Giveaway October 2015 Cash RM500 by Emas Putih

[Sila Tekan Banner Di Atas Untuk Join]


Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang

Tarikh Mula : 29 October 2015 | Tarikh Tamat :12 November 2015


".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang

Segmen 12 Jam Bloglist #17 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Oktober 2015, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #17 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...


".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang

Prepared Barang untuk Orang Baru


Hai

Barang baby memang comel-comel kan? Teruja sangat bila lalu kawasan baby di pasaraya. Mesti nak singgah nak pegang walaupun tak beli hehehe. Azney pun tak terkecuali. Sibuk jugak prepared barang-barang untuk orang baru. Beli sikit-sikit. Tapi sekarang nie ada hobi baru pulak cuci mata secara online huhu. Rambang mata betul di buatnya. Walaupun tak boleh pegang tapi pilihan warna dan corak lagi banyak.


Soooo nak dipendekkan cerita minggu lepas ada order sedikit barang baby by online sebab geram tengok comel-comel belaka hahaha. Yang tak leh tahan dah lah comel pastu murah pulak siap ada discount lagi tu . Perempuan dengan diskaun mana boleh lari nak-nak barang yang memang nak kan hiks.



Receiving blanket nie, Azney dapat harga RM10 sehelai untuk corak yang comel gilos nie. Azney amek sampai 3 helai sebab comel sangat lah. 



Untuk Instant Swaddle pulak RM28 sehelai. Memula tak tahu pun ape benda lah Instant Swaddle nie, bila dah sampai rupanya macam bedung tapi lebih ringkas dan mudah. Untung betul baby zaman sekarang nie hehe sume benda instant hehehe. 



Yang nie Azney suka sangat sebab blanket nie besar betul, kain lembut betul rasa sayang pulak nak guna, eh mana boleh hahaha. Harga cuma RM29 sahaja.


Barang-barang nie Azney shopping dekat BabyBreathent. Serius memang comel dan banyak pilihan corak untuk baby-baby semua. Azney nak paling selamat beli warna untuk unisex. Tak tahu lah orang baru nie keluar boboy ke gugurl hehehe.  Yang paling best bila shopping kat BabyBreathent nie layanan yang diterima memang 1st class. Mudah nak berurusan, mesra alam pulak tue hehe. Macam Azney order hari khamis ke jumaat lepas tapi payment selasa baru buat hehe. Mujur lah owner tak marah dapat customer macam Azney nie. Hahahaha  Barang sampai hari rabu pulak tue, memang laju betul service dorang bagi !!


Selain tu, boleh request nak corak ape nak buat apa sebab ada service custom made design. Selain barang-barang yang Azney beli banyak lagi pilihan yang boleh di beli di BabyBreathent antaranya pillow, wash cloth, flexi strap dan harem pants. 


Alah comel betul tengok model nie pakai harem pants hiks. Nanti orang baru dah keluar nak belilah. Eeee tak sabarnyaaaa la.


Haaa mana yang tak tau korang boleh lah contact NURUL – 0132422803 ZAFRI – 0132482803 atau follow Instagram /bybreathent. Mesti korang pun rambang mata hehehe. SERIUS !! Azney bila dah buat payment baru perasan ada item baru pulak, berhuhuhu lah Azney. Tunggu next order lah !!




".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang

Placenta Previa (PP) : Uri Di Bawah Semasa Mengandung



Selasa baru nie azney pergi checkup 7 bulan, excited nie sebab boleh scan baby. Dalam hati nie teruja giler nak tahu jantina baby sebab nak prepared barang-barang. Kalau salah beli warna tak sesuai pulak untuk anak ibu nie hehehe. So pergi la ke KKIA cam biasa. Bila sampai turn Azney doktor suruh baring untuk scan baby. Waktu tu memang gembira sangat. tapi tak panjang pun gembira Azney sebab doktor cakap uri Azney kat bawah. Dalam hati rasa sedih giler. Nak je menangis time tu. Doktor cakap ada risiko kalau uri kat bawah nie boleh bersalin awal pastu kena operate la, boleh ada pendarahan la. Huarghhhh lagi la sebak bila dengar. huhuhu Azney pas pergi KKIA terus balik rumah sebab rasa down sangat. Tak masuk keje terus hari tu. Ingat lagi pesan doktor jangan bersama buat masa nie, jangan buat kerja berat, kalau ada pendarah cepat-cepat pergi hospital. Nanti doktor akan buat appointment dengan pakar O&G untuk pantau keadaan Azney huhu. sedih giler rasa.


Balik rumah merata orang Azney tanya pasal uri bawah nie, mujur ada respon positif cakap Azney awal lagi sebab baru 28 minggu. Fuhh lega sangat. Tadi Azney google lah tentang Uri Di Bawah Semasa Mengandung nie. yelah selagi tak beranak selagi tue lah risau. takut sangat jadi cam sebelum nie. Nie kali kedua Azney pregnant. Mintak-mintak lah uri tu naik sebelum bersalin.


Uri adalah organ yang terdapat di dalam rahim wanita hamil dan bertanggungjawab membawa oksigen dan nutrisi daripada ibu kepada bayinya. Kedudukan uri yang normal apabila ia berada di tengah atau di bahagian atas rahim. Ini bermakna ia jauh daripada kawasan bayi sepatutnya keluar dari rahim.


Uri di kedudukan bawah pula berada di kawasan bawah rahim, menutup ruang laluan bayi (pintu rahim) semasa kelahiran. Ini seterusnya akan memberikan komplikasi semasa proses bersalin.


Ia bukanlah sesuatu yang jarang ditemui di awal kehamilan kerana 20 peratus daripada uri berada di bawah pada awalnya, tetapi apabila kandungan berusia melebihi 28 minggu, kebanyakan uri sudah tertarik ke atas oleh rahim yang semakin membesar dan cuma lima peratus yang masih berada pada bahagian bawah rahim. Jika uri ini masih kekal di bawah, keadaan ini dipanggil Placenta Previa (PP).


Sekiranya uri anda masih di bawah selepas kandungan 28 minggu, tidak banyak yang anda boleh buat untuk menaikkannya. ke atas. Rawatan pula bergantung kepada tahap PP tersebut, sama ada ia menutup keseluruhan laluan bayi (pintu rahim) atau separuh sahaja. Tahap keseriusan dibahagikan kepada empat jenis iaitu uri berada di kedudukan bawah tanpa menutup pintu rahim, uri berada di bahagian rahim dan di pintu rahim, uri menutupi sebahagian pintu rahim dan uri menutup keseluruhan pintu rahim.



Sekiranya wanita mengalami PP jenis keempat, terdapat risiko tinggi kelahiran pramatang dan pendarahan. Kadang-kadang pendarahan boleh menjadi terlalu banyak sehingga membahayakan nyawa. Doktor selalunya memantau simptom pesakit dengan memasukkan mereka ke wad pada usia kandungan 32 minggu sekiranya terdapat risiko pendarahan yang tinggi. Sekiranya anda mengalami pendarahan tidak normal dari faraj, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor untuk memastikan yang anda tidak mengalami PP.


Risiko

Sehingga hari ini, punca berlakunya PP tidak diketahui. Namun terdapat beberapa keadaan yang meningkatkan risiko PP, iaitu wanita yang mempunyai sejarah kelahiran secara pembedahan sebelum ini, wanita yang melahirkan anak secara kerap dan bilangan yang ramai, wanita muda di bawah umur 20, merokok semasa hamil dan kandungan kembar.


Wanita yang mengalami PP pada kebiasaannya mengalami kedudukan bayi tidak normal (mungkin melintang, songsang atau oblik). Kedudukan kepala bayi perlu sentiasa berada di atas rongga pelvis di saat tempoh matang kehamilan.


Selain masalah pendarahan yang membimbangkan, faktor lain yang mempengaruhi keadaan ibu adalah kaedah kelahiran bayi itu sendiri. Mereka ini biasanya tidak dapat melahirkan bayi secara normal akibat kedudukan uri yang menghalang kelahiran bayi melalui bukaan pintu rahim. Pembedahan caesarean adalah kaedah yang disyorkan. Selain itu, jika keadaan ibu membimbangkan akibat pendarahan, pembedahan caesarean terpaksa dijalankan walaupun dalam keadaan kehamilan yang tidak cukup bulan.


Apa yang membimbangkan mengenai PP ini, komplikasi yang boleh timbul pada bayi dan ibu. Komplikasi pada bayi adalah seperti pendarahan yang banyak pada ibu. Ini boleh meningkatkan kadar morbiditi dan kematian pada bayi dan meningkatkan risiko lahir tidak cukup bulan.


Komplikasi pada ibu pula pendarahan serius yang boleh mengancam nyawa. Pembedahan caesarean, meningkatkan risiko pendarahan selepas bersalin (postpartum haemorrhage) dan meningkatkan risiko uri melekat pada rahim. Keadaan uri melekat pada rahim dikenali sebagai placenta accreta. Dalam keadaan ini uri tidak boleh dipisahkan daripada dinding rahim akibat sebahagian tisu uri telah melekat pada otot-otot rahim. Jika ini berlaku, rahim terpaksa dibuang demi menyelamatkan ibu.


Bagaimanapun, risiko placenta accreta dalam kalangan ibu yang tidak mempunyai sejarah pembedahan pada rahim hanyalah sekitar lima peratus sahaja.


Bagaimanapun jika seseorang itu mempunyai sejarah pembedahan di rahim umpamanya caesarean, risiko placenta accreta bertambah 25 peratus.


Selamat

Dalam menangani PP, doktor akan mengesyorkan ibu supaya melahirkan kandungan dengan kaedah yang selamat, iaitu pembedahan caesarean. Bagaimanapun apabila pembedahan itu harus dilakukan, ia bergantung kepada penilaian dan faktor-faktor berikut iaitu tahap keseriusan pendarahan, usia bayi dalam kandungan dan juga sokongan perkhidmatan pediatrik.


Kebiasaannya jika seseorang ibu yang mengalami PP tetapi tiada pendarahan, pembedahan caesarean secara elektif akan dilakukan pada minggu ke 38 usia kandungan. Jika pendarahan berlaku sebelum usia kandungan tersebut, keputusan pembedahan akan dibuat oleh pakar setelah mempertimbangkan faktor-faktor di atas.


".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang

Result Air Gula (MGTT)




Oh yeahhhh !!! Alhamdulillah result air gula dah keluar. hehe Memula nebes jugakkan kot-kot kena repeat ke pastu ada kecing manis ke tapi alhamdulillah result Ujian MGTT Azney okay. Tue pun nurse amek kat Lab sebab kertas result tak jumpa lagi huhu. Tak tahu lah camne orang lab nie buat kerja bak kata nurse yang pantau Azney hehehe.


Nie dia result air gula tue. Alhamdulillah normal . oh yeahhh. 



Apa itu MGTT ( Modified Glucose Tolerance Test ) Azney dah terangkan waktu kena minum air gula minggu lepas . Semalam result pun dah keluar. Kena standby untuk suntikan ATT pulak lagi 2 minggu. Tapi kali nie kalai yang ke 2 .Sakitt ooo . @ minggu lepas dah kena sekali. Nanti Azney cerita tentang ATT nie ye .


".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang

Minum Air Gula


Sekarang nie Azney dah masuk 25 minggu, so minggu lepas nurse buat temujanji untuk minum air gula. Pagi tadi Azney buatlah ujian air gula. Apa itu air gula? Air gula ialah Modified Glucose Tolerance Test (MGGT)Kenapa kena minum air gula? Ujian ni untuk mengesan penyakit kencing manis semasa hamil - Gestational Diabetes Mellitus (GDM). Darah kena amek sebotol kecik pastu nurse bagi air gula segelas. Kena habiskan segelas pulak tue. Pergh.. memang manis betul la air gula tu. Rasa melekat kat tekak. lepas minum terus rasa pening-pening.Rasa nak muntah pun ada. Mujur tak muntah kalau tidak kena minum segelas lagi. lepas minum kena tunggu selama 2 jam lagi sementara darah kena amek sebotol lagi. jangan korang pegi makan pulak, duk berehat ke apa ke janji jangan makan sebab nanti amek darah lagi. selepas darah dah amek baru boleh makan. 


Penting jugak ujian (MGGT) nie sebab kadang-kadang ibu hamil nie berisiko untuk dapat kencing manis semasa hamil (GDM). fuhhh elok-elok tak pregnant takde tapi bila pregnant ada pulak kencing manis. naya betul rasa kan hehehe.


Gestational Diabetes atau juga dikenali sebagai Gestational Diabetes Melitus (GDM) adalah sejenis penyakit kencing manis ketika hamil. Ini lah penyakit yang hanya timbul apabila seseorang itu hamil sedangkan semasa belum hamil dia tidak mempunyai penyakit ini.Sekarang mana-mana wanita mengandung berumur 25 tahun keatas wajib minum air gula kerana risiko kencing manis kerap berlaku dalam lingkungan umur ini.


Antara ibu hamil yang berisiko dapat GDM ni:
  • berat badan berlebihan sebelum hamil (dengan BMI lebih daripada 30);
  • pernah melahirkan bayi besar dengan berat 4kg atau lebih;
  • pernah menghidap GDM dalam kehamilan sebelum ini;
  • sejarah keluarga dengan diabetes (ibu atau bapa, adik-beradik atau anak menghidap diabetes).
  • Jangkitan Kandidiasis faraj yang berulang-ulang dan jangkitan kulat pada kulit

Apakah itu Ujian MGTT?

Untuk prosedur MGTT (modified glucose tolerance test), ibu-ibu akan diminta puasa bermula jam 10 malam pada hari sebelum temujanji di klinik.

Pagi esok pukul 8 pagi di klinik, darah dalam 2-3 ml akan diambil buat pertama kali untuk diuji kandungan glukosa.

Ibu-ibu kemudian perlu minum air glukosa yang disediakan - 75 mg glukosa dalam 200 ml air kosong.

Dua jam kemudian, darah akan diambil sekali lagi untuk melihat tahap toleransi ibu-ibu pada gula (penghasilan insulin atau tidak) dan kandungan glukos dalam darah.


Tips minum Air Gula :
1 Minum masa air tu masih suam.
2 Minum jangan berhenti. Sekali harung je, habiskan semua dalam cawan tu.
3 Basuh cawan sendiri. ( Hahaha, yang ni depends on klinik yang korang pegi tu lah )
4 Stanby air masak. Boleh bilas balik rasa manis dalam mulut.

Berapa Bacaan Normal Kadar Gula Dalam Darah?

Secara umumnya bacaan yang biasa di ambil untuk ibu mengandung di Malaysia adalah seperti berikut :
  • FBS (Fasting Blood Sugar) - Bacaan pertama yang diambil pada sampel darah yang di ambil ketika kita sampai di klinik. Normal : 3.0 mmol/L - 5.5 mmol/L
  • 2 Jam selepas - Bacaan yang di ambil pada sampel darah selepas 2 jam ibu hamil minum air glukos/air gula. Normal : < 7.8 mmol/L

Reference Range
  • Normal : < 7.8 mmol/L
  • Impaired : 7.8 mmol/L - 11.0 mmol/L
  • Diabetic : 11.1 mmol/L

result tak keluar lagi sebab lepas amek darah yang kedua azney terus balik office. memang tak larat sebab pening-pening. Erul ajak makan tapi Azney risau muntah pulak lepas makan. So Azney tapau nasi goreng jela kot-kot nanti bila lapar boleh makan. Ermmm sampai office tak sempat nak makan pun lagi azney terus muntah huhu mujur la tak muntah masa minum air gula tadi kalau tak kena repeat semula huhuhu. lepas muntah baru ada selera nak makan. Lega sikit sebab lapar terus rasa. Risau pulak bila teringat result nanti. huhu 


".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang

Done Renewal Domain



Dah masuk tahun ketiga azney pakai domain azneyshamsuddin.com. Dulu masa mula-mula buat blog pakai zaidatulaznishamsuddin.blogspot.com fuhhhh kemain panjang lagi link blog hahaha. jenuh nak taip hehe dulu-dulu mana reti nak letak link blog pakai bantai je hahaha.


memang azney puas hati selama menggunakan domain dari NetKL. lancar je tak de problem. kalau tak de problem takkan boleh stay sampai 3 tahun kan hehehe. ada webmail, domain sendiri pastu tak de masalah domain cam sesetengah orang lain dan yang paling penting murah je hehehe. Tak sampai sejam bayar terus renewal. Azney renewal setahun je hehehe. lagipun confirm tak lupa sebab NetKL akan hantar email 2 minggu awal untuk reminder tentang renewal domain. so tak jadi masalah pun kalau renewal setahun. kalau nak renewal 2 tahun terus pun tak pe. tak de hal punya. 








".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang

Congo Bars


Hai !! Selamat Hari Raya Aidil Adha semua rasa nya tak terlambat lagi nak ucap hehehe. Hari raya baru nie sempat singgah rumah makcik Erul, kebetulan sangat sepupu Erul ada buat Congo Bars, Ya Allah sedap gilos uolss. hihihi Haaa sementara kenkonon ada niat di hati nak buat nie Azney google dan save dulu resepi Congo Bars nie. Tengok cam senang je tapi tak tau jadi ke idok nanti hahaha. Resepi nie Azney copy paste dari Azlita Masam Manis tue. hehehe



Congo Bars kredit : Azlita Masam Manis

Bahan-bahan :
  • 315 gm tepung gandum
  • 2 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 150 gm butter
  • 320 gm gula perang - boleh kurangkan
  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 250 gm chocolate chips
  • 1 cawan kacang pican atau apa2 kekacang - optional
  • Kepingan badam untuk taburan - optional

Cara Menyediakan :
  1. Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.
  2. Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga butter melarut.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebijik dan putar sebati.
  4. Masukkan esen vanila.
  5. Masukkan tepung , baking powder dan garam yang telah di ayak dan kacau rata. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna.
  6. Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 13 X 9 yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak.
  7. Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika suka sebagai hiasan.
  8. Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnyer kuning keemasan. Jangan terlebih bakar.


".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang