Anak Saya Demam !

  No comments    
categories: ,




Anak saya demam: 


1) saya pantau suhu. 


2) jika suhu 37.5++ (untuk umor 1 tahun) ia masih demam biasa jika anak aktif. 


3) kebiasaanya mereka kurang selera makan. Walau bagaimana pun, berusahalah untuk menyusu sekerap yang mungkin untuk mengelak dari dihidrasi. 


4) hentikan makanan berminyak dan manis. Beri mereka sop tulang yang di masak lama ( 4-8 jam) bubur dan air atau menyusu. 


5) lap badan mereka dengan air suam. (Sponging) Elakkan lap badan mereka dengan air sejuk (ais) atau menggunakan apa2 kaedah yang menyebabkan suhu turun secara 'mengejut' . Ada saya jumpa lap anak dengan ais. Hal ini boleh menyebabkan 'core temperature ' suhu naik lebih timggi dan sukar dirawat. 


6) saya menggunakan minyak zaiton untuk disapu pada seluruh badan termasuklah sendi2 dan lipatan(Jangan terlalu banyak, ikut keselesaan) .Apa yang saya lihat suhu turun dengan perlahan dan anak lebih nampak selesa. ( pastikan anak tidak alahan dengan minyak zaiton) 


7) pakai baju dan seluar tidak terlalu tebal untuk tidur malam, jika di siang hari, boleh buka baju atau pakai baju jarang. 


8) kerapkan mandi. Saya biarkan anak dalam tab lebih lama dengan menggunakan air pada suhu yang sederhana. 


9) kebiasaanya demam adalah disebabkan virus dan bakteria. Simptom virus biasanya anak akan muntah, cirit birit, batuk dan selesama. Jika bakteria biasanya demam suhu terlalu tinggi , selesama dan batuk. Jika anak batuk tidak aktif, cirit birit , ada ruam merah, pucat , kulit merah berpetak-patak ( mottled skin)  dan tidak bermaya, paling teruk tidak mahu menyusu selepas 3 hari demam. elok bawa jumpa dokktor dengan segera.


10) sediakan PcM ( ubat ini perlu dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi terlebih dahulu) jika suhu 38.5 seeloknya diberikan PcM melalui dubur. Kekerapan memberi pcm adalah tidak betul. 


11) ibu yang menyusu digalakan makan dan minum berkhasiat untuk membantu  disalurkan kepada bayi. Saya galakan habbatusauda, bawang putih dan kerapkan mengambil sop tulang atau masak bening. 


12) saya lebih gemar jika suhu 37.5++ anak masih aktif termasuk menyusu dengan baik untuk tidak memberikan ubat(kecuali atas saranan doktor anda) . Demam adalah salah satu cara badan untuk bertindak membina antibodi sendiri untuk melawan kuman dan virus. 


13) jika pernafasan anak kelihatan laju, perut berombak, bengkak ubun-ubun, bengkak sendi, menangis tanpa air mata, suhu sangat tinggi. Segeralah bawa berjumpa dengan doktor. Jangan degil ya. Kesian anak  jika berlaku apa2, pernafasan laju kebiasaanya melibatkan masalah kuman dari paru2 dan jantong. 


14) demam mungkin ada tindakbalas dari fizikal badan juga termasuk gigi anak mula mahu tumbuh , terkejut sebab nampak hantu👻👻👻. Boleh jadi juga demam disebabkan terseliuh kaki atau tangan. Jadi cari punca sebab apa anak demam dan pantau dalam tempoh 24 jam - 72 jam. 


15) 'skin to skin' . Kaedah ini sangat berkesan untuk turunkan suhu anak. Dari pengalaman saya, kaedah ini sangat memberikan keselesaan kepada bayi atau kanak2 yang demam. Mereka akan lebih selesa jika dipelok. 


16) Paling utama, solat 2 rakaat minta Allah sihatkan anak kita dan dijauhkan dari jangkitan bahaya. Setiap kali lap badan anak banyakkan selawat. Jumpa orang alim minta mereka buat air bacaan doa atau apa2 surah. Jika orang alim dapat datang ke rumah kita lagi elok. Minta beliau usap dan doa untuk anak kita. Mudahan asbab KEBERKATAN amalan mereka Allah s.w.t cepatkan semboh demam anak kita. 


Moga bermanfaat. 


-Encik Matt- 



.

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."


love,

azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang

nuffnang_bid = "f573ff4c16faec9b91b27662f9295349"; document.write( "<div id='nuffnang_lr'> </div> " ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();