.::TIPS DIET SEIMBANG hehehe::.

  No comments    
categories: , ,


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


apa itu D.I.E.T??
diet ialah 
 jumlah makanan yang dikonsumsi oleh seseorang atau organisme dalam jumlah tertentu..
wah da cam pakar kesihatan jek bunyiny..hehehehe..
kat cney aku ad tips na kongsi..
hehehe


sape xna kurus tapi sihat an..
aku pn na..
sebab aku da semakin membesar skrg nie..


so aku ne la diet secara seimbang
hehehehe..
cam kat bawah nie..
aku dapat dari
saia kongsi ea kak..

++++++++++++++++++++++++++++++++

Amalan Makanan dan Pemakanan yang sihat
Diet sihat mengandungi semua zat makanan (nutrien) yang penting dan tenaga yang perlu bagi mencegah kekurangan dan kelebihan zat makanan dan menjaminkan kesihatan. Diet sedemikian boleh didapati dari pelbagai makanan yang mudah didapati, mampu dibeli dan dinikmati oleh sesiapa sahaja.
Kepentingan pemakanan kepada kesihatan disemua peringkat umur.
Diet sihat membantu tumbesaran kanak-kanak. Makanan membolehkan manusia bekerja secara produktif dan merasa selesa. Pilihan makanan membantu mengurang risiko penyakit kronik seperti sakit jantung, sebahagian kanser, penyakit kencing manis, strok dan osteoporosis (reput tulang). Diet sihat boleh mengurang faktor risiko utama untuk penyakit kronik – faktor seperti kegemukan, tekanan darah tinggi dan tinggi kolesterol dalam darah.

Makanan, Zat Makanan dan Fungsi
Makanan mengandungi tenaga, zat makanan (nutrien) dan komponen-komponen lain yang memberi kesan kepada kesihatan. Kita memerlu tenaga dan zat makanan yang penting sebab badan tidak dapat mengeluarkan sendiri dan mesti diambil dari makanan. Ada lebih 40 zat makanan yang dikumpul dalam enam jenis zat makanan utama iaitu karbohidrat, lemak, protein, vitamin, garam galian dan air.




Karbohidrat, lemak dan protein adalah zat yang membekal tenaga, sebab mereka terdiri dari bahan kimia dikenali sebagai bahan organik yang mengandungi karbon dan boleh membakar. Protein, garam galian dan air adalah sebahagian dari komposisi tisu badan dan sangat penting untuk membina dan membaikpulih sel dan tisu. Vitamin adalah bahan dari pelbagai jenis organik terdapat dalam kandungan sedikit dalam makanan, tetapi amat penting untuk pembesaran dan kesihatan. Fungsi utama vitamin ialah mengawal proses badan seperti proses metabolisma, fungsi urat dan otot dan kesihatan tisu. Air adalah bahan pengawal, membawa bahan-bahan dalam bentuk cairan dalam jus pencernaan (penghadaman, darah dan tisu, membantu mengawal suhu badan. perkumuhan, pengaliran darah, dan lain-lain. Makanan juga mengandungi serat (fibre) berfungsi dengan air bagi menjaga proses pembuangan, membersih usus dan mengelak dari sembelit.
Walaupun setiap nutrien berfungsi secara spesifik dalam badan, gabungan kesemua nutrien adalah perlu untuk penjagaan kesihatan. Kandungan nutrien juga berbeza dalam makanan dan tiada satu-satu makanan pun mengandungi semua nutrien yang diperlu, kecuali susu ibu yang lengkap untuk bayi baru lahir hingga berumur 6 bulan.
  
Keperluan Kalori (Tenaga) dan Zat Makanan
Keperluan kita berbeza sepanjang hayat, bergantung kepada perubahan fisiologikal yang berlaku dalam badan seperti pembesaran diperingkat kanak dan semasa mengandung dan menyusu anak, taraf kesihatan dan aktiviti yang dilakukan. Dewasa lanjut usia memerlu kurang makanan kerana aktiviti yang berkurangan dibanding dengan individu yang lebih muda dan aktif. Keperluan juga bergantung kepada cara hidup, misalnya minum teh, kopi, alkohol dan merokok boleh menghapuskan beberapa nutrien dalam badan kita. Memasak sayuran terlalu lama boleh menghapuskan vitamin. Nilai tenaga dalam makanan diukur dalam unit kalori. Kandungan kalori dalam makanan bergantung kepada kandungan karbohidrat, protein, dan lemak. Lemak menghasilkan kalori terbanyak mengikut berat – 9 kalori bagi setiap gram. Alkohol mengeluar 7 kalori/gram. Nutrien lain tidak memberi kesan kepada nilai tenaga makanan. Oleh yang demikian makanan mengandungi banyak lemak tinggi kalori. Sebaliknya, makanan tinggi kandungan air, seperti sayuran rendah kalori.





++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

0 jejari comel:

Post a Comment

Thank you for taking your time to leave what your thoughts! Will respond as soon as possible!