Merajuk? Bagaimana untuk pujuk?
aku percaya setiap pasangan akan mempunyai masalah ini.Tidak kira sama ada koram telah berkahwin ataupun sedang berkapel.Jika tidak berlaku merajuk dalam perhubungan, bukan perhubungan maknanya.Tetapi, sekiranya si Dia merajuk. Apakah yang koram wahai lelaki di luar sana akan lakukan?
Kenapa merajuk?
Seseorang itu merajuk disebabkan atas beberapa sebab..
Cemburu
faktor utama kenapa PEREMPUAN merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil koram dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.
Tidak dapat apa yang diinginkan
PEREMPUAN menginginkan sesuatu dari koram, tetapi koram tidak memberikannya. Sebagai contoh, Si Dia mahu koram temankan Dia shopping tapi koram sibuk na maen futsal dengan kawan-kawanya..
Orang lain lebih hebat dari dia
Adakalanya PEREMPUAN akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari PASANGAN. Dan kadangkala, PEREMPUAN merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan DIA berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan dia itu, DIA perlukan koram disamping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza iaitu MERAJUK.
Bagaimana sekarang neh camne na pujuk?
Kita sudah kupas mengapa pasangan merajuk. Kita lihat pula bagaimana untuk memujuk. Tips yang diberi hanyalah sebagai panduan dan ianya bukanlah langkah-langkah untuk memujuk.
Sentiasa memberitahu yang sebenar
Sesungguhnya berkata benar itu lebih baik dari berdusta. Perihalkan apa yang berlaku dan ketahuilah mengapa si dia merajuk. Perlu berterus terang dan jangan berselindung. Dengan perlakuan ini, ianya dapat mengeratkan perhubungan kerana anda mengambil berat tentang si dia.
Bertolak ansur dan bijak dalam membuat keputusan.
Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.
Berikan pengucapan yang ‘manis-manis’
Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba koram bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, “bucuk”, “comot”, “manje” dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power koram dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang disebutkan tadi.
Dendangkan lagu untuk si dia.
Tips yang paling afdal. Si dia pasti merasa amat istimewa kerana koram menyanyikan khas untuknya. Cubalah, di telefon, atau semasa hendak tidur di telinganya… mana tahu si dia berkaraoke bersama - sama koram!
0 jejari comel:
Post a Comment
Thank you for taking your time to leave what your thoughts! Will respond as soon as possible!