Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

gilerrr ke tunggu bas sekolah pukul 4 pagi??

  4 comments    
categories: ,
Tumblr_lx178iygpk1r7uftso1_500_large

bangun pagi teruus mandi..pastue siap-siap..duduk dekat meja makan..dengan sarapan pagi nasi goreng air tangan makcik aku..aku?? jangan harap laa aku na bangun pagi nak buat sarapan..sambil makan borak-borak dengan makcik pastue teringat time sekolah dulu..aku penah tunggu bas pukul 4 pagi..apa kejadahnya tue pegi awal..hahahaha

alkisahnya camnie..dek kerana tidur lambat pastue tersedar tengok jam dah pukul 6.45..masa tue aku form 5..aku bangun cam orang gila pastue berlari ke bilik air cam tak pijak lantai..siap sehabis laju lepas tue amek kasut berlari pegi tunggu bas dengan kasut pakai pun separuh kaki je..stokin sumbat dalam kocek baju..tunggu bas sambil da takut sebab pagi tue sunyi jekk..da la sorang-sorang..yang aku pelik kalau ada kereta ke lori ke mesti hon kat aku..

aku tunggu punya tunggu..



tiba-tiba aku dengar orang panggil..lalu aku toleh ke belakang..dan aku nampak 1 lembaga menuju ke arah aku..laaa abah aku rupanya..



abah : balik lah,,awal lagi nie..baru pukul 4.15..

aku : hah????


kami pun balik..aku dah blur tapi malu ea jugak..sampai umah mak aku pun da gelak-gelak..aku masuk bilik tengok jam..rupa-rupanya jam aku terbalik..jarum pendek pukul 3 jarum panjang pukul 6..sebab tue aku ingat dah 6.45..adoiii tue la tidor lewat lagi..aku pun ape lagi sambung tido dengan seragam sekolah..huahuahua..kiranya aku dah subuh tadi tapi hapah tak masuk waktu pun lagi huhuhu

Tangisan bayi di pagi hari..

  2 comments    
categories: ,


ini kisah benar yang aku alami pagi tadi..semoga menjadi iktibar kepada semua..huhuhuhu


pukul 5.52 pagi,,mata dah tak boley lelap..nak bangun awal lagi rasanya..pusing kiri salah pusing kanan salah..serba tak selesa..mata pun dah terkebil-kebil dalam samar-samar cahaya dari luar..nak bangun cas nset pun rasa malas..tiba-tiba terdengar tangisan baby..semakin kuat dan kuat..aku amati dari arah mana suara tangisan baby itu..dalam ati aku takkan ada orang anak kot..aku bangun untuk keluar bilik dan mencari mane arah tangisan tue tapi bila aku melangkah keluar je..tibe tangisan itu hilang..


aku masuk bilik dan tiba-tiba rasa nak terkucil sangat dah alang-alang ambil tuala untuk mandi sekali...
selang 5 minit kemudian tangisan itu muncul kembali..apa lagi mandi laju-laju lah..aku masuk bilik abaikan tangisan itu..aku tengok bilik makcik aku gelap lagi,,makcik aku tak bangun lagi la tue..yang lain pun tak bangun lagi..azan subuh kedengaran sgam-ngam aku siap mandi..aku pun siap terus la..bila aku keluar aku nampak makcik aku dah kat dapur..tiba-tiba tangisan itu kembali lagi..aku pandang makcik aku..dan kami pun saling berpandangan..muka masing-masing dah blur jek..aku pergi ke ruang tamu dan bunyi itu makin dekat..aku pergi ke arah suatu sudut kabinet dan aku nampak satu cahaya berkelip-kelip dan terasa vibrate lak tue..

rupa-rupanya alarm bangun pagi nset pakcik aku daaaa..patut la asyik menangis jek..orang tak bangun-bngun lagi..hampeh..hahahahaha


makcik aku pun terkejut gak..dan kami pun ketawa..hilang semua persoalan di dalam otak nie haaa....
ntah bila pulak pakcik aku nie guna alarm tangisan baby..menakutkan orang jek..

babaiii makkk...

  1 comment    
categories: 
Suatu petang yg suhu nye suam2 kuku,, di sebuah 'supermarket'..Seorang lelaki muda tengah berjalan
di bahagian barang-barang dapur apabila dia terperasan seorang perempuan tua yang tengah memandangnya dengan mata yang tak berkelip-kelip.

Lelaki muda itu pun terasa pelik..dia terus berjalan ke bahagian buah-buahan tapi dari ekor matanya dia perasan lagi yang perempuan tua tu masih juga memandang dan mengekorinya. Last-last lelaki tu pun buat dek jer, sebab dia ingat dia yang perasan.

Lepas mengambil dua tin sardin dan lima biji epal, lelaki muda tu pun berjalan menuju ke kaunter untuk membayar barang-barangnya tetapi di pertengahan jalan perempuan tua tadi tuh cepat-cepat memintas dan berdiri di depannya.

"maafkan makcik nak!!" kata perempuan itu. "Makcik minta maaf bebanyak kiranya anak tak selesa dengan pandangan makcik tadi. Makcik bukannya apa, cuma wajah anak ni serupa macam arwah anak makcik yang meninggal bulan lepas" Mendengarkan kata-kata perempuan tua itu barulah dia faham kenapa perempuan itu asyik aje memandangnya. Timbul rasa kesian di hati lelaki itu.

"Oh, begitu ke ceritanya makcik? maaflah saya tak tahu. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" tanya lelaki muda itu.

"Aaaa.... mak cik ada satu permintaan kecil kalau anak tak keberatan" kata perempuan itu. "... bila makcik dah nak jalan keluar boleh tak anak lambai dan cakap 'babai...mak!!'? Terubat betul rindu makcik jika anak dapat tolong sebab arwah anak makcik selalu buat macam tuh pada makcik".

"Oh boleh... takde masalah" kata lelaki muda tu.


Setelah cashier memasukkkan semua barang-barangnya ke dalam plastik, perempuan tua itu pun berjalan keluar dan melambai tangannya ke arahlelaki muda itu. Lelaki muda itu pun melambaikan tangannya kembali dan melaung "Babai, mak!!!!".

Setelah memerhatikan perempuan tua itu hilang dari pandangan dengan hati yang kesian, lelaki itu pun
bergerak ke cashier untuk membayar barang-barangnya. "Jumlah semuanya RM130.70 ye encik," kata cashier supermarket tuh. Terkejut lelaki tu mendengar kata-kata cashier tuh.

"Eh, kenapa mahal sangat ni cik, saya beli barang sikit jer macamana pulak sampai seratus lebih ni?"
tanya lelaki itu.

"Habis tuh mak awak kata awak nak bayarkan untuk dia sekali!" kata cashier tuh.

"Haah???????!!!!"....




Moral of the story : Jangan terlalu percaya kat orang yang korang tak kenalll!!

Jururawat oh jururawat..

  No comments    
categories: 

Seorang jururawat di sebuah hospital sakit jiwa melihat salah seorang pesakitnya sedang menulis surat.

" Kau menulis surat untuk siapa? " tanya  jururawat  itu.
" Saya menulis surat untuk diri saya sendiri, " jawab si pesakit jiwa tenang..
" Jadi.. apa yang kau tulis? " tanyanya lagi.
" Mana saya tau? " jawab si pesakit.
" Saya kan hanya akan menerimanya pagi esok...!!"

:: sahabat xberapa sejiwa ::

  No comments    
categories: 
salam

hehehehe

kat sini aku story mory na kongsi

jom layan

ada tiga sahabat, satu kura2..satu lagi katak..yang last ulat gonggok.Suatu hari kura2 mengundang dua temannya kerumahnya buat jamuan kecil2an. So.. mereka bertiga buat le pesta kecil di rumah kura2. Setelah asyik borak, makan, minum and lain-lain...si katak berkata "Eh..dari tadi rasanya ada macam benda yang kurang la..korang perasan tak?....Ha ... patut..la rokok dah abis......."Kura2: "Iya la..sorryla gua lupa lak standby satu ....beli jer kat warong depan tuh!"Katak: "apsal aku plak......kau kan tuan rumah"Kura2: "ye la.... tapi bertahun la korang nak menunggu....siapa lagi cepat "Katak: "so kalau gitu mintak je ulat gongok tolong.... Kura2: "Oh iya ya.. ulat gongok tolong gi jap" Ulat Gonggok: "aiya.....korang ajela" Katak: "ala ..gi saja la kita orang dah undi kau" Akhirnya si Ulat gongok pergi juga untuk membeli rokok. Si Katak dan Kura2 menunggu ......Lima minit menunggu...si Ulat gongok tak tiba juga...10 minit..20 minit...satu jam..dan sampai tiga jam Ulat gongok masih tak timbul-timbul.Katak: "Ulat gongok pegi mana hah tak sampai-sampai..?" Kura2: Iye la .. risau jugak, jom kita cari!" Katak: "Jom..!"Bila jer kura2 buka pintu...Ulat gongok sudah pun berada di depan pintu.Kura2: "Hah tu pon dia..!" Katak: "...mana rokoknya..mulut aku dah kering sangat ni..?!" U.G.: "..apa rokok-rokok...aku jalan pon belom..!!" Katak: " Haah tak bergerak lagi ...jadi dari tadi buat apa...? "U.G.: "Yeeeeeeeeelaaaaa..korang tak nampak ke ni...aku tak abis lagi PAKAI KASUT..!!!!!"