Kes budak didera sampai mati: Berdepan hukuman gantung






Ipoh: Seorang suri rumah yang mendera anak perempuannya berusia lima tahun sehingga mangsa meninggal dunia kelmarin, didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh.

Choong Mee Chin, 30, didakwa di depan Majistret Nor Haslinda A Raof, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian Ho Yan Hui di ruang tamu rumah mereka di No 19, Laluan Kledang Utara 7, Taman Wang, Menglembu, di sini, kira-kira jam 9 pagi 12 Ogos lalu. 


Tiada rekod pengakuan 

Mee Chin yang berpakaian lokap berwarna hijau dan berdepan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan, mengaku faham pertuduhan dikenakan. Bagaimanapun mahkamah tidak merekodkan pengakuan sebelum menetapkan kes disebut semula 25 Oktober ini.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Amril Johari, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Wanita berkenaan sudah didakwa Selasa lalu, namun ketika itu hanya dikenakan tuduhan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana memukul kepala dan seluruh badan mangsa menggunakan sebatang rotan serta Seksyen 325 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mendatangkan cedera parah ke atas mangsa. Dia mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan.

Pertuduhan terbaru semalam dibuat susulan kematian mangsa jam 2.40 petang kelmarin dalam keadaan koma selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Pediatrik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), 14 Ogos lalu. 


Otak menanah

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim, berkata laporan bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan kecederaan serius di kepala iaitu otak bernanah dan jangkitan kuman dalam darah.

Bedah siasat mayat mangsa dilakukan di HRPB pada jam 9 pagi dan berakhir 12.40 tengah hari semalam sebelum mayat dituntut bapanya, Ho Kok Peng, 39, yang tiba jam 12.50 tengah hari.

Kok Peng yang kelihatan murung dan tertekan, enggan menemui wakil media yang menunggu di perkarangan bilik mayat HRPB seawal jam 8.30 pagi.




hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

Like fanpage saya
klik iklan nuffnang nak kawen.

Kabinet Tolak Syor Peminjam PTPTN Dirujuk CCRIS




Kabinet sebentar tadi memutuskan tidak akan meneruskan cadangan menyenarai hitam peminjam ingkar di bawah Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Keputusan itu dibuat mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sini. 

"Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri. Alhamdulillah, PTPTN tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah CCRIS. 


"Terima kasih kepada Perdana Menteri dan Menteri-menteri Pendidikan kerana mendengar suara-suara orang muda," kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi akuan Twitternya, sebentar tadi.

Semalam, Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata, Pemuda membantah cadangan itu masalah peminjam ingkar wajar ditangani menggunakan tindakan sedia ada, termasuk pelbagai makanisme kutipan daripada peminjam.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh baru-baru ini mengumumkan peminjam PTPTN yang ingkar membayar pinjaman disenarai dalam CCRIS berkuat kuasa bulan ini.

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

Like fanpage saya
klik iklan nuffnang nak kawen.

1.7 juta individu gagal bayar saman bakal dibatal lesen memandU



KUALA LUMPUR: Seramai 1.7 juta individu yang disenaraihitamkan kerana degil membayar saman trafik bakal berdepan tindakan lesen memandu dibatalkan, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata tindakan itu akan ditumpukan terhadap penunggang motosikal dan pemilik kenderaan komersil yang banyak menyumbang kepada jumlah kemalangan maut pada Op Selamat III sempena Aidilfitri baru-baru ini.


"Kami mensasarkan penunggang motosikal dan pemilik kenderaan komersil terlebih dahulu berikutan peningkatan jumlah kemalangan maut dalam Ops Selamat III (membabitkan mereka)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan surat penghargaan kepada pengguna jalan raya berhemah dan kontinjen/daerah terbaik Op Selamat III di sini, hari ini.


Beliau berkata polis akan mencadangkan undang-undang dipinda segera bagi membolehkan tindakan itu diambil dengan secepat mungkin.

Ops Selamat III yang bermula pada 1 Ogos hingga 18 Ogos lepas, secara keseluruhannya mencatatkan 17,831 kes kemalangan yang menunjukkan penurunan sebanyak 106 kemalangan berbanding Ops Selamat II.

Bagaimanapun kadar kemalangan maut telah meningkat sebanyak 32 kes atau 14.2 peratus iaitu daripada 226 kes kepada 258 kes, dengan jumlah kematian turut meningkat sebanyak 49 kes atau 20.2 peratus iaitu daripada 243 kes kepada 292.

Khalid berkata mereka yang telah disenarai hitam dan juga mempunyai saman tertunggak dinasihatkan membayar saman mereka bagi mengelakkan tindakan itu.
"Kami juga akan mengambil penguatkuasaan yang lebih agresif khususnya terhadap mereka memandu laju, melanggar lampu isyarat dan memotong dua garisan berkembar, jadi, esok jangan salahkan polis kerana mendapat saman," katanya.

Sementara itu semasa berucap pada majlis tersebut, Khalid berkata para pemandu kenderaan, terutamanya penunggang motosikal, perlu mengubah sikap bagi mengelakkan daripada kemalangan maut yang semakin meningkat pada masa ini.

Mengenai kesedaran di kalangan masyarakat untuk bekerjasama dengan polis dalam membantu menjaga harta benda dan memerangi jenayah, beliau melahirkan rasa puas hati dengan peningkatan penyertaan masyarakat.

"Ini dapat dilihat berdasarkan peningkatan penyertaan masyarakat dalam kempen Op Selamat tahun ini iaitu sebanyak 8,592 atau 58.5 peratus, secara tidak langsung menunjukkan tahap penerimaan masyarakat terhadap PDRM semakin positif dalam usaha membanteras jenayah," katanya. - BERNAMA


hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

Like fanpage saya
klik iklan nuffnang nak kawen.

CCRIS ??


Apa yang dimaksudkan dengan  CCRIS

CCRIS ialah sistem yang mengumpul maklumat kredit peminjam daripada institusi kewangan dan membekalkan semula maklumat tersebut kepada mereka. Ini adalah salah satu sumber maklumat yang digunakan oleh institusi kewangan untuk membantu mereka mewujudkan satu pandangan sejarah kredit peminjam yang berpotensi atau semasa. Ia bukan satu sistem senarai hitam seperti yang dilihat oleh sesetengah orang.


Salah satu fungsi Bank Negara Malaysia adalah untuk mengawal selia institusi kewangan supaya sistem kewangan negara akan menjadi kukuh dan stabil. Oleh itu, Bank Negara Malaysia menggalakkan dasar kredit yang berhemat dan profesionalisme di kalangan institusi-institusi kewangan, termasuk amalan perniagaan terbaik dalam pengurusan risiko kredit. Salah satu cara untuk melakukan ini adalah dengan menyediakan CCRIS kepada institusi kewangan supaya mereka boleh membuat keputusan pemberian pinjaman yang lebih cepat dan lebih bermaklumat.


hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

Like fanpage saya
klik iklan nuffnang nak kawen.

Pinjaman Sewa Beli Kereta Maksimum 7 Tahun, Down Payment 20%


Satu isu yang terbaru melanda Malaysia hari ini. Ada maklumat yang menyatakan Bank Negara Malaysia (BNM) telah menghantar notis kepada bank bank di Malaysia untuk melaksanakan peraturan baru didalampinjaman sewa beli kereta kenderaan bermula dan berkuatkuasa pada September 2013. Tujuan peraturan baru ini adalah untuk mengatasi masalah kadar hutang isi rumah rakyat Malaysia yang dilihat semakin membimbangkan. 3 Jenis hutang yang membimbangkan di Malaysia adalah hutang pinjaman perumahan, kenderaan dan juga pinjaman peribadi.

Jika maklumat tersebut benar, maka setiap pembeli kereta baharu hanya boleh membuat pinjaman maksimum 7 tahun sahaja berbanding 9 tahun sekarang, dengan bayaran muka pula meningkat sehingga 20 peratus berbanding hanya 10 peratus ketika ini.

Antara alasan-alasan yang dikemukakan oleh BNM bagi mengetatkan syarat-syarat sewa beli kenderaan baharu selepas ini ialah bagi mengurangkan beban hutang isi rumah rakyat Malaysia yang kini begitu tinggi, kebanyakannya disumbangkan oleh hutang membeli kereta.

Ada pro dan kontranya dengan syarat-syarat pinjaman sewa beli kenderaan yang diperketatkan itu. Salah satunya ialah bilangan pembeli yang mampu membeli kereta baharu akan turun dengan mendadak, seterusnya akan menjejaskan sektor automotif negara.

Setakat ini masih belum ada pengumuman rasmi daripada pihak kerajaan mahupun BNM sendiri mengenai perkara tersebut, namun dipercayai kebanyakan rakyat Malaysia pastinya tidak akan bersetuju dengan keputusan yang bakal dilakukan itu.

Sebelum ini BNM turut mengetatkan syarat-syarat pinjaman peribadi daripada 20 tahun tempoh pinjaman kepada hanya 10 tahun sahaja. Ternyata keputusan tersebut mendapat bantahan daripada ramai kakitangan awam dan CUEPACS sendiri.



Pinjaman Sewa Beli Kereta Maksimum 7 Tahun


Aku cuba membuat kira kira ringkas bagi melihat kesan kesan dari perlaksanaan peraturan baru pinjaman sewa beli kereta ini jika dilaksanakan terhadap orang ramai. Lihat kira kira dibawah ini (interets kita letak TETAP);

Kereta Contoh = RM50,000

9 Tahun (10% down payment) (3.5% interest)

a) 10% x RM50K = RM5K (downpayment)

b) Loan = RM50K – 5K = RM45K

c) Interest For 9 Years = RM45K x 3.5% yearly x 9 Years = RM1575 x 9 years = RM14,175

c) Monthly Payment = (RM45K + RM14.175) / 108 month = RM547.92

7 Tahun (20% down payment) (3.5% interest) – Peraturan Baru

a) 20% x RM50K = RM10K (downpayment)

b) Loan = RM50K – 10K = RM40K

c) Interest For 7 Years = RM40K x 3.5% yearly x 7 Years = RM1400 x 7 years = RM9,800

c) Monthly Payment = (RM40K + RM9,800) / 84 month = RM592.86

Peratus Kenaikkan Bayaran Bulanan Baru terhadap skim lama = (592.86-547.92)/547.92 x 100% = 8.2%

Dengan kata lain, dengan kaedah skim pinjaman kenderaan terbaru, para peminjam secara asasnya akan terbeban dengan wang muka/down payment sebanyak 20% tetapi keuntungan pula adalah pendeknya tempoh pinjaman dan hanya kenaikkan 8% sahaja bayaran bulanan/monthly installment dari skim biasa.


credit wanwidget & keretamoto

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

Like fanpage saya
klik iklan nuffnang nak kawen.

Selamat Pengantin Baru !!

assalamualaikummm..



sabtu baru nie sempat menyempatkan diri join pergi wedding classmate time sekolah dulu..Azmira dan pasangannya Zaidi..huhu
wedding pun tema pink gitu hehe...


pergi pulak dengan BFF dari zaman sekolah rendah Wahidah dan patner dunia akhirat beliau Hakim dannn PhotoG kitorang mael..majlis berlangsung di rumah kediaman pengantin perempuan di Taman Temerloh Jaya..bila sampai makkkk aiihhh banyaknya kereta rupanya ada kenduri jugak dekat dengan rumah pengantin..huhu sekian jugak lah carik parking hehe..



sampai-sampai terus selok nak tengok pengantin..yelahh orang tengah bersanding ..terujaa habesss kitorang hehe..almaklumlah kitorang single mingle lagi huhu..



pasangan pengantin ..cantik warnanya nie hehehe

hantaran untuk pengantin lelaki


hantaran untuk pengantin perempuan

okay apa lagi makan lah kan....lepas makan sambung bergambar lagi hehe..


schoolmate kite !!


hehe nampak tak..haha nak promote jap..pakai SUPRA CODE NB tauuu




yeayyyy happy ending for mira and zaidi..
selamat pengantin baruuuu

hehe best best kan kaweng nie hehe..
all picture credit to mail hehe rembat dari FB dia..hehe

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

Like fanpage saya
klik iklan nuffnang nak kawen.

SERUM BIOWHITE COLLAGEN : SERUM PERTAMA DI ASIA boleh DISAPU dan DIMAKAN

  No comments    

Anda MALU untuk ke tempat kerja kerana mempunyai masalah-masalah berikut :

--> Kulit tidak sekata
--> Banyak parut jerawat & jeragat
--> Mempunyai pori-pori yang besar
--> Mempunyai whitehead yang berlebihan
--> Kulit kusam dan kelihatan tidak bermaya
--> Mempunyai parut kesan pembedahan dan kesan regangan kulit


Usah risau, Serum BioWhite Collagen mampu merawat masalah kulit yang anda hadapi.. Serum ini dirumus khas bukan sahaja mencantikkan malah menyihatkan kulit anda dengan kesan seawal 10 hari.. Apa tunggu lagi, cepat anda beli cepat anda akan rasai kesannya



Serum BioWhite Collagen adalah serum PERTAMA di Asia yang boleh disapu dan DIMINUM !

100% Jaminan
100% Bahan Semulajadi
100% Bebas Bahan Sintetik
100% Keluaran Bumiputera
100% Produk Islamik
100% Kepuasan


Terdiri dari gabungan bahan aktif yang mantap seperti: 
-aloe vera 
-sarang burung walid gold
-collagen seaweed 
-air suling 
-madu 
-pati oren dan kaya dengan vitamin C 
-dan sememangnya berkesan untuk menyihatkan dan mencantikan kulit 



Bebas bahan sentetik seperti: 
-Parabens, Mercury, Hidroquinon san Silbuteramine. 
-Telah terbukti secara klinikal 
-Kesan seawal 10 hari 
-Boleh disapu dan diminum 
-100% bahan semulajadi 
-100% keluaran bumiputera 
-100% islam product 
-100% Guarantee 


Kebaikan SERUM BIOWHITE COLLAGEN: 
-mampu mencantikan kulit wajah 
-melambatkan proses penuaan 
-menghilangkan parut jerawat 
-parut pembedahan dan kesan regangan kulit 
-menghasilkan kulit yang licin dan mengecilkan liang-liang pori 
-mencerahkan kulit dari dalam dan meratakan tona kulit 
-membaiki sel-sel kulit yang mati dan pembentukan sel-sel baru serta memulihkan kulit kering dan nyahhidrat.



Persoalan yg sering ditanya:
1. Adakah Serum ini boleh jadi pencuci muka? 
-bukan pencuci muka 

2. Bagaimana cara menggunakan Serum BioWhite Collagen ini?


Penggunaan PERTAMA : 
- Titiskan serum ini dan ratakan di seluruh muka SEBELUM TIDUR dan biarkan.. Esok pagi anda boleh mula mencuci muka yang telah disapu serum itu tadi.. 

Penggunaan KEDUA : 
- Serum ini juga boleh disapu pada kulit yang bermasalah.. Contohnya, kulit kaki yang kering, kesan parut dan sebagainya.. Penggunaannya juga sama, titiskan serum ini dan sapu di bahagian kulit yang bermasalah tadi dan biarkan selama beberapa jam barulah dibersihkan.. Sekiranya sapuan yang dibuat itu sedikit, tidak perlu dicuci kerana serum ini akan kering sendiri pada tempat sapuan tersebut.. 

Penggunaan KETIGA :
- Serum ini merupakan serum pertama di Asia yang boleh disapu dan DIMAKAN.. Ambil 1 camca kecil dan makan sebelum sarapan dan sebelum tidur.. Untuk rasa yang lebih enak, serum ini juga boleh diambil dengan campuan jus buah-buahan.. Ini merupakan salah satu penggunaan untuk kesan yang lebih CEPAT.. 

Pengasas Panacea Beauty



Siapa gadis jelita ini?
Penah menonton rancangan Mentor TV3?
Beliau adalah Noor Nazatul Farahin atau mesra dipanggil ZATUL, penyanyi yang berasal dari Kedah.. Kepada anda yang masih belum tahu, Zatul juga merupakan pengguna SERUM BIOWHITE COLLAGEN..


Anda mempunyai masalah lubang pori-pori yang BESAR? Usah risau kerana dengan Serum BioWhite Collagen, lubang pori-pori anda akan mengecil seperti pengguna di dalam gambar ini..






dah ramai blogger famous yang buat testimoni tentang SERUM BIOWHITE COLLAGEN antaranya IrineNadiaMarcello, FatinSuhana, dan CikEpal

berminat????

hanya bernilai
RM95 SM RM105 SS
dan seawal 16 tahun dah boleh guna serum nie serta lelaki ponggg boleh guna okenggg..haaa apa lagi cepat-cepat inbox kami di FB Aznishafirul Shopaholic Shoppe atau SMS 0199415976 untuk cepat..

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

Like fanpage saya
klik iklan nuffnang nak kawen.