Tanda-Tanda Sebelum Hari Mati

  No comments    
Tanda 100 Hari Sebelum Hari Mati

Ini adalah tanda pertama Allah swt kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda-tanda ini sama ada mereka sedar atau tidak. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita  akan mendapati daging tersebutseakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar akan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberikan kesedaran atau manusia yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 Hari Sebelum  Mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang bertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Aras Allah swt. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikut kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya Cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 Hari Sebelum Mati

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ia berselera untuk makan.

Tanda 3 Hari Sebelum Mati

Pada ketika ini, akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini akan dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan berunsur-unsur ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjuk akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 Hari Sebelum Mati

Akan berlakunya sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir Sebelum Mati

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucapkan kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah swt yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan kita.
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan amti. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”
(Ali-Imran Chapter: 3, Juz: 4, Verse: 185)
Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a, ia berkata: “Rasulullah saw memegang pundakku seraya bersabda: “Jadilah engkau di dunia seakan-akan orang asing atau pelintas jalan.” Abdullah bin Umar r.a berkata (sebagai penjelasan). “Apabila engkau ada di waktu petang janganlah menunggu waktu pagi dan apabila engkau di waktu pagi janganlah menunggu waktu petang, gunakanlah kesehatanmu untuk sakitmu dan hidupmu untuk matimu.”
(HR Al-Bukhari)

0 jejari comel:

Post a Comment

Thank you for taking your time to leave what your thoughts! Will respond as soon as possible!