Showing posts with label dapur azney. Show all posts
Showing posts with label dapur azney. Show all posts

Congo Bars


Hai !! Selamat Hari Raya Aidil Adha semua rasa nya tak terlambat lagi nak ucap hehehe. Hari raya baru nie sempat singgah rumah makcik Erul, kebetulan sangat sepupu Erul ada buat Congo Bars, Ya Allah sedap gilos uolss. hihihi Haaa sementara kenkonon ada niat di hati nak buat nie Azney google dan save dulu resepi Congo Bars nie. Tengok cam senang je tapi tak tau jadi ke idok nanti hahaha. Resepi nie Azney copy paste dari Azlita Masam Manis tue. hehehe



Congo Bars kredit : Azlita Masam Manis

Bahan-bahan :
  • 315 gm tepung gandum
  • 2 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 150 gm butter
  • 320 gm gula perang - boleh kurangkan
  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 250 gm chocolate chips
  • 1 cawan kacang pican atau apa2 kekacang - optional
  • Kepingan badam untuk taburan - optional

Cara Menyediakan :
  1. Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.
  2. Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga butter melarut.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebijik dan putar sebati.
  4. Masukkan esen vanila.
  5. Masukkan tepung , baking powder dan garam yang telah di ayak dan kacau rata. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna.
  6. Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 13 X 9 yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak.
  7. Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika suka sebagai hiasan.
  8. Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnyer kuning keemasan. Jangan terlebih bakar.


".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang

Brownies Kedut



Sejak dua menjak join group masak memasak nie suka sangat share resepi masakan yang sedap-sedap. Kali nie azney share resepi brownies kedut pulak. nape brownies kedut tu azney tak tau , kena tanya owner hehehe. tengok resepi macam mudah tapi jadi ke tidak tak tahu lah sebab azney pun tak pernah try lagi huhu. ingat raya haji nanti baru nak buat hihihi.

BROWNIES KEDUT
Credit :  Noraida Durani
-----------------------------------------
Loyang 10" (nk tggi sket guna loyang 9" )

Bhn A:

225gm dark compaund ( sya guna beryls)
135gm butter
‪#‎cairkan‬ bersama ( sya cairkn dlm oven je)

Bhn B:

3bj telur ( gred A)
250gm gula castor
Sdkt esen vanilla

Bhn C:

220gm tpg gandum
35gm serbuk koko
1sdt baking powder
Secubit garam
‪#‎smua‬ bhn diayak

Cara:

1-Alas loyang dgn baking paper.. lebihkn bhgian kiri n kanan loyang supaya sng nk kuarkn brownies
2- pukul bhn B dgn mixer slma 5mnt dgn kelajuan tggi ( pnting utk dptkn thick crumbs ats brownies)
3-msukkn bhn C..gaulkn rata..(yg ni sya pki whisk tgn je)
4- masukn bhn A.. kacau sebati.. blh hiaskn dgn kekacang@walnut
5- bakar slma 1/ 2jam(bgntung pd oven msg2) suhu 160' c ..dh msk.. biarkan dlm oven slma 1jam utk dptkn crumbs yg rangup diatsnya.. kuarkan de loyang.. blhla potong n paipkn dgn ganache@ nutella :)



".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang

Resepi Lempeng Sedap dan Lembut





Resepi Lempeng Sedap
.
2 cawan sukatan tepung gandum
1 biji telur
2 cawan sukatan air
secubit garam
.
Cara Buat Lempeng
.
Bancuh semua dalam mangkuk
Kacau sebati jangan ada ketul-ketul
Adunan sepatutnya sedikit cair. Jika nak lempeng nipis, buat agak cair. Jika nak tebal, buat pekat pon tak pe.
Api pan dipanaskan tak yah besar-besar.
Kemudian tuang atas pan dan ratakan dengan angkat pan dan sengetkan ke kanan ke kiri sikit supaya nipis jek atas pan tu.
kita kan perhatikan bahagian tepi-tepi lempeng akan terangkat dan kering sendiri. Bermaksud dah boleh terbalikkan.



".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang

Resepi Apam Teddy (Polkadot)






Bahan yg diperlukan:
Dr kiri ke kanan, lidi sate, cwn kertas, baking paper, adunan apam yg bewarna coklat gelap, krim (warna asal) dan coklat muda.



1.Ambik adunan coklat muda, potong hujung plastik dan paipkan adunan bentuk bulat ats kertas. Buat kecik2 je. Agk2 padan dgn muka bear yg nk dibuat nanti. (Bentuk lonjong sikit2 pun boleh)
2. Kemudian titikkan warna krim plk di tgh bulatan coklat muda.
3-4. Buat sampai habis, dan kukus 3 min. Ketepikan.
(Telinga ini akn digunakan dlm langkah akhir, rujuk gambar no 15)



5 hingga 8
Isikan adunan coklat muda ke dlm cup. Bubuh inti/ filling dan isi lg sampai nk penuh cup. Lepas tu picitkan warna krim kat bhgn bawah cup. Bg yg x reti nk buat bentuk bulat cantik2, korang boleh benamkan sikit hujung piping bag tu dlm adunan coklat (rujuk gambar) lps tu picit perlahan2.. nanti akn terhasil bulatan yg cantik. 



9. Untuk hidung, picitkan sikit warna coklat gelap kat bhgn ats bulatan krim tu.
10. Kemudian buat mata plk.
11. Lps tu titikkan sikit warna krim dlm mata tu supaya mata bear nmpak mcm bersinar2.
12.Kemaskan hidung bear. Guna lidi sate utk buat garisan halus. Letak lidi sate kat tengah2 hidung tu n tarik ke bawah mcm tulis no 1.


13. Kita cuba buat mulut plk. Titik sikit warna coklat kat bhgn bawah, agk2 yg sesuai kedudukan mulut.
14. Guna lidi sate utk buat garisan halus dari hidung ke mulut. Lps tu buat garisan ke kiri dan kanan mulut (sikit je, agk2 ada bentuk mulut).
15. Ambik telinga yg kita kukus tadi n letak di bhgn ats kepala bear. Sengetkan sikit. Jgn tekan, letak je.. n dah boleh kukus. (15 min)
16. Taraaa.. siap dah..(mmm nmpaknya mulut bear tu x brp comey)


".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang

Pavlova


Semalam gigih azney ajak erul pergi beli barang untuk buat pavlova. pavlova nie memang dalam list yang azney wajib cuba selepas stand mixer beli hehe. Sanggup pegi pagi-pagi sebab nak cari whipping cream cam Cik Epal punya hahaha. Mujur azney jumpa kat kedai bakeri Jaqaranda.


Sampai rumah excited sangat nak buat pavlova nie. Resepi cik Epal azney sanggup print, punya lah semangat nak belajar buat pavlova hihihi. Okay jom kita buat pavlova yang mudah giler kentang nie. Nak beli kemain melambung harga padahal mudah giler kentang.





Bahan-bahan Meringue :

4 biji telur putih sahaja
3/4 cawan gula kastor * azney guna 1/2 cup je sebab manis
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka makan



Bahan untuk Topping

strawberi & kiwi (buah-buah masam)
1/2 cup whipping cream
whipping cream nie memang sedap betul. memang dah rasa manis. wangi pulak tue. hihi



cara nak buat Meringue :


  1. pukul telur sampai kembang dan berbuih-buih. bak kata cik epal cam buih mandian tue.
  2. masukkan gula sedikit demi sedikt. masuk sikit pukul masuk sikit pukul. ulang sampai habis gula tue.
  3. Meringue kalau jadi mesti berkilat dan bertanduk. nak tahu cam ne meringue jadi? korang terbalikkan meringue tu. kalau tak jatuh maknanya jadi lah hihi.
  4. masukkan tepung jagung, cuka dan esen vanilla dan di kacau menggunakan spatula. tak payah guna mixer.
  5. lukis bulatan pada baking paper mengikut saiz loyang korang kemudian letak  meringue atas baking paper.
  6. panaskan oven suhu 150C selama 15 minit, pastu bila masukkan meringue dalam oven turunkan suhu kepada 140C. Bakar meringue selama 1jam-1jam 15 minit.

AMARAN 
Bila meringue masak, jangan keluarkan terus dari oven tapi tunggu meringue sejuk dahulu. Bukak sedikit je pintu oven tu.



Topping

Pukul whipping cream sampai kembang. pastu sapukan atas meringue guna spatula.

pastu hias lah buah-buah kat atas tue ikut citarasa masing-masing.

sejukkan dalam peti sejuk baru boleh makan sebab time sejuk memang mabeles.

pavlova nie rangup diluar tapi yang dalam lembut gilos. dah lah manis manis masam. memang sedap betul.



yang nie azney punya pavlova sebelum masuk peti ais
selepas masuk peti ais di bawah nie 




erul dekat 3/4 pavlova nie dia sorang je yang makan. sedap katanya hihihi.
yang nie je tinggal untuk hari nie. 




Doakan saya cepat dapat baby !! 







Like fanpage saya
  



".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang



Lazada : Stand Mixer dah sampai




Akhirnya barang yang di nanti-nanti sudah tiba pagi tadi.

bungkus togel cam nie je ? habis 1 opis tahu azney beli mixer huhu

Puas azney tunggu , baru sampai hari nie. Seminggu jugak lah baru sampai huhu.nie kalau tak sebab google resepi pavlova tak denya azney nak beli hehe. Tak sabar nak explorer balik rumah nanti hehehe tak sabar nak buat pavlova !!!




Doakan saya cepat dapat baby !!


Like fanpage saya
  



".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang

Aktiviti Bila MC



Semalam azney MC sebab  sakit kepala terlampau sampai tak leh nak bangun. Pegi klinik pun lewat balik pun lewat . Ingatkan kena demam denggi ke apa tapi doktor decide azney kena pakai spec sebab kemungkinan rabun. What ?? azney rasa mengarut sangat sebab azney boleh baca apa yang ditulis tak kira jauh atau dekat. Doktor bagi ubat Ibuprofen, makan 2 biji bila sakit mungkin untuk tahan sakit. .Ntah la sebab doktor pun bukan detail sangat check. huh !



On the way balik rumah dapat email dari Zalora bagitau barang dah di pos. Dalam hati berbunga-bunga tak sabar rasanya nak pergi  kerja esok hehehe. So duduk kat rumah tak de aktiviti sangat nak buat solepas masak tengahari asam pedas ikan jenahak maka terhasil lah kek batik. resepi azney ambil kat blog cik Epal. Alhamdulillah menjadi walaupun manis sikit padahal azney dah kurangkan susu huhuhu.



baru keluar dari peti ais nyum nyum




Doakan saya cepat dapat baby !!


Like fanpage saya
  



".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang



#WordlessWednesday | Asam pedas untuk dia Eh ! Asam Pedas Melaka Ikan Pari


Doakan saya cepat dapat baby !!


Like fanpage saya
  



".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang

Donut Ball Sedap : First time buat !!


Haiiii !!!! comel tak dunot ball?? hahahaha. 


Nie first time dalam hidup azney buat donut. Tak tahu lah azney sekarang nie suka sangat mencuba benda baru, padahal dulu memang tak suka ke dapur nak buat kuih muih nie huhu. semalam tetiba rajin pulak nak mencuba buat donut ball. sindrom mak-mak ke nie ? hahaha


Petang semalam sebelum balik rumah singgah beli mauripan. siap beli 2 lagi tuuu kot-kot berjaya ke buat donat tersedap di alam semesta ke hahaha. Lepas makan malam baru azney mulakan eksperimen donut nie hehehehe.


Resepi azney ambil dari sini 


Donut Mudah 

Sumber; : iezamel78 Donut @ MYR 
Oleh; Mamasya 

Bahan-bahan ( 20 - 25 biji ) 
  • 3 cawan tepung gandum 
  • 1 cawan air suam kuku 
  • 2 sudu besar mentega 
  • 6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis) 
  • 3 sudu besar susu pekat manis 
  • 1 paket yis (jenama mauripan) 
  • 1 biji telur 

Cara-cara 
  • Cairkan mentega dan ketepikan. 
  • Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut.
  • masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit. 
  • Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi. Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau. 
  • Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit. 
  • Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik). ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung.(ini utk buat bentuk ring donut) 
 

rupa selepas kembang hahaha kemain kembang
  • Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. 
  • Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice..

Azney buat malam so kena goreng separuh masak dulu sebelum di simpan dalam freeze. Pagi tadi baru goreng hehehe mujur lah enche somi dengan MIL makan . Takut jugak dorang tak sanggup nak makan hehehe.jom lah cuba !!! memng lembut tapi rangup di luar ..

Doakan saya cepat dapat baby !!


Like fanpage saya
  



".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang