"Jangan Jadi Kufur Nikmat "

  5 comments    
categories: ,

Assalamualaikum semua warga iih.. Saya selalu baca post dkt wall iih tentang ibu2 yg kononnya sedih & blm bersedia bila disahkan mengandung ketika ank masih kecil.. Siap ada yg mntk pndpt & tips utk menggugurkan kandungan.. Nauzubillahi min zaalik.. 😢😢 sy ada 1 cerita yg mungkin blh dijadikan iktibar utk diri sy sendiri & ibu2 semua..

Pd bln februari yg lalu sy menghadiri kursus d melaka selama seminggu.. Ketika itu sy sdg mengandungkan ank ke2 8 bln.. Slps mndftr d hotel sy mendapat bilik bersama seorng kakak yg berasal dri johor..

Roomate sy tersebut sgt baik.. Beliau sllu berpesan kpd sy supaya menjaga kandungan dgn baik, dan sentiasa mendoakan yg baik utk kandungan sy.. Alhamdulillah.. Sy menganggap pesanan & doa2 tersebut adalah dari seorang ibu yg mempunyai byk pengalaman memandangkan umur beliau lbh tua drpd sy 9 tahun (merujuk kpd nombor ic pd tag nama yg dipakai ketika kursus) 😁..

Pd hari ke3 kursus, ketika sdg berborak sblm tdo barulah roomate sy menceritakan kisah hidupnya.. Beliau mempunyai seorang ank syurga.. Jika anaknya masih hidup umurnya pd tahun ini 8 tahun.. Anknya meninggal dunia ketika berumur setahun 2 bln kerana demam panas.. Ketika anak beliau berusia 4 bln, beliau disahkan hamil ank ke2.. Beliau sgt terkejut dgn kandungan tersebut dan sentiasa berharap agar kandungan tersebut gugur.. Beliau lngsung tdk menjaga pemakanan malah turut mkn makanan2 yg bahaya bg ibu mengandung.. Akhirnya keinginan beliau menjadi kenyataan apabila kandungannya gugur ketika berusia 14 minggu..

Namun takdir Allah, ketika anaknya berusia setahun 2 bln, anaknya diserang demam panas & meninggal dunia selepas hampir seminggu ditahan d hospital.. Sehingga kini hampir 8 tahun lbh menunggu, beliau masih blm dikurniakan ank slps ank sulungnya meninggal dunia.. Beliau menganggap mungkin itu adalah kafarah dosa buatnya kerana tlh menolak rezeki ank ke2 yg tlh dikurniakan utknya dan sgt menyesal dgn apa yg tlh terjadi.. 😔😔

Kata2 beliau yg membuatkan sy igt hingga hari ini, jgn jadi manusia yg kufur nikmat.. Allah blh memberikan rezeki pada sesiapa sj dan bila2 masa yg DIA nak.. Tp jgn lupa, Allah jgk blh tarik semula rezeki yg DIA tlh berikan drpd sesiapa dan bila2 masa yg DIA nak.. 😢😢😢

💘🌸To my ex roomate, kak A, dan ibu2 yg masih blm dikurniakan zuriat, sy doakan semoga Allah menghadirkan rezeki ank dlm rahim  kalian... Aminn🌸💘

10 Pergerakan Bayi : Naluri ibu mengandung boleh menyelamatkan anaknya.

Bismillah. 


Sedikit perkongsian yang bagus untuk di ambil tahu untuk ibu atau bakal ibu . Mencegah lebih baik !! Perkongsian ini di kongsi oleh seorang doktor mengenai pergerakan baby sebenar di dalam kandungan.

     

Ramai yang bertanya-tanya. Tak boleh nak jawab dalam FB messenger tu sebab banyak sangat soalan. Inilah jawapan saya letak di sini.

Naluri ibu mengandung boleh menyelamatkan anaknya.
A mother's instinct can save her baby.

Apabila kami menyampaikan berita sedih kepada ibu mengandung yang janin di dalam kandungannya tu sudah meninggal dunia, seringkali kami bertanya dahulu kepada ibu berapa lamakah janin itu tidak bergerak. Memang lebih dari setengah ibu yang kehilangan zuriatnya mengaku merasai pergerakan janin sudah mula berkurangan dua tiga hari sebelum dia meninggal. Bila mereka datang ke kelinik ibu hamil kerana janinnya sudah berhenti bergerak, mereka sudah terlambat.

Minggu lepas, pelajar perubatan saya membentangkan kisah seorang ibu mengandung yang mengadu pergerakan janinnya tidak cergas seperti biasa (reduced fetal movements).

Saya pun menguji pelajar saya "Apakah maksudnya  'reduced fetal movements'? "

Dengan penuh keyakinan, pelajar saya menjawab "Pergerakan janin kurang daripada 10 kali dalam tempoh 12 jam, selepas minggu ke 28 kehamilan"

Saya pun terjumpa video ni dan tunjuk kepada pelajar saya (saya letak link kepada video di bahagian comment). Saya suruh dia kira. Berapakah tempoh masa janin ini membuat 10 pergerakan? Waaaah tak sampai pun 20 saat !

Memang ramai orang salah sangka.

Salah sangka pertama: Mana depa belajar yang 10 pergerakan dalam 12 jam itu mencukupi?  Sedangkan kajian menunjukkan (seperti di dalam video), jumlah purata pergerakan janin dalam masa satu jam saja ialah 31 kali, untuk janin yang matang (37 minggu kehamilan ke atas).

Mungkin ibu sibuk berkerja dan tidak selalu merasai pergerakan janinnya. Tetapi selama 7-9 bulan mengandung, ibu lah yang paling memahami watak dan ciri pergerakan janinnya. Bila kami menasihatkan ibu memantau pergerakan janin, kami menggalakkan ibu mencatat, di waktu yang sama setiap hari, berapakah tempoh masa merasai 10 pergerakan (Mother's perception of fetal movement).

Jika selalunya ini mengambil masa 3 jam, tetapi pada satu hari ini mengambil masa yang lebih lama daripada biasa, dan ibu merasa yang janin tidak cergas seperti biasa, silalah datang berkunjung ke hospital bersalin pada hari yang sama juga. Sebenarnya, tak payah pakai atau catat dalam fetal kick chart tu pun tak apa, asalkan ibu perasan bila pergerakan janinnya mula berubah dan tidak seperti kebiasaannya.

Salah sangka kedua: Ada pulak yang mengatakan bila janin sudah matang dan sudah sampai ke 'Estimated Due Date' iaitu tarikh dijangka akan bersalin, tidak ada tempat didalam rahim untuk janin bergerak maka pergerakannya akan berkurangan. Pada hakikatnya, pergerakan janin tidak sepatutnya berkurang, dan bila janin tidur, tempoh masa tidurnya tidak sepatutnya melebihi 90 minit.

Di antara semua kaedah yang tersedia ada untuk memantau kesihatan janin, naluri ibu juga lah yang penting, tidak ada penggantiannya.

Jika anda bimbang pergerakan janin kurang daripada biasa, walaupun terdapat lebih daripada 10 kali dalam tempoh 12 jam, kami akan mengawas nadi jantungnya (fetal heart rate pattern) dengan CTG dan menilai pembesaran janin dengan ultrasound scan. Jika didapati ada masalah, kami akan bersedia untuk melahirkan anak anda.

Sememangnya naluri ibu, mother's instinct, mother's perception, itu penting, dan boleh menyelamatkan anaknya


sumber 

Imelda Balchin

https://www.facebook.com/imelda.balchin

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10154472312861659&id=679746658

Baby keluar macam tepung gomak ? Jangan risau

  No comments    
categories: , , ,

Dulu selalu lah dengar cakap cakap orang yang mengatakan kalau baby lahir penuh dengan cecair putih nie mak pak baby make love. pastu baby jadi mangsa. huhuhu tapi semalam ada terbaca 1 info yang menangkis cerita cerita mitos nie. Aduiii nak gelak pun ada. kelakar kan bila orang yang tak tahu tapi berkata mengenai sesuatu macam tahu.


Ni namanya vernix ibu2.
Majority ibu2 yg bersalin cukup bulan vernix dah tak ada, bersih gitu kulit...bukan sebab minum air kelapa ker, makan itu,makan ini...

Vernix dah meresap dlm kulit baby..
Boleh katakan.80-90% bby cukup bulan kurang vernixnya...kalau ada pun tinggal saki baki di celah2 pelipat, punggung dan belakang.


Vernix byk ditemui pada bayi yg blm cukup bulan. Kerana peranan utamanya sebagai pelindung kulit dari kehilangan suhu badan, pelembab kulit ,melindungi kulit dari kekecutan dan kecederaan, merencat pertumbuhan microorganisma merbahaya spt gbs.


* jgn risau bila keluar bby mcm tepung gomuk.....beberapa jam kemudian ia akan cair meresap kedlm kulit bayi, ia spt losyen kpd bayi....ia adalah lemak sebenarnya*


Mitos
Kotoran hubungan sexual- ia bukan kotoran hasil hubungan ibu dan ayah baby....bayi dilindungi oleh amniotic bag, dia berada dlm air ketuban acaner pulak air mani si ayah boleh tembus .


sumber https://www.facebook.com/nor.azniza.7

9 JENIS KOSMETIK YANG TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEMASA HAMIL

Wanita dan kecantikan memang tak boleh dipisahkan. Walaupun sedang berbadan dua, keinginan untuk jaga kecantikan wajah tetap sama kecuali memang menghadapi alahan tak ada 'mood' hendak melaram seperti biasa.

Tetapi awas, bila anda mengandung bukan sembarangan kosmetik yang ada di pasaran boleh anda gunakan. Sesetengah kosmetik ada mengandungi bahan-bahan tertentu yang boleh memberi kesan buruk kepada bayi dalam kandungan.

Jangan mudah terpedaya dengan janji yang diberikan oleh jurujual iaitu boleh mengurangkan masalah kulit wajah yang dihadapi ketika hamil. Dr Zubaidi Hj Ahmad dalam facebook beliau telah memberikan beberapa senarai bahan-bahan terlarang yang tidak boleh digunakan oleh wanita hamil.

Jadi, selepas ini pastikan anda sentiasa membaca label untuk memeriksa apa bahan dalam produk kosmetik yang hendak dibeli.


KOSMETIK YANG TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEMASA HAMIL

Perhatikan pada label dan bercakap dengan ahli farmasi yang bertugas ketika membeli bahan kosmetik yang dijual di farmasi.

Ini bagi mengurangkan risiko kemudaratan ketika hamil, elakkan kosmetik yang mengandungi bahan-bahan ini.

1. Aluminum chloride hexahydrate: Terutama pada deodorant dan spray  antiperspirant.

2. Beta hydroxy acids: Salicylic acid, 3-hydroxypropionic acid, trethocanic acid and tropic acid pada kream pemutih muka.

3. Kream sunscreens: Avobenzone, homosalate, octisalate, octocrylene, oxybenzone, oxtinoxate, menthyl anthranilate and oxtocrylene.

4. Diethanolamine (DEA): terdapat pada shampoo.

5. Rebonding rambut. Bahan kimia yang meluruskan rambut mengandungi  formaldehyde, quaternium-15, dimethyl-dimethyl (DMDM), hydantoin, imidazolidinyl urea, diazolidinyl urea, sodium hydroxymethylglycinate, and 2-bromo-2-nitropropane-1,3-diol (bromopol).

6. Bahan pemutih kulit seperti hydroquinone, idrochinone and quinol/1-4 dihydroxy benzene/1-4 hydroxy benzene.

7. Bahan plastik dan pengawet mengandungi  propyl, butyl, isopropyl, isobutyl dan methyl parabens.

8. Bahan plastik dan pewangi sentetik mengandungi diethyl dan dibutyl phthalates.

9. Ubat jerawat dan pembersih muka  Vitamin A, retinoic acid, retinyl palmitate, retinaldehyde, adapalene, tretinoin, tazarotene dan isotretinoin.

Dan banyak lagi...

#DrZubaidiHealth


Warna Warni Disebalik Solat Awal Waktu

LEPAS NI TAKNAK SOLAT LAMBAT LAGI!

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.



WAKTU SUBUH

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

WAKTU DZUHUR

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

WAKTU ASAR

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Nak subur? Sila segerakan solat Asar anda!

WAKTU MAGHRIB

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

WAKTU ISYAK

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah S.W.T. tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah S.W.T. mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya.

Ya Allah murahkan rezeki kepada orang yang LIKE dan SHARE post ini. 

Petua Untuk Mengatasi Bayi Sembelit

Petua Untuk Mengatasi Bayi Sembelit

Ibu- ibu boleh try buat ye.

Layur beberapa helai daun kunyit di atas api sehingga layu. Seterusnya letakkan daun kunyit itu di atas perut bayi. Tidak sampai beberapa minit kemudian, bayi anda pasti akan membuang air besar.

share untuk manfaat bersama

copypaste