Review : KERAMAT

  2 comments    
categories: 

PENGARAH : Azhari Mohd Zain

PELAKON : Zul Handy Black..Rebbeca Nur Islam..Mon Ryanti..Adey Syafrien..Putri Mardiana..Diana Amir.



Sinopsis Filem KERAMAT

“Di tahun 1900, seorang lelaki bernama Habib telah difitnah merosakkan kehormatan Mustika. Akibat dari itu, Habib telah dikerumuni dan dipukul oleh orang kampong diketuai oleh Jabar, abang kandung Mustika. Habib yang merupakan bukan calang-calang orang terus dipukul dan kain yang selama ini menutupi wajahnya ditarik oleh orang kampong dan berlakulah satu peristiwa yang amat dahsyat di mana semua penduduk kampung mati dek cahaya terang yang terpancar dari wajah Habib.

Di zaman ini, kehidupan dua beradik iaitu Nazmir dan Nasti mula dihantui pelbagai pertistiwa pelik dan menyeramkan bermula dengan kehilangan bayi yang dikandung Syazura, isteri Nazmir. Sejak itu, seorang demi seorang ditimpa pelbagai peristiwa di luar fikiran termasuk Munirah, Isteri Nasti. Keinginan Syazura untuk pulang ke kampong halaman suaminya menjadikan keadaan bertambah rumit. Satu persatu rahsia terbongkar dan mendedahkan sebuah sejarah yang mengejutkan Nazmir, Syazura, Nasti dan Munirah. Siapa sebenarnya dalang dalam perkara ini dan apakah rahsia tersebut?“


Pandangan aku tentang cerita nie lakan..cerita nie bukan terlalu seram sampai kaki naik atas kerusi,jari jemari menutup mata tapi aku suka efek hantu dan kangkangan si Rabecca semasa rasukan memang seram serta Mon Ryanti yang membawa watak Munirah bagi aku sangat terserlah. Terutamanya babak dia dirasuk siap cium tiang rumah lagi. Memang timbul efek seram di situ dan giler hebat..pastue apa yang aku nampak adegan Munirah masuk ke ladang tebu tu nampak jelas menunjukkan tebu tersebut sengaja ditanam.Sebatang-sebatang tebu..jarak-jarak lak tue..

Nak tahu apa kesudahan filem Keramat ney, apa kata korang sendiri yang menonton filem ney..sedang ditayangkan di pawagam-pawagam berhampiran korang!!.

2 comments:

Thank you for taking your time to leave what your thoughts! Will respond as soon as possible!