Showing posts with label monolog. Show all posts
Showing posts with label monolog. Show all posts

Mengapa kita dicipta?

  No comments    
categories: 
Pada satu ketika, saya menonton sebuah rancangan realiti yang memaparkan kerenah bayi yang baru belajar berjalan. Untuk episod kali itu, mereka meletakkan beberapa orang bayi di satu sudut, kemudian jauh bertentangan dari sudut itu merekamembunyikan permainan yang boleh menarik perhatian anak-anak kecil itu. Ternyata mereka berjaya. Bayi-bayi comel itu menoleh ke arah permainan tersebut dan terus bertatih cuba mendapatkannya. Permainan yang dibunyikan itu jelas menjadi matlamat mereka. 

Namun, di pertengahan jalan, sengaja di letakkan beberapa alat permainan lain khusus untuk mengganggu fokus bayi-bayi tersebut. Ada bola, ada cermin, kerusi dan sebagainya. Oh, ternyata fokus si kecil itu benar-benar terganggu. Nampaknya ada yang sudah ralit dan terpesona melihat wajah sendiri di cermin, ada yang sibuk dengan bola dan ada juga yang sedang menangis kerana gagal memanjat kerusi. Oh, mereka sudah terlupa dengan ‘matlamat utama’ mereka. Alahai, betapa comelnya! Terkekeh-kekeh saya ketawa. 



Namun dalam ketawa, minda kecil ini bagai dijentik sesuatu. Kalau mahu dijadikan ibarat, sebenarnya hidup kita juga begitu. Umpama bayi kecil itu, kita tahu matlamat utama kita. Namun adakalanya, kita hilang fokus terhadapnya. Mungkin ada sesuatu yang buat kita terpesona. Mungkin ada sesuatu yang buat kita terluka dan menjeruk rasa. Lalu buat seketika, kita lupa kepada yang lebih utama dari yang utama. 

Sahabat-sahabatku yang baik, begitulah kita dalam memenuhi tuntutan hidup sebagai seorang khalifah. Kadang-kala ujian dan godaan hidup ini membuat kita kalah. Lupa kepada Allah. Lupa kepada tuntutan dakwah. Benar, kita hanya manusia biasa dan itulah kelemahan kita yang cukup nyata. Mudah hilang fokus. Mudah terbawa-bawa dengan apa yang ada di persekitaran kita. 

Namun mujur kita bukan bayi kecil itu. Syukur kerana kita sudah dewasa dan sudah punya akal yang jitu. Justeru, bangkit segera. Meski terpesona dengan godaan dunia, meski kecewa dengan ujian yang melanda, jangan berlama-lama. Kembalikan fokus kita . 

Dunia yang ada ini hanya sementara. Kita perlu mencari bekal untuk ke dunia yang kekal buat selama-lamanya. Lap air mata. Hentikan ketawa yang sia-sia. Pujuklah hati kita untuk kembali memikirkan satu perkara. Mengapa kita dicipta? 


---------------------------------------------------------------------------------------------
SEBARKAN KEBAIKAN. SALING BERPESAN-PESAN
LIKE & SHARE

Like fanpage saya
  
hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
aznishamsuddin
klik iklan nuffnang nak kawen.

3 PERKARA buat kita bertahan :)


Ada 3 perkara yang membuat kita terus bertahan di dunia ini..

| TUHAN | KELUARGA | CINTA |

Mungkin CINTAlah hal paling kita lalui setiap hari, tanpa disedari kita menemuinya didepan mata, kadang sudah lama ia berkembang tanpa disedari.. bila masanya kita menyedari kita sudah pun terlewat.

Sebagai contoh bila seseorang meluahkan perasaan di saat yang dirasa kurang pasti. Maka terlontarlah kata yang tersirat, apalah salahnya kalau dia berharap lebih sekarang? apa juga salahnya ketika dia melafazkan sedikit perasaan cintanya dengan tidak sabar.

Semua itu hanya permainan kata² yang terangsang di otak, tidak lebih dari itu. Hal yang dirasa terlambat pun apa "BENAR² TERLAMBAT". Jika kita mahu berfikir sejenak, semua itu hanya permainan perasaan yang di lontarkan otak.

Jadi JANGAN PERNAH menjadikan perasaan yang saat ini ada dirasa salah. Entah itu menurut pasangan kamu baik atau tidak atau mungkin lingkungan sekitar. Jangan pernah memandang suatu perasaan berdasarkan his like or dislike.

Jawapan tentang perasaan itu yang diberikan secara sepontan, dan wajar bila masanya kau juga mengatakan hal yang sama seperti dia.

Perjalanan masih terlampau panjang. Salah jilka kau merasa ragu. Lebih baik melangkah menatapnya dengan perasaan yang dibawa saat ini. Dari pada tetap di tempat menatapnya dari kejauhan.

*** CINTA ITU TIDAK ADA YANG SALAH, YANG SALAH HANYA KEADAAN



thanks for reading this entry..



love,
aznishamsuddin

MANUSIA

  1 comment    
categories: ,


seburuk apapun manusia pasti ada baiknya...
ingat kita hidup tidak bersendiri melainkan bermasyarakat...
terimalah orang yang kita rasakan buruk sifatnya atau buruk laennya...
kerana sewaktu waktu pasti kita pasti memerlukanya dia...
walaupun kita tidak suka dia tapi kita juga harus tahu dia memang begitu orangnya..



tapi jangan memandang keburukkan dia tapi lihat pula kebaikkan dia...ingat dengan 1 hal kita juga punya kelemahan dan keburukan tersendiri, maka jangan merendahkan orang lain.. cuba bayangkan kita seperti dia.



ingat kita di ciptakan didunia ini tidak sempurna maka kita saling mengisi kekurangan kita dan kekurangan orang lain..ingat cintailah diri sendiri sebelum mencintai orang lain...


kerana dengan mencitai diri sendiri kita pasti akan tahu kita seperti apa, bisa tidak mereka mereka menerima tingkah laku kita.pokok pangkalnya kita harus tahu apa yang selama ini kita lakukan benar atau salah kepada mereka.



Terima kasih ^,^

hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
aznishamsuddin
klik iklan nuffnang nak kawen.

Ingin Berkahwin Vs Perlu Berkahwin

  6 comments    
categories: , ,
As-salam

Ketika kita membuat nekad untuk berkahwin, wajarlah kita membuat keputusan dengan beberapa 'purpose' atau tujuan. Adalah mustahil seseorang yang bangun pagi tiba-tiba terkedu;

'eh nak kahwin laa hari nih'.

'Kahwin hari ni, nak buat ape ye..?'

Sesungguhnya kahwin bukan lah untuk sehari dua, tetapi untuk seumur hidup. Pasangan yang akan kita bawa insyaAllah destinasinya adalah hingga ke syurga. Dari pasangan itulah kita sempurnakan fitrah kehidupan kita. Memenuhi tuntutan nafsu yang dihalalkan agama untuk zuriat yang mendoakan kita apabila kita sudah meninggal dunia nanti. Jadi, kita mesti ada alasan yang kukuh kenapa kita hendak berkahwin, dan kenapa kita perlu berkahwin.

Semua setuju dengan tujuan perkahwinan yang signifikannya adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan hidup, tuntutan fitrah manusia, sebagai kesinambungan generasi, tuntutan sunnah nabi dan sebagainya. Namun setiap manusia pastilah mempunyai 'alasan tersendiri' mengapa dia ingin berkahwin dan perlu kepada sebuah perkahwinan.

'Ingin Berkahwin Vs Perlu Berkahwin

Ingin dan perlunya kepada sebuah perkahwinan adalah dua perkara yang berbeza. Semua orang ingin berkahwin, tetapi inginkan sebuah perkahwinan bukanlah menunjukkan kepada perlunya sebuah perkahwinan. Analoginya umpama mengapa kita terasa ingin untuk makan? Sudah tentulah kita ingin makan mungkin adalah kerana kita berasa lapar, aatau kerana makanan yang kita lihat itu terasa sedap atau kerana makanan tersebut adalah makanan kegemaran kita. Namun, apabila kita mempersoalkan mengapa kita perlu makan, maka jawapan yang paling tepat ialah kita perlu untuk makan untuk hidup.

Maka seharusnya perlu bijak berfikir dan membezakan dengan betul, kenapa kita ingin berkahwin dan kenapa kita perlu berkahwin.

Apabila kita ingin berkahwin, selalunya kita akan cenderung kepada memikirkan perkara-perkara yang lebih kepada keseronokan dan menarik sahaja di dalam perkahwinan. Justeru, tidak lah mustahil orang yang memikirkan hanya 'ingin berkahwin' mudah untuk kalah di dalam mengawal nafsu dan pertimbangan rasionalnya mudah dikaburi. Umpama seseorang yang ingin berkahwin untuk suka-suka atau sebab sangat-sangat cintakan si dia, maka demikianlah juga 'perjalanan' perkahwinan yang bakal dihadapi nanti, akan lebih ke arah keseronokan semata-mata.


Namun, seseorang yang memikirkan perlunya berkahwin, pemikirannya lebih bermatlamat, matang dan halatujunya kepada sebuah perkahwinan. Walaupun kadangkala fikirannya tersasar ke arah 'nafsu' namun ianya dapat dilandaskan semula kepada matlamat perkahwinan itu sendiri. Dengan adanya pemikiran yang bermatlamat, akan membawa kepada siapa yang wajar untuk kita kahwini. Gadis sepertimanakah yang bakal menjadi ibu kepada anak-anak kita. Suami manakah yang akan menjadi pemimpin dalam keluarga kita nanti.

Bersedia Vs Belum Bersedia

Ramai yang akan bertanya, adakah umur dalam 20-an itu terlalu muda untuk berkahwin? Jika era ini, mungkin ramai yang akan berpendapat usia dalam 20-an itu adalah terlalu muda untuk sebuah perkahwinan. Jika ditanya kepada generasi veteran, mungkin ada yang berpendapat dengan berkahwin dalam lingkungan umur demikian agak sedikit 'terlewat', dan mungkin ada juga yang berpendapat ianya umur yang sesuai untuk berkahwin.

Apapun, berkahwin muda atau tidak bukanlah suatu perkara yang perlu dipanjang-panjangkan kerana awal atau lambat adalah termasuk di dalam taqdir seseorang hamba tersebut. Ianya telah pun ditentukan oleh Allah SWT dan telah pun tertulis sejak azali lagi. Persoalannya adalah sama ada seseorang itu terlah bersedia atau belum untuk menuju fasa seterusnya.

Sekiranya seseorang itu memilih untuk berkahwin pada usia muda, maka seharusnya memikirkan dengan mendalam persoalan mengapa perlunya perkahwinan itu berlaku. Jika sekiranya perkara tersebut tidak difikirkan sebaik mungkin ianya adalah tindakan tidak matang dikala usia muda. Sebagai contoh ingin berkahwin kerana 'Impulsive behaviour' atau 'external pressure' saat melihat sahabat-sahabat yang lain telah berkahwin seorang demi seorang sorang demi sorang kahwin (terutamanya muslimat).


Kesimpulannya, jika kita melangkah ke fasa seterusnya, dari bujang kepada hidup berumah tangga maka perlulah ditanyakan diri sendiri mengapa perlunya kita berkahwin. Hadamkan lah soalan untuk kita fikirkan, kenapa perlunya perkahwinan itu berlaku. Sesungguhnya, dalam lautan manusia di bumi Allah ini kita memilih untuk mendamba hidup pada hanya seorang sahaja. Tidak bosan kah? Tidak jemu kah? Tak mual kah? Menatap wajah yang sama saban hari selama bertahun-tahun. Mungkin persoalan itu bakal terjawab bila sudah mengalami sendiri pengalaman tersebut. Mungkin itulah kuasa cinta yang disandarkan kepada Allah yang perlu dirungkai dialam perkahwinan nanti. Dan itulah hikmah penciptaan Allah

" Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir."
(Surah ar-Ruum ayat 21)

Semoga Allah mengurniakan sebuah rumah tangga yang penuh keberkatan, bersama isteri dan anak-anak yang soleh.

"Dan hamba-hamba yang beriman itu berdoa, Wahai Tuhan kami kurniakanlah untuk kami isteri-isteri kami dan anak-anak kami yang jadi penyejuk mata kami dan jadilah kami petuan orang-orang yang muttaqin."
(Surah al-Furqan ayat 74)


artikel ILuvIslam

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

click sini please !!

Sayangilah Seadanya

  1 comment    
categories: , , ,

Cinta tak semestinya bersama. Tak semestinya kita akan bersama dengan orang yang kita cinta. Bersederhanalah dalam menyayangi, mengasihi dan mencintai seseorang. Bimbang jika satu hari nanti tiba-tiba dia pergi jauh dari kita ? Boleh atau tak kita menerima hakikat tu ?


Jodoh pertemuan semua Allah dah tentukan. Jangan sekali-kali melawan takdir. Jika dia bukan untuk kita, bukan milik kita, terimalah hakikat. Jangan menyalahkan orang tu atau orang lain. Kalau kita salahkan orang lain, means that kita pun menyalahkan takdir Allah. Sedangkan Allah lebih tahu kan apa yang terbaik untuk kita.

Jangan paksa orang untuk sayang kita, untuk cintakan kita, untuk bersama kita. Biarlah dia cintakan kita, sayangkan kita dengan rela hati dia. Biarlah dia sendiri yang ikhlas untuk bersama kita. Sebab, kalau kita paksa orang lain untuk menyayangi kita, hakikatnya ianya tak ikhlas. Kita nak ke orang sayang kita, cintakan kita dengan pura-pura ? Jika kita terpaksa untuk lepaskan dia pergi, lepaskanlah dengan rela hati. Maybe tu yang terbaik buat kita dan untuk kebahagiaan dia. Kalau kita sayang orang tu, mesti kita nak tengok dia bahagia kan..


Tapi jika dia kembali semula pada kita, tanyala hati kita sama ada boleh menerimanya kembali atau tak. Bersyukurlah jika dia kembali semula pada kita, mungkin dia benar untuk kita..


Hargailah apa yang kita ada sekarang. Sayangilah orang yang sayang kita, cintailah orang yang mencintai kita. Jangan tinggalkan orang yang sayang kita semata-mata untuk orang lain. Sebab, belum tentu orang lain tu akan menjadi milik kita. Belum tentu orang lain tu pun akan mencintai kita sebagaimana orang yang telah cintakan kita.

Kalau saya sayang, kasih dan cinta pada seseorang tu, bererti saya menerima dia seadanya selagi dia tak mengkasari saya, menyakiti saya dan menjaga segala percakapan dengan saya. Paling tak suka dengan lelaki yang kasar-kasar. Suka yang jenis gentleman, cool, relax je. Kalau kita sayangkan seseorang tu dengan ikhlas, kita tetap sabar dengan dia, kita sanggup berubah untuk dia, terima baik buruk dia, yang mana tak elok kita perbetulkan. Macam saya, kalau saya sayang & cintakan orang tu, saya biarkan je dulu dia nak buat apa, nak pergi mana, dengan siapa. Saya sabar, simpan dulu. Sebab one day dia akan jadi milik kita juga.Yang penting kita adalah yang terakhir untuk dia. Begitulah. Once dah macam tu, and memanglah kita akan setia & jujur dengan dia.

The Simple Love
Cinta tu ada jarak masa ke ? Baru kenal ke, dah lama kenal ke, tu ukuran pada cinta ke ? Bagi saya, bila perasaan tu nak hadir, hadirlah. Kalau bercinta bertahun-tahun, kalau bukan jodoh, tak bersama juga. Kalau kenal sehari dua je pun, kalau dah memang jodoh, bersama juga, bahagia juga. Kan ? Jadi takde jarak pengukur. Tapi lagi bagus jika kenal-kenal, memahami antara satu sama lain sebelum mencintai sepenuhnya.


Bercinta lepas kawen. Ermmm sweet kan. Kalau dulu-dulu masa zaman belajar, selalu di beri pendedahan pasal cinta selepas kawen. Dengan saya sendiri nak macam tu juga. Kalau boleh tak nak cinta sebelum kawen. Sebab cinta sebelum kawen ni macam pura-pura. Cinta ialah menyalurkan perasaan itu dengan cara yang halal.Indah kan..


Kalau nak hurai pasal cinta ni, takkan habis. Terlalu banyak.Apa yang saya katakan dalam entry ni, sekarang ni, itu yang saya rasa, yang saya nak sampaikan, yang saya nak share. Current feelings kot. hehe. Kalau faham, fahamlah. Kalau ada yang memahami, memahamilah..

credit to someone..

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
aznishamsuddin

click sini please !!

campaign image  

 

Duhai Tuhan..

  2 comments    
categories: ,



beautiful, cute, fashion, letters

Duhai Tuhan..
Jika dengan melepaskan cintaku maka aku akan memperolehi kewarasanku..
Maka biarkanlah aku menjadi begini seumur hidupku..

Duhai Tuhan..
Andai mampu aku meminta padamu saat ini..
Aku ingin tanah ini terbuka dan menelanku hidup-hidup..
Atau halilintar keluar dari langit dan menyambarku hinggaku mati di hadapanmu Tuhan..

Duhai Tuhan..
Meskipun sudah bertahun dia mengikat tali cintaku tanpa sebuah makna..
Biarkanlah cintaku tumbuh..
Biarkanlah ia semakin merekah dan mekar..
Meskipun aku telah layu dan mati..


  ".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
love,
aznishamsuddin
 campaign image  

Kalau ada jodoh...

  2 comments    
categories: ,



for reading this entry..
love,
aznishamsuddin

campaign image   

Readers lagi penting dari Follower kan :)

  22 comments    
categories: ,


assalamualaikum dan selamat pagi isnin semua

sekarang ini semua blogger gilakan follower. jika follower ramai, adakah ia memuaskan hati korang? bagi blogger baru, mungkinlah tetapi bagi mereka yang dah lama, bukan follower yang dikejarkan..okay jujur aku cakaplah dulu pun aku pun giler kentang giler follower juga, masuk blog orang, suruh orang follow blog kita, tetapi bila dah lama,,tapi takdelah lama sangat berblog nie baru setahun..aku dah tak buat benda macam tue melainkan kalau aku masuk segmen atau giveaway dan contest yang melibatkan follower dan reades..so, sekarang ini, persoalan yang bermain difikiran aku kini ialah ”antara follower atau reader mana satu yang penting ?” .


ok, jika blog korang ada follower 1ribu atau 2ribu 3 ribu lah kan, mesti bangga kan?.tetapi korang tengok entri yang korang post, dapat berapa banyak komen?mungkin ada blog yang mempunyai reader yang setia, tak kurang juga ada yang tak ada reader langsung.kadang-kadang bila blogwalking kat blog yang baru 2 bulan  ada nie follower dah beribu-ribu tapi bila tengok entry takde plak yang komen..


macam  blog aku nie bukan lah blog yang bagus-bagus sangat, kalau komen pun ada lah 6, 8 lebih kurang macam tue lah..tapi dah kira ok daripada tak ada langsung kan. so, sekarang ini, cuba korang duduk diam2 dan fikirkan balik, matlamat korang berblog ni, untuk dapatkan follower atau reader?


niat mula-mula aku berblog dulu memang nak kumpul follower je..bayangkan dalam 1 hari aku duk sibuk suruh orang follw blog aku..padahal kalau aku jadi orang tue aku rasa blog aku nie tak de pun yang menarik untuk difollow..jika kita ramai follower tetapi tiada reader, tiada guna kita post entry banyak-banyak..betul tak??


maknanya sekarang readers tue sebenarnya yang memberi nyawa pada blog kita. follower memang kita boleh cari tetapi reader yang setia memang sangat-sangat tersangat lah susah untuk didapati. follower datang dan pergi,,hanya reader akan sentiasa melekat dengan kita...lebih senang dan setia dengan kita..tapi ini bagi pendapat aku..pendapat korang macam mane pulak ye..

cinta dulu vs cinta sekarang ..ade beza ke??

  7 comments    
categories: ,




Tadi duk sibuk tanye orang ape pendapat dorang tentang readers dan follower..okay sekarang nie pulak nak tanye korang tentang cinta dulu & cinta sekarang pulak..

Sekarang nie budak-budak sekolah pun dah pandai bercinta cintu..tak percaya boleh baca entry ini..Nak bercinta tak salah, cinta itu langsung tak bersalah, tapi kita yang memilih utk bercinta dalam garisan atau di luar garisan syariat Islam....syaitan akan cuba habis-habisan untuk mengelabui kita, maka berhati2 lah!



1. cinta dulu-dulu : nak cakap " saya sayang awak" @ " i love you" pakai surat. surat mesti letak bedak banyak2 bagi wangi.

cinta sekarang-sekarang : nak cakap " saya sayang awak" @ " i love you" pakai handphone je. taip je then tekan send. facebook pun boleh. post je kat wall. ada lagi ke orang pakai surat? errr.. ;p

2. cinta dulu-dulu : nak gambar bf/gf? kena la tunggu surat. kalau ada bagi gambar, ada lah. kalau tak de? tu pun sekeping je. yang tu la bawak pegi makan. yang tu la simpan bawah bantal. yang tu lah bawak pegi mandi.

cinta sekarang-sekarang : nak gambar bf/gf? send je mms. hahh? berapa banyak nak? cakap je.. kat facebook pun ada. tu pun kalau tak private..

3. cinta dulu-dulu : bila bf pegi masuk askar, jiwa gf yang kena tinggal kat kampung lagi kental beb! setia menunggu.

cinta sekarang-sekarang : bila gf/bf pergi sambung belajar. jauh pulak tu. nak macam sedih gila pulak kan? meraung siang malam. jauh dengan famili tak de pulak macam tu. kalau yang setia, setia la. kalau yang tak setia? gud bye la sayang..

4. cinta dulu-dulu : panggilan --> kanda-dinda. abang-sayang.

cinta sekarang-sekarang : panggilan--> b-sayang. bie-baby. honey-bee.. erkk?? ;p

5. cinta dulu-dulu : kalau rindu nak jumpa--> "nanti kita jumpa bawah pokok kelapa ye.."

cinta sekarang-sekarang : kalau rindu nak jumpa--> " sayang, webcam jom!"





aku just share ape yang ade dalam folder hardisk aku..kat mane sumber aku tak sure plak..


CINTA SAMPAI KE SYURGA

  4 comments    
categories: 

  





Ya Allah,
Damaikan hati yang gundah ini,
Sungguh, aku tak dapat menahan rasa cinta ini dari terus berputik,
Kau Maha Tahu akan isi hatiku,
Sampaikanlah rasa cinta ini pada dirinya,
Aku takut apakah cinta ini akan diterima,
Kerna aku hanya orang biasa...




Ya Allah,
Hidupkan hatiku dengan kehidupan hati kekasihMu,
Hidupkan rohku dengan kehidupan roh kekasihMu,
Hidupkan akalku dengan kehidupan akal kekasihMu,
Hidupkan keperibadianku dengan keperibadian kekasihMu,
Hidupkan jasadku dengan adab, sunnah dan hukum hakam kekasihMu,
Hidupkan seluruh kehidupanku dengan kehidupan seluruh diri kekasihMu




Ya Allah,
Aku akan menziarahi masjid tempat kekasihMu bersemadi,
Datang kerana rindu dan cinta pada kekasihMu,
Datang kerana ingin beribadah di masjid mulia itu,
Terimalah aku sebagai tetamu bumi barokah itu,
Sampaikan rasa cinta ini pada kekasihMu Ya Allah,
Moga cinta ini mampu membawaku ke syurga.

thanks for reading this entry..



love,
aznishamsuddin