Jika anda atau seseorang yang dikenali terlibat di dalam kemalangan jalanraya, adalah penting untuk bertenang dan tidak merasa cemas. Langkah-langkah berikut mungkin boleh membantu.
KEMALANGAN JALAN RAYA – APA YANG HARUS DILAKUKAN?
• Sila bertenang dan jangan cemas.
• Jika ada sesiapa yang tercedera, telefon 999 untuk bantuan.
• Jika tidak ada sebarang kecederaan, alihkan kenderaan anda dari aliran
trafik ke tempat yang selamat, jika boleh.
• Catatkan nama dan alamat pemandu-pemandu lain yang terbabit.
• Catatkan model dan nombor pendaftaran kenderaan lain yang terlibat.
• Catatkan nama dan alamat saksi-saksi, sekiranya ada.
• Buat lakaran kasar tentang kemalangan dan lokasi kenderaan terlibat sejurus
sebelum dan selepas kemalangan (Gambar mengenai kemalangan, jika ada, akan membantu).
• Bertukar maklumat mengenai nama syarikat insurans/pengendali takaful masing-masing.
• Jangan berbincang tentang siapa yang bersalah. Ini mungkin menimbulkan
kesulitan dalam mengendalikan tuntutan anda.
• Jika kenderaan anda perlu ditunda, pastikan bahawa kenderaan tersebut akan
dihantar ke bengkel yang betul. Hubungi syarikat insurans/pengendali takaful
anda atau nombor“hotline” kemalangan syarikat tersebut bagi mendapatkan
maklumat tentang bengkel kenderaan yang sepatutnya.
• Laporkan kemalangan kepada polis dengan segera.
• Laporkan kemalangan kepada syarikat insurans/pengendali takaful anda dengan
segera, walaupun anda tidak berniat untuk membuat sebarang tuntutan. Pihak
ketiga yang terlibat dalam kemalangan tersebut mungkin ada membuat tuntutan
insurans daripada syarikat insurans/pengendali takaful anda dan akan menyebabkan
kehilangan NCD anda.
• Isikan borang tuntutan dengan lengkap dan masukkan maklumat tambahan yang
berkaitan. Jika ada sebarang keraguan, dapatkan nasihat dari syarikat insurans/
pengendali takaful anda.
JAGA KESELAMATAN KENDERAAN ANDA
• Kunci kenderaan anda.
• Jangan tinggalkan kunci dalam kenderaan anda.
• Jangan tinggalkan kenderaan anda dengan enjin terpasang walaupun untuk seketika sahaja.
Kecurian kenderaan selalunya terjadi di kedai runcit, stesen minyak, ATM dan kawasan luar rumah
apabila kenderaan dibiarkan seketika untuk melakukan tugasan ringkas atau hanya untuk
membuka pintu pagar rumah.
• Pastikan semua tingkap kenderaan anda ditutup rapat.
• Jangan tinggalkan barang berharga di dalam kenderaan anda. Tetapi, jika terpaksa, letakkan
barang-barang berharga di tempat yang tidak dapat dilihat atau di dalam but. Pastikan tiada
sesiapa melihat anda menyimpan barang-barang berharga di dalam but kenderaan anda.
MELETAK KENDERAAN
• Letakkan kenderaan anda di tempat yang terang – kecurian kenderaan biasanya berlaku pada
waktu malam di kawasan yang gelap.
• Letakkan kenderaan anda di tempat yang mempunyai kawalan keselamatan – pencuri kenderaan
tidak sukakan saksi dan lebih menyukai tempat letak kereta yang tidak berjaga.
• Letakkan kenderaan anda di dalam kawasan rumah bukannya di luar. Kunci pintu kenderaan dan
pagar rumah bagi meningkatkan keselamatan kenderaan anda.
KESELAMATAN
• Pencuri professional boleh mencuri mana-mana kenderaan. Walau bagaimanapun, anda boleh menyukarkan pencuri dari mencuri kenderaan anda. Kenderaan yang mempunyai tahap
keselamatan yang lebih akan menyulitkannya dari dicuri.
• Keupayaan kewangan dan pemilihan peribadi anda akan menentukan tahap ciri keselamatan dan
jenis alat-alat pencegah kecurian yang terbaik untuk anda.
• Alat pencegah kecurian yang boleh didapati adalah:
- Penghalang gerak enjin berelektronik
- Kunci pintu dan kunci pencucuhan yang lebih baik
- Kunci yang mempunyai corak atau kod keselamatan
- Radio/pemain cakera padat yang berkod keselamatan atau yang mukanya boleh ditanggalkan
- Penandaan nombor kenderaan pada cermin
- Alat amaran penggera
- Kunci stering/gear brek
- Alat pengesan berelektronik
Sekiranya kenderaan anda mengalami kerosakan, anda boleh membuat sama ada tuntutan kerosakan sendiri atau tuntutan pihak ketiga. Bagi tuntutan kerosakan sendiri, hubungi syarikat insurans atau pengendali takaful anda dengan segera untuk mendapatkan nasihat mereka.
Jika syarikat insurans anda mencadangkan atau menghendaki kerja pembaikan dilakukan di bengkel panel yang diluluskan, hantar kenderaan anda seperti yang dinasihatkan. Syarikat insurans atau pengendali takaful anda akan menolak tuntutan jika kenderaan anda tidak dihantar ke bengkel yang diluluskan mereka. Syarikat insurans anda akan menghantar pelaras kerugian untuk menilai kerosakan kenderaan anda sebelum membenarkan kerja baik pulih dijalankan.
hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
aznishamsuddin
klik iklan nuffnang nak kawen.