#Banjir : Air makin naik di Temerloh

  No comments    
categories: , , ,


Suasana di Temerloh kini dalam berjaga-jaga kerana air sungai makin naik. Rata -rata tempat dilimpahi air.Hujan masih turun walaupun tidak lebat dan berhenti dalam masa 2 jam hujan kembali.

Tadi Azney dengan Erul sempat melihat keadaan di Temerloh. Banyak tempat sudah dinaiki air. Azney nak balik rumah kat kampung pun tak lepas sebab air sudah melimpah atas air. Kenderaan ringan tak lepas lalu. Kalau cam hilux ke lori besar boleh lalu.

Kawasan rumah mertua Azney sekarang masih selamat, tiada lagi tanda-tanda untuk banjir tapi kami masih dalam berjaga-jaga. Bekalan makanan kami cuba kami sediakan untuk sebarang kemungkinan.

Ramai yang berpendapat banjir kali nie lebih teruk dari banjir tahun 2007 dan kemungkinan lebih teruk dari tahun 1971. Apa apa pun Azney doakan mangsa-mangsa banjir supaya dalam keadaan selamat.

0 jejari comel:

Post a Comment

Thank you for taking your time to leave what your thoughts! Will respond as soon as possible!