Ada Apa Dengan Malam Nisfu Syaaban . .

  No comments    
salam..
wah tinggal 15 hari je lagi na masuk ramadan..Ya Allah moga aku dipanjangkan umur agar aku berkesempatan untuk menyambut bulan yang mulia itu..
dan paling tak sabar sebab ta0n nie fes tyme aku samb0t raya bila aku da bekerja..nguehnguehngueh.. wahai aidilfitri aku endu weh kat kamu..da setahun kita xjumpakan..hehehehe kat ramadan lagi aku endu,,kalau tyme 2 amboy bukan maen banyak lagi juadah berbuka yang aku jumpa..2 yang sepesel kat kamu wahai Ramadan..eh ch0p ch0p..lagi 1 bila Ramadan kan aku bley g masjid ramai-ramai..besh w0o..s0lat terawih..tapi selalu sebelum nie aku buad 8 je..tapi kali nie aku na cuba buad sampai abes la plak..nguehnguehngueh..amacam??boley ke tarak boley hehehehe..
kat sini aku na share kat k0ram yang sepesel lam bulan syaaban iaitu malam Nisfu Syaaban..tadi aku sempat g kedai aku nampak bulan mengambang..Subahanallah cantikya ciptaan Allah..


KELEBIHAN MALAM NISFU SYAABAN
Adapun antara kelebihan malam Nisfu Syaaban itu ada disebutkan di dalam beberapa hadis. Di malam Nisfu Syaaban juga adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Allah menjenguk datang kepada semua makhlukNya di malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan. (Riwayat Ibn Majah, al-Tabrani dan Ibn Hibban). Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah. (Riwayat al-Baihaqi). Berkata Imam Shafie di dalam kitabnya al-Umm: Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: Pada malam Jumaat, malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban. Berkata Imam Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulum al-Din: Sesungguhnya sunat muakkad (sunat yang amat digalakkan) menghidupkan hari siang dan malam yang mempunyai kelebihan antaranya malam Nisfu Syaaban.

MENGHIDUPKAN MALAM NISFU SYAABAN
Berkata Syeikh al-Islam Ibn Taimiah di dalam kitabnya Majmuk al-Fatawa: Apabila seorang manusia itu menunaikan solat pada malam Nisfu Syaaban sama ada secara individu atau berjemaah secara khusus sepertimana yang dilakukan oleh sebilangan masyarakat Islam maka ia adalah baik. Beliau berkata lagi: Adapun malam Nisfu Syaaban maka telah diriwayatkan mengenai kemulian / kelebihannya (Nisfu Syaaban) daripada hadis-hadis dan athar. Dinukilkan juga daripada golongan al-Salaf sesungguhnya mereka menunaikan solat padanya (malan Nisfu Syaaban), maka solat seseorang padanya (malam Nisfu Syaaban) secara berseorangan telah dilakukan oleh al-Salaf dan padanya terdapat hujjah maka janganlah ini diingkari. Adapun solat secara jemaah pada ini (malam Nisfu Syaaban) terbina di atas kaedah umum pada berkumpulnya di dalam melakukan ketaatan dan pengibadatan. Oleh itu, para tabien ada menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan dua cara: Pertama: Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik. Kedua: Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian. Adapun cara menghidupkan malam Nisfu Syaaban sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidaklah pernah berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W. akan tetapi ia berlaku pada zaman tabien dari penduduk Syam. Di kebanyakkan negara Arab dan Nusantara kebiasaanya dibacakan Yasin sebanyak tiga kali pada malam Nisfu Syaaban dengan setiap satu bacaan dengan niat tersendiri sepertimana yang pernah diajarkan oleh para tok guru terdahulu. Perkara ini hampir berlaku ijmak padanya memandangkan dilakukan oleh para ulama zaman berzaman sejak dari dahulu lagi hinggalah kini. Amalan seperti ini tidaklah dinisbahkan kepada Rasulullah S.A.W. sendiri akan tetapi ia boleh dilakukan selagi mana ibadat tersebut tidak bertentangan dengan syarak. Adapun kebanyakkan masyarakat sekarang ini menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan membaca al-Quran seperti membaca surah Yasin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabien itu dan dilakukan juga oleh para ulama.

 

0 jejari comel:

Post a Comment

Thank you for taking your time to leave what your thoughts! Will respond as soon as possible!