Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi kan

  No comments    
categories: 





Kawan makan kawan menjadi persoalan kepada aku. Mengapa ia berlaku? adakah mereka-mereka ini tidak punya perasaan? susah nak jelaskan ape yang berlaku sekarang tapi kalau ada yang pernah baca entry aku sebelum nie mengenai Jangan Rampas Cinta Orang Lain mungkin memahami keadaan yang sedang aku rasai..bukan aku mengadu dan mencanang tapi aku sekadar meluahkan apa yang aku rasa dan aku alami..mungkin dengan cara begini aku dapat mengurangkan sedikit kekecewaan yang aku alami..





dalam kes yang aku alami kini boleh diibaratkan macam kawan makan kawan..aku tak tahu mana silap aku selama ini aku kenal orang tue..walau pun tak rapat tapi pernah sekatil sebantal..dan bila terjadi pada aku..aku rasa cukup terkilan..sedangkan orang tue tahu aku dan dia dan yang paling penting adik angkat kepada dia..kenapa mesti nak merebut dan merampas kebahagian yang aku alami..takde hati perasaan ke ??? atau orang tue memang saje nak kami merana dalam hubungan yang kian bergoncang..mungkin kini  orang tue tak rasa..tapi mungkin suatu hari kau atau keturunan kau akan mengalami apa yang aku pernah alami..aku tak minta tapi aku nak orang tue fikirkan sejenak ape dia rasa kalau orang yang dia sayang orang lain ambil..



memang orang cakap " alaaa baru pakwe bukan suami isteri pun lagi "..yesss i know it tapi kalau tak elak dari sekarang esok lusa dah kawin kalau dia ganggu hubungan suami isteri pulak..lagi lah nazak nak repair hubungan..lagi kencang bergaduhnya kan..elok-elok dirikan masjid lepas tue becerai berai pulak disebabkan orang ketiga..orang ketiga pulak kawan kita..so dari sekarang lah kita nak jaga...macam desperate sangat bunyinya kn..tak kena boleh lah cakap..cuba dah kena..baru tau umpphhh ke tidak penangan orang ketiga nie...



nak dijadikan cerita yang serba ringkas macam nie..dengan izin Allah kalau aku tak bukak facebook aritue sampai sekarang aku tak tahu kes nie..dan aku tak tahu selama nie aku diperbodoh-bodohkan oleh orang yang aku percaya..cuba korang bayangkan bila orang yang korang sayang bergambar berdua dengan orang lain..kemaen kepit lagikk..sakit hati kan..yess!! macam tue jugak lah aku rasa..sangat sakit..bila kite tanye orang tue boleh pulak dia cakap "joyah tak tahu akak dengan dia..akak kapel lagi ke dengan dia"..wah wah panas betul  hati aku nie bila statement dia bagi..boleh pulak cakap tak tahu..sekarang nie aku tak salahkan satu belah pihak je tapi aku salah kan kedua-dua pihak..bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi kan..so sekarang nie memang nampak sangat lah dalam kebaikan kesetiaan serta kepercayaan yang aku bagi selama nie kecurangan je yang aku dapat balik..



tapi lumrah dunia juga ada dikalangan kita yang baik-baik dan ada juga yang jahat. Namun hampir semua kita lebih tajam ingatan apabila orang melakukan kejahatan terhadap kita berbanding kebaikan. Kejadian dunia kadang-kadang menyebabkan kita keliru dengan apa yang berlaku di sekeliling kita..so cepat-cepat lah berlalu semua nie..aku dah malas nak dengar semua alasan-alasan yang manis je..cukup lah..semak kepala aku dengan semua nie..ape yang berlaku aku akan cuba untuk terima walaupun agak pahit untuk aku telan...dan akhir sekali apa yang aku doakan......



"Ya Rabbul Fatihin
Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa
Ya Rabbul Izzati
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya"


thanks for reading this entry..



love,
aznishamsuddin

0 jejari comel:

Post a Comment

Thank you for taking your time to leave what your thoughts! Will respond as soon as possible!