Showing posts with label ABCD Famili. Show all posts
Showing posts with label ABCD Famili. Show all posts

#KrenMakkahRuntuh : Alhamdulillah Ahli Keluarga Selamat



Pagi-pagi dapat info mengatakan ada kren runtuh di Makkah dan melibatkan banyak nyawa terkorban, dalam hati dup dap dup dap dok teringat kat mak , kak ngah dan abang ngah. Risau kerana ada rakyat malaysia terlibat sekali. Tengok berita Awani dok ulang-ulang benda yang sama tapi senarai nama jemaah haji dari malaysia tak de jugak keluar . risau sangat.

tapi sebelum pergi kerja tadi dapat info dalam group famili.

 
Alhamdulillah mereka semua terselamat dari kejadian kren runtuh. 

sedikit info yang azney perolehi dari facebook tentang ‪#‎KrenRuntuhMakkah‬


Senarai nama jemaah Malaysia yang cedera akibat kemalangan runtuhan kren di Masjidil Haram.
@501Awani http://t.co/24gMfOzU1M
Senarai nama jemaah Malaysia yang cedera akibat kemalangan runtuhan kren di Masjidil Haram


[VIDEO] Crane accident at the Grand Mosque, Mecca http://t.co/gSopfpDhrX http://t.co/yufVSdlUif

Kren

Kren tumbang

Sekurang-kurangnya 107 orang dilaporkan meninggal dunia dalam tragedi kren runtuh di Masjidilharam di sini, dua minggu selepas umat Islam mula menunaikan ibadah Haji.

Selain dari angka kematian, 238 dilaporkan mengalami kecederaan, menurut pihak Pertahanan Awam Arab Saudi.

Agensi berita Saudi memetik sebagai berkata kren yang terletak di Masjidil Haram itu jatuh selepas dilanda hujan lebat dan ribut pasir pada Jumaat petang.

Bernama pada Sabtu pagi melaporkan Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata dalam kejadian kira-kira 5 petang waktu tempatan (Jumaat 10 malam waktu Malaysia), seorang jemaah haji lelaki Malaysia dilaporkan patah kaki, manakala lima lagi cedera ringan.

“Empat jemaah lelaki dan dua jemaah wanita cedera, termasuk seorang patah kaki, dia (patah kaki) kini dirawat di Pusat Perubatan Tabung Haji Syisya," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata pihak Tabung Haji (TH) akan membuat pemeriksaan dari bilik ke bilik bagi pengesahan selanjutnya berkenaan jumlah jemaah haji Malaysia yang terbabit.

“Selepas solat Isyak, bermula 11 malam ini (Sabtu 4 pagi waktu Malaysia), kita akan membuat pemeriksaan bilik ke bilik, untuk mengesahkan jemaah kita yang pergi bersolat di Masjidil Haram, pulang ke bilik masing-masing," katanya.

Beliau berkata keluarga dan waris jemaah haji di tanah air yang terbabit dalam kejadian itu telah dimaklumkan.

Syed Saleh berkata kejadian itu berlaku selepas solat Asar selepas umat Islam selesai mengerjakan solat berkenaan.

“Sebuah kren tumbang dalam kejadian ribut pasir dan hujan lebat selepas waktu Asar itu, kren itu dipercayai menghempap kawasan saie, dan sebahagiannya runtuh di kawasan tawaf.

Semua pasukan TH yang terdiri dari pasukan perubatan, kebajikan dan unit peronda sedang berada di kawasan Masjidilharam bagi menyelia keadaan jemaah.

Imej-imej yang dikongsi di laman media sosial mulai petang Jumaat menunjukkan beberapa jemaah Haji dilumuri darah dan habuk kesan dari runtuhan kren yang jatuh melalui siling di Masjidilharam.

Gambar-gambar lain yang turut dikongsi menunjukkan beberapa warga Arab Saudi menderma darah untuk jemaah Haji yang mengalami kecederaan.


Portal berita tersebut turut memetik Pengarah Urusan Keselamatan Awam Jeneral Suleiman al-Amr dalam satu temuramah dengan Al Ikhbariya TV sebagai berkata, jemaah Haji yang terkorban telah dibawa ke hospital.

Beliau turut berkata angin kencang dan hujan lebat telah menyebabkan pokok-pokok di sekitar kawasan Masjidilharam dan menyebabkan kren-kren bergegar.

“Kren tersebut runtuh berdekatan pagar Al-Salam yang terletak di atas kawasan Al-Masaa yang menyebabkan sebahagian kecil bahagian di Al-Masaa dan satu lagi kawasan di jambatan Al-Mataf di sekeliling Kaabah,” kata Amr.


Saat Cemas Ketika Kren Jatuh di Masjidil Haram
Saat cemas ketika kren jatuh di Masjidil Haram yang dirakam oleh salah seorang jemaah haji di Makkah. Semoga Allah melindungi jemaah-jemaah haji yang berada di sana.
Posted by Siakap Keli on 11hb September 2015

doakan yang baik-baik, Al Fatihah buat yang meninggal dunia.

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang

Mak Pergi Umrah



Hari nie mak pergi umrah. Mak pergi dengan Kak Ngah dan Abang Ngah. Pagi pukul 3 lebih mak naik bas khas dari bentong ke KLIA. Waktu tue tak rasa sangat sedih lagi. Boleh lagi gelak-gelak. Tapi tadi bila Kak Ngah hantar gambar mak dalam group anak beranak hati jadi sayu sangat, sedih campur rindu. Azney dah mula melalak lalak kat opis nie. Air mata dok turun tak habis-habis. Mak naik flight pukul 9 lebih rasanya tapi delay pukul 12 pulak. Sekarang nie mesti mak dah atas awan. Mula terasa sunyi kat rumah. nanti takde orang nak makan dengan laki bini. Sape nak kejut pagi-pagi hehe Nanti tak dengar suara mak panggil "Usuu". Takde teman berborak laki bini.



Mak kitorang dah rasa rindu, tadi Azney whatsapp Erul cakap pasal nie terus dye tak balas. Azney tahu Erul lagi sedih sebab mak ibu kandung dye pastu Erul cakap dye jarang duk jauh dengan mak. Nanti bila balik kerja mesti Erul tanya "mak dah makan" 2 minggu mak takde nie mesti rasa janggal kitorang laki bini.



Mak kitorang doakan mak dapat buat umrah dengan sempurna, kesihatan mak baik baik, selamat pergi dan kembali pada kitorang.




Bila MAKSU dan ANAK BUAH berSELFIE :)

03052014 | Selamat pengantin baru Kak La. Alhamdulillah dah selamat jadi isteri orang dah. Kak La nie kakak kepada enche tunang. kira bakal kakak ipar aku lah ye, hehe. majlis berjalan dengan lancar dan tema majlis bahagia warna oren. memang menyerlah sungguh warna nie. dari jauh dah nampak hehehe.


okay sekarang nie ada sikit gambar yang sempat diambil pada hari bahagia Kak La. hehe aku dengan automatik lepas tunang nie dapat pangkat Maksu hahaha. Alhamdulillah keluarga enche tunang dapat terima dengan baik . huaaa terharu weh ..


okay jom tengok gambar-gambar Maksu berselfie dengan anak-anak buah hehehe mana tak gile selfie masing-masing gara gara sebatang monopod  lah terjadinya kejadian ini semua hahaha. maaf entry kali nie memang penuh dengan gambar je nama pun selfie kan huahuaha .

































Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
aznishamsuddin
klik iklan nuffnang nak kawen.