Hantaran Al-Quran so sweeettt...

  1 comment    
categories: ,


 
“Sayang, tengok ni. Cantiknya Al Quran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil…“Sini pun cantik juga. Warna ungu keemasan. Mana satu kita nak beli ni” balas Nabil. Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu Al-Quran yang bakal dijadikan hantaran. “Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah. “Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an. “Oh, kami cari Al-Quran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau begitu, tak perlu lah beli Al-Quran kalau sekadar hantaran. Kesian Al-Quran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau begitu belilah tafsir Ar-Rahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih yang ni. cute lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan Al-Quran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut. “Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai mati hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta-merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.milah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu itu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi. 

Surah Ar Ra’d

“ Apa benda ni ” detik hati Nabil.

“ Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!! ” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“ Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam Al-Quran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A ’ uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM… RAA.. ” kedengar suara gemersik Ustaz Sa ’ ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama Al-Qurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“ Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu Al-Quran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina Al-Quran. Beli Al-Quran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa ’ ad.

“ Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab Al-Quran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh Al-Quran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. ” penutup Ustaz Sa ’ ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu..

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab Al-Quran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa ’ ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil. Baca ni.. Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam)

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : ‘Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikafan, lelaki itu berada di antara kain kafan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nankir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.’

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,’Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.’

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala’ul A’laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :’Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Al-Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.’








Tutorial : Tukar Font Comel Untuk Blog

  7 comments    
categories: 

maaf untuk memudahkan korang 
sila tekan CTRL + C serentak untuk copy kerana right click disablekan..

DASHBOARD > DESIGN > EDIT HTML

cari kod <head>

copy kod ini dan paste dibawah  <head>  tadi

<link rel="stylesheet" type="text/css" href="http://fonts.googleapis.com/css?family=Font yang dipilih"/>

seperti ini

<head>
<link rel="stylesheet" type="text/css" href="http://fonts.googleapis.com/css?family= Font yang dipilih "/> 

Tukar font yang dipilih tadi kepada nama tulisan yang anda pilih

contoh :
<link rel="stylesheet" type="text/css" href="http://fonts.googleapis.com/css?family=Architects Daughter"/>
siap?

CTRL +  F  code font-family atau font..
kan tepi dia ada nama font dalam blog korangkan..so korang ganti jelah macam di bawah nie..


font : normal normal 12px  Century Gothic;

Century Gothic  kepada Architects Daughter

preview dulu kalau takde masalah barulah save okay..

kat mane nak cari tulisan yang comel dan cantik?? kat sini  1001 Free Fonts atau dafont.com..

kalau tak paham boleh tanya okay..selamat mencuba..

Cukuplah..

  No comments    
categories: , , ,

417546_3203807007237_1027961070_3093079_432886300_n_large 
Susah sangat ke nak jujur dengan aku..cakap lah kau memang tak suka aku ganggu kau..tak delah aku ternanti-nanti.. T________T..


tak perlu kau berjanji dengan aku kerana itu seumpama kau memberi aku harapan..dalam hati ini berbunga-bunga bila kau berjanji tapi bila sampai masanya.. T_________T ini yang aku rasakan dan aku rasa aku cukup tabah tapi sebenarnya aku tak kuat pun kan T_________T...


hati aku menangis tapi kau kat sana sedang seronok bersama yang lain..ingat aku bukan seperti dalam lagu Dan sebenarnya tahu..argghhh hati aku sakit sekarang nie menahan satu perasan dan aku sendiri tak pasti perasan apakah itu..#bodo pulak aku rasa tulis macam nie..lantak ko lah labu..


aku cuba untuk jadi yang lebih bersabar lebih matang dan lebih sempurna...(*_^)


tiba-tiba dapat text dalam hati punya lah gembira sekali baca hambek kau...


nyte sygku..b tdo lu..b endu ibu..ibu endu b x..???

adehhh aku tunggu kau dari petang..nie je aku dapat...ahhh kau buat aku lagi sentapppp lah....

Independent

  2 comments    
categories: 

Alone-cute-girl-independent-little-reason-to-smile-favim.com-327012_large 
hari ini hari sabtu so korang ada plan nak pegi mana-mana tak?? macam aku nie kat sini  duk umah jelah nak pegi mana-mana pun aku tak de gang nak jalan-jalan sebab kawan-kawan aku majoriti dah berkahwin..takkan nak menapak macam anak dara pulak nanti dapur tak berasap kain tak berjemur berlipat kan..

so duduk rumah jelah keputusannya..kereta??aku takde kereta sebab aku sangat tidak mampu untuk memilikinya lagi..hahaha padahal aku lesen memandu pun takde..percaya lah aku dah berusia 24 tahun aku tak mempunyai lesen memandu lagi..hahahaha sebab aku pernah accident dulu dan sampai sekarang aku fobia untuk memandu dan menunggang motorsikal..hahaha kalau setakat ke kedai yang tak sampai 3 minit tue boleh lah aku bawak motor tapi kalau dah sampai 30 minit tue mintak maap lah..memang aku tak berani..


minggu lepas makcik aku ada suruh aku amek lesen..so aku pikir sampai bila nak bergantung dengan orang sebab nanti mati pun dalam kubur pun sorang-sorang..so aku sekarang dah kena belajar berdikari sebab masa depan aku jugak..huhuhu aku pegi keje sekarang nie pun my makcik yang hantar dan jemput tau..wahhh manja betul dak ngada nie kan..hakk tuii betul..alaa i kan anak dara so memang pattut pun macam tue hahaha ayat nak cover line hukhukhuk...


so semalam dah amek keputusan call abang yang uruskan tempat belajar memandu tue..cakap nak join dia..abang tue cakap ahad ni dah boleh mula..hoooyaayyy!!! aku dah boleh berdikari sendiri nanti..dalam kepala nie macam-macam pikir..bila dapt lesen nanti nak amek kereta lepas tue nak jpegi semua tempat yang aku tak penah pegi..wah-wah kau tengok nak bedah aku punya lah excited tahap gaban nie hahahaha...doakan aku berjaya ea..maklumlah aku nie kan fobia..huhu kira macam penakut jugaklah kan huhuhu..


excited plus takut nie nak tunggu ahad(esok) huhuhu..

Ibu Terlepas Pandang Irfan Danish Rosdi

  2 comments    
categories: 


Anak  hilang rupanya lemas 

bukak je paper hari nie ada je kes pasal kanak-kanak hilang..lepas tue mati..dah jadi trend ke hape??ermm dalam bulan nie je dah bape kes ada..dengan kes Dirang dan hari ini pulak Ifran Danish Rosdi kanak-kanak berusia 2 tahun dilaporkan hilang lepas tue ditemui mati lemas di tasik..Ya Allah aku yang takde anak nie pun boleh tersentuh hati bila baca berita tentang kanak-kanak malang nie..

Nurazura mengakui dia terlepas pandang Irfan kerana sibuk melayan kerenah dua lagi anaknya yang menangis ingin menaiki buaian ketika duduk di pondok disediakan berhampiran tasik itu.
“Ketika saya sibuk melayan dua abangnya menangis nak naik buaian, saya perhatikan Irfan leka melihat burung dan itulah kali terakhir saya melihatnya,” katanya.

terlepas pandang Irfan?? hanya sedikit kecuaian yang menyebabkan si kecil ini hilang dari pandangan ibunya..

kalau semalam pulak Lini Abdullah, 27 ibu bayi malang berusia 2 tahun membasuh pakaian di bilik air, anak kedua, Nik Mohamad Ikram Amir, 9, turut berada di dalam rumah manakala anak sulung, Nik Nadia Izzati, 10, bermain di luar.


Apabila selesai membasuh, baru saya sedar kehilangan Iqbal dan segera mencarinya di sekitar kawasan rumah hingga ke rumah sepupu, tetapi gagal menemuinya.


“Selepas 15 minit mencari, saya ke sungai dan terkejut apabila mendapati mayat bayi terapung di permukaan air. Saya terus meluru dan mengangkat mayat itu. Luluhnya hati saya apabila mendapati ia memang jasad anak saya,” katanya. 


  
Nurul Nadhirah kanak-kanak malang yang dibunuh dan dibakar dengan kejam

Nurul Nadhirah yang sebelum ini dilaporkan hilang ketika keluar membeli mi segera dan telur kira-kira pukul 11 pagi, di kedai runcit di kawasan rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam.


kanak ini hanya berusia 5 tahun dan tak tahu apa-apa tapi dibunuh dengan begitu kejam..tak boleh dibayangkan dengan mulut ditutup tangan diikat dan dibakar..Ya allah Dirang mati dengan cukup terseksa..apa salah dia??sampai begitu sekali diperlakukan..manusia sekarang makin kejam kalau kita dapat tengaok dan dengar dalam media mssa mengatakan bagaimana si kecil ini dibunuh..


sapelah aku untuk menilai semua yang terjadi dan aku pasti apa yang berlaku ada hikmah dan sebab mengapa semua ini berlaku..menangis air mata darah sekali pun yang pergi takkan kembali..Al-fatihah buat arwah..