gilerrr ke tunggu bas sekolah pukul 4 pagi??

  4 comments    
categories: ,
Tumblr_lx178iygpk1r7uftso1_500_large

bangun pagi teruus mandi..pastue siap-siap..duduk dekat meja makan..dengan sarapan pagi nasi goreng air tangan makcik aku..aku?? jangan harap laa aku na bangun pagi nak buat sarapan..sambil makan borak-borak dengan makcik pastue teringat time sekolah dulu..aku penah tunggu bas pukul 4 pagi..apa kejadahnya tue pegi awal..hahahaha

alkisahnya camnie..dek kerana tidur lambat pastue tersedar tengok jam dah pukul 6.45..masa tue aku form 5..aku bangun cam orang gila pastue berlari ke bilik air cam tak pijak lantai..siap sehabis laju lepas tue amek kasut berlari pegi tunggu bas dengan kasut pakai pun separuh kaki je..stokin sumbat dalam kocek baju..tunggu bas sambil da takut sebab pagi tue sunyi jekk..da la sorang-sorang..yang aku pelik kalau ada kereta ke lori ke mesti hon kat aku..

aku tunggu punya tunggu..



tiba-tiba aku dengar orang panggil..lalu aku toleh ke belakang..dan aku nampak 1 lembaga menuju ke arah aku..laaa abah aku rupanya..



abah : balik lah,,awal lagi nie..baru pukul 4.15..

aku : hah????


kami pun balik..aku dah blur tapi malu ea jugak..sampai umah mak aku pun da gelak-gelak..aku masuk bilik tengok jam..rupa-rupanya jam aku terbalik..jarum pendek pukul 3 jarum panjang pukul 6..sebab tue aku ingat dah 6.45..adoiii tue la tidor lewat lagi..aku pun ape lagi sambung tido dengan seragam sekolah..huahuahua..kiranya aku dah subuh tadi tapi hapah tak masuk waktu pun lagi huhuhu

Review : KERAMAT

  2 comments    
categories: 

PENGARAH : Azhari Mohd Zain

PELAKON : Zul Handy Black..Rebbeca Nur Islam..Mon Ryanti..Adey Syafrien..Putri Mardiana..Diana Amir.



Sinopsis Filem KERAMAT

“Di tahun 1900, seorang lelaki bernama Habib telah difitnah merosakkan kehormatan Mustika. Akibat dari itu, Habib telah dikerumuni dan dipukul oleh orang kampong diketuai oleh Jabar, abang kandung Mustika. Habib yang merupakan bukan calang-calang orang terus dipukul dan kain yang selama ini menutupi wajahnya ditarik oleh orang kampong dan berlakulah satu peristiwa yang amat dahsyat di mana semua penduduk kampung mati dek cahaya terang yang terpancar dari wajah Habib.

Di zaman ini, kehidupan dua beradik iaitu Nazmir dan Nasti mula dihantui pelbagai pertistiwa pelik dan menyeramkan bermula dengan kehilangan bayi yang dikandung Syazura, isteri Nazmir. Sejak itu, seorang demi seorang ditimpa pelbagai peristiwa di luar fikiran termasuk Munirah, Isteri Nasti. Keinginan Syazura untuk pulang ke kampong halaman suaminya menjadikan keadaan bertambah rumit. Satu persatu rahsia terbongkar dan mendedahkan sebuah sejarah yang mengejutkan Nazmir, Syazura, Nasti dan Munirah. Siapa sebenarnya dalang dalam perkara ini dan apakah rahsia tersebut?“


Pandangan aku tentang cerita nie lakan..cerita nie bukan terlalu seram sampai kaki naik atas kerusi,jari jemari menutup mata tapi aku suka efek hantu dan kangkangan si Rabecca semasa rasukan memang seram serta Mon Ryanti yang membawa watak Munirah bagi aku sangat terserlah. Terutamanya babak dia dirasuk siap cium tiang rumah lagi. Memang timbul efek seram di situ dan giler hebat..pastue apa yang aku nampak adegan Munirah masuk ke ladang tebu tu nampak jelas menunjukkan tebu tersebut sengaja ditanam.Sebatang-sebatang tebu..jarak-jarak lak tue..

Nak tahu apa kesudahan filem Keramat ney, apa kata korang sendiri yang menonton filem ney..sedang ditayangkan di pawagam-pawagam berhampiran korang!!.

Tangisan bayi di pagi hari..

  2 comments    
categories: ,


ini kisah benar yang aku alami pagi tadi..semoga menjadi iktibar kepada semua..huhuhuhu


pukul 5.52 pagi,,mata dah tak boley lelap..nak bangun awal lagi rasanya..pusing kiri salah pusing kanan salah..serba tak selesa..mata pun dah terkebil-kebil dalam samar-samar cahaya dari luar..nak bangun cas nset pun rasa malas..tiba-tiba terdengar tangisan baby..semakin kuat dan kuat..aku amati dari arah mana suara tangisan baby itu..dalam ati aku takkan ada orang anak kot..aku bangun untuk keluar bilik dan mencari mane arah tangisan tue tapi bila aku melangkah keluar je..tibe tangisan itu hilang..


aku masuk bilik dan tiba-tiba rasa nak terkucil sangat dah alang-alang ambil tuala untuk mandi sekali...
selang 5 minit kemudian tangisan itu muncul kembali..apa lagi mandi laju-laju lah..aku masuk bilik abaikan tangisan itu..aku tengok bilik makcik aku gelap lagi,,makcik aku tak bangun lagi la tue..yang lain pun tak bangun lagi..azan subuh kedengaran sgam-ngam aku siap mandi..aku pun siap terus la..bila aku keluar aku nampak makcik aku dah kat dapur..tiba-tiba tangisan itu kembali lagi..aku pandang makcik aku..dan kami pun saling berpandangan..muka masing-masing dah blur jek..aku pergi ke ruang tamu dan bunyi itu makin dekat..aku pergi ke arah suatu sudut kabinet dan aku nampak satu cahaya berkelip-kelip dan terasa vibrate lak tue..

rupa-rupanya alarm bangun pagi nset pakcik aku daaaa..patut la asyik menangis jek..orang tak bangun-bngun lagi..hampeh..hahahahaha


makcik aku pun terkejut gak..dan kami pun ketawa..hilang semua persoalan di dalam otak nie haaa....
ntah bila pulak pakcik aku nie guna alarm tangisan baby..menakutkan orang jek..

mimpi kawen??nak kawen dah ke???..

  2 comments    
categories: ,

malam tadi tido awal..lebih kurang pukul 9 lebih...pastue mimpi..mimpi kawen lak tue..kawen dengan enche bakal la..pastue siap da akad nikah tema merah lak tue,,bergamba bagai lah..sampai majlis siap..bila malam pulak da masuk bilik..tapi aku terus terjaga hehehe..nasib baik sempat terjaga..lebih kurang pukul 3 pastue sambung tido balik..bangun tido pagi terus text enche bakal..enche bakal terus balas alhamdulillah..

yang musykil sekarang nie apa makna mimpi kawen nie..tadi search kat google hanya jumpa beberapa je info sal mimpi kawen nie..ada yang cakap dapat kemuliaan la,,keberkatan la,,kekayaan la..ada jugak yang cakap akan dapat sedikit kekurangan la..tapi apa apa pun mimpi nie kan mainan syaitan so jangan percaya sangat la kan..hehehe tapi cam best jek kan kawen nie..heeee

Tidur yang dapat pahala

  2 comments    
categories: 
Antara sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 33 kali.

4. Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. Kemudian baca bismillahirrahmanirrahim 21 kali. Barangsiapa membaca bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya
terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
Ambil wudhu’ sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

6. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

7. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi. Banyak lagi sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur. Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tak menimbulkan fitnah.

Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, di bawahnya Syaitan/ Jin Betina. Tidur bogel atau tak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai bapa-bapa angkat mereka ketika kita bersetubuh dulu.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda : Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri.

Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang . Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang .Bukan itu sahaja , tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adab-adab dalam Islam antaranya : -

1. Berwuduk
Sebaik-baik gosok gigi anda sebelum masuk tidur . Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati . InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis .


2. Perut Tak Terlalu Kenyang
Pastikan perut anda tak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam. Bukan sahaja tak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu . Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun .


3. Mengingati Kesilapan
Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian. Sekiranya anda melakukan perkara-perkara yang baik, tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik. Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar, berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T.


4. Membaca Doa dan Surah Tertentu
Ketika ingin melelapkan mata, amalkan membaca doa atau surah-surah tertentu terlebih dahulu. Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat.Rasulullah S.A.W sering mengamal membaca surah Al Ikhlas, Al Falaq dan Al-Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua-dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai. Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut-turut.


5. Berazam Untuk Bangun Awal
Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al-Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal. Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh .


6. Bangun Pagi
 Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami . KepadaNya kami akan dibangkitkan. Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot-otot badan.