Jangan jadi bodoh kerana Cinta

  2 comments    
categories: 




perlu ke sampai macam tue sekali..tahu tak bila kite kecewa Allah nak duga kita..so maknanya Dia sayang kita..tak perlulah sampai MURTAD..tue maknanya nak jauhkan diri dari Dia..mungkin si pelaku merasa Bila ditinggalkan, si pelaku rasa sudah tiada siapa-siapa lagi dan merasa dunia ini sudah berakhir tapi sebenarnya usahlah merasa dunia ini sudah berakhir kerana dunia ini tidak akan berakhir sebelum tibanya kiamat. Allah maha mendengar rintihan orang yang teraniaya..



Allah maha mengetahui betapa hambanya dalam kesedihan. Percayalah Allah tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuan mereka. Bila kita mengadu dan menceritakan kesedihan pada yang Esa, Insyaallah Allah akan suntikkan semangat untuk kita teruskan hidup seperti biasa tanpa orang yang kita sayang. Cepat atau lambat untuk pulih dari kekecewaan, itu urusan DIA.tapi kekecewaan yang tak mampu di bendung dan menyebabkan dan semua ini berlaku ....



Bila jiwa kacau risau tentang masa depan,
Bila hati sesak dengan karenah manusia yang tidak memahami,
Bila jiwa sukar berlapang dada,
Bila hati disempitkan dengan sangkaan buruk terhadap saudara lain,
Bila hati sentiasa ingin marah,
Bila hati mula berjinak dengan nafsu yang Allah tidak redha.


Bila akal lupa tujuan asal hidup,
Bila diri terasa enak berlingkar dengan maksiat,
Bila hati puas melakukan perkara yang tidak berbuah amal,
Bila jasad duduk enak tanpa berbuat ma'aruf.


Bila air mata terlalu sukar untuk dititiskan untuk-Nya,
Bila hati mula mengeras,
Bila fikiran melayang untuk perkara sia-sia,
Bila hati mula berputus asa terhadap rahmat dan nikmat-Nya.


Bila diri mula meminta yang berlebihan,
Bila hati mula meminta untuk yang bukan haq,
Bila diri rasa sudah cukup,
Bila lidah terlalu keras untuk mengalunkan zikir.


Bila cemburu terhadap nikmat dan rezeki insan lain,
Bila diri berpura baik di hadapan manusia,
Bila hati merasa perbuatan dosa sebagai tidak apa,
Bila diri sentiasa mahu dipuji.

Bila hati tidak yakin dengan janji-Nya,
Bila diri menyesal dengan setiap taqdir-Nya,
Bila hati sentiasa mencari aib dan salah orang lain,
Bila diri sentiasa ingin memuaskan selain dari Allah.



Bila hati merasa bebas dari jagaan Allah,
Bila merasa diri milik mutlaq diri sendiri,
Bila hati merasa aman melanggar amanah,
Bila merasakan tiada yang lebih penting melainkan diri sendiri.


Bila diri terlalu banyak beralasan,
Bila setiap perbuatan tidak terniat untuk Allah,
Bila diri mula berasa berat untuk sembah dan sujud kepada-Nya,
Bila telinga lebih enak dilagukan dengan selain ayat-ayat suci-Nya.


Bila mulut lebih senang berbicara tentang dunia dari manisnya syurga,
Bila redha manusia lebih dicari daripada redha Allah,
Bila merasa cinta manusia lebih asyik daripada cinta Allah,
Bila hati tidak rindu untuk bertemu-Nya,
Bila hati mula disempitkan dengan dunia,
Bila diri sombong tidak mahu meminta kepada-Nya,
Bila setiap akal, jiwa dan jasad terikat dengan dunia
.

Hati itu bukan hati aku lagi..

Heal my heart ya Allah..

Bless me with a new heart..


tapi sapelah aku nak menilai mungkin dia tertekan  dan terlalu sayangkan wanita itu..sebab tue dia bertindak sebegitu drastik..tapi aku pernah merasai bagaimana sakitnya bila tidak dihargai oleh orang yang kita sayang..tapi aku kuatkan semangat..aku cakap pada diri aku tak pe mungkin dia bukan yang terbaik dan sesuai untuk aku..walaupun rasa sayang masih bersisa tapi aku gagahkan jugak sebab aku taknak meratapi perpisahan yang aku tak pinta..mungkin ada hikmah semua tue berlaku kan? tengok sekarang aku dah jumpa lelaki yang begitu baik dengan aku dan pandai jaga aku..dan paling penting sangat penyabar..alhamdulillah..cukup lah sekali aku merasa bagai mana sakitnya bila ditinggalkan..




Jangan jadi bodoh kerana Cinta. Kerana hanya cinta, manusia sampai sanggup memurtadkan diri. Astaghfirullahala'zim. Kembalilah ke jalan ALLAH.



Klik di sini untuk meninjau laman Facebook Edward.



thanks for reading this entry..



love,
aznishamsuddin

2 comments:

  1. setuju sgt sgt . jgn jadi bodoh kerana cinta .

    ReplyDelete
  2. @vendettatraveller
    walau apa pun terjadi hidup perlu diteruskan jugak..

    ReplyDelete

Thank you for taking your time to leave what your thoughts! Will respond as soon as possible!