Showing posts with label bahaya ibu hamil ambil bahan kosmetik terlarang. Show all posts
Showing posts with label bahaya ibu hamil ambil bahan kosmetik terlarang. Show all posts

9 JENIS KOSMETIK YANG TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEMASA HAMIL

Wanita dan kecantikan memang tak boleh dipisahkan. Walaupun sedang berbadan dua, keinginan untuk jaga kecantikan wajah tetap sama kecuali memang menghadapi alahan tak ada 'mood' hendak melaram seperti biasa.

Tetapi awas, bila anda mengandung bukan sembarangan kosmetik yang ada di pasaran boleh anda gunakan. Sesetengah kosmetik ada mengandungi bahan-bahan tertentu yang boleh memberi kesan buruk kepada bayi dalam kandungan.

Jangan mudah terpedaya dengan janji yang diberikan oleh jurujual iaitu boleh mengurangkan masalah kulit wajah yang dihadapi ketika hamil. Dr Zubaidi Hj Ahmad dalam facebook beliau telah memberikan beberapa senarai bahan-bahan terlarang yang tidak boleh digunakan oleh wanita hamil.

Jadi, selepas ini pastikan anda sentiasa membaca label untuk memeriksa apa bahan dalam produk kosmetik yang hendak dibeli.


KOSMETIK YANG TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEMASA HAMIL

Perhatikan pada label dan bercakap dengan ahli farmasi yang bertugas ketika membeli bahan kosmetik yang dijual di farmasi.

Ini bagi mengurangkan risiko kemudaratan ketika hamil, elakkan kosmetik yang mengandungi bahan-bahan ini.

1. Aluminum chloride hexahydrate: Terutama pada deodorant dan spray  antiperspirant.

2. Beta hydroxy acids: Salicylic acid, 3-hydroxypropionic acid, trethocanic acid and tropic acid pada kream pemutih muka.

3. Kream sunscreens: Avobenzone, homosalate, octisalate, octocrylene, oxybenzone, oxtinoxate, menthyl anthranilate and oxtocrylene.

4. Diethanolamine (DEA): terdapat pada shampoo.

5. Rebonding rambut. Bahan kimia yang meluruskan rambut mengandungi  formaldehyde, quaternium-15, dimethyl-dimethyl (DMDM), hydantoin, imidazolidinyl urea, diazolidinyl urea, sodium hydroxymethylglycinate, and 2-bromo-2-nitropropane-1,3-diol (bromopol).

6. Bahan pemutih kulit seperti hydroquinone, idrochinone and quinol/1-4 dihydroxy benzene/1-4 hydroxy benzene.

7. Bahan plastik dan pengawet mengandungi  propyl, butyl, isopropyl, isobutyl dan methyl parabens.

8. Bahan plastik dan pewangi sentetik mengandungi diethyl dan dibutyl phthalates.

9. Ubat jerawat dan pembersih muka  Vitamin A, retinoic acid, retinyl palmitate, retinaldehyde, adapalene, tretinoin, tazarotene dan isotretinoin.

Dan banyak lagi...

#DrZubaidiHealth