Showing posts with label Tragedi Makkah. Show all posts
Showing posts with label Tragedi Makkah. Show all posts

#KrenMakkahRuntuh : Alhamdulillah Ahli Keluarga Selamat



Pagi-pagi dapat info mengatakan ada kren runtuh di Makkah dan melibatkan banyak nyawa terkorban, dalam hati dup dap dup dap dok teringat kat mak , kak ngah dan abang ngah. Risau kerana ada rakyat malaysia terlibat sekali. Tengok berita Awani dok ulang-ulang benda yang sama tapi senarai nama jemaah haji dari malaysia tak de jugak keluar . risau sangat.

tapi sebelum pergi kerja tadi dapat info dalam group famili.

 
Alhamdulillah mereka semua terselamat dari kejadian kren runtuh. 

sedikit info yang azney perolehi dari facebook tentang ‪#‎KrenRuntuhMakkah‬


Senarai nama jemaah Malaysia yang cedera akibat kemalangan runtuhan kren di Masjidil Haram.
@501Awani http://t.co/24gMfOzU1M
Senarai nama jemaah Malaysia yang cedera akibat kemalangan runtuhan kren di Masjidil Haram


[VIDEO] Crane accident at the Grand Mosque, Mecca http://t.co/gSopfpDhrX http://t.co/yufVSdlUif

Kren

Kren tumbang

Sekurang-kurangnya 107 orang dilaporkan meninggal dunia dalam tragedi kren runtuh di Masjidilharam di sini, dua minggu selepas umat Islam mula menunaikan ibadah Haji.

Selain dari angka kematian, 238 dilaporkan mengalami kecederaan, menurut pihak Pertahanan Awam Arab Saudi.

Agensi berita Saudi memetik sebagai berkata kren yang terletak di Masjidil Haram itu jatuh selepas dilanda hujan lebat dan ribut pasir pada Jumaat petang.

Bernama pada Sabtu pagi melaporkan Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata dalam kejadian kira-kira 5 petang waktu tempatan (Jumaat 10 malam waktu Malaysia), seorang jemaah haji lelaki Malaysia dilaporkan patah kaki, manakala lima lagi cedera ringan.

“Empat jemaah lelaki dan dua jemaah wanita cedera, termasuk seorang patah kaki, dia (patah kaki) kini dirawat di Pusat Perubatan Tabung Haji Syisya," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata pihak Tabung Haji (TH) akan membuat pemeriksaan dari bilik ke bilik bagi pengesahan selanjutnya berkenaan jumlah jemaah haji Malaysia yang terbabit.

“Selepas solat Isyak, bermula 11 malam ini (Sabtu 4 pagi waktu Malaysia), kita akan membuat pemeriksaan bilik ke bilik, untuk mengesahkan jemaah kita yang pergi bersolat di Masjidil Haram, pulang ke bilik masing-masing," katanya.

Beliau berkata keluarga dan waris jemaah haji di tanah air yang terbabit dalam kejadian itu telah dimaklumkan.

Syed Saleh berkata kejadian itu berlaku selepas solat Asar selepas umat Islam selesai mengerjakan solat berkenaan.

“Sebuah kren tumbang dalam kejadian ribut pasir dan hujan lebat selepas waktu Asar itu, kren itu dipercayai menghempap kawasan saie, dan sebahagiannya runtuh di kawasan tawaf.

Semua pasukan TH yang terdiri dari pasukan perubatan, kebajikan dan unit peronda sedang berada di kawasan Masjidilharam bagi menyelia keadaan jemaah.

Imej-imej yang dikongsi di laman media sosial mulai petang Jumaat menunjukkan beberapa jemaah Haji dilumuri darah dan habuk kesan dari runtuhan kren yang jatuh melalui siling di Masjidilharam.

Gambar-gambar lain yang turut dikongsi menunjukkan beberapa warga Arab Saudi menderma darah untuk jemaah Haji yang mengalami kecederaan.


Portal berita tersebut turut memetik Pengarah Urusan Keselamatan Awam Jeneral Suleiman al-Amr dalam satu temuramah dengan Al Ikhbariya TV sebagai berkata, jemaah Haji yang terkorban telah dibawa ke hospital.

Beliau turut berkata angin kencang dan hujan lebat telah menyebabkan pokok-pokok di sekitar kawasan Masjidilharam dan menyebabkan kren-kren bergegar.

“Kren tersebut runtuh berdekatan pagar Al-Salam yang terletak di atas kawasan Al-Masaa yang menyebabkan sebahagian kecil bahagian di Al-Masaa dan satu lagi kawasan di jambatan Al-Mataf di sekeliling Kaabah,” kata Amr.


Saat Cemas Ketika Kren Jatuh di Masjidil Haram
Saat cemas ketika kren jatuh di Masjidil Haram yang dirakam oleh salah seorang jemaah haji di Makkah. Semoga Allah melindungi jemaah-jemaah haji yang berada di sana.
Posted by Siakap Keli on 11hb September 2015

doakan yang baik-baik, Al Fatihah buat yang meninggal dunia.

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang