WhatsApp Dah Boleh Call

  8 comments    
categories: 


Seronok sangat hari nie, pagi-pagi bukak whatsapp dah boleh call. mangsa pertama mesti lah BFF azney sebab aritu dye ada tanya . padahal time tue azney tak tahu pun whatsapp boleh call. hihihihi tapi kali nie dah boleh call.






jom lah try whatasapp call nie . jimat dah kredit untuk call lepas nie. 

acane boleh enable ? mintak sapa-sapa yang dah boleh call guna whatsapp call no kita melalui whatsapp kemudian jawab calling tue. automatik terus boleh guna . 






Doakan saya cepat dapat baby !!


Like fanpage saya
  



".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang


#WordlessWednesday | Asam pedas untuk dia Eh ! Asam Pedas Melaka Ikan Pari


Doakan saya cepat dapat baby !!


Like fanpage saya
  



".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang

Donut Ball Sedap : First time buat !!


Haiiii !!!! comel tak dunot ball?? hahahaha. 


Nie first time dalam hidup azney buat donut. Tak tahu lah azney sekarang nie suka sangat mencuba benda baru, padahal dulu memang tak suka ke dapur nak buat kuih muih nie huhu. semalam tetiba rajin pulak nak mencuba buat donut ball. sindrom mak-mak ke nie ? hahaha


Petang semalam sebelum balik rumah singgah beli mauripan. siap beli 2 lagi tuuu kot-kot berjaya ke buat donat tersedap di alam semesta ke hahaha. Lepas makan malam baru azney mulakan eksperimen donut nie hehehehe.


Resepi azney ambil dari sini 


Donut Mudah 

Sumber; : iezamel78 Donut @ MYR 
Oleh; Mamasya 

Bahan-bahan ( 20 - 25 biji ) 
  • 3 cawan tepung gandum 
  • 1 cawan air suam kuku 
  • 2 sudu besar mentega 
  • 6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis) 
  • 3 sudu besar susu pekat manis 
  • 1 paket yis (jenama mauripan) 
  • 1 biji telur 

Cara-cara 
  • Cairkan mentega dan ketepikan. 
  • Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut.
  • masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit. 
  • Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi. Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau. 
  • Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit. 
  • Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik). ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung.(ini utk buat bentuk ring donut) 
 

rupa selepas kembang hahaha kemain kembang
  • Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. 
  • Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice..

Azney buat malam so kena goreng separuh masak dulu sebelum di simpan dalam freeze. Pagi tadi baru goreng hehehe mujur lah enche somi dengan MIL makan . Takut jugak dorang tak sanggup nak makan hehehe.jom lah cuba !!! memng lembut tapi rangup di luar ..

Doakan saya cepat dapat baby !!


Like fanpage saya
  



".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang

Chewy Cheese Ball KFC






Alhamdulillah berjaya jugak Azney buat cheese ball ala kepsi nie. walaupun terselup jari sekali dalam minyak panas huhu. Resepi nie senang giler. Dah berangan nanti ada anak dah sekolah boleh lah buat banyak-banyak simpan dalam peti ais. Nanti masak pastu tapau bawak bekal pegi kelas hahahaha. beria sangat angan-angan tue hehehe. 


MIL dengan enche somi pun suka. seronoknyaaaa bila kita masak ada orang puji dan suka !!! Siap ada request suruh buat laksa lemak sabtu nie. wahh wahhh berjaya kah Azney nanti membuatnya ?? kita tungguuuu. sekarang nie nak share resepi yang Azney google minggu lepas hahahaha.

******************************

Chewy Cheese Ball

 resepi asal : Kak chaq

BAHAN-BAHAN :

4 biji KENTANG (saiz sederhana)



1 1/2 cawan TEPUNG GANDUM
(ikut sukatan kentang, kalau kentang lebih, lebihkan tepung)



secubit GARAM

LADA HITAM secukup rasa




1/2 KEJU CHEDDAR (dipotong kecil-kecil)




SERBUK ROTI



2 biji TELUR



CARA-CARANYA :

1. Rebus kentang bersama garam. Garam tu agak-agak je. Jangan banyak sangat, kang termasin sangat. Bila dah empuk, angkat dan toskan. Ketepikan.

2. Gaulkan kentang tadi bersama tepung gandum. Jangan terlebih letak tepung gandum, nanti terkenyal dah jadi macam cucur ikan bilis aka jemput-jemput. 

3. Masukkan bersama lada hitam sebab tak ada lada sula. hehee Gaulkan hingga sebati. *azney tak letak sebab MIL tak boleh makan huhuhu

4. Bentukkan adunan kentang--tepung gandum--lada putih tadi menjadi bebola kecil.

5. Masukkan keju/cheese yang dipotong kecil ke dalam bebola kecil tadi. Caranya lebih kurang macam buat kuih buah melaka tu.

6. Dah siap bubuh keju/cheese tu salutkan dengan serbuk roti. Kemudian, gaulkan pula dengan telur yang dah dipukul. Kemudian, gaulkan lagi sekali dengan serbuk roti. |serbuk roti --> telur --> serbuk roti |

7. Sedia untuk digoreng. Balance simpan dalam peti ais hehe dah macam frozen pulak .




Doakan saya cepat dapat baby !!


Like fanpage saya
  



".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang

Pahala Bersalin





Apabila seseorang perempuan mengandungkan janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan 1000 kejahatan daripadanya. 



Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allat SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa sperti keadaan ibunya melahirkannya.



Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.






Doakan saya cepat dapat baby !!


Like fanpage saya
  



".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang

Backdrop Photobooth Chalkboard byazneyshamsuddin






SAIZ : 8 X 8 atau 8 X 7 atau
MATERIAL : Tarpaulin Outdoor
COLOR : Full Color 1 Side Printing
FINISHING : Eyelet + Tali (Lubang penjuru backdrop)
Boleh gantung sendiri


Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
azneyshamsuddin
klik iklan nuffnang

myMail : Cara Mudah Check Email Domain di Handphone


Azney ada masalah nak check email kalau kat rumah sebab line internet slow sangat, kalau kat opis senang sikit nak check email sebab kat opis ada wifi mihmihmih. Nak bukak google dan sekian pastu nak sign in pun sekian last-last tak coverage !! geram tak ??


So tadi azney google camne nak "check email domain guna handphond" dan azney jumpa banyak aplikasi tetapi harammm tak boleh guna langsung. Last sekali azney jumpa myMail. Azney sign in macam biasa dan terus keluar inbox !! yeahhhh tak sia-sia azney download hehehe. dan yang bestnya boleh letak segala mak nenek email yang kita ada tau. lagi senang lah. Tak delah kena download banyak aplikasi email dalam handphone :)








Okay cam ne nak download aplikasi myMail nie ?

GooglePlay pastu search myMail klik install pastu sign in cam biasa :)








kini tiada lagi masalah nak check email guna domain sendiri !!


Doakan saya cepat dapat baby !!


Like fanpage saya
  



".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang