#Banjir : Temerloh

Hari nie tak lepas pergi kerja sebab banyak jalan sudah dinaiki air. Hari hujan dan air menjadi lebih cepat. Air sungai bergerak dengan laju.

Terima kasih kepada semua yang prihatin dengan dugaan yang kami alami. Ramai yang berkongsi info tentang banjir. Banyak tempat sudah dinaiki air dan kawasan yang tak dijangka pun dinaiki air. Jalan jalan hanya untuk kenderaan berat sahaja kerana bahaya untuk kenderaan ringan.

Bekalan elektrik kebanyakan tempat sudah diputuskan oleh pihak TNB. Kami kini dalam tempoh berjaga jaga kerana sungai berhampiran tempat kami kini makin naik. Semoga dugaan ini kami dapat hadapi dan tiada kemalangan jiwa. Ibu bapa tolong pastikan anak anak tidak bermain air banjir kerana banyak buruk dari baik.

1 comment:

Thank you for taking your time to leave what your thoughts! Will respond as soon as possible!