Showing posts with label #EA. Show all posts
Showing posts with label #EA. Show all posts

Rezeki Hujung Tahun 2014

Disebalik kesedihan yang kami alami rupa-rupanya masih ada khabaran gembira buat Azney dalam tahun 2014 nie. Semalam dapat satu SMS. Ingatkan SMS biasa rupanya panggilan temuduga dan Ujian Medsi daripada UTM. Permohonan sambung belajar nie semua kak ipar Azney iaitu Kak Ngah yang buat untuk Azney huhu





Rasa macam mimpi je sebab baru bincang dengan Erul kalau ditakdirkan dapat camne lah nanti kitorang. Erm PJJ lah jawabnya.Huhuhu yang merisaukan Azney selepas Ujian Medsi Azney kena hadiri Interview pulak tue.Anak buah Azney bagitau interview dalam bahasa inggeris. Azney nie dah la jarang bercakap dalam bahasa inggeris. Pastu dah jarang sangat membaca dalam bahasa inggeris. aiyakkk Erul cakap tadi kena practice dari sekarang bercakap dalam bahasa inggeris. huhuhu




Agak agak Azney boleh buat tak ye?






Menu hujan



Sekarang nie boleh dikatakan hari-hari hujan. Perut pulak cepat je lapar. Kriuk kriuk kriuk berbunyi hehe.Kebetulan hari nie memang tak makan apa-apa lagi. Balik kerja tadi letak beg terus ke dapur.
Kenkonon nak masak sup ayam dengan sambal kicap.perghh! kecur air liur bila terbayang. Alih alih bila sampai dapur lain pulak dipegang.

Ikan bilis, bawang merah, kentang, cili padi. potong bawang .campak kentang dihiris nipis tunggu sampai garing pastu angkat. campak pulak ikan bilis dalam kuali. tunggu garing angkat letak tepi. goreng bawang dengan lada campur dengan ikan bilis dan kentang. Sambil tunggu masak letak nasi dulu. Bila siap letak atas meja.

siap dah boleh makan ! bertambah makan sampai 2 pinggan. Mujur Erul tak memilih hehe.

Mak Pergi Umrah



Hari nie mak pergi umrah. Mak pergi dengan Kak Ngah dan Abang Ngah. Pagi pukul 3 lebih mak naik bas khas dari bentong ke KLIA. Waktu tue tak rasa sangat sedih lagi. Boleh lagi gelak-gelak. Tapi tadi bila Kak Ngah hantar gambar mak dalam group anak beranak hati jadi sayu sangat, sedih campur rindu. Azney dah mula melalak lalak kat opis nie. Air mata dok turun tak habis-habis. Mak naik flight pukul 9 lebih rasanya tapi delay pukul 12 pulak. Sekarang nie mesti mak dah atas awan. Mula terasa sunyi kat rumah. nanti takde orang nak makan dengan laki bini. Sape nak kejut pagi-pagi hehe Nanti tak dengar suara mak panggil "Usuu". Takde teman berborak laki bini.



Mak kitorang dah rasa rindu, tadi Azney whatsapp Erul cakap pasal nie terus dye tak balas. Azney tahu Erul lagi sedih sebab mak ibu kandung dye pastu Erul cakap dye jarang duk jauh dengan mak. Nanti bila balik kerja mesti Erul tanya "mak dah makan" 2 minggu mak takde nie mesti rasa janggal kitorang laki bini.



Mak kitorang doakan mak dapat buat umrah dengan sempurna, kesihatan mak baik baik, selamat pergi dan kembali pada kitorang.




Nasi Air Temerloh



Semalam dah makan hari nie makan lagi tapi tambah menu baru iaitu cendol. perghh hari panas gedegang memang mabeles lah rasa. Hari nie ambik nasi air 2 bekas special punya harga RM6.00 semangkuk. Nasi Air Temerloh nie memang pemes kalau kat sini (Temerloh & Mentakab) rasa memang sedap. yang best special punya ada 4 biji bebola daging hahaha. Nasi Air makan dengan cili jeruk lagi mabeles. memang syokkk.Oh ya lokasi Nasi Air nie kat jalan lama panggung lama berhampiran dengan bangunan Majlis Perbandaran Temerloh. Kalau tanya orang sini mesti tahu confirm tak sesat.




Cendol nie harga RM2.00. Order dengan gerai sebelah, Rojak Abdul nama femesnya. hehe terliur tak ?? panas-panas memang best bila makan.



P/S : menyandar bila masuk opis. kekenyangan..

Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
azneyshamsuddin
klik iklan nuffnang

#AzneyErulBigDay | BERTANDANG 31082014



31032014 | Majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki. pengantin gerak awal sebab nak besiap bagai di rumah pengapit perempuan. yang paling syok pengapit perempuan yang mekapkan pengantin hehe. thankyou Ajura hehehe. baju sebelah lelaki azney tempah pastu tambah manik ikut dan 1 hari sebelum nikah haha. baju melayu beli je kat jakel. bukan ape sebab memang pikir nak pakai selepas kawen hehe.



majlis berarak mula dalam pukul 12. itu pun dah kira lewat sebab bila pengantin sampai dengan orang sebelah ramai tetamu dah balik huhu sebab banyak kenduri time nie. erm xpe lah walaupun ramai yang datang kami tak sempat jumpa huhu. sampai rumah pengantin lelaki masuk rumah untuk bersanding sebelum acara makan beradap. daannnn ada kejutan sebab kat rumah pengantin lelaki ada cara potong kek. hehe malu tau haha sebab semua tengok kita potong kek hahaha.




layanan yang diberikan memang cukup  tiptop. siap tolong potongkan ayam dengan ikan lagi letak dalam pinggan famili azney. dorang ape lagi memang takde malu-malu lah makan.haha memang slumber betul. siap dapat bungkus lagi dari tuan rumah sebelum balik. 




nie lah pengapit akan mua tue hahaha cantikkan hehehe





nie pelamin diy pengantin lelaki hehehe


potong kek surprises dari sepupu enche suami hehe


sebahagian famili sebelah azney hehe. yang lain tak muat nak masuk hehehe

malu lah kena suap suap hahaha.


alhamdulillah selamat sudah majlis bertandang. dan lega rasanya bila semua dah selesai. kalau tak macam-macam pikir. makan kcukup ke tak. nanti hujan ke panas ke. pakai baju pengantin nanti berpeluh tak. hahaha memang macam-macam. terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat selamat berhari-hari untuk jayakan #azneyerulbigday.




Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
aznishamsuddin
klik iklan nuffnang nak kawen.

#AzneyErulBigDay | Reception 30082014

assalamualaikum. lama menyepi kan kan hehe. mood untuk berblog memang ke laut sekarang nie. alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. dah hampir sebulan baru nak hapdet dalam blog. hehe



30|08|2014 | majlis bersanding di rumah sebelah perempuan. gambar tak banyak dalam hp sendiri. kalau ada pun kawan kawan wassap hehe. Bertemakan tiffany blue dengan pink. padahal nak warna peach dengan tiffany green tapi kuciwa sebab takde warna tu huaaa sadis T__T.alhamdulillah berjalan dengan lancar. pagi pukul 9.30 MUA dah sampai rumah padahal pengantin perempuan tak siap mandi lagi. hehehe ape lagi bergegas mandi. dekat pukul 10 baru makeup. Pukul 11.30 rombongan pengantin lelaki dalam perjalanan. Dok kalut pakai baju pengantin terus, lebih kurang dalam pukul 12 lebih sampai. nasib baik tak jauh sangat hehehe.sebelum tue OP dok syok amek gambar pengantin perempuan dalam bilik dengan atas pelamin.




Dalam pukul 12 lebih rombongan lelaki sampai dari jauh dengar bunyi kompang. dalam hati nie dup dap dup dap rasa. hehehe. Penganti perempuan standby kat luar hehe malu nak citer weh. pastu berarak masuk rumah terus duk atas pelamin. bagi peluang kat famili sebelah lelaki dok tengok dok bergambar. siap-siap suh pengantin makan beradap.



selesai makan beradap hantar famili lelaki balik sampai simpang.Balik rumah OP mintak bergambar lagi. hehe macam macam aksi yang kitorang tak pernah buat kena buat haha selepas tue baru kami bergambar outdoor. hehehe outdor dekat je. Kelab Golf Bera. 


nah tunjuk sikit gambar yang ada.


FB :Koleksi Imah punya pelamin gambar dari FB : Pixelartwork


time nie waktu rombongan pengantin lelaki dah sampai hehe. gambar nie pun dari camera kawan huhu sadis tol.xpe janji ada.

ma dengan ibu mertuaku hehe

ramai cameraphone time nie sampai pening kepala cameraman kitorang haha

outdoor kekononnya hehe buat kat Padang Golf Bera. dekat je dengan rumah tak sampai 5 minit dah sampai.


Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
aznishamsuddin
klik iklan nuffnang nak kawen.

#AzneyErulBigDay | IJABQABUL


Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Selamat sudah IjabQabul kami pada 29.08.2014. Dengan sekali lafaz saya Zaidatulazni binti Shamsuddin sah menjadi isteri kepada Mohamad Shafirul Hafiz Bin Omar. Berwalikan abah sendiri dan disaksikan dengan 2 orang saksi serta kaum keluarga yang terdekat. Majlis IjabQabul dijalankan di Masjid Kampung Tanjung Kerayong Lebak selepas Isyak. Alhamdulillah syukur majlis berjalan dengan lancar. Sepatutnya majlis pagi 30.08.2014 tapi ada masalah yang tidak dapat dielakkan majlis dicepatkan pada malam 29.08.2014.panjang kisahnya tapi rasanya tak perlu dijelaskan hehehehe.








Majlis bersanding berlangsung pada 30.08.2014 | Sabtu . tapi itu nanti kite cerita dalam entry akan datang hehehe.




Like fanpage saya
  
hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
aznishamsuddin
klik iklan nuffnang nak kawen.

#AzneyErulBigDay : Teaser

Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
aznishamsuddin
klik iklan nuffnang nak kawen.

#AETravel : Percutian bersama EncheBakal di Bukit Tinggi

Ia sama seperti poskad gambar. Resort bertema Perancis telah dibuka pada bulan Julai 2000. Ia dikelilingi oleh hutan tropika tanah. Menara jam di pintu masuk yang mengalu-alukan pelawat. korang perlu berjalan (dan ke bawah) tangga konkrit curvy untuk melihat keseluruhan pembangunan.


Hotel tema yang terdiri daripada lapan blok keajaiban seni bina, masing-masing dengan gaya yang unik, dari bumbung jubin berwarna-warni ke tanah batu buntar. Hotel ini mempunyai beberapa cawangan, di mana korang boleh makan di jalan Perancis. Pusat kampung Colmar Square di mana aroma bunga yang akan tantalise deria korang. Terdapat air pancut dan bangku-bangku taman di dataran untuk bersantai selepas kerja keras yang melayari dalam 17 kedai-kedai tema, atau seseorang itu perlu ingin berehat daripada mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti. Mengingatkan jambatan angkat istana purba, menara jam dengan asal burung jam mengatakan berulang-ulang, dan menara menonton melengkapkan suasana.Live band dan persembahan ular melayan pengunjung di atas pentas. A badut juggles bola dan pin, menunggang kitaran beliau, hop sekitar bermain helah dan bertindak merry. Makanan Perancis yang sahih dihidangkan dari kafe dan restoran kaki lima. Jadual-jadual diletakkan strategik mengelilingi medan ini supaya korang boleh menikmati hidangan atau segelas wain sambil mengambil dalam suasana.


Kanak-kanak boleh bermain dengan makhluk berbulu yang comel di The Park Arnab dan korang boleh menemui kesahihan Jepun di Kampung Jepun.Village Jepun terletak pada 3,500 kaki di atas paras laut. Yang pertama seumpamanya di luar Jepun. Ia merangkumi Rumah Teh Jepun, Sakura dan Ume Tatami Suites, dan Botanical Garden. Majlis Teh sejam panjang sahih Jepun yang dijalankan oleh wanita Kimono berpakaian dapat dilihat di Rumah Teh Jepun yang terletak di dalam taman Jepun dengan air terjun mini dan kolam Koi berwarna-warni.

Satu kilometer berjalan kaki jalan yang dibina di atas empat ekar hutan dara terletak Botanical Garden. Di  sini di tengah-tengah kawasan-kawasan hijau, seseorang boleh menghargai pandangan pelbagai berwarna dan pelbagai berbentuk bunga dan fauna, mendengar panggilan burung dan monyet, serangga meriah dan aroma hutan yang semakin meningkat. Tanda-tanda (kekuasaan Allah) dengan nama-nama dan coretan maklumat pokok-pokok, tumbuh-tumbuhan dan bunga untuk pelawat.








sampai cam tue sekali geram kat keldai nie,,hehehe boley naek tahu..




























Like fanpage saya
  

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
azneyshamsuddin
klik iklan nuffnang