Showing posts with label memories. Show all posts
Showing posts with label memories. Show all posts

Sabar itu indah ..

assalamualaikum

ya allah dalam kegembiraan ada kesedihan huhu .. betul lah orang cakap jangan suka sangat nanti menagis ..

minggu lepas pergi join enche B ada kenduri kat temerloh jaya..okay hepi-hepi siap gelak-gelak dengan anak buah buahan dan sedara mara..kekonon bagi rapat katekan hehe.. planning pukul 1.30 pergi starmall sebab ada tournament bowling under Allianz huhu tercalon beb ! hehe cam pandai je cam pandai je .. memang pandai wtfff !! kekonon feeling terlebih pandai ..padahal harommmmm...


okay lepas lepak-lepak tetiba rasa berat hati nak pergi starmall..enche B tak pegi so terpaksa lah drive sendiri ..tengok kekonon pandai la tue hehehe..so stay kat kenduri sampai pukul 2 lebih..lepas tapau segala bagai lauk balik lah kan padahal ada hati nak pergi bowling dengan enche B..hehe


masa on the way nak balik dan sangat bernasib baik tak jauh lagi tetiba ada makcik jerit kat kitorang


" ada bau hangit belakang kete !"


kitorang apa lagi terus berhenti tepi..aiyakkk betul lah..acane tadi tak bau ek..enche B check apa yang patut..aku boleh borak-borak dengan makcik tadi tue..tak sure sakit apa pulak CiliPadi nie pergi bengkel..tapi sebelum tue enche B da taruk air dah..dia cakap minyak hitam pekat kot..haaa baru planning isnin nak tukar CiliPadi dah sakit..tanya punya tanya isnin baru siap padahal tak sure lagi sakit apa..


so kitorang decided hantar CiliPadi "hospital" hehe ..aiyakkk enche B cakap clucth dah haus maybe nak habes ohmaigaddddd !! nampak tak ?? nasib baik kan tak pergi starmall sorang-sorang kalau lah pergi mesti wajib dah berhenti tepi jalan ..huhuhuhu..




sampai kat M2 sebelah Tunas Manja ..tanya dengan brader yang selalu check CiliPadi kitorang.. ermm memang ye clucth nak habes..dannnn yang paling penting kos RM500 lebih ohmaigaddddd hampir terduduk nok ..


okay takpelah sabar itu indah kata enche B.. so kena redha je huhu.. tunggu sampai pukul 6 ..sampai terlena dibuatnya lepak dekat Tunas manja hehe..ambil kereta keluar duit bayaqqqq !! stress tengok resit T_T pastu apa lagi lepas stress kat starmall..nak jugak tue pergi sana..huhuhu dah syok syok main bowling tengok wayang bagai baru teringat nak balik..dah seharian katekan ..dengan baju kurung bagai selekeh enche B cakap :P



sampai rumah lambai-lambai enche B..naik atas siap panaskan lauk sebelum tido..tetiba hujan lebat tup tup terdetik dalam hati nak tengok enche B.. Ya allah kesian kat enche B kena tolak kereta dalam hujan..nasib baik boleh tolak parking sebelah jalan ..T_T basah kuyup enche B datang depan pintu rumah mintak towel..


tunggu sampai hujan berhenti baru turun tengok kereta..lama jugak lah menunggu hujan berhenti..lepas berhenti sibuk nak ikut enche B tengok kereta..start banyak kali tak mahu hidup..last-last buat keputusan tido dalam kereta sebab tingkap kereta tak tutup hampir separuh tingkap..huhu habes basah seat depan belakang huaaa menangis rasa .. busuk tau dak ..


ahad tunggu kawan sampai mane tau kot-kot jumper boleh hidupkan kereta ke..tapi harommm tak boleh jugak..isnin baru dapat settle ..melayang lagi rm300 lebih..huhu battery habes sebab starter rosak..ntah lah enche B terangkan pun tak paham jugak masalah kereta nie huhu..


p/s : orang kata dugaan nak tunang .. mungkin bukan rezeki kami duit tue :) sabar itu indah bak kate enche b


hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

Like fanpage saya
   


klik iklan nuffnang nak kawen.


♪♪ Kali pertama dapat stereng kereta ♪♪

  6 comments    
categories: , ,
Asalamualaikum ...


apa pengalaman korang bila kali pertama bawak kereta? atau pun senang cerita dapat pegang stereng selepas dapat lesen? mesti excited kan kan kan..tapi kalau lepas dapat lesen selalunya dah tahu sikit-sikit bawak kereta..so tak lah lupa cam ne nak drive..


macam saya nie haa da lama dapat lesen tapi baru nie je dapat drive.. huhu tue pun selepas enche B yakin kat saya.. dipendekkan cerita rabu lepas kat opis tak cukup staf nak ambil kereta..yang ada time tu saya sorang je..sebab terdesak sangat kena lah ikut abang tue ambil kereta.


dalam hati??? hanya tuhan je yang tahu..kereta je ada tapi tak pernah bawak sebab enche B rajin sangat nak jadi driver huhu..


sampai kat carwash abang tue suruh reverse kereta dulu..waaaa cuaknya sebab memang tak reti nak reverse kereta..oh lupa nak bagitahu..dapat bawak manual okay hehe..tak pernah pegang stereng auto lagi..dapat pulak Gen2 manual..huuuu..


bila nak keluar dari simpang tu memang sedikit cuak lah sebab simpang tu cam tinggi sikit so macam tak nampak kereta dari belah kanan..huhu last-last kereta terundur sikit-sikit..hahaha abang tue ketuk tingkap tanya boleh tak..cakap boleh je tapi tak nampak kereta sebab bukit tinggi..padahal tak tinggi pun..huhu takut punya pasal..haha bestnya abang tue bawak kereta park sebelah tepi jalan..hehe punya lah nak saya bawak ke opis..dannnnn


alhamdulillah berjaya jugak bawak sampai ke opis walaupun mula-mula tak yakin tapi 3 minit lepas tue haaa excited sangat pulak dah..hehe cepat-cepat msg enche B cakap dah boleh bawak kereta..siap mintak kereta lagi..haha padahal time tue enche B kat Bentong..


dannnn sabtu  dan ahad 
baru nie dapat pegang kereta untuk 2 hari..wuwuwu…nanti cerita tentang hari sabtu dan ahad pulak..macam-macam peristiwa berlaku..huhu..baru tahu best rupanya bawak kereta nie..nak pulak manual..serius rasa ruginya selama nie takut nak bawak..dan lepas nie memang balik rumah sendiri lah.. tak payah dah enche B hantarkan.. oh yeayy ..!! nampak tak teruja disini kihkihkih.. apa pengalaman korang pulak..boleh lah share kat sini jugak ..

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

Like fanpage saya
klik iklan nuffnang nak kawen.

Al Fatihah buat arwah :'(

  No comments    
categories: , ,


petang isnin mendapat berita yang mengejutkan dari enche B..susi (adik kepada ju,salah seorang kawan kami) dan ramzi lemas di sungai..dalam hati berdoa semoga mereka dapat diselamatkan..kejadian berlaku pada hari ahad lepas ketika susi dan ramzi serta 3 yang lain mandi manda di sungai berhampiran..



agak terkilan kerana aku hanya dapat tahu berita nie pada hari kedua kejadian..memandangkan kami telah ke melaka kerana ada urusan yang penting dilaksanakan..



siapa sangka siapa menduga ajal maut sudah ditakdirkan buat arwah..takziah buat Ajura dan sekeluarga diatas pemergian adik dan sepupu tersayang..walaupun pahit untuk ditelan kerana kehilangan orang-orang yang tersayang secara mengejut akibat lemas di sungai..



baru je seminggu nak rapat dengan susi..time birthday party anak saudara arwah..sebelum tue kalau jumpa hanya senyum tak berborak sangat..tapi pada hari birthday tu kami sibuk dekat dapur masak serta menyediakan makanan untuk birthday wawa..masih terbayang-bayang lagi..arwah memang baik..segala suruhan dan permintaan yang kami minta arwah buat.. al fatihah..


semalam kedua-dua jenazah selamat dikebumikan..semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..



al fatihah....



antara artikel akhbar yang menyiarkan tentang kehilangan arwah berdua ..



MENTAKAB – Kegembiraan enam remaja mandi-manda di Sungai Semantan dekat Kampung Kelubi, di sini, bertukar tragedi apabila dua daripada mereka dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas.

Dua sahabat terbabit, Susisanti Amaqmus, 15 dan Mohd Ramzi Ariyanto, 16, dari Taman Netas Jaya, di sini, bersama empat lagi rakan turun ke Sungai Semantan untuk mandi di satu kawasan cetek.

Bagaimanapun, menurut rakan-rakan mangsa, Susisanti pergi ke kawasan air berpusar dan tiba-tiba terkapai-kapai meminta tolong.

Mohd Ramzi yang melihat Susisanti terkapai-kapai, cuba memberikan pertolongan, tetapi dia juga hilang apabila tiba di kawasan air berpusar itu.

Ketua Polis Daerah, Pemangku Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, kejadian berlaku jam 12.30 tengah hari kelmarin apabila enam sahabat terdiri daripada tiga lelaki dan tiga perempuan turun ke sungai untuk mandi.

Menurutnya, polis yang menerima maklumat pertama daripada orang awam pada jam 2 petang kelmarin, menghantar pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada polis, Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam.

“Usaha mencari dijalankan sehingga petang semalam (kelmarin) dan ditangguhkan pada sebelah malam, namun disambung semula pada hari ini (semalam),” katanya, semalam.

Abdul Aziz berkata, seramai 21 penyelamat terlibat setakat ini dibantu beberapa bot nelayan tempatan sedang giat menjalankan operasi.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Temerloh, Hashnudin Hussain berkata, operasi mencari dan menyelamat diteruskan pagi semalam hingga ke jambatan Kampung Sungai Buloh, kira-kira enam kilometer dari lokasi mangsa dipercayai lemas.

Menurutnya, pihaknya juga meminta kerjasama orang ramai khususnya nelayan sungai supaya melaporkan segera kepada pihak berkuasa jika ada menemui mangsa di sepanjang Sungai Semantan dan Sungai Pahang.




Temerloh: “Jika ditakdirkan dia sudah tiada, saya hanya berharap Allah SWT temukan saya dengan jasadnya,” rintih seorang kakak, Ajura Amaqmus, 25, apabila adik kesayangannya, Susisusanti yang berusia 15 tahun sehingga kini masih belum ditemui selepas lemas bersama seorang rakannya, Mohd Ramzi Ariyanto, 16, ketika mandi bersama empat lagi rakan mereka di Sungai Semantan, Kampung Kelubi, Mentakab, di sini, kelmarin.

Kedua-dua mangsa dari Taman Seri Netas Maju, Mentakab.

Difahamkan, ketika kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, enam sahabat terbabit masing-masing tiga lelaki dan perempuan ke sungai berkenaan untuk mandi, namun Susisusanti dikatakan ‘bermain’ air di tempat dalam.

Dipercayai, secara tiba-tiba air sungai di tempat gadis itu berada dikatakan ‘berpusing’ menyebabkan dia terkapai-kapai ditelan arus.

Melihatkan kejadian itu, Mohd Ramzi cuba menyelamatkan Susisusanti, tetapi tidak berjaya menyebabkan dia turut hilang bersama gadis berkenaan.

Ajura yang juga seorang ibu tunggal berkata, kali terakhir dia bertemu Susisusanti, anak kelima daripada tujuh beradik itu pada Sabtu lalu kira-kira jam 7.30 malam.

“Ketika itu dia hendak keluar rumah dan memaklumkan akan bermalam di rumah seorang rakannya, saya hanya mengangguk kepala tanda setuju memandangkan dia sudah biasa ke rumah rakannya yang tinggal tidak jauh dari sini,” katanya memaklumkan mereka tinggal bertiga bersama seorang anak perempuannya berusia sembilan tahun di taman perumahan berkenaan.

Katanya, Susisusanti yang sudah tidak bersekolah adalah seorang pendiam dan banyak menghabiskan masa di rumah jika dia keluar berniaga di bandar Temerloh.

“Berderau darah saya apabila dimaklumkan mengenai kejadian ini kira-kira jam 1 tengah hari kelmarin...saya amat sayangkan dia, saya berharap dapat bertemu jasadnya jika ditakdirkan dia sudah pergi (meninggal dunia),” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Ajura berkata, adiknya adalah seorang yang mendengar cakap kerana jika dia tidak membenarkan gadis itu keluar, Susisusanti tidak pernah membantah dan hanya akan duduk di rumah.

“Saya tidak sangka, tidak sampai setahun kami menetap di sini pada Disember tahun lalu, saya terpaksa berdepan tragedi hitam ini yang menimpa adik kandung sendiri,” katanya memaklumkan sebelum ini mereka menetap di Muadzam Shah, Rompin.

Menurutnya, ibu mereka, Ramlah Musa, 40, yang menetap di Batu Pahat, Johor, tiba di bandar ini kelmarin selepas dimaklumkan mengenai kejadian menimpa Susisusanti.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Aziz Salleh berkata, sehingga kini usaha pasukan mencari dan menyelamat masih gagal mengesan mangsa dan operasi berkenaan dihentikan kira-kira jam 6 petang semalam berikutan hujan lebat.

“Bagaimanapun, kita akan menyambung semula operasi berkenaan jam 8 pagi esok (hari ini),” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.






MOHD RAMZI

SUSISANTI

Abdul Aziz ketika meninjau operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas di Kampung Kelubi.

Mangsa pertama ditemui jam 8.30 pagi semalam kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi enam rakan terbabit mandi


MENTAKAB – Pasukan mencari dan menyelamat berjaya menemui kedua-dua mayat mangsa lemas di Sungai Semantan dekat Kampung Kelubi dalam operasi hari ketiga semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh, Hashnudin Hussain berkata, mayat Mohd Ramzi Ariyanto, 16, ditemui pasukan mencari dan menyelamat dan penduduk kampung jam 8.30 pagi semalam kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi dia mandi bersama lima lagi rakan pada petang Ahad lalu.

Menurutnya, berdasarkan laporan awal pihaknya percaya kedua-dua mayat yang ditemui itu adalah mangsa yang dicari namun perlu pengesahan dan dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) untuk tindakan lanjut.

“Pada jam 2.15 petang semalam, satu lagi mayat dipercayai Susisanti Amaqmus berusia 15 tahun ditemui di lokasi mereka mandi.

“Selepas gerakan mencari berjaya menemui mangsa pertama pada sebelah pagi, usaha mencari diteruskan sehinggalah berjaya menemui mangsa kedua beberapa minit selepas operasi disambung semula pada sebelah petang,” katanya.

Kejadian berlaku jam 12.30 tengah hari Ahad lalu apabila enam remaja terdiri daripada tiga lelaki dan tiga perempuan termasuk mangsa mandi di Sungai Semantan.

Tenggelam akibat arus berpusar

Susisanti dan Mohd Ramzi dari Taman Netas Jaya, di sini tersilap langkah apabila memasuki kawasan air berpusar lalu hilang dari pandangan rakannya.

Menurutnya, polis yang menerima maklumat pertama dari orang awam jam 2 petang Ahad menghantar pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada polis, Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Ketua Balai Bomba Temerloh Hashnudin Hussain berkata, operasi mencari dan menyelamat diperluaskan sehingga ke jambatan Kampung Sungai Buloh kira-kira enam kilometer dari lokasi mangsa dipercayai lemas.

Sementara itu, abang mangsa, Hendra Budiman Aryanto 26, ketika ditemui di tempat kejadian masih bersedih dengan kejadian yang menimpa adiknya.

“Dia anak nombor dua, dia tak bagi tahu pun nak ke mana pada hari kejadian,” katanya.

Saksi kejadian yang mahu dikenali Ana berkata, kejadian berlaku ketika paras air Sungai Semantan cetek dan berpasir pada Ahad lalu.

Menurutnya yang tinggal kira-kira 20 meter dari tempat kejadian berkata, enam rakan terbabit mandi di kawasan cetek itu dan kedengaran suara mereka yang sangat seronok.

“Saya tengah basuh pinggan, tiga anak saya minta izin nak mandi sungai juga tapi saya larang. Tak lama kemudian anak saya jerit bagi tahu ada orang lemas.

“Masa tu saya tengok hanya ada empat mangsa yang cuba menyelamatkan diri, dua lagi mangsa pertama sudah tenggelam.

“Ada pemancing yang selamatkan budak-budak tu, ada yang sempat capai kayu. Empat berjaya naik ke darat dua lagi terus hilang,” katanya.

Cetek bukan bermakna selamat

Ketua Polis Daerah, Pemangku Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh menggesa ibu bapa dan orang ramai memantau pergerakan anak masing-masing kerana bimbang kejadian lemas itu berulang.

Menurutnya, kebanyakan kejadian lemas berlaku apabila musim air cetek atau pada musim kemarau kerana kelihatan paras air sungai berpasir dan boleh mandi manda.

“Tanggapan itu salah kerana walaupun paras air sungai kelihatan cetek tetapi ada kawasan tertentu yang keadaan dasar sungainya curam.

“Ini yang boleh menyebabkan orang ramai atau kanak-kanak tidak perasan kerana kawasan seperti itu sangat berbahaya terutama di kawasan air berpusar,” katanya.

Beliau menasihati ibu bapa memantau perkembangan anak-anak supaya menjauhi aktiviti mandi sungai tanpa pengawasan pada musim kemarau ini.




Temerloh: Keajaiban berlaku apabila mayat mangsa lemas, Susisusanti Amaqmus, 15, timbul betul-betul di depan ibunya, Ramlah Musa, 40, yang berada di lokasi gerakan mencari mayat gadis berkenaan dilakukan di Sungai Semantan, Kampung Kelubi, Mentakab, di sini, semalam.

Mayat Susisusanti yang lemas bersama seorang rakannya, tiga hari lalu ketika mandi di sungai itu timbul di depan Ramlah pada kira-kira jam 2.15 petang.

Kakak mangsa, Ajura, 25, menyifatkan perkara itu sebagai kuasa Allah untuk menunjukkan betapa mulianya kasih seorang ibu terhadap anak yang amat disayanginya.

“Ibu saya tiba di bandar ini dari Batu Pahat, Johor, Ahad lalu, apabila dimaklumkan mengenai kejadian menimpa adik saya dan nyata kehadirannya amat bermakna dalam usaha mencari mayat adik saya,” katanya.

Terdahulu, mayat seorang lagi mangsa, Mohd Ramzi Ariyanto, 16, ditemui kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian, jam 8.30 pagi semalam.


hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

Like fanpage saya
klik iklan nuffnang nak kawen.

Pengalaman Menghadapi Ujian Fizikal Jawatan Kostabel Wanita Part 1

meh nak cite meh..pakat dekat-dekat rapat-rapat baca apa yang ditulis setelah sekian lama entry yang di kepam berminggu-minggu dalam draft T_T..tapi kali panjang tau ai nak menaip haha..kesian korang kena baca panjang-panjang hahaha..tapi jangan risau sebab entry kali ini ada part 1 dan part 2..hehehe


pernah tengok sini ??kalau pernah mesti tahu apa nak diceritakan hehe..laaa koya betul lah kan kat atas tajuk dah bagi hint dah punggg...huhu sadis T__T walaupun tak lepas tapi bersyukur sebab pernah hadapi camne ujian fizikal untuk jawatan kostabel nie haaa...



awal bulan rasanya kalau tak silap dapat sms dari Kak Su bahagian Sukan & Latihan IPD Temerloh..huhu mati-mati ingat ada orang saje nak memain dengan kita hahaha..



tak balas pun sampai lah terdetik di hati nak usha laman web polis kat sini..sekali check ada nama huhu..cuak habes terus..dua hari lepas tue pergi IPD TEMERLOH amek surat tawaran dekat Kak Su.. :) dengan muka sememeh selamba je masuk cari kat Kak Su..hehehe



sebelum pergi kena prepared untuk ujian ..so kena lah bawak seluar pendek, T-shirt lengan pendek, myKad dan salinan myKad, sijil-sijil yang berkaitan dan salinan sijil-sijil, ballpen, 5 keping gambar errr apa lagi ye huhu .. rasanya tue je..tak payah lah korang nak bawak kasut sukan ke seluar track ke memang tak guna langsung..




kenapa kena pakai seluar pendek ??baju lengan pendek ?? takkan pakai tudung kan?? takkan tak payah pakai kasut sukan?? alaaa malu lahhh nanti ???mesti terbayang-bayang kan..jangan risau ye...sebab nanti dorang akan buat ujian fizikal tue dalam dewan..lepas tue semua perempuan..takde sorang pn lelaki..so lantak korang lah nak seksi camne pun dalam dewan tu huhu..





dannnnnn make sure syarat-syarat kelayakan memang kira layak lah sebelum pergi ujian fizikal nie..Ketinggian  wanita 157 sentimeter tanpa sepatu dan berat minimum 46 untuk perempuan ..kerana apa?? kerana kalau korang yang tak cukup 1cm cam eden nie haaa memang takkan lepas punya walaupun fizikal yang lain korang boleh buat..make sure kan jugak BMI dgn tinggi n berat seimbang..huhu kalau tak kena reject :) kalau berat dah okay sekali pun huhuhu...tapi takpe still cool bebeh hehehe...





pukul 6 lebih dah sampai IPD Raub..huishhh nebes bukan main..sampai-sampai kemain mak ayah hantar anak-anak dorang huhu..ai xpe cik abang yang antarkan hehehe..mula-mula sampai kemain ayu je pakai baju kurung bagai..lepas tue kena tunggu untuk buat pemeriksaan dulu sebelum masuk dewan..huishhh sementara tu sempat lah beramah mesra dengan orang lain..sempat jugak berkenalan hehehe...




lebih kurang 10 minit ramai je yang beratur depan kitorang..dok perkenalkan diri tapi dah lupa sapa nama dorang hewhewhew..nama dipanggil satu-satu..lepas tue kalau nama korang kena panggil korang kena jawab kuat-kuat tau haaa baru boleh jadi polis..bak kata abang polis tue lah..bergegar satu dewan pun tak pe hehehe..



bila nama dipanggil dorang check salinan sijil bagai dengan my Kad korang..betuk ke idok sama ke idok..pastu dorang bagi borang untuk korang isi..borang tue lupa nak snap..ada dalam bonet keta..nanti ai letak ye..bia korang tahu camne rupa borang tersebut hehehe..lepas isi borang korang kena bagi balik kat akak-akak polis tue..lepas bagi tue lah korang kena tukar pakaian..auw auw auw..



jeng jeng nanti kita sambung Part 2 pulak ye hehehe ...



hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

Like fanpage saya
klik iklan nuffnang nak kawen.

Report Polis

  3 comments    
categories: , ,





semalam lepas habes kerja balik rumah terus,,lepas tue amik helmet pakai kat kepala teru pegi balai polis merlimau,,sebab duit aku hilang lah boleh baca kat sini..aku pegi dengan makcik aku..kitorang sampai sebelum pukul 7 tak sure sangat sebab dah kelam kabut tapi lebih kurang tue lah..sebab tak lama kami sampai slot akasia Dejavu Di Kinabalu tue ditayangkan..tunggu kejap kat ruang menunggu sebab tunggu turn tapi takde pengadu pun melainkan kitorang je..


Sebelum duduk ade pakcik polis tue namenya Salleh tanye aku nak buat report ape,,aku cakap lah tentang duit aku hilang dalam bsn..ermmm dia pun same jugak pernah kena macam aku..lagi banyak dari aku..lebih kurang RM5rat..huhu tapi dye cakap dye malas nak betah-betah dengan staff bsn tue dia biarkan je kes senyap cmtue je....*aikk padahal dia tue polis dalam hati jelah..hehehetak lama akak polis tue panggil Koperal Salmiah rasanya,,mesra sangat boleh borak-borak lagi tue..akak sebelah dia pun mesra jugak,,errr nama dia Malah..


Habis buat report akak tue cakap aku kena datang esoknya(harinie lah) sebab dah abis waktu pejabat dan kena bayar rm2..ape lagi aku mintak tolong makcik aku lah amikkan..tapi tak sure bile dia boleh amikkan sebab waktu lunch aku terhad..waktu dia pun terhad..kalau boleh nak time lunch aku sebab nanti senang boleh terus pegi bsn..boleh settle report nie cepat-cepat..aku nie dah give up dah..banyak sangat urusan..haishhh kalau tak mengenangkan aku nakraya nak beli barang persiapan raya takdelah aku nak buat report bagai,,tapi bila dipikirkan balik..takkan nak biar perkara nie terjadi..kasi warning sikit pada pihak bank..jangan sesuka hati je nak tindas kita nie sebagai pengguna mereka..kalau takde kitorang tutuplah alamatnya bank tue..yang bestnya akak polis pun tue bagitahu aku jugak,,yang bsn nie memang suka makan duit orang..dah banyak kali dah report macam aku nie..dan korang boleh baca kat sini jugak tentang kes cam aku nie dan nak jugak pesan jangan simpan duit kat bsn..keluaarkan dan simpan dalam bank lain..huhh !!pasnie gaji aku nak keluarkan semua lepas tue simpan kat bank islam..

p/s : nak amek pukul bape report nie huhuhu

nak beli persiapan raya tolong klik sikit
campaign image

Duit aku dalam BSN L E S A P !!

  15 comments    
categories: , ,


sekarang tak tahu nak mulakan cerita macam mana..dalam hati nie cukup rasa sebal sedih kecewa marah dan macam-macam lagi lah..di sebalik keriangan aku untuk membeli blah baju raya di online terjadi sesuatu yang tak diduga oleh aku..sedih wooo huhuhu..duit aku dalam bank hilang cmtue je..korang bayangkanlah aku sepatutnya ade balance Rm200 kot..petang isnin aku nak keluarkan duit kat 7e kat tempat aku tue..alih-alih bila aku tekan punya tekan..baki tidak mencukupi dan traksasi tidak berjaya..haaaa wtf!!!..ape kes pulak nie..padahal aku baru keluar RM450..aku check balance hanya RM49.52 je..perghhhh nak menangis je aku rasa..


Semalam lepas habis kerja aku tak puas hati lagi..pegi ATM BSN caw Merlimau..aku buat penyata mini..tue pun sebab akak opismate aku tue yang suruh..dan nie yang keluar..


nampak tak??ada orang yang keluarkan duit aku sebanyak RM170 tahu..perghhhh aku tak tahu nak carut ape nie tapi aku rasa pelik lagi hairan sebab sepanjang bulan nie memnag aku tak pernah jejakkan kaki ke atm melainkan pada 1hb aetu..sampai rumah aku terus membebel sorang-sorang sebab nak ingatkan ade ke tak aku keluarkan duit pada 27hb tue..dengan nama Allah aku memang tak keluarkan..kalau bukan aku sape pulakkan..???nie yang aku pelik nie....walaupun ade yang cakap tak banyak tapi RM170 duit jugakkan..


Tadi aku mintak tolong dengan Ari mintak tolong bawak aku ke bank BSN..aku tak puas hati betul lah..yelah kan duit dalam bank pun boleh hilang..sampai bank aku tengok ade 2 orang je customer..dalam hati cakap sempat kot sebelum pukul 2..tak sampai 10 minit no aku dipanggil..aku mintak sis *sebab dia cina tue tolong kemaskini buku bank aku..lepas tue aku mintak penyata tarikh sekian sekian untuk rujukan aku..lepas siap print penyata tue aku tanye sis tue..

aku : sis boleh tak saya nak tahu pada tarikh 27hb nie pengeluaran atau potongan??
sis : pengeluaran..
aku : kat mana ye??boleh tak tahu pukul berapa??
sis : ATM  merlimau..tak boleh lah dik..
Aku : errrr bukan ape,,setahu saya,,saya tak pernah keluarkan duit pada tarikh nie..*sedih aku time nie..


last-last akak sebelah sisi tue bagi aku borang..dia suruh aku buat report dulu..bila report dah ada baru boleh buat ada pihak dari cawangan Melaka siasat..*sedikit sinar harapan buat aku..


aku keluar bank pastue jumpa pulak abam polis nie..borak-borak sambil cerita kes aku nie..last-last dia ajar aku macam mana nak isi report tue..heeee ade gak orang simpati huhuhu...sekarang nie kat ofis dah..kalau korang boleh nampak rupa aku sekarang nie ibarat macam ayam berak kapur tahu..punya lah sebal sekali..tapi bila aku ingat semula..pada hari jumaat 1hb buat pertama kali aku keluarkan duit pada pagi tue,,aku memang tak check balance dan print resit tranksasi yang aku buat padahal sebelum-sebelum nie aku buat dan aku simpan sampai resit tue dah takde tulisan..ermmm benda nak jadi kan..aku tak tahu pun yang seminggu sebelum tue yang duit aku dah LESAP !!!




#AETravel : Hangout at Sunway Pyramid



=hi there=


lama betul rasanya cuti tapi tak puas lagi rasanya bercuti..hehehe okay sekaranig nak share dengan awak-awak semua..-->Hangout at Sunway Pyramid


alhamdulillah selamat sampai Sunway sudah..hehehe kami naik kereta  kawan enche bakal yang baik budi dan lagi baik hati #Budik dan abangnya Farid kot ..hentam jelah..dia bukan baca pun blog kiter pun..perjalanan dari Temerloh ke Sunway mengambil masa lebih kurang 2 jam..dalam perjalanan kiter banyak mengomel kat enche bakal yang kiter nak pergi sana nak pergi sini..enche bakal angguk-angguk kepala sambil mencicit mulut dia..kiter tahu dah mesti yang kiter plan tak jadi nanti..selalu sangat dah macam tue..



kawan enche bakal anta kami dekat dengan Mentari Court tapi kami menginap di Hotel Murni hehehe..bilik kiter 107 tapi bilik enche bakal sebelah kiter jep..tak ley jauh nanti sesat tak jumpa bilik..huihui..sampai-sampai terus landing sebab PENAT..okay tido sampai pukul 5 agaknya..huihui mandi manda terus siap-siap sebab kawan enche bakal dah tunggu nak makan sekali..sampai kat kedai makan tue tapi kiter lupa lah nama kedai tue..nak oder kena tekan button atas meja..huishh dah macam kat Pizza Hut pulak..amek order siap touch screen lagi tue..kat Merlimau takde lagi benda lah macam tue..kiter order Nasi Goreng Ayam Goreng..servive yang bagus..order tak sampai 5 minit dah sampai..boleh lah mencekik..lepas tue ada adegan tak diingini..malas nak citer sebab kiter gaduh dengan enche bakal..lari-lari macam dalam filem hindustan huihuihui LOL..



okay dah sampai Sunway Pyramid..huhuhu time nie mood tak gaduh dah..mood tengah bersayang-sayang pulak..kehkehkeh..memandangkan kiter memang datang sini nak enjoy jek bukan untuk shopping..so kiter jenjalan sambil cuci mata jelah plan nak mandi manda kat Sunway Lagoon & I city tak jadi hukhuk..dan dan dan yang penting gambar harus ada..dan lagi hehe enche bakal jadi photographer tak rasmi huhu..kiter dah mintak DSLR kat dia inshaallah hujung tahun dapat kot huhuhu..fuyoiii macam datang dari luar negara jek kau senah..



malas nak taip lah sebab kiter datang nak jenjalan sambil berphoto sambil gedik je hahaha LOL..



senyummmm....


muka tak leh tahan huhuhu




katak oh katak hehehe


cantik-cantik wallet kat sini..


kasut kasut oh kasut..


senyummmm...


errr tak ready lagi lahhh..


helo helo??


amboiii kemain lentik...


erkk kaki hilng sebelah..kiter berayun time nie..


PADINI..memang tak sah kalau tak singgah

korean candies ingatkan batu tau !!


senyummmm


candid lah sangat hehehe


testing testing atas kepala..



jalan-jalan hehehe


blur plakkk adesss

hello i'm azney










kiter jumpa firaun tahu huhuhu



cantik gambar nie...

nie pun kiter suka..




nanti kiter cite part kiter kat Masjid India tau....


thanks for reading dis entry..
ok baiii !!!
love,
aznishamsuddin