Showing posts with label Trying To Conceive. Show all posts
Showing posts with label Trying To Conceive. Show all posts

Harum Malam : Ikhtiar Untuk Hamil



Sejak kes hari tue azney selalu lah sakit pinggang seminggu nak period dengan selepas period. sakit teruk tak de lah pastu cramp perut. Bila nak rukuk kemain lagi. tak boleh nak rukuk sangat sebab pinggang sakit. Bila jumpa doktor, doktor cakap tak de masalah. Tapi confuse sebab kalau tak de masalah takkan sakit kan ?



Dalam tempoh 4 bulan nie azney selalu pasang niat untuk hamil semula. Kalau dah sakit pinggang je rasanya boleh effect untuk mengandung kan. ermmm so azney consume semula Harum malam. Sebab sebelum kahwin dulu azney consume harum malam walaupun culas-culas jugak. Alhamdulillah rezeki datang cepat buat azney lepas kahwin tapi tak lama sebab azney keguguran.




Azney ada jugak cuba cari supplement lain untuk TTC nie tapi macam takut-takut pulak. hehehe yelah kan benda tak pernah rasa nak-nak tengok testimoni je. Kalau Harum Malam nie azney pernah ambil. so azney tahu lah apa kesannya. harum malam nie pun bila tengok testimoni ada yang pernah hamil selepas ambil Harum Malam. So nie salah satu ikhtiar azney untuk hamil semula selain consume Asid Folik.


Azney suka dengan Harum Malam sebab Harum Malam nie boleh

  • Membantu menyegar dan menyihatkan badan.
  • Mencantikka dan menaikkan seri wajah.
  • Membantu menghilangkan bau badan dan mulut.
  • Melegakan panas badan.
  • Menegangkan payudara.
  • Memulihkan rasa rapat.
  • Mengencang otot kewanitaan.
  • Menghalang bau tidak enak serta gatal-gatal.
  • Menambah keharmonian suami isteri.
  • Menyihatkan rahim.
  • Mencantikkan payudara agar sihat dan montok.
  • Bertenaga dan mengatasi masalah vagina kering
  • Membantu mengetatkan dan menganjalkan vagina
  • Membantu membunuh bakteria dalam saluran kencing serta mengatasi masalah kerap kencing
  • Meningkatkan system tahan tubuh serta menstabilkan hormon
  • Mengurangkan tekanan dan tension
  • Membantu menganjalkan kulit serta tubuh badan dan mengurangkan kedutan

Lagi satu cara makan pun senang sebab pagi 1 sudu sebelum sarapan pastu malam  1 sudu sebelum tidur . Tapi kena guna guna sudu plastik ye sebab Harum Malam mengandungi madu,dikhuatiri kalau guna sudu besi akan hilang khasiatnya. Azney lebih suka letak dalam dalam peti sejuk . baru lah sedap !! Pastu Harum Malam nie boleh makan time period tak macam sesetengah supplement, tak boleh makan time period. Status Halal?? Jangan risau sebab Harum Malam Halal dan lebih 7 tahun dalam pasaran.


azney beli kat sini. kalau nak boleh lah order ye :)


Doakan saya cepat dapat baby !!


Like fanpage saya
  



".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang

Hampa !


Bulan lepas dah hampa bulan nie hampa lagi ! kecewa betul rasa. Rasanya dah buat betul-betul tapi tak berjaya jugak. huuu Azney dah siap berangan-angan nak dapat dalam tahun nie jugak. Siap setting tarikh lagi dalam henpon. Tapi hari nie kecundang lagi. Awal sehari pulak tue.



Period !! bengang betul kan kalau kita tengah TTC nie dok tunggu lah bulan nie tak datang tetiba datang pulang. eee geram betul. serius seminggu sebelum period ada tanda-tanda macam pregnant cam sakit pinggang, selera makan bertambah, badan penat , nak demam. alih alih benda lain yang datang. Seminggu sebelum period nie datang Azney dah siap standby UPT. sanggup pergi Watson untuk test bila kalau period lewat sehari. Tapi kali nie awal sehari pulak dah. Haishhh nie memang tak boleh jadi nie.Kena usaha lebih nampak gayanya dalam bulan nie hehehe.



Mula-mula kahwin dulu tak TTC pun tapi boleh pulak lekat tapi tak panjang umur pulak. Kali nie TTC tak menjadi pulak. Asid Folid memang tak pernah skip sehari punya lah nak baby tahun nie. huhuhu. Azney rasa macam nak consume semula Harum malam sebab sebelum kahwin Azney ada consume Harum Malam. Maybe jugak dengan izinNya Azney boleh mengandung dengan cepat. Bukan pengalaman orang tapi pengalaman sendiri.



Jom order Harum Malam.







Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
azneyshamsuddin
klik iklan nuffnang

"Making" AEJunior




Hi lepas misscarriage dulu ada jugak Trying To Conceive TTC pregnant. hehe sebab excited nak baby lepas kawen kan. Sape yang kawen tak nak baby. semua orang nak.So lepas misscarriage dulu install application period Calendar. Application nie kira membantu untuk Azney note pada tarikh-tarikh tertentu dan mengetahui tentang kitaran period bulanan. So sedikit sebantak memang membantu selepas missscariage dulu. Kot-kot pregnant boleh la tahu bila tarikh first period bulan lepas. Takde lah main agak-agak je cam check kat KKIA dulu pakai hentam je tarikh. Benda nie nampak macam simple tak penting tapi bagi KKIA penting sebab dorang akan dapat detect due date baby dengan tarikh first period. So mana mana mak bapak nak baby lahir bulan 9 ke bulan 10 ke da boleh usaha pada bulan 1 atau bulan 2.


Application nie boleh download kat play store.Free je pun. hehe





Bagi mak mak yang nak baby, kena lah consume Asid Folik pulak.bukan apa asid folik nie membantu menguatkan rahim dan bagus untuk tumbesaran baby dalam kandungan nanti.


Azney baru je consume Asid Folik nie. Huishhh tak sabar rasanya nak ada baby semula. Umur dah hampir 3 series nie. Kawan kawan umur muda lagi dah ada handbag masing masing. Kita teringin jugak nak ada handbag kan. Azney dengan Erul pulak memang suka kan budak-budak. Walaupun Erul nampak macam tak kisah nak baby awal ke tak tapi bila Azney pregnant dulu diaorang paling excited. 



Asid folik yang Azney consume nie jenis Appeton Essentials. Untuk 3 bulan terus. Harga pun tak mahal Rm38.00. Azney beli dekat farmasi Al-Asyifa kat Temerloh. Rasa pun sedap. Makan waktu selepas sarapan pagi.


InsyaAllah kalau consume asid folik, mak mak yang nak baby boleh mengandung. Haaa bukan mak mak je boleh makan. ayah ayah pun boleh ambil tau. bagus untuk tingkatkan kesuburan orang kata hehehe. Tak salah berusaha kan ?.


Wanita yang merancang untuk mengandung atau hamil akan mula mengambil asid folic sebagai langkah persediaan untuk hamil. Tetapi tahukah anda akan kepentingan asid folic ini? Jom saya kongsikan sedikit info tentang kepentingan asid folik ini untuk pengetahuan kita semua. Semoga ia memberi manfaat buat kita bersama.


Apa itu ASID FOLIK?

Folic Asid (atau folate), juga dikenali sebagai vitamin B9 yang sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh. Ia penting dalam membina DNA yang baru dan membaiki DNA yang rosak dalam sel. Oleh itu ia sangat diperlukan oleh bayi dalam rahim untuk membina banyak sel-sel baru. Jika si ibu kekurangan folic acid, kesihatan bayi dalam rahim mungkin juga akan terjejas.

Mengapa ia PENTING?
  • Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida)
  • Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia). 
  • Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.
  • Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi:
  • Sumbing lelangit (cleft palate)
  • Kecacatan pada jantung (congenital heart disease)
  • Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction)
  • Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)


Bila ASID FOLIK perlu diambil?
Bagi wanita yang merancang untuk hamil, ambillah asid folik sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Bagi wanita yang telah hamil pula, mereka dinasihatkan agar mengamalkan pengambilan folic acid setiap hari sejak awal kehamilan dan harus diteruskan sekurang-kurangnya untuk 12 minggu pertama. Ini kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu pengambilan folik asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi.


SIAPA yang memerlukan ASID FOLIK?
  • Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untuk mengandung.
  • Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang
  • Merawat kesuburan pada lelaki



Dos Asid Folik yang DIPERLUKAN?
  • Wanita biasa – 400 microgram (0.4 mg) sehari
  • Wanita hamil – 600–800 micrograms sehari


SUMBER MAKANAN yang mengandungi ASID FOLIK?
  • Hati ayam
  • Daging, ayam, telur
  • Kekacang
  • Beras perang, barli, oat
  • Sayuran hijau, Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain


Pentingkah Asid folik untuk KESUBURAN LELAKI & WANITA?

Folic acid juga dapat membantu merawat masalah kesuburan pada lelaki. Ia akan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma lelaki. Sperma yang mengalami kecacatan kromosom apabila disenyawakan dengan telur ovum, akan menghasilkan janin yang tidak dapat hidup lama.
Folate adalah supplemen penting bagi membantu proses spermatogenesis. Bagi wanita ia membantu dalam kematangan telur ovum, pembentukan placenta dan ketika janin di’tanam’ke dalam rahim. 

sumber: Dr.Zubaidi

Oleh itu tidak salah jika ingin mengambil asid folic sebagai langkah persediaan untuk hamil dan juga sebagai usaha untuk meningkatkan tahap kesuburan . Kita berusaha ALLAH menentukan.  


Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
azneyshamsuddin
klik iklan nuffnang