Review Filem SAM

  1 comment    
categories: 
Assalamualaikum dan selamat sejahtera :P


Walaupun dah lama dah tengok cerita nie tapi dek terlalu sibuk hehehe baru hari nie nak review filem nie hehehe..ape pun tahniah buat Syafiq Yusof kerana menghasilkan filem yang lain dari yang lain..Ternyata beliau seorang pengarah yang berbakat serta sangat kreatif..Kalau sebelum nie ramai yang buat cerita hantu dan gangster je kan..lepas tue unsur komedi serta seram sejuk plus cinta cintun yang meleret-leret kan..berlainan dengan pengarah muda nie..mula-mula memng taknak tengok cerita nie tapi bila dah baca review dari blogger-blogger lain tue yang rasa ingin menonton membuak-buak..




Sinopsis SAM :

Shaheizy Sam sebagai Sam mempunyai impian untuk berkahwin dengan teman wanitanya Lisa, lakonan Lisa Surihani. Lisa yang mempunyai wajah jelita digilai ramai lelaki lain termasuk Haikal yang psycho lakonan Azad Jazmin. Ramai yang mencemburui kemesraan Sam dan Lisa yg habis2 loving couple gitu. Makcik-makcik mesti jeles tengok mereka. Haha. Genre filem ni secara tepatnya adalah romantic psychological thriller. Babak-babak awal masih lagi mengetengahkan karektor Sam yang kelakar dan romantik. Jadi, penonton akan mula tertanya-tanya, mana psycho thriller nye? Ahah! Tercetus apabila berlaku pergaduhan di antara Sam dan Haikal di pejabat, sehingga Haikal bersumpah akan membunuh Sam. Nak tahu selanjutnya, kena la tgk.



Review Filem SAM

Permulaan cerita yang sempoi dan santai lepas tue ade unsur saspen serta sedikit aksi kira cukup lah rasa dalam filem nie..Pemilihan pelakon yang hebat amat tepat sekali serta lakonan Lisa & Sam yang sangat sweet hehehe tetapi kebahagian mereka dicemburui oleh Haikal dan membuatkan Haikal berasa Sam tidak layak untuk Lisa..Banyak kejutan dihujungnya. Teknik pengarahan yang baik telah berjaya menonjolkan kehebatan filem tersebut. Antara scene yang paling menarik ialah semasa scene aksi. Tiada siapa yang boleh sangka cerita akan berakhir sebegitu. Cukup menarik! ape lagi pergi lah terjah pawagam yang terdekat dengan korang..




SAM : Suka Aku Menonton


thanks for reading this entry..
love,
aznishamsuddin
 campaign image  

1 comment:

  1. wah..jemput baca review kami di www.kakiwayang.com ye...=)

    ReplyDelete

Thank you for taking your time to leave what your thoughts! Will respond as soon as possible!