#Banjir : Temerloh

Hari nie tak lepas pergi kerja sebab banyak jalan sudah dinaiki air. Hari hujan dan air menjadi lebih cepat. Air sungai bergerak dengan laju.

Terima kasih kepada semua yang prihatin dengan dugaan yang kami alami. Ramai yang berkongsi info tentang banjir. Banyak tempat sudah dinaiki air dan kawasan yang tak dijangka pun dinaiki air. Jalan jalan hanya untuk kenderaan berat sahaja kerana bahaya untuk kenderaan ringan.

Bekalan elektrik kebanyakan tempat sudah diputuskan oleh pihak TNB. Kami kini dalam tempoh berjaga jaga kerana sungai berhampiran tempat kami kini makin naik. Semoga dugaan ini kami dapat hadapi dan tiada kemalangan jiwa. Ibu bapa tolong pastikan anak anak tidak bermain air banjir kerana banyak buruk dari baik.

#Banjir : Air makin naik di Temerloh

  No comments    
categories: , , ,


Suasana di Temerloh kini dalam berjaga-jaga kerana air sungai makin naik. Rata -rata tempat dilimpahi air.Hujan masih turun walaupun tidak lebat dan berhenti dalam masa 2 jam hujan kembali.

Tadi Azney dengan Erul sempat melihat keadaan di Temerloh. Banyak tempat sudah dinaiki air. Azney nak balik rumah kat kampung pun tak lepas sebab air sudah melimpah atas air. Kenderaan ringan tak lepas lalu. Kalau cam hilux ke lori besar boleh lalu.

Kawasan rumah mertua Azney sekarang masih selamat, tiada lagi tanda-tanda untuk banjir tapi kami masih dalam berjaga-jaga. Bekalan makanan kami cuba kami sediakan untuk sebarang kemungkinan.

Ramai yang berpendapat banjir kali nie lebih teruk dari banjir tahun 2007 dan kemungkinan lebih teruk dari tahun 1971. Apa apa pun Azney doakan mangsa-mangsa banjir supaya dalam keadaan selamat.

Segmen 12 Jam Bloglist #12 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 24 Disember 2014, iaitu tepat jam 10.30 pagi sehingga 10.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #12 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
azneyshamsuddin
klik iklan nuffnang

Menu hujan



Sekarang nie boleh dikatakan hari-hari hujan. Perut pulak cepat je lapar. Kriuk kriuk kriuk berbunyi hehe.Kebetulan hari nie memang tak makan apa-apa lagi. Balik kerja tadi letak beg terus ke dapur.
Kenkonon nak masak sup ayam dengan sambal kicap.perghh! kecur air liur bila terbayang. Alih alih bila sampai dapur lain pulak dipegang.

Ikan bilis, bawang merah, kentang, cili padi. potong bawang .campak kentang dihiris nipis tunggu sampai garing pastu angkat. campak pulak ikan bilis dalam kuali. tunggu garing angkat letak tepi. goreng bawang dengan lada campur dengan ikan bilis dan kentang. Sambil tunggu masak letak nasi dulu. Bila siap letak atas meja.

siap dah boleh makan ! bertambah makan sampai 2 pinggan. Mujur Erul tak memilih hehe.

Mak Pergi Umrah



Hari nie mak pergi umrah. Mak pergi dengan Kak Ngah dan Abang Ngah. Pagi pukul 3 lebih mak naik bas khas dari bentong ke KLIA. Waktu tue tak rasa sangat sedih lagi. Boleh lagi gelak-gelak. Tapi tadi bila Kak Ngah hantar gambar mak dalam group anak beranak hati jadi sayu sangat, sedih campur rindu. Azney dah mula melalak lalak kat opis nie. Air mata dok turun tak habis-habis. Mak naik flight pukul 9 lebih rasanya tapi delay pukul 12 pulak. Sekarang nie mesti mak dah atas awan. Mula terasa sunyi kat rumah. nanti takde orang nak makan dengan laki bini. Sape nak kejut pagi-pagi hehe Nanti tak dengar suara mak panggil "Usuu". Takde teman berborak laki bini.



Mak kitorang dah rasa rindu, tadi Azney whatsapp Erul cakap pasal nie terus dye tak balas. Azney tahu Erul lagi sedih sebab mak ibu kandung dye pastu Erul cakap dye jarang duk jauh dengan mak. Nanti bila balik kerja mesti Erul tanya "mak dah makan" 2 minggu mak takde nie mesti rasa janggal kitorang laki bini.



Mak kitorang doakan mak dapat buat umrah dengan sempurna, kesihatan mak baik baik, selamat pergi dan kembali pada kitorang.