Showing posts with label LoveStoryAzniShafirul. Show all posts
Showing posts with label LoveStoryAzniShafirul. Show all posts

Rindu !!

Ya Allah !! punya lah lama tak update blog. Rindu betul lah. Tak tau nak mula dari mana sebab banyak sangat story nak mory dalam blog nie. Apa-apa pun nak bagitau yang Azney dah selamat melahirkan baby girl 4hb Jan 2016 by czer seberat 3.4kg di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh mihmihmih.


Banyak kisah suka duka sebelum dan selepas bersalin nie. Ermm oh ye nama baby Nur Irdeana Yasmeen. sekarang nie dah 2 bulan. Sihat alhamdulillah . Lagi nak bagitau apa eh. Adoiii nie yang payah bila dah lama tinggal blog huhuhu.


Nanti la Azney cerita banyak lagi entry by entry tak de lah nanti kucar kacir je. Semua nak lambak dalam 1 post.
Nah belanja 1 gambar #IrdeanaYasmeen. Hehehehe.


love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang

Cuti Panjang !!




Haiiiii assalamualaikum semua



memandangkan hari nie hari terakhir bekerja dalam minggu nie sebab azney akan bercuti selama 7 hari bermula esok sampai 7hb Mei. Perghhhh lama gila kan ?Kenapa cuti lama ??


  • 1HB cuti Hari Buruh
  • 2 HB cuti saje saje
  • 3HB cuti hari ahad Hari Wesak
  • 4HB cuti transfer Hari Wesak
  • 5HB cuti sempena Pilihan Raya Rompin MB Pahang kasi cuti untuk rakyat jelata 
  • 6HB cuti saje-saje lagi
  • 7HB cuti Hol Negeri Pahang


so keluarga Erul nak pergi ke Kelantan esok. Wahhh tak sabar nak jenjalan. Minggu lepas tak jadi ke Langkawi sebab tak berapa nak sihat. Asyik mula muntah meloya je. So duduk rumah jela. Mujur jugak tak apply cuti minggu lepas. Kalau tak memang tak dapat lah cuti saje-saje tue hehehe.


Mood berjalan sudah on.




oh yeahhh para pemenang giveaway sila inbox azney ye sebab tak cukup lagi 2 orang nie.


Doakan saya cepat dapat baby !!



".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang

Risau




Azney tak tahu nak mula dari mana. Erm cam ne nak cerita nie. huhuhu. Okay lah pagi tadi Azney rasa tak sedap perut pastu rasa nak muntah. padahal azney dah makan nasi goreng sardin lagi pagi tadi. Beriaaa masak pagi tadi huhuhu . Tapi bila muntah keluar air je. Macam di paksa-paksa pulak keluar dari perut.




Yang azney paling risau sebab Miss P tak datang masuk 3 hari nie. Haishhhh risau pulak nie. Perut rasa cramp je seminggu nie. Sakit kat ari-ari. Pinggang tak de pulak sakit. Bila malam tidur tak lena mesti terjaga je. Bila nak pagi baru boleh tidur.



Sakit kepala dah 2 hari menyerang. berdenyut-denyut kepala, nak makan ubat malas sebab tak nak biasakan makan ubat huhuhu. Bertambah pulak dengan niple sakit kedua-dua belah. nak pakai baju sakitnya lah. Siap warning erul jangan tidur lasak-lasak. Takut terkena breast huhuhuhu.



Agak-agak azney pregnant ke ?? ahhh risau lahhhh. Nak check upt takut kecewa.. T__T



Doakan saya cepat dapat baby !!



".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang

Tema untuk Majlis Perkahwinan



Panduan Dan Tips Pemilihan Warna Tema



1. Busana Pengantin
- Pastikan warna baju yang dipilih sesuai dengan warna kulit korang dan pasangan. macam aku nie dah terang terang golap huhuhu..
- Gabungan 2 warna juga akan memberi hasil yang lebih memuaskan.
- Seelok-eloknya, berwarna lembut. Baru sejuk mata memandang. Tetapi terpulanglah kepada bakal pengantin.


2. Hiasan Di Majlis
- Pastikan warna hiasan di lokasi mengikut warna tema, sebagai contoh baju pengantin warna hijau, hiasan pun haruslah hijau. Namun bukan hijau yang sama, mungkin lebih cerah ataupun gelap.
- Antara hiasan di majlis ialah dekorasi set pelamin, dewan dan meja.


3. Hantaran & Cenderahati
- Hiasan pada hantaran, bekas hantaran serta cenderahati untuk tetamu mempunyai unsur warna tema. Pasti menyerlah.


4. Pakaian Pengapit dan Ahli Keluarga
- Pakaian untuk pengapit dan ahli keluarga haruslah tidak sama dengan busana pengantin. Jika sama, ia akan menenggelamkan keserian pasangan raja sehari. Contoh yang sesuai, baju pengantin warna turquoise, baju pengapit biru laut.


Namun, sekiranya korang inginkan kelainan, tidak salah untuk cuba bermain dengan lebih dari 2 warna yang berbeza.



Senarai Pilihan Warna Terkini


1.




2.



3.


4.


5.


6.


7.


8.



9.




10.




11.




12.





13.





Like fanpage saya
  


hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin


klik iklan nuffnang nak kawen.

Pavlova


Semalam gigih azney ajak erul pergi beli barang untuk buat pavlova. pavlova nie memang dalam list yang azney wajib cuba selepas stand mixer beli hehe. Sanggup pegi pagi-pagi sebab nak cari whipping cream cam Cik Epal punya hahaha. Mujur azney jumpa kat kedai bakeri Jaqaranda.


Sampai rumah excited sangat nak buat pavlova nie. Resepi cik Epal azney sanggup print, punya lah semangat nak belajar buat pavlova hihihi. Okay jom kita buat pavlova yang mudah giler kentang nie. Nak beli kemain melambung harga padahal mudah giler kentang.





Bahan-bahan Meringue :

4 biji telur putih sahaja
3/4 cawan gula kastor * azney guna 1/2 cup je sebab manis
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka makan



Bahan untuk Topping

strawberi & kiwi (buah-buah masam)
1/2 cup whipping cream
whipping cream nie memang sedap betul. memang dah rasa manis. wangi pulak tue. hihi



cara nak buat Meringue :


  1. pukul telur sampai kembang dan berbuih-buih. bak kata cik epal cam buih mandian tue.
  2. masukkan gula sedikit demi sedikt. masuk sikit pukul masuk sikit pukul. ulang sampai habis gula tue.
  3. Meringue kalau jadi mesti berkilat dan bertanduk. nak tahu cam ne meringue jadi? korang terbalikkan meringue tu. kalau tak jatuh maknanya jadi lah hihi.
  4. masukkan tepung jagung, cuka dan esen vanilla dan di kacau menggunakan spatula. tak payah guna mixer.
  5. lukis bulatan pada baking paper mengikut saiz loyang korang kemudian letak  meringue atas baking paper.
  6. panaskan oven suhu 150C selama 15 minit, pastu bila masukkan meringue dalam oven turunkan suhu kepada 140C. Bakar meringue selama 1jam-1jam 15 minit.

AMARAN 
Bila meringue masak, jangan keluarkan terus dari oven tapi tunggu meringue sejuk dahulu. Bukak sedikit je pintu oven tu.



Topping

Pukul whipping cream sampai kembang. pastu sapukan atas meringue guna spatula.

pastu hias lah buah-buah kat atas tue ikut citarasa masing-masing.

sejukkan dalam peti sejuk baru boleh makan sebab time sejuk memang mabeles.

pavlova nie rangup diluar tapi yang dalam lembut gilos. dah lah manis manis masam. memang sedap betul.



yang nie azney punya pavlova sebelum masuk peti ais
selepas masuk peti ais di bawah nie 




erul dekat 3/4 pavlova nie dia sorang je yang makan. sedap katanya hihihi.
yang nie je tinggal untuk hari nie. 




Doakan saya cepat dapat baby !! 







Like fanpage saya
  



".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang



Lazada : Stand Mixer dah sampai




Akhirnya barang yang di nanti-nanti sudah tiba pagi tadi.

bungkus togel cam nie je ? habis 1 opis tahu azney beli mixer huhu

Puas azney tunggu , baru sampai hari nie. Seminggu jugak lah baru sampai huhu.nie kalau tak sebab google resepi pavlova tak denya azney nak beli hehe. Tak sabar nak explorer balik rumah nanti hehehe tak sabar nak buat pavlova !!!




Doakan saya cepat dapat baby !!


Like fanpage saya
  



".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang

Aktiviti Bila MC



Semalam azney MC sebab  sakit kepala terlampau sampai tak leh nak bangun. Pegi klinik pun lewat balik pun lewat . Ingatkan kena demam denggi ke apa tapi doktor decide azney kena pakai spec sebab kemungkinan rabun. What ?? azney rasa mengarut sangat sebab azney boleh baca apa yang ditulis tak kira jauh atau dekat. Doktor bagi ubat Ibuprofen, makan 2 biji bila sakit mungkin untuk tahan sakit. .Ntah la sebab doktor pun bukan detail sangat check. huh !



On the way balik rumah dapat email dari Zalora bagitau barang dah di pos. Dalam hati berbunga-bunga tak sabar rasanya nak pergi  kerja esok hehehe. So duduk kat rumah tak de aktiviti sangat nak buat solepas masak tengahari asam pedas ikan jenahak maka terhasil lah kek batik. resepi azney ambil kat blog cik Epal. Alhamdulillah menjadi walaupun manis sikit padahal azney dah kurangkan susu huhuhu.



baru keluar dari peti ais nyum nyum




Doakan saya cepat dapat baby !!


Like fanpage saya
  



".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang



Harum Malam : Ikhtiar Untuk Hamil



Sejak kes hari tue azney selalu lah sakit pinggang seminggu nak period dengan selepas period. sakit teruk tak de lah pastu cramp perut. Bila nak rukuk kemain lagi. tak boleh nak rukuk sangat sebab pinggang sakit. Bila jumpa doktor, doktor cakap tak de masalah. Tapi confuse sebab kalau tak de masalah takkan sakit kan ?



Dalam tempoh 4 bulan nie azney selalu pasang niat untuk hamil semula. Kalau dah sakit pinggang je rasanya boleh effect untuk mengandung kan. ermmm so azney consume semula Harum malam. Sebab sebelum kahwin dulu azney consume harum malam walaupun culas-culas jugak. Alhamdulillah rezeki datang cepat buat azney lepas kahwin tapi tak lama sebab azney keguguran.




Azney ada jugak cuba cari supplement lain untuk TTC nie tapi macam takut-takut pulak. hehehe yelah kan benda tak pernah rasa nak-nak tengok testimoni je. Kalau Harum Malam nie azney pernah ambil. so azney tahu lah apa kesannya. harum malam nie pun bila tengok testimoni ada yang pernah hamil selepas ambil Harum Malam. So nie salah satu ikhtiar azney untuk hamil semula selain consume Asid Folik.


Azney suka dengan Harum Malam sebab Harum Malam nie boleh

  • Membantu menyegar dan menyihatkan badan.
  • Mencantikka dan menaikkan seri wajah.
  • Membantu menghilangkan bau badan dan mulut.
  • Melegakan panas badan.
  • Menegangkan payudara.
  • Memulihkan rasa rapat.
  • Mengencang otot kewanitaan.
  • Menghalang bau tidak enak serta gatal-gatal.
  • Menambah keharmonian suami isteri.
  • Menyihatkan rahim.
  • Mencantikkan payudara agar sihat dan montok.
  • Bertenaga dan mengatasi masalah vagina kering
  • Membantu mengetatkan dan menganjalkan vagina
  • Membantu membunuh bakteria dalam saluran kencing serta mengatasi masalah kerap kencing
  • Meningkatkan system tahan tubuh serta menstabilkan hormon
  • Mengurangkan tekanan dan tension
  • Membantu menganjalkan kulit serta tubuh badan dan mengurangkan kedutan

Lagi satu cara makan pun senang sebab pagi 1 sudu sebelum sarapan pastu malam  1 sudu sebelum tidur . Tapi kena guna guna sudu plastik ye sebab Harum Malam mengandungi madu,dikhuatiri kalau guna sudu besi akan hilang khasiatnya. Azney lebih suka letak dalam dalam peti sejuk . baru lah sedap !! Pastu Harum Malam nie boleh makan time period tak macam sesetengah supplement, tak boleh makan time period. Status Halal?? Jangan risau sebab Harum Malam Halal dan lebih 7 tahun dalam pasaran.


azney beli kat sini. kalau nak boleh lah order ye :)


Doakan saya cepat dapat baby !!


Like fanpage saya
  



".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang