Video Klip Berunsur Ghairah Di Malaysia

  No comments    
categories: 

 panas panas panas
wah kat malaysia sekarang neh..
da bley buad video unsur 18sx  plak da..
koram tengok sendiri la kat bawah neh..
video arahan Gambit Saifullah lakonan Shah Jaszle nan Prema YIn
tapi an sebenarnya video neh tema dye kasih sayang suami isteri..
tapi ape pun koram tengok la..
da la sekarang neh..ramai nau buad video sex..pastu sebar kat orang ramai..dunia dunia...
adusshhh...



p/s : kat negara omputeh boley la an video camneh...

why sweet to be S.I.N.G.L.E

  No comments    
categories: 

1. Bebas dan berdikari

Jika terasa ingin membeli belah, jangan fikir lama-lama. Dengan kebebasan yang ada, anda boleh membuat apa sahaja yang anda suka, sama ada menonton wayang romantiks seorang diri atau ke salun kecantikan. Jika teringin mencuba stail rambut baru, pergilah ke salun dan dapatkan nasihat. Bukan sahaja kebebasan ini dapat memberi anda ruang untuk mebuat perkara yang diinginkan, anda juga dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan baru tanpa perlu risau boyfriend berasa cemburu.

2. Jadi rakan yang baik

Sememmangnya tanpa kekasih di sisi, anda mempunyai banyak masa berkualiti bersama rakan-rakan. Anda boleh ke spa bersama-sama dan mengadakan parti di rumah. Bukan sahaja mengeratkan hubungan malah memberi peluang mengenali diri dan rakan. Detik yang dikongsi bersama boyfriend ke padang bola atau futsal boleh digantikan dengan membuat aktiviti yang lebih berfaedah dengan rakan baik.

3. Lebih banyak masa berkualiti di rumah

Ibu bapa sering terasa keseorangan apabila anak gadis sudah besar dan mempunyai boyfriend terutamanya apabila anak-anak sudah bekerja dan mempunyai rumah sendiri. Kalau single, lebih banyak masa boleh diluangkan bersama mereka di rumah. Sama ada makan malam bersama atau berbual-bual di hujung minggu cukup bermakna kepada kedua-dua ibu bapa anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membantu ibu mengemas rumah atau menolong ayah mencuci kereta. Hubungan kekeluargaan akan lebih erat.

4. Kuat keuntungan dengan part-time

Dengan banyak masa terluang, anda boleh membuat kerja part-time. Bukan sahaja memberi wang lebih malah berpeluang berkenalan dengan orang baru. mungkin anda bertuah bertemu teman baru yang berkongsi minat yang sama.

5. Jimat kos

Bila berdating, perbelanjaan akan meningkat. Bila single, perbelanjaan boelh dijadikan simpanan dan digunakan untuk aktiviti yang diinginkan seperti melancong ke luar negara dan membeli komputer riba baru. Anda boleh memilih untuk makan fast food dan pulang ke rumah menikmati makanan ibu. Bukan itu sahaja, anda tidak perlu keluarkan bajet untuk hari2 speselseperti hari kekasih, ulang tahun dan sebagainya.

6. Kurang beban tanggungjawab

Anda tidak perlu risau sama ada rakan-rakan boyfriend sukakan anda atau tidak. Anda juga tidak perlu risau sama ada ibu bapabya mempunyai impresi positif terhadap anda. Dengan menjadi single, anda hanya perlu bertanggungjawab pada diri sendiri. Segala keputusan terletak di tangan anda dan tak rasa gusar atau bimbang sama ada ia akan merisaukan boyfriend anda.














CREDIT TO tentangcinta

20 Sebab Tidak Perlu Minta Maaf

  No comments    
categories: 

Kalau kita berbuat salah, sudah tentu kita perlu meminta maaf terlebih dahulu. Tetapi ada juga di antara kamu yang sering meminta maaf walaupun hakikatnya bukan kita yang melakukan kesalahan/kesilapan. Demi menjaga hati ataupun sebagai tanda hormat, kamu yang mengalah. Adakah ini patut terjadi sedangkan pihak lain terus tersenyum kerana kamu yang memikul kesalahannya ataupun kamu yang menyerah diri walaupun tahu yang kamu tidak bersalah?
Jangan begitu! Jika ternyata kesalahan bukanlah berpunca dari kamu, adalah menjadi hak kamu untuk tidak meminta maaf.



1 - PERASAAN KAMU
Apa yang kamu rasa dan fikir, sepenuhnya adalah hak kamu. Jadi jangan rasa bersalah kalau apa yang kamu rasakan itu menjadi satu kesalahan walaupun mungkin kamu sendiri terpaksa bermasam muka dengan orang lain. Kamu berhak mempertahankan pendapat kamu kerana setiap individu mempunyai sifat ego tersendiri. Bukan semua orang tahu menghargai perasaan kita sebagaimana mereka mahu kamu menghargai perasaannya. Bukan semua orang berupaya menyelami perasaan kamu, selain dari diri kamu sendiri.



2 - LEBIH BERKEBOLEHAN
Mungkin gaji kamu lebih tinggi dari kekasih mu ataupun kamu lebih berkebolehan dalam bidang tertentu berbanding orang-orang yang terdekat dengan kamu. Setiap manusia mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Jika ada orang lain yang tidak dapat menerima keistimewaan kamu, pedulikan saja!! Kamu harus sentiasa berfikiran positif dan menganggap inilah kelebihan yang kamu miliki dan bersyukur dengan kurniaan tersebut. Kalau ada yang mempertikaikan kebolehan itu, katakan saja yang setiap manusia dilahirkan mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri. Jangan takut untuk mengakui kelebihan kamu yang dimiliki kerana anugerah Tuhan tidak harus dipersiakan!



3 - MASA LALU
Jangan meminta maaf di atas keputusan yang pernah kamu laksanakan di masa lalu. Ia adalah kerana apa jua keputusan yang kamu lakukan bergantung pada situasi di saat itu. Walaupun ada yang menentang keputusan yang telah kamu lakukan, jangan cepat tersentuh. Ingat! Kamu tentunya sudah boleh berfikir, mana yang baik dan buruk. Segala keputusan adalah terletak di tangan kamu dan ianya amat mempengaruhi hidup di masa akan datang. Tidak harus meminta maaf kerana bukan kamu tahu apa yang akan berlaku di masa depan kan?



4 - MENJADI PERHATIAN
Bukan semua orang meminta dirinya menjadi perhatian. Kamu jangan risau jika diri mu menjadi perhatian orang. Mungkin ada sebab-sebab tertentu mengapa kamu yang dipilih berbanding dengan orang lain. Kamu tidak perlu meminta maaf jika ada yang cemburu kerana kamu yang mendapat lebih perhatian berbanding mereka. Jika kamu ingin lari dari terus menjadi perhatian orang, usahakan agar kamu berjaya menghindarinya. Jangan melibatkan orang lain jika kamu tidak mahu diri dipersalahkan.



5 - MEMUTUSKAN CINTA
Kalau kamu rasa bukan berpunca dari silap kamu, kamu berhak meminta putus. Untuk apa kamu terus menyeksa diri untuk terus bersama si dia sedangkan ternyata dia sendiri yang bersalah. Jangan rasa takut untuk melaksanakan dan kamu juga tidak perlu memaksa diri untuk meminta maaf kerana perpisahan ini bukanlah yang kamu ingini. Tetapi keadaan yang memaksa!


6 - BERKATA JUJUR
Kejujuran merupakan resipi utama dalam sesebuah perhubungan. Kamu tidak perlu takut untuk berterus-terang andai ianya mendatangkan kebaikan pada diri kamu. Walaupun mungkin ia boleh mencetuskan salah faham antara kamu dan si dia, terpulanglah pada si dia sama ada boleh menerima kejujuran kamu ataupun tidak.



7 - BERTERUS TERANG
Kita mungkin mampu membohongi orang lain, tapi tidak pada hati sendiri. Contohnya, kamu sudah tertarik pada orang lain sedangkan kamu baru saja menjalinkan hubungan dengan si dia. Salah satu sebabnya ialah mungkin kamu tidak dapat menerima cara si dia. Jalan terbaik ialah dengan berterus-terang, daripada kamu terus menipu si dia dan diri kamu sendiri. Nyatakan sebab-sebab mengapa kamu tidak dapat menerima si dia lebih daripada seorang teman biasa. Daripada kamu terus menyeksa diri kerana terpaksa menerima si dia, lebih baik kamu bertindak lebih awal lagi agar perasaan itu tidak terlajak jauh.



8 - TIDAK MENEPATI CITA RASA
Bukanlah perkara yang mustahil untuk kamu mementingkan cita rasa kamu sendiri. Contohnya dalam memilih pasangan. Untuk apa bersikap hipokrit andai pasangan yang kamu pilih langsung tidak menepati cita rasa kamu. Sudah tentu kamu mahu menjalinkan hubungan dalam tempoh yang lama dan berharap agar ia berkekalan. Lalu kamu sepatutnya mencari si dia yang mempunyai ciri-ciri yang kamu impikan. Walaupun tidak secara seratus peratus, sekurang-kurangnya ada juga ciri-ciri tersebut pada diri si dia.



9 - TERUS BERTANYA
Untuk mendapatkan kepastian, tentu kamu harus melemparkan pertanyaan. Walaupun pertanyaan itu bertubi-tubi, selagi tak mendapat jawapan yang pasti, selagi itulah kamu tidak akan berpuas hati. Kamu mahu bertanya sehinggalah kamu faham. Jangan rasa bersalah kalau kamu harus bertanya berulang-ulang kali. Ada kalanya pertanyaan kamu itu boleh membuatkan seseorang itu rimas dan bosan, tetapi bukan mudah untuk dia mengakui kesalahannya ataupun menjelaskan perkara yang sebenarnya.



10- MINTA NAIK GAJI/PANGKAT
Tak salah kalau kamu meminta agar gaji/pangkat kamu dinaikkan setanding dengan usaha yang telah kamu laksanakan selama ini. Sudah tentu kamu berusaha bersungguh-sungguh demi memantapkan lagi prestasi dan kualiti kerja semata-mata untuk syarikat. Jadi tidak salah kalau kamu meminta imbuhan. Memandangkan kos sara hidup semakin tinggi, kamu juga memerlukan perbelanjaan yang lebih banyak. Tapi kamu perlu yakin dan lebihkan usaha di masa akan datang.



11 - MASIH SOLO
Inilah hidup kamu! Walaupun ada kalanya kamu berasa bosan kerana masih tidak mempunyai kekasih, ia bukan salah kamu. Terpulang pada diri kamu sama ada ingin mempunyai kekasih ataupun sanggup bersendirian. Soal cemburu ataupun usikan teman-teman, ketepikan saja. Apa yang penting ialah soal hidup kamu sendiri. Bukan menjadi satu kesalahan jika kamu memilih untuk bersendirian. Mungkin kamu perlukan masa untuk mencari pasangan yang sesuai.



12 - TENTANG KEGEMARAN
Setiap orang mempunyai kegemaran ataupun hobi tertentu. Jangan risau sekiranya ada yang memperkecilkan hobi kamu. Pertahankan hobi kamu itu dan katakan yang setiap orang mempunyai perangai yang berbeza. Jangan malu-malu mengakuinya kerana ia bukanlah mengganggu kehidupan orang lain, malah menyerikan hidup mu sendiri.



13 - BIJAK DAN AKTIF
Orang yang cantik/kacak tidak semestinya bijak dan aktif. Jangan menilai paras rupa dalam menentukan tahap kebijaksanaan seseorang. Ia juga tidak boleh melabelkan seseorang itu aktif ataupun tidak hanya kerana paras rupa. Kamu patut rasa bertuah kerana dianugerahkan kebijaksanaan dan kamu juga seorang yang aktif.



14 - MEMINTA BANTUAN
Kalau tidak tahu, eloklah bertanya. Bukan cara terbaik untuk berpura-pura tahu ataupun segan mahu meminta pertolongan orang lain. Ingat, hidup dalam budaya bermasyarakat ini harus saling tolong-menolong antara satu sama lain. Kalau kamu memerlukan bantuan, jangan segan-segan meminta pertolongan daripada orang yang boleh membantu kamu menyelesaikan masalah. Jika ada yang mentertawakan kamu kerana perkara kecil pun kamu tidak tahu, terus-teranglah mengatakan lebih baik bertanya daripada jadi bodoh sombong! Tak ada faedah langsung!



15 - BUKAN BERPUNCA DARI KAMU
Ada seorang teman memarahi kamu kerana rahsianya terbongkar, sedangkan kamu bukanlah puncanya. Jadi untuk apa rasa takut kerana bukannya salah kamu. Berterusteranglah pada si dia yang kamu tidak melakukannya sebaliknya mungkin ada pihak lain yang cuba mempergunakan nama kamu. Nyatakan sebab-sebab kukuh dan relevan tentang pengakuan kamu. Yakinkan dirinya yang kamu seorang penyimpan rahsia yang boleh dipercayai. Kalau boleh selidiklah siapa yang punya angkara untuk membuktikan kamu benar-benar tidak bersalah!



16 - PANDU BERHATI-HATI
Salah satu perkara normal yang diperkatakan ialah pemandu wanita suka memandu perlahan! Selalu juga kena hon. Katakan saja pada diri sendiri yang kamu ini pemandu berhemah dan berhati-hati di jalan raya. Kalau ada pemandu lain yang membunyikan hon ataupun memarahi kamu, pedulikan saja. Janji kamu tidak melanggar peraturan lalu lintas. Kalau setiap kali kamu meminta maaf jika ada yang membunyikan hon ataupun memarahi kamu, tentu nanti ada pula yang mengambil kesempatan di atas 'kebaikan' kamu itu.



17 - ORANG MENUDUH KAMU
Jika memang bukan kamu yang lakukan, mengaku saja. Jangan biarkan orang memaksa kamu mengaku sedangkan kesalahan itu berpunca dari orang lain. Walaupun mungkin ketika itu kamu agak gelabah kerana digertak, jangan cepat meminta maaf. Bak kata pepatah, ‘Berani kerana benar, takut kerana salah.’ Kalau kamu mengaku, alamatnya kamu akan disalah sangka. Jangan sesekali mengucapkan ‘Saya minta maaf’, sedangkan dalam hati kamu meronta-ronta mengatakan bahawa kamu tidak bersalah dan menjadi mangsa keadaan.



18 - TIDAK TERLALU MEMENTINGKAN PENAMPILAN
Jangan merendah diri jika ada yang memperkatakan penampilan kamu tidak sesuai dengan perkembangan semasa. Jangan terlalu mengikut telunjuk orang dan ini membuatkan diri kamu hipokrit. Jangan takut-takut untuk membantah kalau ia tidak bersesuaian dengan jiwa kamu. Tapi kalau kamu membantah, ucapan meminta maaf bukan cara terbaik untuk dilafazkan. Ikut prinsip kamu dan jangan mudah dipengaruhi oleh orang lain.



19 - TIDAK SAMA HALUAN
Kamu mempunyai teman rapat. Ke mana saja pasti berdua bagaikan belangkas. Tetapi ada beberapa perkara yang kamu tidak boleh melakukan bersamanya iaitu kamu suka bersukan sedangkan dia gemar menonton wayang. Jika percanggahan ini berlaku, kamu harus bijak menanganinya. Katakan saja perkara ini tidak boleh dipaksa. Kamu tidak boleh memaksa dia meminati sukan dan sebaliknya. Usah minta maaf walaupun ada kalanya tercetus perselisihan faham. Walaupun rapat, suatu hari nanti, pasti akan membawa haluan sendiri. Sampai bila hendak bergantung antara satu sama lain.



20 - DIPAKSA
Sukar untuk melakukan sesuatu pekerjaan ataupun perkara yang dipaksa oleh orang lain. Jika dilakukan juga, timbul rasa jengkel dan tidak ikhlas. Jadi lebih baik tidak melakukannya dan katakan saja yang kamu tidak suka dengan tugasan tersebut. Jangan berasa bersalah dan meminta maaf kerana kamu tidak melakukan tugasan tersebut.







credit to tentang cinta

9 Sebab Hubungan Tidak Mampu Bertahan

  2 comments    
categories: 


1. Menipu
Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk "menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.

2. Harapan / Kebebasan
Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.

3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan
Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.

4. Mengungkit Hal Yang Lalu
Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.

5. Berbeza Pendapat
Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.

6. Status Yang Tinggi
Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.

7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati
Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.

8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak
Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.

9. Kawan-kawan dan Keluarga
Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.


credit to www.tentangcinta.com

T.E.R.I.M.A.K.A.S.I.H

  No comments    
categories: ,
assalamalaikum...pada tanggal 26052011 merupakan tarikh keramat bagi aku..na tau kenapa??yeayy aku sudah berjaya menamatkan pengajian aku dengan jayanya..hehehe..terima kasih buad sume yang selama ini banyak membantu aku..ma abah famili aku,,lecturer aku..sayam koram..































K.A.R.A.K xadela best mane pn..

  2 comments    


assalamualaikum..
semalam aku nan my tersayam g tengok karak..ok,,mula starting memang best tapi bila da smpai setengah jam aku ase biase je..xadla best nau cam lam trailer 2..lagi menyampah aku tengok kila fairy..adusss gedik betul..da 2 berkemban agak2-agak der..sampai nampak lurah yang xsepatut..grrrr..aku tengok lam panggung pn xramai orang yang tengok..memang cite nie xbesh la..cuma adla ciket unsur kelakar lam cite 2..ermm hantu pn bley la diterima..tapi pada pandangan aku citer karak nie memang biase je..ermm klu xdapat title pecah pangung memang sesuai la..wah aku punye kritik cam pandai buad filem je ak..soe ea yusry..bagi pandangan je..


air oh air

  No comments    


perghhh geram je..bila ad hal - hal penting air lak wat hal..aduyai..na mandi pn ne catu ke..ishhh geram..
da 2 pihak yg berkenaan bukan na anta air kat perumahan nie..aduyai kesian kat suri rumah,,na masak basuh kain hah yang lagi penting na semayang pn susa..jawabny ramaila ke surau nan masjid..hehe bagus jugak 2 xad air..ermm tyme panas2 camnie lagi la air penting,,adoy cmne la nie..huhu arap-arap esok adalah air..esok hari bersejarah aku huahuahua..

histeria disini huhuhuhu

  No comments    


salam sume..
histeria histeria histeria
baru je lagi berlaku kat tempat keje aku neh
tersentap masing-masing ngah buad keje..
mane taknya dengar suara perempuan menjerit-jerit ngan meracau..
aku dengan berani sibuk na g tengok..
bila aku sampai kat tempat 2..aku nampak akak 2 da meronta-ronta suh dilepaskan..lina aka mak buyung da berlari anak-anak g naek ofis atas..huhuhu
aku pn ape lagi lari jugak naek ofis atas..huhuhu
tapi sebelum naek opis atas pas 2 aku tengok orang da ramai kat tempat akak 2 kena histeria..tapi yang aku bengangny an..bila aku sampai ofis aku bagitau HR tapi dye bley plak cakap budak 2 mmg selalu sakit tapi sakit kepala bukan ape-ape pn..cisss tak ada hati perut langsung..baek xpayah jadi HR la kalu tak nak amek tau kebajikan pekerja..perghhh bengang je aku..
ermm tak patut betul..buadnya kakak 2 berlari-lari ke ape ke pas 2 cederakan orang laen camne..ishhh geram geram geram..

hah nasib la ad en hamali nan pak abu datang tolong rawat akak 2 sampai sedar..pas da sedar bawak g tempat laen..tup2 pas je dorang beredar akak 2 kena lagi histeria..siap berlari pastu duk atas meja lak tau..aku da malas na g tengok nanti orang kata aku menyibuk je..bukan boley buad ape-ape pn..


en hamali  nan pak abu g semula rawat akak 2 sebelum husband akak 2 datang..pas husband akak 2 sampai akak 2 da okey sket..husband dye bawak dye balek uma..ermm pastu ape lagi..sambung keje masing-masing da..
hehehehehe
ermmm mesti ad sumting kat tempat keje aku neh an..
huhuhuhu



:: follower aku da xad!!! ::

  No comments    
morning!! hehehe aeney aku saje2 jelah na letak widget follower tapi an hampeh
xbley la..apesal ek..da dekat seminggu da..aku egt tyme blogspot wat hal je aetu tapi aeney pn xbley gak..grrrrr geram betul la..

jadik cm ney tau..


maafkan saya kerana saya

assalamualaikum..ari neh aku dapat berita dari insan yang aku sayang..berita yang amat mendukacitakan..mungkin atau pasti akan melakukan pembedahan hati..ya allah tabah kan hati hambamu ini untuk aku menghadapinya..agak tersentap kerana selama ini dye xpernah bercerita tentang sakit..apelah guna aku disisiny sekirany hal demikian aku tidak tau..bila aku mintak dye terangkan dye berkeras tidak mahu aku risau dan dye cukup yakin yang dye tak kan tinggalkan aku..mengalir air mata ketika aku membaca mesej dari dye..aku da mula pikir yang bukan..kalau lah umur dye tak panjang..ya allah agaknya aku boley ke hidup tanpa dye..di sebalik senyum tawa selama ini aku tidak tak tahu dye menderita..hatinya sakit..sering kali mngadu sakit dada tapi aku hanya pikirkan itu cuma sakit bese-bese saje..tapi sbenarnya dye menderita..ya allah..berdosanya aku..awak jangan risau ea,,saya akan dan selalu mendoakan awak sihat selalu..maafkan saya selama nie saya abaikan awak..saya terlalu sibuk dengan urusan saya sampai saya abaikan awak..sakit pening awak saya anggap biasa..saya sayang awak..

yeayy masalah da selesai hehehehe

  No comments    
yeay!!!sekarang neh da xperlu risau dan na  buad peringatan kat aku sendiri

kalau na edit ape2 kat template mesti back up dulu

hehehe tak back up 2 la tak pasal-pasal yang jadi entry repeat 2x..

akhirny dengan usaha keras aku berjaya mengatasi masalah ineh..

hehehehehehe

nanti penim orang na baca entri aku sebab panjang nau..

heehee


entry repeat 2x..ala camne neh..!!!

  No comments    
salam

koram koram koram

tau tak camne na selesai kan masalah ney

entri aku repeat 2 x

aku da penim neh

ta tau na wat camne dah

ad tak sape2 tau

please

syoknya angry bird!!!!

  2 comments    
assalamualaikum

hehehe

na maen angry bird tak??

cam kat bawah neh

klik untuk besau punye


skrang neh aku ngah gila maen angry bird tapi aku tak maen lam bb

aku maen lam lappy jek

ok sekrang neh aku na share nan koram cmne na maen angry bird guna google crome

1st step koram klik sini

klik untuk besau punye

pas klik koram jangan lupa install tau..

pas da install ley la koram sume maen game neh

hehehehe

selamat mencuba

:: P.E.R.E.M.P.U.A.N dan M.E.R.A.J.U.K ::

  No comments    
categories: 
Merajuk? Bagaimana untuk pujuk?
aku percaya setiap pasangan akan mempunyai masalah ini.Tidak kira sama ada koram telah berkahwin ataupun sedang berkapel.Jika tidak berlaku merajuk dalam perhubungan, bukan perhubungan maknanya.Tetapi, sekiranya si Dia merajuk. Apakah yang koram wahai lelaki di luar sana akan lakukan? 

Kenapa merajuk? 
Seseorang itu merajuk disebabkan atas beberapa sebab.. 


Cemburu
faktor utama kenapa PEREMPUAN merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil koram dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya. 


Tidak dapat apa yang diinginkan
PEREMPUAN menginginkan sesuatu dari koram, tetapi koram tidak memberikannya. Sebagai contoh, Si Dia mahu koram temankan Dia shopping tapi koram sibuk na maen futsal dengan kawan-kawanya.. 


Orang lain lebih hebat dari dia
Adakalanya PEREMPUAN akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari PASANGAN. Dan kadangkala, PEREMPUAN merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan DIA berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan dia itu, DIA perlukan koram disamping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza iaitu MERAJUK.


Bagaimana sekarang neh camne na pujuk?
Kita sudah kupas mengapa pasangan merajuk. Kita lihat pula bagaimana untuk memujuk. Tips yang diberi hanyalah sebagai panduan dan ianya bukanlah langkah-langkah untuk memujuk.

Sentiasa memberitahu yang sebenar
Sesungguhnya berkata benar itu lebih baik dari berdusta. Perihalkan apa yang berlaku dan ketahuilah mengapa si dia merajuk. Perlu berterus terang dan jangan berselindung. Dengan perlakuan ini, ianya dapat mengeratkan perhubungan kerana anda mengambil berat tentang si dia.

Bertolak ansur dan bijak dalam membuat keputusan.
Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.

Berikan pengucapan yang ‘manis-manis’
Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba koram bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, “bucuk”, “comot”, “manje” dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power koram dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang disebutkan tadi.

Dendangkan lagu untuk si dia.
Tips yang paling afdal. Si dia pasti merasa amat istimewa kerana koram menyanyikan khas untuknya. Cubalah, di telefon, atau semasa hendak tidur di telinganya… mana tahu si dia berkaraoke bersama - sama koram!

:: na facebook lebih kemas ??::

  No comments    
hehehehe

aku ad benda na sharing neh

tapi aku pasti mesti ada yang da tau n ada yang tak tau an..

so yang tak tau 2 ley la cuba bnda neh

lihat kat bawah neh

"klik untk tumbesaran yang sihat"

amacam kemas tak??

na tau cmne cara nya

klik sini

pastu jangan lupa intall tau

nanti facebook koram akan lebih kemas n na login pn sonang,,

so cepat-cepat la try ea..

hehehehehe

Sinopsis Filem Karak – Laluan Puaka

  1 comment    
Berdasarkan kisah legenda dan penampakan yang mengerikan di sepanjang jalan raya Karak, ‘Karak’ merupakan filem keluaran Kru Studios yang bakal membawa korang ke dalam dunia filem seram dan diarahkan oleh pengarah terkenal, Yusry Abdul Halim.
Barisan pelakon yang membintangi filem seram ini ialah Shahir AF8, Sheera Aiyob, Along Eyzendy, Kilafairy dan Sidek Hussin. Filem ini akan ditayangkan pada 26 Mei 2011.


Sinopsis Filem Karak – Laluan Puaka

Empat pelajar kolej sedang menuju kembali ke Kuantan selepas bermalam di KL dan mereka terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang teruk sepanjang Karak Highway.

Oleh kerana mereka mempunyai kelas pada keesokan awal paginya, mereka membuat keputusan untuk keluar dari lebuhraya dan meneruskan perjalanan mereka menggunakan jalan lama. Mereka tidak mengetahui bahawa keputusan ini akan mengubah hidup mereka selamanya.

Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Jelapang. Hantu Volkswagen kuning ini mula menganggu kenderaan di jalan raya sejak tahun 1956, tetapi tidak ketara dan orang ramai masih belum menganggap ia sesuatu yang mengaibkan.

Tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.

Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.

Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut , ia akan berada di hadapan secara mengejut.Dipercayai , kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.

credit to ezany-kun.com

Kek Coklat Lembap "kukus"

terliur ta??
hehehe
jom kita buad kek neh na??
ala senang je an
kat bawah neh ad resipi dye
so selamat mencuba ea



bahan-bahan

1 cawan koko
1 cawan gula kastor
1 cawan susu cair
1 cawan mentega / minyak
½ cawan susu pekat
1 ¼ cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 susu kecil baking soda
3 biji telur

cara membuatnya senang aje.. 

1. Ayak tepung bersama serbuk koko dan bahan penaik.
2. Campurkan bersama mentega, gula, susu cair dan susu pekat didalam periuk, kemudian kacau diatas api
sederhana hingga sebati . Kemudian masukkan tepung yang diayak tadi . Jikalau adunan bergentel gunakan pemutar untuk sebatikannya dan ketepikan.
3. Sementara itu panaskan pengukus.
4. Pukul telur hingga kembang dan kemudian masukkan ke dalam adunan tepung.
5.Masukkan adunan ke dalam loyang dan tutup dengan aluminium foil.Kukus selama 45minit- 1jam.

untuk hiasan plak..

Hias guna coklat ganace atau buat topping dengan memasak diatas api sederhana 1/2 cawan susu pekat, vanilla, 1/4 cwn mentega dan 3 sudu besar serbuk koko.
Tambah sedikit coklat masakan jika suka

tanda -tanda lelaki merajuk hehehe

  No comments    
salam,,hai sume..hehehe aeney an aku na kongsi sedikit fakta tentang lelaki..lelaki ape??lelaki merajuk..eh ad ke lelaki merajuk..hahaha adalah tau..nie berdasarkan pengalam aku la n sedikit survey hahaha
jom kita tengok ape tanda-tanda 2..tapi nie berdasarkan pengalaman aku la.. kalau ada yang salah 2 aku mintak maaf la ea wahai lelaki hehehe..biar awek2 korang tau camne na pujuk korang kalau korang merajuk hehehehe..

Diam Seribu Bahasa
  • Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiyakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.
Buat Tak Tahu
  • Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.
Menolak Untuk Makan Bersama
  • Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti “awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi” (walhal perut lapar… nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan… )
Masam Muka
  • Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)
Baca Surat Khabar
  • Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.
Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
  • Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!
Keluar Rumah Tanpa Beritahu
  • Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!pastu tinggal hp..
Matikan Telefon Bimbit
  • Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat… Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!
Hisap rokok
  • hisap gile2 rokok..Macam tak pernah dapat rokok setahun…


:: yeay!!!! C.O.M.F.I.R.M suda ::

  No comments    

salam
hai sume
aeney aku hepii sangat tau
y?
hehehehe
akhirnya aku sudah disahkan jawatan kat tempat aku keje neh

hehehe
setelah 3 bulan aku berkerja
akhirnya tempat aku cmfirm kan aku
terima kasih atok
atok 2 manager tempat aku
dye orang jepun
da tua da
umur da 76 hehe
sacho
terima kasih!!
n ta lupa jugak buad
en nasir
en roslan
kak baha
kak lin
lina
ain
ary
yang melayan aku nan baek sekali sepanjang tempoh 3 bulan neh..
sayam korang sume

zaidatulaznishamsuddin[dot]blogspot[dot]com