Showing posts with label #AETravel. Show all posts
Showing posts with label #AETravel. Show all posts

Bestnyaaa bercuti ke Pulau Pangkor !!




22-23 Ogos yang lalu Azney berpeluang ke Pulau Pangkor bersama officemate. dan yang paling best sebab disponsor penuh oleh company hehehe. Erul pun sekali join sebab ada kekosongan. Untung kan ! bukan staff pun dapat join hehehe . Kitorang gerak dari Temerloh pada pukul 6.30 pagi dan sampai pada pukul 2 lebih selepas dicampur tolak dengan masa makan dan berhenti di R&R hahaha.


Sampai di Jetty Marina kena tunggu feri ke Pulau Pangkor. Tiket kami pukul 3.00 petang. Perjalanan ke Pulau Pangkor dari Jetty Marina mengambil masa dalam 10 minit cenggitu hehehe. Sampai di Pulau Pangkor ,incharge kami Encik Adnan bawa kami semua makan tengahari dulu sebelum check in di Purnama Beach Resort.



Perjalanan ke resort ambil masa dalam 5 minit dengan menaiki teksi. Teksi comel sangat sebab van berwarna pink hehehe. Rata-rata di sini pelancong akan menggunakan teksi pink nie sebagai pengangkutan utama. Sebuah teksi boleh memuatkan sampai 9 orang penumpang. Selain teksi pink motorsikal dan skuter juga ada disediakan dengan kadar harga yang berpatutan. RM40 skuter RM35 motorsikal.Rata-rata yang lelaki lebih suka menaiki motorsikal untuk ke resort manakala kami yang ladies nie naik lah teksi pink yang comel tue. hehehe


sepanjang perjalanan ke resort dapat lah tengok permandangan laut yang cantik sangat . Geram sangat nak terjun terus dalam laut time tue hehehe

helmet comel bebenor !!

sebelum check in bilik hehehe

Selepas check in masing-masing masuk ke bilik dan berehat sementara menunggu aktiviti air pada sebelah petang. Azney apa lagi masuk bilik terus lah bersihkan badan sebelum membuta haha. Erul ada aktiviti sendiri apa lagi kalau bukan mandi kolam. huh tak kuasa nak layan badan penat. tido lagi baik hahaha.


antara aktiviti yang disediakan sekali dengan penginapan kitorang .
Best kan?


Pukul 5 berkumpul di lobi sebelum aktiviti air, Aktiviti petang nie Banana boat , Big Mable dan Jetski . semua dok pakai main aktiviti air nie kecuali Azney dengan isteri bos sebab kitorang jaga barang lagipun keadaan Azney tak mengizinkan time nie huhu sebab tu Erul dapat main sume aktiviti bahagian Azney. Depa sume duk pulun main sampai lah puasa sebelum balik ke resort untuk aktiviti mandi kolam pulak. Haa yang nie Azney boleh join hahaha sebab tak bahaya. Huishhh best betul kolam renang depan bilik je. So tak de lah segan sangat haha. Mula-mula tak nak join tapi bila dah tengok ramai je yang mandi, Azney pun join lah hehehe.




sebelum terjun kolam hehehe selfie dulu

kolam depan bilik memang masing-masing teruja

Masing-masing dah puas berendam sume dah penat dah lapar pukul 8 makan malam pulak. Alhamdulillah makan malam pun di sponsor . hahah Azney memula ingat kos pengangkutan dengan penginapan je di tanggung yang lain-lain sendirian berhad rupanya tak. semua kos ditanggung oleh company. wauuuu best kan kali nie bercuti.



lepas makan malam kitorang pusing-pusing pulau dengan menaiki motorsikal yang disewa. Amek angin malam katakan. memang menarik sangat bila kat sini bila malam dah macam kat Phuket je rasa. kiri kanan banyak kedai-kedai cenderamata untuk para pelancong. Tapi sayang tak bawak kamera nak snap huhuhu. Lewat pukul 12 jugak lah baru kitorang balik resort. lepas tue apa lagi. tido lah kan. sebab esok pagi ada aktiviti snorkeling pulak. huishhh tak sabar rasa.


Pagi-pagi lagi dah bangun sebab teruja nak snorkeling di pulau. Pulau mana tak pasti hahaha. Lepas breakfast pukul 9 kami semua pergi ke tepi pantai untuk tunggu bot ambil bawak ke tempat snorkeling. 


Best la masing-masing dapat snorkeling sebab Azney dengan Mira tak join sebab Azney tak boleh join aktiviti air sebab keadaan tak mengizinkan. So kami jadi penjaga beg dan hp lah jawabnya. Jadi photographer tak bertauliah kejap hahaha. Tapi tak dapat join pun dapat jugak main air tempat yang cetek, siap dapat bagi ikan makan lagi. huishhh seronoknya. Kitorang di biarkan di pulau selama 2 jam. maknanya snorkeling lah sampai lebam selama 2 jam. Selepas 2 jam nanti ada bot yang akan ambil bawak ke pantai semula.

Dah habis aktiviti snorkeling, nak balik standby untuk scheck out pulak 
nampak tak buaya hehehe Kat pulau nie lah kitorang pergi.
Pulau tempat kitorang snorkeling dari jauh :)
sebelum balik bilik. selpie dulu tepi pantai buat kenangan.


selepas check out kami pun gerak ke jeti untuk balik ke Pahang. Kami singgah makan dulu sebelum menaiki feri, nanti tak lapar sebab perjalanan maih jauh. Selepas makan ada yang yang sempat membeli belah barang-barang seperti ikan bilis, ikan masin, sate ikan dan macam-macam lagi lah hehehe. Azney beli sate ikan je sebab tak tau nak beli apa hihihi. Sebelum feri sampai apa lagi selfie lah kan hahaha.




kaum kerabat Mawar DZO & JBD Enterprise *Erul pun terselit jugak hahaha


selepas sampaiJetty Marina kitorang gerak balik ke Pahang, siap lalu Cameron Highland lagi tapi apa yang tak bestnya kitorang sampai dah lewat dalam pukul 6 lebih, kebayakkan tempat menarik di CH dah banyak TUTUP! hahaha kecewa lah siapa yang tak pernah sampai ke CH lagi. Azney tak pe sebab selalu dah ke sana hihihi. So perjalanan di terukan sampai ke Temerloh. Lebih kurang pukul 12 lebih kitorang sampai selepas ditolak campur mkan dan tandas hahaha.

Doakan saya cepat dapat baby !!



".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang

Cuti Panjang !!




Haiiiii assalamualaikum semua



memandangkan hari nie hari terakhir bekerja dalam minggu nie sebab azney akan bercuti selama 7 hari bermula esok sampai 7hb Mei. Perghhhh lama gila kan ?Kenapa cuti lama ??


  • 1HB cuti Hari Buruh
  • 2 HB cuti saje saje
  • 3HB cuti hari ahad Hari Wesak
  • 4HB cuti transfer Hari Wesak
  • 5HB cuti sempena Pilihan Raya Rompin MB Pahang kasi cuti untuk rakyat jelata 
  • 6HB cuti saje-saje lagi
  • 7HB cuti Hol Negeri Pahang


so keluarga Erul nak pergi ke Kelantan esok. Wahhh tak sabar nak jenjalan. Minggu lepas tak jadi ke Langkawi sebab tak berapa nak sihat. Asyik mula muntah meloya je. So duduk rumah jela. Mujur jugak tak apply cuti minggu lepas. Kalau tak memang tak dapat lah cuti saje-saje tue hehehe.


Mood berjalan sudah on.




oh yeahhh para pemenang giveaway sila inbox azney ye sebab tak cukup lagi 2 orang nie.


Doakan saya cepat dapat baby !!



".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang

#AETravel : Medan | Parapat - Pulau Samosir



Okay ini sambungan dari hari pertama Azney dan Erul di Medan tapi kali nie kami akan pergi ke Pulau Samosir. Cuaca pagi di hotel sangat nyaman dah gaya kat Cameron Highlands tapi lagi sejuk. Permandangan Danau Toba lagi cantik dari semalam. Kami turun untuk sarapan pukul 7.00 pagi dan menu yang disediakan nasi goreng,  meggi goreng, sup sayur, air kopi dan air teh. Selepas makan Azney dengan Erul sibuk jenjalan kawasan hotel sambil bergambar. Semalam tak sempat gambar banyak-banyak sebab sampai pun dah lewat hari hujan pulak tue. Lama jugak kitorang duk habis masa dengan bergambar sementara tunggu orang lain siap sarapan pagi. Pukul 9 cenggitu kitorang checkout meninggalkan Parapat View Hotel menuju ke tempat feri pulak.






Bila sampai kat tempat feri, feri yang disewa khas untuk kitorang dah ready pun. Kitorang cecepat lah naik. Azney dan Erul memilih untuk di bahagian atas sebab terlalu excited kan. Mula-mula kami akan dibawa ke 
perkampungan Ambarita yang terletak di Pulau Samosir. Dari hotel kami di Parapat kami harus menyeberanginya dengan feri yang mengambil masa dalam 45 minit. Permandangan Danau Toba cukup cantik. Subahanallah !!! Pulau Samosir nie dikatakan lebih besar dari Singapura tau !! Kebanyakkan penduduk pulau ini adalah daripada suku Batak yang juga merupakan penduduk asal pulau ini. Mereka beragama Kristian hanya sebilangan kecil sahaja beragama Islam.




Oh ya sejarah wujudnya tasik Danau toba nie apabila Danau Toba terhasil daripada adalah bekas Gunung Berapi yang meletus 400 juta tahun dahulu. Gunung Berapi yg meletus ni la yang telah memusnahkan spesis Dinosaur dulu. Danau Toba adalah tasik ke-3 terbesar di dunia dan tasik pertama yang terbesar di Asia Tenggara.. Gunung berapi yang meletus 400 juta tahun dulu, telah menghasilkan kawah ditengahnya, dan kini terbentuk la Tasik semulajadi Danau Toba.. Besar gila tasiknya.. rasa mcm kat laut, tapi bukan laut okay.


Sepanjang perjalanan ke perkampungan Ambarita kami dihiburkan dengan pengamen. Mereka medendangkan kami dengan lagu-lagu. hehe boleh request lagu sekali tau. hehe Selepas tue boleh lah ikhlaskan diri untuk memberi sedikit sumbangan untuk mereka. Pak Ali bagitau apabila sampai Perkampungan Ambarita supaya jalan terus menuju ke Huta Siallagan. Selepas 45 minit kitorang pun sampai di Perkampungan Ambarita untuk ke Huta Siallagan, sepanjang laluan ke Huta Siallagan dipenuhi dengan kedai-kedai menjual cenderamata dan para penjual pula akan menegur dalam bahasa Batak "Horas!"...lebih kurang seperti memberi salam bagi kita orang muslim. Pak Ali cakap kalau nak beli kena pandai menawar kalau dah tawar harga yang kita nak tue jangan tak beli pulak nanti Orang Batak marah. Menurut apa yang Pak Ali cerita Orang Batak sebagai kaum yang memakan orang tapi itu dulu bukan sekarang.




Di Huta Siallagan kami dapat melihat Rumah Adat masyarakat Batak. Rumah Batak merupakan salah satu kebanggaan. Ia mempunyai 3 tingkat. Tingkat bawah merupakan kurungan atau tandas. Tingkat kedua atau tengah sebagai tempat tinggal dan tingkat atas sebagai tempat menyimpan barang-barang atau makanan.






Selain itu masyarakat batak mempercayai bahawa kubur simati di kawasan rumah dan di atas bukit akan lebih dekat dengan Dewa.Dihadapan rumah raja Siallagan terdapat batu batu seperti meja dan kerusi. Batu batu ini dikhabarkan sebagai tempat untuk bermesyuarat. Sebagai contoh sekira ada pesalah maka pesalah akan dibicarakan maka bila didapati bersalah akibat kesalahan berat pesalah akan dipancung dan akan dimakan!.

Seterusnya kami menuju ke kedai-kedai menjual cenderamata sebelum bertolak ke Kampung Tomok. Perjalanan ke Kampung Tomok perlu menaiki feri jugak tetapi jangan risau sebab tak jauh pun hehehe.





Sampai di Kampung Tomok kami terus menuju ke kawasan makam raja-raja suku batak. Untuk memasuki kawasan makam ini pengunjung harus memakai kain selempang yang dinamakan Ulos. Warna merah, hitam dan putih merupakan warna simbolik suku Batak. Di setiap tempat suci mereka pasti akan mempunyai ukiran merah, hitam dan putih.





Ini adalah kawasan makan bagi Raja-Raja Batak di Kampung Tomok.


Pak Ali sedang bercerita tentang makam Raja-raja Batak







Kemudian aktiviti seterusnya ialah membeli belah oh yeahhh !!! keadaan di kampung Tomok sama jugak dengan Kampung Ambarita. Pandai tawar jimat lah poket anda hehehe.Kemudian Pak Ali bawak kami makan di Restoran Istana II. Betul-betul sebelah Restoran Istana yang tak hala sebab terang-terang letak papan tanda Babi panggang errrr. Ini kalau buat salah masuk memang naya betul lah hahaha.



Habis makan dan solat, kami meneruskan perjalan ke Berastagi. Dengar cerita di sana cuaca lebih sejuk berbanding di Parapat. hehe kira macam di Cameron Highlands lah kalau di negara kita. Perjalanan mengambil masa agak lama dan keadaan jalan memang buat kecut perut betul sebab boleh nampak gaung dari atas bas!!


nie tasik Danau Toba. Cantik kan!!

Sepanjang perjalanan ke Berastagi Azney dapat tengok kecantikkan Danau Toba. Subahanallah cantik sungguh ciptaanMu. Kemudian kami singgah di Siantar untuk menikmati Kopi halia dan pisang goreng. Kawasan nie memang cantik sebab berlatar belakangkan Danau Toba. Walaupun jam sudah pukul 4 cuaca masih sejuk di sini !!!












Seterusnya kami singgah ke air terjun yang terkenal di Danau Toba iaitu Sipiso-piso. Nama ini adalah berikutan airnya yang tajam seperti pisau sekiranya terkena di badan. Walau bagaimanapun,korang mungkin tidak mampu untuk turun sehingga ke airnya kerana parasnya yang tinggi. Kepada yang sanggup, terdapat anak tangga untuk menuruni bukit ini dan tiba di air terjun tersebut.







Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Brastagi. Kami sampai di Brastagi dalam pukul 8 malam. Sebelum check in kami singgah makan dulu di Green Garden Hotel Berastagi. Selepas makan kami menuju ke hotel yang akan kami bermalam adalah Hotel Mikey Holiday merupakan hotel 4 bintang di Brastagi !!



Selepas check in, Erul mengajak ke bahagian bawah hotel untuk mengambil angin malam. Tetiba terhenti pulak kat pusat karoke hehe. Sebelum berkaroke sempat lagi bermain pool. eh yela kot. sebab tak pernah main pun hehe. Ini pun Erul yang ajak main hahaha. 



Mata makin berat badan pun penat . Selepas berkaroke kami pun naik ke bilik untuk beradu. Rasa syok sangat tidur sampai terlewat bangun keesokanya hahaha.

tunggu hari ketiga punya entry okay !!!


#AETravel : Medan | Kualanamu - Parapat 1st Day
 
Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
azneyshamsuddin
klik iklan nuffnang