabat. Sesekali, apa salahnya melakukan ‘senaman’ dan mengeluarkan peluh sambil menggosok baju.


5. BERCUKUR
Bukan menjadi masalah untuk tidak bercukur kerana ada yang beranggapan lelaki berjambang dan bermisai lebih menarik perhatian. Cuma perlulah dijaga kebersihan diri dan jika ingin menyimpan jambang atau misai sekalipun, kemaskan lah sedikit.


6. RAMBUT KUSUT
Jika suatu masa dulu penjagaan rambut amat dititik beratkan dan rambut harus disisip rapi dan kemas. Namun kini rambut kusut adalah satu trend. Perlulah sesuai dengan diri dan jangan terlalu kusut hingga merimaskan mata memandang.


7. TIDAK DATANG KE PEJABAT @ KULIAH
Sikap sebegini paling banyak dikesan di kalangan lelaki. Kadang kala tiada sebab tertentu, lelaki cukup malas untuk bergerak dan melakukan kerja di pejabat atau kuliah. Ini perlu diatasi kerana setiap manusia perlu bekerja dan belajar.
Tanamkan sikap dan perasaan untuk mempelajari ilmu baru atau meningkatkan prestasi kerjaya.


8. MENCUCI KENDERAAN
Bagi lelaki yang ada bajet, mereka boleh mencuci kenderaan mereka di pusat mencuci kereta jika malas melakukannya sendiri. Jika tidak alamatnya, air hujan sajalah yang dapat membersihkan kekotoran pada kenderaan mereka.


9. MENJAGA PENAMPILAN DIRI
Walaupun kelihatan seperti suatu rutin, namun ada perkara yang sering lelaki terlepas pandang. Dari segi penjagaan muka hingga seluruh badan, ia seharusnya diambil kira lelaki.
Jangan malas untuk mencuci muka, memotong kuku dan memakai wangian. Walaupun nampak remeh dan sedikit kewanitaan, mereka perlu tahu wanita sukakan lelaki yang bersih.


10. MEMBACA
Jika mengikut perangkaan, wanita adalah golongan yang paling banyak membaca walaupun corak pembacaan mereka agak berbeza dengan lelaki. Namun dari kecil hingga dewasa lelaki adalah insan yang paling malas untuk membaca - apatah lagi membeli bahan bacaan.
Perlu diingatkan, jika ingin berjaya dalam kehidupan kita perlu banyak membaca. Jika boleh, corak atau genre pembacaan lelaki biarlah pelbagai.


11. BANGUN AWAL PAGI
Lelaki jika sudah tidur, seolah-olah tidak mahu bangun selama-lamanya. Apatah lagi jika perlu bangkit untuk bekerja atau menghadiri kuliah pagi. Apa yang dibayangkan mereka hanyalah soal kesesakan lalu lintas pada pagi hari selain malas bersiap-siap untuk keluar rumah.




senyummmm...ada kelebihan tau..

  2 comments    
selamat pagi semua...
mulakan hari korang semua dengan senyuman yang lebar aeney tau hehehe...wah wah nape nie cik azney??ade spesel ke aeney??hee tak de la...pagi-pagi aku terbaca entry mengenai senyum dan kelebihan dye..hehehe tue yang aku asek senyum lebau jek dari tadi...

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, *****a sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

PERKARA YANG ANDA TIDAK PATUT LAKUKAN APABILA BERPISAH..

  No comments    

Perpisahan didalam sesuatu hubungan adalah lumrah kehidupan sebagai seorang manusia. Anda perlu menerima hakikat bahawa pasangan anda sebelum ini bukan lagi milik anda. Disebabkan kesukaran menerima kenyataan inilah menyebabkan ramai yang melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Antara adalah..

(1) Menghubungi bekas pasangan setiap kali anda ingatkan mereka

Memang tidak dapat dinafikan bahawa anda pasti akan sentiasa mengingati bekas pasangan lebih-lebih lagi pada permulaan perpisahan. Ia adalah merupakan satu perkara yang normal. Tetapi anda perlu bijak untuk mengawalnya. Lakukan sesuatu perkara yang boleh mengalihkan pemikiran anda daripada memikirkan mengenai mereka. Sekiranya anda menghubungi mereka sekali sekala, ia tidak menjadi masalah. Masalah akan timbul sekiranya anda menghubungi mereka setiap hari kerana anda seolah-olah masih tidak menerima yang sebenarnya anda berdua telah berpisah. Ia juga dikhuatiri akan turut mempengaruhi pemikiran dan perasaan anda kelak.


(2) Meluahkan perasaan seperti orang gila di fb


Mungkin anda sendiri perasan kini facebook dijadikan sebagai tempat meluahkan perasaan. Apabila anda berpisah, anda tidak perlu untuk menghebohkannya kerana ia amat menjengkelkan orang lain. Perhubungan adalah merupakan satu perkara yang amat peribadi dan tidak perlulah anda mengaibkan orang yang pernah anda sayang dikhalayak ramai. Ia juga mungkin akan mengundang permusuhan.

(3) Memburukkan pasangan


Kebiasaannya perkara ini akan terjadi apabila sesuatu hubungan telah terpisah. Masing-masing akan berusaha untuk memburukkan bekas pasangan mereka. Jika dinilai kembali, tiada sebarang manfaat yang anda dapat sekiranya melakukan perkara tersebut. Sekiranya anda betul-betul menyayangi mereka, pasti anda akan mengharapkan yang terbaik dan bukannya meburuk-burukkan mereka. Apa yang lebih mengejutkan adalah perbuatan ini lebih ramai dilakukan oleh kaum LELAKI!

(4) Kelam kabut untuk mencari pasangan baru


Hasil kajian yang telah dilakukan, seseorang yang bersifat seperti ini kebiasaannya adalah seorang yang bersifat kurang yakin terhadap diri sendiri, terdesak dan suka bergantung terhadap orang lain





sumber

7 perkara tak boleh diubah dalam hidup

  2 comments    
DALAM hidup ini ada tujuh hal yang tidak boleh kita ubah iaitu:

Jenis kelamin dan jantina
Memang boleh buat pembedahan untuk mengubah kelamin. Tetapi tidak mampu mengubah roh (spirit) orang berkenaan. Terimalah dirimu, sama ada engkau wanita atau lelaki. 

Orang tua
Kamu mesti menghormati ibu bapa apa cara sekalipun! Jika orang tuamu seorang pemabuk, kaki judi atau pelacur, hormati mereka! jika tidak situasi itu bakal terjadi dalam kehidupan kamu kelak. Nasihat dan teguran memang tidak boleh berhenti. 


Hari kelahiran
Sudah ditetapkan Allah, sebelum dunia dijadikan kita tidak boleh memilih tarikh lahir kita. Ia memang sudah ditentukan dan jangan sesekali kita menyesalinya. 


Bentuk Fizikal
Jika anda mempunyai rambut keriting, terima sajalah. Jika hidung kamu kurang menarik atau kulit sawa matang terimalah seadanya. Memang kita lihat ramai orang ingin mengubah bentuk wajahnya, sama ada memancungkan hidung atau alis matanya dicukur habis tetapi tetap kelihatan aneh dan tidak semula jadi. 


Masa lalu
Ini juga sudah ditetapkan Allah. Jangan menyesali masa yang sudah berlalu melainkan untuk menjadikannya sebagai pengajaran. Justeru, ‘berdamailah’ dengan masa lalu demi membina masa depan. 



Kedudukan dalam keluarga
Kedudukan kita sebagai anak bongsu, sulung, atau tengah, tidak boleh diubah dan terimalah seadanya.


Suku bangsa
Jangan sekali menyesal menjadi orang Melayu, Jawa atau Cina. Sebenarnya perkara yang kita boleh dan mampu ubah adalah cara kita berfikir. Jika berubah maka berubahlah hidup kita. 


Ada lima resipi untuk melakukan perubahan diri antaranya: 

Mulalah berubah supaya anda menjadi lebih yakin dengan diri anda sendiri. Orang lain juga lebih yakin dengan diri anda. Tidak mungkin jika kita mahu mengajak orang lain berubah padahal diri sendiri masih berada pada takuk lama.

Lakukan perubahan secara perlahan-lahan. Tidak dinafikan, sememangnya sukar untuk terus melakukan perubahan dalam masa yang singkat atau dalam tempoh sekelip mata. 
Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah kita dapat berubah seperti yang diinginkan. Walaupun perlahan, kita pasti dapat mengalami perubahan besar dalam diri.

Lakukan perubahan pada masa sekarang. Jangan bertangguh untuk tempoh yang lama. Ini kerana semakin lama kita bertangguh, ia menjadi semakin melarat dan susah untuk melakukannya.

Perkara kecil jadi lebih besar jika ia terus dibiarkan. Jadi, ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa depan.Berusaha untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Kita perlu memaksa diri untuk berubah dengan sepenuh hati.

Jika diri kita tidak dipaksa seolah-olah memanjakan diri untuk berubah. Nafsu kita juga menjadi semakin degil jika tidak dipaksa. Kawal nafsu dan jangan biarkan ia mengawal diri kita.

Apabila kita sudah berjaya melakukan perubahan diri, kita perlu mengulangi perubahan itu hingga ia sebati dengan diri kita. Jika perubahan itu hanya dibiarkan begitu saja, kita hanya berjaya untuk berubah seketika saja dan selepas itu kembali ke takuk lama.

Jangan sia-siakan perubahan dan perlu sentiasa melakukannya.


p/s : peringatan untuk diri sendiri jugak..

METRO HARIAN

" I am too young to know pain ”

  No comments    

Maybe you’re right. I don’t know what pain is. I guess sitting by the phone for hours waiting for someone to call, but knowing they won’t isn’t pain. Crying myself to sleep every night isn’t pain, because every word They say cuts deeper than a knife cutting my flesh: I guess having my heart ripped out and thrown around every day by someone I love isn’t pain. Waking up every morning alone and succumbing to sleep every night alone isn’t pain. I guess being consumed by the anger and frustration I have festering in my heart isn’t pain. Not being able to look at my reflection in a mirror without turning away in disgust and dissatisfaction because I know I’m not happy, because I know my life is an intricate, deceptive stage cloaked with careful lies isn’t pain. I guess feeling indifferent to the wonders of life, to the spectacular vitality and invincibility so easily found in the new generation isn’t pain. Feeling numb and not disappointed anymore when, for the millionth time, I am rejected from society isn’t pain. I guess choosing to escape the real world around me through the fictitious but marvelous realm of literature being forced to substitute selfish friends with that of book characters isn’t pain. I guess becoming a slave to my own morbid, purely hopeless thoughts, and becoming imprisoned in my own self-destructing Hell isn’t pain. Being aware of an invisible, decaying clock buried in my body, and acutely conscious of the absolute alienation I have been vacuumed perpetually into isn’t pain…I guess you are right. I am too young to know pain.”

Kejam-->Cara Pengguguran Bayi

  2 comments    

*AMARAN : Entri yang bakal anda baca ini amat memilukan. DILARANGmeneruskan pembacaan jika anda lemah semangat dan lemah perasaan.
Berikut ini adalah gambaran mengenai apa yang terjadi di dalam suatu proses pengguguran/pembunuhan anak :
Pada kehamilan muda (dibawah 1 bulan):
Pada masa usia janin masih sangat kecil, pengguguran/pembunuhan dilakukan dengan cara menggunakan alat penyedut (suction). Sang anak yang masih sangat lembut akan tersedut dan hancur luluh.
Saat ia dikeluarkan dapat dilihat cairan merah berupa gumpalan-gumpalan darah dari janin yang baru dibunuh itu.

Pada kehamilan lebih lanjut (1-3 bulan):
Pada tahap ini, di mana janin baru berusia sekitar beberapa minggu, bahagian-bahagian tubuhnya mulai terbentuk.
Pengguguran/pembunuhan dilakukan dengan cara mencucuk anak tersebut, kemudian bahagian-bahagian tubuhnya dipotong-potong dengan menggunakan peralatan khas untuk proses pengguguran/pembunuhan.
Anak dalam kandungan itu diambil dengan menggunakan peralatan tersebut, dengan cara mencucuk dan menarik bahagian yang boleh tercapai seperti pinggang, bahu atau leher.
Setelah dicucuk-cucuk, dihancurkan pula bahagian-bahagian tubuhnya.
Tulang-tulangnya diremukkan dan seluruh bahagian tubuhnya disiat-siat menjadi bahagian-bahagian kecil agar mudah dikeluarkan dari kandungan.
Dalam klinik pengguguran/pembunuhan, biasa dilihat potongan-potongan bayi yang dihancurkan ini. Ada potongan tangan, potongan kaki, potongan kepala dan bahagian-bahagian tubuh lain yang mungil dan comel. Anak kecil tak berdosa ini telah dibunuh dengan cara yang paling mengerikan.

Pengguguran/pembunuhan tahap kehamilan lanjutan (3 sampai 6 bulan):
Pada tahap ini, bayi sudah semakin besar dan bahagian-bahagian tubuhnya sudah jelas kelihatan. Jantungnya sudah berdegup dan tangannya sudah boleh menggenggam. Tubuhnya sudah boleh merasai kesakitan, kerana jaringan sarafnya sudah terbentuk dengan baik.

Pengguguran/pembunuhan dilakukan dengan terlebih dahulu membunuh bayi ini sebelum dikeluarkan.
Pertama, diberikan suntikan maut (saline) yang dimasukkan ke dalam ketuban bayi.
Cairan ini akan membakar kulit bayi tersebut secara perlahan-lahan, menyesakkan pernafasannya dan akhirnya setelah menderita selama berjam-jam sehingga selepas 24 jam, bayi itu akhirnya mati.
Selama proses ini dilakukan, bayi akan memberontak, cuba menangis, menjerit dan jantungnya berdegup deras.

Pengguguran/pembunuhan tahap kehamilan lanjut (6 sampai 9 bulan):
Pada tahap ini, bayi sudah sangat jelas terbentuk. Wajahnya sudah kelihatan termasuk mata, hidung, bibir dan telinganya yang mungil. Jari-jarinya juga sudah menjadi lebih jelas dan otaknya sudah berfungsi baik.
Untuk proses ini ia dilakukan dengan cara mengeluarkan bayi tersebut hidup-hidup, kemudian dibunuh.Cara membunuhnya mudah saja dan inilah kaedah paling murah dan biasa kita lihat di Malaysia:
Biasanya langsung dilemparkan ke tempat sampah, ditenggelamkan kedalam air atau dipukul kepalanya hingga pecah sehingga tangisannya berhenti dan pekerjaan terkutuk itu selesai.
Selepas itu, hanya darah bayi itu sahaja yang akan mengingatkan orang-orang yang terlibat di dalam pengguguran/pembunuhan ini bahawa satu pembunuhan keji telah terjadi.
Semua proses ini seringkali tidak disedari oleh para ibu yang melakukan pengguguran/pembunuhan ini.
Mereka merasa bahawa pengguguran/pembunuhan itu cepat dan tidak sakit. Mereka tidak sedar kerana di bawah pengaruh ubat bius. Mereka boleh segera pulang tidak lama setelah pengguguran/pembunuhan dilakukan.
Benar. Bagi wanita, proses pengguguran/pembunuhan itu cepat dan tidak sakit.
Tapi bagi bayi, itu adalah proses yang lama, sangat mengerikan, menyakitkan, dan benar-benar tidak berperikemanusiaan!
Jadi untuk anda yang merancang untuk melakukan pengguguran (pembunuhan) ini, anda sudah fikir 200 kali?
Belum?
Kerana anda ada sebab lain? Anda melakukannya atas nama perubatan? Baiklah.
Saksikan lagi apa kesudahan janin-janin dan bayi-bayi yg tak berdosa yg digugurkan ATAS NAMA PERUBATAN:
==========================================================
Pihak pengurusan jenazah menerima bungkusan-bungkusan jenazah janin dan bayi yang ibu-ibunya berbangsa Melayu/beragama Islam, daripada pihak hospital.
Sesetengahnya masih merah darah dan sebahagian lagi telah bertukar kepada merah birat akibat beberapa hari terperap dalam rumah mayat. Setiap beg plastik mengandungi sekujur tubuh kecil terkulai layu berlumuran darah.
Nama ibu, nombor kad pengenalan dan tarikh pengguguran tertera pada kad hijau yang disertakan bersama janin-janin yang berusia antara dua minggu dengan enam bulan.
Kesemua janin Melayu/Islam itu baru saja diambil Pegawai Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA) dari tiga buah hospital setempat iaitu Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kandang Kerbau (KKH), Hospital Besar Singapura (SGH) dan Hospital Universiti Nasional (NUH).
Janin-janin itu tidak dituntut oleh ibu yang mengandungkan mereka selepas menjalani pengguguran/pembunuhan di hospital- hospital tersebut.
Air mengalir merah apabila janin dimandikan bersama urinya.
Jenazah-jenazah kecil ini kemudiannya disembahyangkan dan kemudian dikebumikan dalam dua liang kubur di Pusara Abadi dekat Lim Chu Kang, Singapura.
Macamana?
Anda masih lagi ingin meneruskan niat anda untuk melakukan pembunuhan ini?
TEPUK DADA TANYA IMAN ANDA?
Kongsikan artikel ini supaya lebih banyak bayi yang tidak berdosa dapat diselamatkan. Semoga kesedaran yang anda sampaikan akan mendapat ganjaran yang baik dari Allah s.w.t InsyaAllah.

sumber : :