lagu raya evergreen lebih menusuk kalbu...

  5 comments    
categories: , ,
alhamdulillah da 20 ramadhan..da dekat da na raya kan..huaaa tak sabar na tunggu..bila na dekat syawal kita mesti na dengar lagu raya kan..sebab baru terasa kemeriahan hari raya kan..tue belum campur mercun bunga api lagi hehehe,,nak nak plak lagu raya yang dulu-dulu kan..tapi dalam banyak-banyak lagu raya yang paling aku suka lagu raya Rafeah Buang Bila Takbir Bergema..perghhh memang syiokk la hehehe..dengar-dengar itu bedok telah berbunyi,,sebulan puasa tamatlah hari ini,,lekaslah adikku hiaskan rumahmu,,biar serba baru untuk para tamu..lalalalalala chewahhh ada bakat tak???..

hahahaha lagu-lagu lama yang laen pun aku suka jugak..cam lagu Sanisah Huri Aidilfitri,,Dayangku Intan Senandung Di Hari Raya Untukmu,,Rahimah Rahim Selamat Berhari Raya..hehee ada banyak lagik la..

bila dengar lagu-lagu raya nie aku ingat time aku kecik-kecik dulu..bangun awal nie terus pegi mandi pas siap mandi pakai baju raya..ealakan baju baru..da siap pakai makan dulu..pastue tunggu kawan-kawan datang rumah pegi kubur heee..da g kubur tue jangan harap la balik rumah sendiri..pegi beraya la..ape lagi kumpul duet raya ramai-ramai..dalam kocek baju jangan cakap la penuh dengan sampul duet raya..huishhh bestnya la time dulu-dulu..sekarang da besar takkan na buad cam tue kan..kalau da remaja siket da mula kumpul kad raya..sebelum cuti sekolah da collect alamat membe-membe clas..hahaha bila cuti anta kad kat membe-membe..kalau da tak sempat bagi pakai tangan terus..siap pesan baca kat rumah hehehe..

tapi sekarang,,,


orang da tak pakai kad raya..semua serba serbi canggih..paki sms,,mms,,email,,facebook nan twitter..kan best kalau tradisi mase kita kecik-kecik dulu diteruskan..huiashhhh tak sabar na raya..na balik jumpa ma abah kat rumah..huahua da la sambut ramdhan tak dapat balik..rinduuuu wehhh!!!!

jom kita layan lagu raya dulu..:)






Rafeah Buang- Bila Takbir Bergema

Dengar-dengar itu bedok telah berbunyi
Sebulan puasa tamatlah hari ini
Lekaslah adikku hiaskan rumahmu
Biar serba baru untuk para tamu

Jangan kau lupa ketupat di dapur
Rendang di kuali jangan biar hangus
Cuba lihat itu kanak-kanak berlari
Di halaman rumah bermain bunga api

Bangunlah anakku pakai baju baru
Kawanmu semua telahpun menunggu
Dapatkan ayahanda sujud di kakinya
Serta jangan lupa nindamu kedua

Kita bermaaf dengan keikhlasan
Moga bertambah rahmat dari Tuhan
Dengar-dengar itu takbir sedang bergema
Hening dan mulia di pagi hari raya






Sanisah Huri- Aidilfitri

Kini tiba masanya berhari raya
Muslimin dan muslimat sembahyang bersama
Menyembahkan diri pada yang kuasa
Bermaaf dan maafan di antara kita

Sesudah bersembahyang di pagi hari
Menziarah pusara kaum keluarga
Bunga ditabur doa pun dibaca
Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat

Selamat hari raya hari mulia
Dari hati ke hati kutujukan kata
Untuk ayah bonda dan juga keluarga
Putera puteri negara di sempadan sana

Allah Allah Allahu Akbar (2x)

Kepada suaminya yang dikasihi
Maaf zahir dan batin mohon si isteri
Kalau salah terkasar bahasaku
Ampun dan maaf kekanda yang dinda harapkan

Kepada kekasihku yang baik budi
Bimbingan dan panduan selalu diberi
Kalau kusalah silap kau maafkan
Mudah-mudahan kita akan berkekalan

Allah Allah Allahu Akbar (2x)





Dayangku Intan - Senandung Di Hari Raya Untukmu

Ku senandungkan lagu untuk mu yang jauh di mata
Daku kirimkan kasih di angin lalu
Semoga kan hilang rasa rindu
Hilang pilu resah di kalbu

Maafkan daku kerana tak dapat bersama mu sayang
Di hari raya hari yang bahagia
Kerana tugas pada negara
Dan semoga kekal sejahtera

Ku harap dikau gembira
Oh di samping ayah serta bonda
Untuk keluarga tercinta
Ku ucapkan Selamat Hari Raya

Dengarlah sayang aku hulur pengganti diriku

Semoga kau akan terhibur selalu
Di dalam suasana hari raya
Terimalah dengan rasa bangga





Rahimah Rahim-Selamat Berhari Raya

Selamat berhari raya
Ucapan ku untuk semua
Kita mengeratkan semula
Hubungan saudara
Yang terpisah

Yang jauh berkirim salam
Yang dekat berkunjung-kunjungan
Maaf dipinta dan diberi
Semoga ikatan berkekalan abadi

Dalam kita bergembira
Pasti ada yang berduka
Enak menjamu selera
Jangan lupa yang tiada

Selamat berhari raya
Walau di mana kau berada
Suka-duka silih berganti
Apa pun dugaan
Tabahlah menghadapi

5 comments:

Thank you for taking your time to leave what your thoughts! Will respond as soon as possible!