Showing posts with label Hamil selepas bersalin. Show all posts
Showing posts with label Hamil selepas bersalin. Show all posts

"Jangan Jadi Kufur Nikmat "

  5 comments    
categories: ,

Assalamualaikum semua warga iih.. Saya selalu baca post dkt wall iih tentang ibu2 yg kononnya sedih & blm bersedia bila disahkan mengandung ketika ank masih kecil.. Siap ada yg mntk pndpt & tips utk menggugurkan kandungan.. Nauzubillahi min zaalik.. 😢😢 sy ada 1 cerita yg mungkin blh dijadikan iktibar utk diri sy sendiri & ibu2 semua..

Pd bln februari yg lalu sy menghadiri kursus d melaka selama seminggu.. Ketika itu sy sdg mengandungkan ank ke2 8 bln.. Slps mndftr d hotel sy mendapat bilik bersama seorng kakak yg berasal dri johor..

Roomate sy tersebut sgt baik.. Beliau sllu berpesan kpd sy supaya menjaga kandungan dgn baik, dan sentiasa mendoakan yg baik utk kandungan sy.. Alhamdulillah.. Sy menganggap pesanan & doa2 tersebut adalah dari seorang ibu yg mempunyai byk pengalaman memandangkan umur beliau lbh tua drpd sy 9 tahun (merujuk kpd nombor ic pd tag nama yg dipakai ketika kursus) 😁..

Pd hari ke3 kursus, ketika sdg berborak sblm tdo barulah roomate sy menceritakan kisah hidupnya.. Beliau mempunyai seorang ank syurga.. Jika anaknya masih hidup umurnya pd tahun ini 8 tahun.. Anknya meninggal dunia ketika berumur setahun 2 bln kerana demam panas.. Ketika anak beliau berusia 4 bln, beliau disahkan hamil ank ke2.. Beliau sgt terkejut dgn kandungan tersebut dan sentiasa berharap agar kandungan tersebut gugur.. Beliau lngsung tdk menjaga pemakanan malah turut mkn makanan2 yg bahaya bg ibu mengandung.. Akhirnya keinginan beliau menjadi kenyataan apabila kandungannya gugur ketika berusia 14 minggu..

Namun takdir Allah, ketika anaknya berusia setahun 2 bln, anaknya diserang demam panas & meninggal dunia selepas hampir seminggu ditahan d hospital.. Sehingga kini hampir 8 tahun lbh menunggu, beliau masih blm dikurniakan ank slps ank sulungnya meninggal dunia.. Beliau menganggap mungkin itu adalah kafarah dosa buatnya kerana tlh menolak rezeki ank ke2 yg tlh dikurniakan utknya dan sgt menyesal dgn apa yg tlh terjadi.. 😔😔

Kata2 beliau yg membuatkan sy igt hingga hari ini, jgn jadi manusia yg kufur nikmat.. Allah blh memberikan rezeki pada sesiapa sj dan bila2 masa yg DIA nak.. Tp jgn lupa, Allah jgk blh tarik semula rezeki yg DIA tlh berikan drpd sesiapa dan bila2 masa yg DIA nak.. 😢😢😢

💘🌸To my ex roomate, kak A, dan ibu2 yg masih blm dikurniakan zuriat, sy doakan semoga Allah menghadirkan rezeki ank dlm rahim  kalian... Aminn🌸💘