Bismillah.
Sedikit perkongsian yang bagus untuk di ambil tahu untuk ibu atau bakal ibu . Mencegah lebih baik !! Perkongsian ini di kongsi oleh seorang doktor mengenai pergerakan baby sebenar di dalam kandungan.
Ramai yang bertanya-tanya. Tak boleh nak jawab dalam FB messenger tu sebab banyak sangat soalan. Inilah jawapan saya letak di sini.
Naluri ibu mengandung boleh menyelamatkan anaknya.
A mother's instinct can save her baby.
Apabila kami menyampaikan berita sedih kepada ibu mengandung yang janin di dalam kandungannya tu sudah meninggal dunia, seringkali kami bertanya dahulu kepada ibu berapa lamakah janin itu tidak bergerak. Memang lebih dari setengah ibu yang kehilangan zuriatnya mengaku merasai pergerakan janin sudah mula berkurangan dua tiga hari sebelum dia meninggal. Bila mereka datang ke kelinik ibu hamil kerana janinnya sudah berhenti bergerak, mereka sudah terlambat.
Minggu lepas, pelajar perubatan saya membentangkan kisah seorang ibu mengandung yang mengadu pergerakan janinnya tidak cergas seperti biasa (reduced fetal movements).
Saya pun menguji pelajar saya "Apakah maksudnya 'reduced fetal movements'? "
Dengan penuh keyakinan, pelajar saya menjawab "Pergerakan janin kurang daripada 10 kali dalam tempoh 12 jam, selepas minggu ke 28 kehamilan"
Saya pun terjumpa video ni dan tunjuk kepada pelajar saya (saya letak link kepada video di bahagian comment). Saya suruh dia kira. Berapakah tempoh masa janin ini membuat 10 pergerakan? Waaaah tak sampai pun 20 saat !
Memang ramai orang salah sangka.
Salah sangka pertama: Mana depa belajar yang 10 pergerakan dalam 12 jam itu mencukupi? Sedangkan kajian menunjukkan (seperti di dalam video), jumlah purata pergerakan janin dalam masa satu jam saja ialah 31 kali, untuk janin yang matang (37 minggu kehamilan ke atas).
Mungkin ibu sibuk berkerja dan tidak selalu merasai pergerakan janinnya. Tetapi selama 7-9 bulan mengandung, ibu lah yang paling memahami watak dan ciri pergerakan janinnya. Bila kami menasihatkan ibu memantau pergerakan janin, kami menggalakkan ibu mencatat, di waktu yang sama setiap hari, berapakah tempoh masa merasai 10 pergerakan (Mother's perception of fetal movement).
Jika selalunya ini mengambil masa 3 jam, tetapi pada satu hari ini mengambil masa yang lebih lama daripada biasa, dan ibu merasa yang janin tidak cergas seperti biasa, silalah datang berkunjung ke hospital bersalin pada hari yang sama juga. Sebenarnya, tak payah pakai atau catat dalam fetal kick chart tu pun tak apa, asalkan ibu perasan bila pergerakan janinnya mula berubah dan tidak seperti kebiasaannya.
Salah sangka kedua: Ada pulak yang mengatakan bila janin sudah matang dan sudah sampai ke 'Estimated Due Date' iaitu tarikh dijangka akan bersalin, tidak ada tempat didalam rahim untuk janin bergerak maka pergerakannya akan berkurangan. Pada hakikatnya, pergerakan janin tidak sepatutnya berkurang, dan bila janin tidur, tempoh masa tidurnya tidak sepatutnya melebihi 90 minit.
Di antara semua kaedah yang tersedia ada untuk memantau kesihatan janin, naluri ibu juga lah yang penting, tidak ada penggantiannya.
Jika anda bimbang pergerakan janin kurang daripada biasa, walaupun terdapat lebih daripada 10 kali dalam tempoh 12 jam, kami akan mengawas nadi jantungnya (fetal heart rate pattern) dengan CTG dan menilai pembesaran janin dengan ultrasound scan. Jika didapati ada masalah, kami akan bersedia untuk melahirkan anak anda.
Sememangnya naluri ibu, mother's instinct, mother's perception, itu penting, dan boleh menyelamatkan anaknya
sumber
Imelda Balchin
https://www.facebook.com/imelda.balchin
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10154472312861659&id=679746658