sape tengok Drama Seindah Sakura ??? best kan..Suka lakonan Fasha Sandha & Fahrin Ahmad..Kelakar sangat..Gelak sorang-sorang kalau tengok..Buat mase nie baru 1 episod miss huhuhu..tapi takpe Tonton kan ade.. Untuk pengetahuan semua Drama Seindah Sakura adalah adaptasi dari novel. Drama Seindah Sakura arahan Zul Huzaimy dan menjalani pengambaran sekitar Kuantan, Pahang dan Kota Paris.Drama terbitan Temenggong Pictures ini menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Dato’ Eizlan Yusof, Eryna, Fimie Don dan Mak Mah serta pelakon-pelakon hebat yang lain.
Sinopsis Drama Seindah Sakura Slot Akasia TV3 versi Novel & Drama
Sinopsis Novel :
SHAKIRA terumbang-ambing akibat kemiskinan hidup dan hilang tempat bergantung. Airil yang hadir dengan perspektif negatif terhadap gadis itu, akhirnya berubah mencintainya dalam diam.
Sukar bagi Shakira untuk bahagia, lantaran ada hati yang dengki dan merancang balas dendam. Hati hitam milik Anida berjaya membuatkan cinta Shakira dan Airil ter halang hingga lelaki itu membawa diri meninggalkan Shakira terkapai-kapai keseorangan. Sejak itu, satu per satu badai datang melanda hingga hidup gadis itu tidak menentu.
Di universiti, Shakira menemui cinta baru, tapi malangnya dia sudah jadi milik orang lain. Demi kasih pada ibu, dia rela berkorban biarpun hatinya hancur bagai kaca berderai ke bumi.
Shakira cuba menjadi SEINDAH SAKURA meskipun harapan untuk mendapatkan kembali cinta sejati semakin mustahil. Namun, dia perlu percaya pada jodoh yang telah tersurat untuknya. Mungkin kita sengaja dipertemukan dengan cinta yang salah agar kita bersyukur setelah mendapatkan cinta yang sebenar...
Sinopsis Drama :
Menceritakan kisah sedih menyayat hati kehidupan Shakira (Fasha Sandha) yang terpaksa mengharungi pelbagai rintangan dan dugaan bersama neneknya sejak mereka ditinggalkan ibunya sejak kecil. Walaupun Shakira telah ditinggalkan oleh ibunya, dia terus tabah meneruskan kehidupan daifnya bersama nenek tersayang, nek kiah.
Shakira kini bakal menduduki peperiksaan SPM. Kadang kala, Shakira terpaksa ponteng sekolah kerana masalah kesihatan Nek Kiah (Mak Mah) yang memerlukan penjagaannya. Pada masa yang sama, sekolah Shakira juga menerima kemasukan cikgu baru, Airil (Fahrin Ahmad). Shakira yang selalu tidak hadir ke kelas membuatkan airil tertanya-tanya. Tapi tanpa soal selidik, Airil terus mendenda shakira.
Sehinggalah pada suatu hari Pak Jamil pergi berjumpa dengan pengetua sekolah untuk menceritakan tentang nenek Shakira dimasukkan ke hospital. Sejak itu barulah Airil mengetahui punca utama Shakira sering tidak hadir ke sekolah. Sejak Airil cuba memberi kata-kata perangsang dan menjadi peneman shakira semasa di hospital sehinggakan mereka mula menyimpan satu rasa di dalam hati masing-masing.
Datuk Malik (Dato’ Eizlan Yusof), bapa saudara kepada Airil merupakan seorang pengusaha kaya yang selalu bersedekah kepada anak yatim dan fakir miskin termasuklah Shakira. datuk malik jugak melayan Shakira seperti anaknya sendiri. Enam bulan telah berlalu dan Shakira telah selesai menduduki SPM. Satu hari tu Datuk Malik kelihatan resah dan punya masalah. Apabila ditanya Shakira, Datuk Malik sebenarnya mahu melamar Shakira. Shakira amat terkejut.
Apa akan terjadi seterusnya? Adakah shakira akan berkahwin dengan Datuk Malik demi membalas jasa lelaki yang dianggap seperti ayahnya? Ataupun Shakira akan menunggu kepulangan cinta pertamanya iaitu Airil? Siapa yang menjadi pilihan Shakira?
Lagu Buatku Di Sana (Mafa berduet bersama Ronnie OIM)
Lagu Harapan Hyper Act
thanks for reading this entry..
love,
aznishamsuddin
0 jejari comel:
Post a Comment
Thank you for taking your time to leave what your thoughts! Will respond as soon as possible!