pad vs pampers

  4 comments    
salam semua readers yang cun melecun dan tak lupa jugak yang kacak bergaya....weee terima kasih sudi singgah baca entry kat blog nie..




yeahhh...pad vs pampers??? hehehe mesti pikir macam-macam kan..baek ngaku sebelum aku guna khidmat  tok nujum hahaha...dan dan jek aku ek..




al kisahnya cam nie..aku nie ade sorang kazen yang ala-ala gedik gitu ahaks...umur pn baru 5 ta0n hee..petang kelmarin aku balik aku teng0k dalam bilik aku bersepah n aku ternampak ade kerusi makan depan almari baju aku...aku alih kan kat lua..aku tanye makteh aku sape punyer keje lanie..dye dengan selamber menjawab sape lagi kalau bukan kerinting..'kerinting' nama saintifik kazen aku nie coz rambut dye kerinting hehehe...




ok habis part pertama..part kedua pagi es0k punyer cerita..




bangun pagi na g keje makteh aku tanye..ko letak mane pad?? aku jawab ler atas almari..
makteh aku pesan lepas nie suruk la sebab dak kerinting da pakai kau punye pad..aku:?????kenapa plak...






patut la ade kerusi depan almari aku semalam..dye buad projek nan pad aku..hukhuk.
makteh aku cakap dye pakai pad tue sebab selalu nampak aku amik n pakai..dye engad aku pakai pampers..sebab aku selalu cakap kalau kak noni pakai pampers nie kak noni xley semayang tau....



aduiii gelak sakan aku sebab dye pakai pad tue pas tue dye siap buang aer kecik lagi tue...plastik pad tue pla ktertinggal lam bilik mak dye kalau tak sampai sekarang la kit0rang tak tau dye punye pr0jek hukhukhukhuk...s0 aku pn cakap la yang aku pakai bila aku ade darah kat panties jek..bukan untuk kencing la yang oiii..ad0yyy budak 5 ta0n nie panjang nau akalnya....

Jangan lupa namaku....

  No comments    

Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku


Kerana...
Aku mengingati mu
Kerana...
Aku mencintaimu...


Andai aku
Bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur


Kerana...
Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa
Menyintaimu oh sepenuh hati


Walau kamu
Jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan


Kerana aku
Sentiasa mengingatimu
Kerana aku
Sentiasa menyayangimu oh kekasih hati...


Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati


Kerana...
Aku merindui mu
Hmmm...Kerana aku sentiasa menyintaimu

awas ini entry bergambar..ikan bakar vs hari raya 2011

  No comments    
assalamualaikum semua hehe


jap je ek da hari isnin,,petang khamis minggu lepas pegi makan ikan bakar sebab meraikan staff tempat kerja na berhenti kerja..rezeki masing-masing kat tempat lain kan..


semalam pegi beraya kat umah kak baha pastue pegi makan kenduri kat umah makcik tempat keje tue..da siap makan-makan sempat lagi beraya kat uma kak lin hehehe..menu jangan cakap macam-macam ade,,memang penuh perot kelmarin tau..




ok sekarang nie na sharing nan korang gambar-gambar yang sempat di snap hehehehe...


































Temerloh-->Melaka..duk atas tangga bas..kau ade??

  No comments    


ke


ermmmm rindu gila na update blog...tapi tak berkesempatan na update sebab sangad sibuk..huishhh sibuk sibuk sibuk..sekarang nie dalam kepala banyak betul na kongsi dengan korang tau..






tapi....








sekarang nie yang paling memberi kesan sekali time balik Temrloh ke Melaka ae ahad ae tue..ade kesah pahit+kelakar jugak la...hehehehe


na tau kenapa??




sebab aku nie kecerdikan melampau sangad..sampai tak beli tiket bas awal-awal kan..tiket bas da abes..huarghhh stress ma abah hukhuk dapat anak yang cerdik nau cam aku..




pikul 10 pagi da siap-siap na g Terminal na amek tiket tapi my mum cakap kluar sama-sama jela tak payah lama-lama kat Terminal..aku pn ok jela..




pukul 2 lebih kami gerak dari rumah terus ke Terminal..sampai je aku terus ke kaunter,,senyum punye la lebau hehehe tanye kat akak tue..






aku : kak tiket petang nie ke Melaka ada lagi tak??
akak : tak payah tanye la dik,,da abes..
aku :ala eake,,bley tak 1la 1 seat jek..urgent nie..sempat lagik menipu tue hukhukhuk..
akak :nanti tunggu depan bas tanye kat driver ok..
aku :ok kak..terima kaseh..*muka da hampa tahap gaban hukhukhuk...


aku tunggu depan kaunter tapi duk atas kerusi lakan..takkan berdiri pulak kan..








tunggu lagi










tunggu sampai kul 5..






pukul 5 jek aku terus g kat bas..tunggu punya tunggu sampai penumpang naik bas..








alamakkk tak de la kosong huahuahua..






dan akhirnya aku kena duk atas tangga bas tau...dekat sejam plak tue..sampai kat Kemayan nasib la ade akak tue turun,,baru la aku dapat duduk sampai ke Melaka...




pasnie aku da serik tak beli tiket awal-awal...hukhukhuk...

wink wink Gensekii tue...femes ala famos amos gitu..

  2 comments    
 


Konniciwa!!!selamat petang silent readers hehehe tetibe jek rase na berbahasa jepun,,almaklumla da lame x datang kelas..da sebulan kitorang cuti..hehehe excited puasa nan raya..minggu depan baru na mula balek..haih ntah cmne la nanti ea..hehehe mesti cikgu garu kepala dapat abak murid cam kami..tadi belek-belek metro tibe-tibe terbaca nama nie Adzrad Ezramel Adnan..nama cam kenal..laaa budak kelas aku dulu time skola...Gensekii tue weh,,wah wah da maju sekarang kawan-kawan aku hihihi..kalau na tau kena la beli metro hari ini yeay...sape-sape yang tak pernah dengar lagu gensekii meh sini aku na bagi dengarkan..






PEMINAT muzik di Malaysia hari ini sudah menerima baik kemunculan rock indie dan progresif seperti Meet Uncle Hussain. Begitu juga dengan kemunculan Bunkface dengan genre pop punk serta Hujan yang ada gaya unik.

Justeru, tidak menghairankan jika ramai di luar sana boleh menerima kehadiran kumpulan tiga anak muda yang menggelarkan diri mereka Gensekii.

Dianggotai Muhammad Qayyum Md Shafie atau Yum (vokal), Mohd Khairi Razali atau Kyrie (gitar dan vocal) dan Adzrad Ezramal Adnan atau Eba (bes), Gensekii tampil berbeza apabila mengutarakan konsep muzik Japanese Rock (J-Rock) yang berasal dari Negara Matahari Terbit.

Bahkan, pemilihan nama mereka juga diambil daripada perkataan Jepun iaitu Ganseki yang membawa maksud rock. Akui mereka, J-Rock unik kerana menggabungkan stail muzik alternatif, pop, rock, acid jazz, punk, disko dan beberapa lagi rentak bebas.




Penampilan pemainnya pula lebih cenderung kepada konsep ceria dengan kostum warna ‘trendy’ seperti fesyen anak kota sekarang.



Bercerita lanjut, Kyrie dan Eba mula bertemu apabila belajar di sebuah kolej pada 2009. Namun ketika itu pembabitan mereka dalam muzik hanya suka-suka. Sebaik bertemu Yum, barulah mereka serius bermain muzik dan menubuhkan Gensekii. Minat kepada muzik J-Rock membuatkan mereka memilih muzik ini bagi disajikan kepada peminat.

“Genre J-Rock sebenarnya sudah lama ada di Malaysia. Cuma ia belum menular secara meluas dan tidak sehebat Korean Pop (K-Pop). Namun menerusi pengalaman, kami dapati muzik ini semakin diterima peminat di Malaysia.

“Kami pernah buat persembahan dalam Malaysian Japanese Rich Community (MJRC) yang menggabungkan Gensekii dengan kumpulan lain yang berkonsep J-Rock dan mendapati sambutan begitu menggalakkan.

“Sebenarnya penggemar J-Rock bukan setakat meminati muzik, malah ia turut berkaitan dengan kegilaan terhadap anime (komik) Jepun. Ramai penggiat muzik ini terdiri daripada kaum Cina tapi sayangnya mereka kurang menonjol dalam industri muzik arus perdana,” jelas Eba.

Kesungguhan mereka memperjuangkan muzik J-Rock turut ditunjukkan apabila menyertai persembahan di rangkaian pasar raya besar di seluruh Lembah Klang bermula awal tahun ini sehingga sekarang. Tidak ketinggalan mereka turut terbabit dengan ‘gigs’ anjuran MJRC yang disertai 10 kumpulan termasuk dari luar negara.

“Setiap lokasi mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat. Pada 16 Oktober ini kami akan beraksi pada konsert yang dinamakan J-Rock Tamashii di Auditorium Bentley Mutiara Damansara. Kami percaya konsert ini akan dihadiri ramai penggemar J-Rock dan anime Jepun.

“Kalau ikutkan kami mahu jadi perintis bagi mengembangkan J-Rock di Malaysia. Ramai yang minat untuk ketengahkan muzik ini tapi mereka tiada pentas sesuai untuk berbuat demikian. Peluang yang ada hanya menerusi pertandingan Battle of The Bands yang pernah diadakan di Tasik Titiwangsa sebelum ini serta beberapa program lain.

“Kami beruntung kerana menggunakan sepenuhnya kemudahan laman sosial facebook (fb) untuk memperkenalkan dan mempromosi Gensekii kepada peminat. Setakat ini, kami sudah berjaya mengumpul lebih 3,000 peminat dari pelbagai tempat,” kata Yum pula.

Tidak lari daripada tema cinta, Gensekii menghasilkan single pertama mereka pada Januari lalu berjudul Jauhi Aku yang diilhamkan Kyrie bersama Keroz dan Azam sebagai penulis lirik. Agak menarik apabila lagu ini mendapat sambutan hangat daripada pendengar dan berjaya mendapat tempat di carta lagu XFM.

“Kami juga digelar Artis Cool di carta radio itu. Lagu itu juga berjaya memasuki pencalonan dalam Muzik-Muzik 2011 dan kini kami tampil dengan single kedua berjudul Melankolik. Kelainan lagu kami dari segi muzik dan bunyi ditampilkan yang sangat lain berbanding kumpulan sedia ada.

“CD kedua-dua single ini kami jual secara terus kepada peminat ketika membuat persembahan dan turut dijual menerusi fb. Kami beruntung kerana mempunyai Gensekii Studio di Sri Gombak, Kuala Lumpur untuk rakaman album dan sekarang kami sedang berbincang dengan syarikat rakaman bagi proses pengedaran album Gensekii.

“Alhamdulillah kami juga sudah menerima permintaan dari Jepun melalui penyanyi Malaysia, Aizdean, yang sudah berpangkalan di negara itu.

“Pengurusnya selalu berurusan dengan kami mengenai perkara ini dan kami sudah merangka dua langkah yang difikirkan terbaik iaitu menghasilkan lagunya secara solo dan membuat penampilan khas Gensekii dalam lagu itu,” katanya.