Pemilik Cintaku......
Tiada Cinta Sebelum Kahwin…
Tiada rahsia untukku terus gagah
berdiri,menepis dugaan cinta
lelaki,melainkan pada sebuah
prinsip yang merantai diri.
Cinta Hanya untuk Suami,Takkan ku kongsi.
Cinta yang bertandang di lubuk hati itu fitrah.
Namun,apabila ia disusuli tindak tanduk yang tidak Allah
redhai,ia akan bertukar menjadi fitnah.
Allah SWT memahami fitrah
ini dengan mensyariatkan perkahwinan.
Justeru,untuk apa aku menikmati cinta sebelum
perkahwinan?
Bimbang ia jadi tawar
dan hambar.
Hilang barakah,hilanglah kemanisan.
Aku menguatkan prinsip diri dengan sebuah hadis :
Maksudnya :
"Sesiapa yang jatuh cinta,kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya,
maka dia adalah seorang yang syahid.”
(Riwayat Hakim,Ibn Asakir,al- Dailami)
Dalam riwayat lain pula
maksudnya :
“Sesiapa yang jatuh cinta,lalu dia memelihara kesucian dirinya dan bersabar hingga meninggal
dunia,maka dia adalah seorang yang syahid”
Aku nekad selagi belum bersedia
untuk bergelar isteri takkan sekali-
kali ku serahkan hati ini kepada
seorang lelaki.
Biarlah cintaku
kudus terpelihara hanya untuk
insan bernama suami.Ini tekadku.
Aku tidak mahu terjebak dalam
kancah cinta palsu.
Saranan doa
ajaran Rasulullah SAW ku abadikan dalam sujudku :
.. “Ya Tuhan kami,
anugerahkanlah kepada kami
isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam
kepada orang-orang yang bertaqwa.”
(Surah Al-Furqan 25 : 74)
Bahaya Cinta Sebelum Kahwin
Pasti kelak diriku ibarat lembu
yang ditarik hidung oleh nafsu.
Menyibukkan hati merindui
makhluk yang tidak halal bagiku
seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya
untuk melupakan ku daripadaNya.
Hati akan terseksa dengan barah
rindu.
Rindu palsu akan membelenggu
minda hingga ia terjajah dan
terhina di bawah
syaitan.
Cinta Lalai akan menyebabkanku
alpa daripada mempersiapkan diri
untuk keperluan dunia dan
akhirat.
Aku boleh menjadi tak rasional
berfikir jika benar-benar mabuk
cinta.
Fitrah cinta ibarat racun yang
akan membunuh akal,jiwa dan
perasaan.
Jiwaku terganggu dalam menilai
mana yang baik,mana yang buruk
untuk diriku.
Jika aku dan dia berjaya
melangkah kealam rumah tangga
nescaya ia terbina atas dasar
maksiat,yang mengundang padah
kepada peribadi zuriat kami
pastinya.
Nauzubillahi min zalik!
wallahu'alam...
Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul
Like fanpage saya