Showing posts with label macam-macam. Show all posts
Showing posts with label macam-macam. Show all posts

Blog di REMOVE dan di HACK??

  4 comments    
categories: ,




sekarang nie zaman makin maju..macam-macam orang boleh buat pada kita..macam contoh tibe-tibe Kak Nam bagitahu yang blog dia kena remove..tak ke pelik namanya..kalau nak tahu luahan hati kak nam selepas blognya di hack dan diremove boleh baca di sini..orang kalau dah tahu segala macam nie..benda yang kita tak jangka pun boleh jadi..so pada korang nie nak bagi tips sikit..


  • perkara yang paling mudah sekali..lepas korang dah daftar masuk ke dalam akaun korang tu atau dengan nama mesra nya LOGIN..pastikan korang logout atau signout atau nama mesra nya daftar keluar SEKIRANYA korang tak lagi menggunakan applikasi tu..jangan sesekali meninggalkan aplikasi tu tanpa korang logout..ianya akan memudahkan hackers untuk hack akaun korang..
  • benda lain yang korang perlu buat, jangan sesekali untuk tick atau check stay sign in..ni pun akan menyebabkan akaun anda di hack..mungkin ada sesetengah pengguna akan tick sebab mereka ingin kan kesenangan..kadang2 kesenangan yang kita kecapi bakal memudaratkan kita..ingat tu..
  • anda hanya perlu clear history browser anda selepas menggunakannya..terutama nya anda perlu clear cookie..
  • selalu tukar pasword blog..dan gunakan kata laluan yang berbeza  di setiap aplikasi dan sistem,,gabungkan nombor dan nama atau simbol pada pasword dan gunakan kata laluan yang panjang melebihi 8 abjad




cara ni bukan lah 100% cara mengelakkan akaun kita dari di hack..tapi sekadar nak mencegah tu boleh la..kan mencegah itu lebih baik dari mengubati..(*_*)



Alkisah Percintaan Di Laman Sosial

  No comments    
categories: 

 
couple, couple cute, cute, friendship, guitar 





Kena kejar dengan org tak waras!!

  4 comments    
categories: ,
507469487_large


Pernah tak kena kejar dengan org tak waras??aku penah tau..Aku kalau tak silap lah tahun 2005 sebab aku pergi tuisyen kat temerloh..tuisyen add math tue..ok sampai sblm pukul 10 agaknya lah..time tue awal pulak rasa..

Macm biasa tunggu kat bawah sebab tempat aku tuisyen tue kat atas..Tunggu punya tunggu tibe-tibe ada mamat nie lalu depan aku..sambil pegang sapu tangan..oke aku buad derk jela sebab tak kenal..

Lepas tue dia pusing balek dan berhenti depan aku..dia tanye nama aku diam..ealah org tak kenal kan...Pastue  dia  bg aku sapu tangan dia kat aku..tapi aku tak nak..pastue boleh plak dia tarik tangan aku suh aku terima..Aku ape lagi tarik tangan lepas tue lari..aku da xtau na lari mane..pastie lari ke dalam pekan sari ahad..aku tak toleh-toleh da..sambil nangis sambil lari wakaka..kesian aku..

Aku pegi kat gerai kawan aku..pergh nasib ada orang yang aku kenal..sebab dia  ada tolong arwah ayah  dia  berniaga ayam..aku cakap la ad org ikut aku pastue xna blah2..aku ingt da selamat dah rupa-rupa  dia  ikut aku sampai situ jugak..

Arwah ayah kawan aku cakap jangan ganggu aku..tp dia  buad bodoh je sambl tue hulur sapu tangan pada aku..pastue arwah ayah kawan aku tue amek pisau besau potong ayam tunjuk kat dia..baru dia blah..

sebab tue lah aku agk fobia kalau tunggu orang lama-lama...


Published with Blogger-droid v2.0.2

Tangisan bayi di pagi hari..

  2 comments    
categories: ,


ini kisah benar yang aku alami pagi tadi..semoga menjadi iktibar kepada semua..huhuhuhu


pukul 5.52 pagi,,mata dah tak boley lelap..nak bangun awal lagi rasanya..pusing kiri salah pusing kanan salah..serba tak selesa..mata pun dah terkebil-kebil dalam samar-samar cahaya dari luar..nak bangun cas nset pun rasa malas..tiba-tiba terdengar tangisan baby..semakin kuat dan kuat..aku amati dari arah mana suara tangisan baby itu..dalam ati aku takkan ada orang anak kot..aku bangun untuk keluar bilik dan mencari mane arah tangisan tue tapi bila aku melangkah keluar je..tibe tangisan itu hilang..


aku masuk bilik dan tiba-tiba rasa nak terkucil sangat dah alang-alang ambil tuala untuk mandi sekali...
selang 5 minit kemudian tangisan itu muncul kembali..apa lagi mandi laju-laju lah..aku masuk bilik abaikan tangisan itu..aku tengok bilik makcik aku gelap lagi,,makcik aku tak bangun lagi la tue..yang lain pun tak bangun lagi..azan subuh kedengaran sgam-ngam aku siap mandi..aku pun siap terus la..bila aku keluar aku nampak makcik aku dah kat dapur..tiba-tiba tangisan itu kembali lagi..aku pandang makcik aku..dan kami pun saling berpandangan..muka masing-masing dah blur jek..aku pergi ke ruang tamu dan bunyi itu makin dekat..aku pergi ke arah suatu sudut kabinet dan aku nampak satu cahaya berkelip-kelip dan terasa vibrate lak tue..

rupa-rupanya alarm bangun pagi nset pakcik aku daaaa..patut la asyik menangis jek..orang tak bangun-bngun lagi..hampeh..hahahahaha


makcik aku pun terkejut gak..dan kami pun ketawa..hilang semua persoalan di dalam otak nie haaa....
ntah bila pulak pakcik aku nie guna alarm tangisan baby..menakutkan orang jek..

The most difficult word "sorry" but I have to says...

  No comments    
categories: ,

Tumblr_lwxxoeztkk1r8fvlro1_1280_large


Lately banyak sangat masalah kena settle..tapi Alhamdulillah sikit-sikit dah diatasi tapi ada satu je lagi..betul orang cakap kadang-kadang kita kat atas kadang-kadang kita kat bawah..ahaaiiii…macam aku lah..

Ok sekarang entry khas sebab aku mintak maaf kat semua orang yang selama nie ada sedikit salah faham antara aku dengan ofismate..bukan aku sengaja nak buat semua tue..tapi ada sebab mengapa semua nie berlaku..Mula-mula sebab aku berkawan rapat dengan dia..tapi sekarang aku bukan dengan dia sebab kami tiada restu antara keluarga aku..sebab utama dia orang jauh..ma abah aku taknak aku berkahwin dengan orang jauh..memandangkan aku sorang je anak perempuan dalam keluarga..tapi dalam tempoh yang sama aku berkawan baik dengan kawan lama aku..dan sebab tue jugak lah aku mungkin lah kan dilabel perempuan main kayu 3…tapi sebenarnya kami na settle masalah yang aku cipta nie..sebab aku tahu yang ma abah aku taknak aku kawan dengan dia tapi aku degil aku nak jugak kawan tengok sekarang apa dah jadi..bertimpa-timpa masalah datang kat aku..


Ermmm kadang-kadang aku sengal jugak sebab bila aku stress sangat dan macam takde sape aku nak luahkan aku tulis apa yang pernah aku alami..tapi benda tue kadang-kadang dah lama macam kat rumah sewa dulu,,time praktikal dulu sebab manusia nie sama dan je perangai nie kan..tapi sebab entry –entry tue jugak aku disalah anggap..sebab mungkin ditafsir mengata sesetengah orang..ok fine aku mintak maaf sebab aku tak sengaja pun nak buat orang lain terasa.. ala kalau keadaan kita cara kita mungkin kurang sempurna ketika itu  mungkin sebab tue orang da anggap lain..apa aku da cakap nie merepek berbelit-belit..


Keadan sekarang dah tak sama cam dulu,,tapi aku akan cuba untuk perbaiki untuk macam dulu..aku mintak maaf kat semua sebab aku tak kongsikan dan cerita apa masalah yang aku alami selama nie..sebab aku rasa aku na settle dulu baru nak kongsi tapi tak tahu pulak lain jadinya..terima kasih sebab ada perasaan amek berat..eh amek berat ke?? Tak kisah lah apapun kan..so lepas nie kalau ada yang tanye apa ke aku dah mampu menjawab dengan baik sebab masalah semua dah selesai..kalau dulu kalau orang tanye ape aku nak jawab sebab semuanya separuh jalan lagi..ala macam drama jugakkan ada mula tengah-tengah dan ending..sama lah cam aku punya masalah nie..

To enche bakal suami saya aka kawan baik-baik saya selama nie..terima kasih sebab sokong saya selama nie dan paham saya tahan dengan kedegilan saya selama nie..oleh sebab kita dah ada hubungan baru so sila jalankan amanah dengan baik..saya tahu ma abah dah bagi amanah tue dekat awak..dan saya jugak tahu awak dah kamceng dengan mereka..huh pasnie kalau tak dapat call saya senang la awak call mereka kan kan kan..ermmm da tahu daaa…

Buad si dia terima kasih sebab selama nie layan saya cukup baik..walaupun awak pernah cakap biar apa orang cakap tentang kita awak mintak saya bertahan dan bersabar..buat tak tahu je..tue awak selalu cakap kat saya kan..saya tulis nie sebab saya tahu awak baca blog saya..huhu dan kita boleh kawan macam dulu kan.. walaupun saya tahu keadaan awak macam mana sekarang nie..maafkan saya sebab saya tak mampu untuk terima awak jadi sebahagian hidup saya..tapi awak boleh jadi kawan saya..kawan dunia akhirat..

Serius bila semua nie habis dada cukup lapang..kepala pun da ringan..tak payah nak pikir apa-apa dah..apa-apa pun saya mintak maaf..

HOT!!!! Gambar Puteri Shasha Cium Mulut Dengan Boypren

  5 comments    
categories: 


"seriously if you dont like it ,just fuck off .I'm in love with this guy . i love you b "


OMG!!! After Adinda Evans controversial story, it is Puteri Shasha's turn to reveal the secret of her social life.
Well, this phenomenon seems to be a "trend" and social websites or blog very useful to tell the hidden of private life to public.
This hot story revealed after Puteri Shasha uploaded the intimate of "mouth-to-mouth kissing" picture in a famous social website.
Maybe public will ignore this "dare to die" action if the actors are from West, but in Malaysia it such a bigmistake and very clumsy uncivil action.


p/s:What gonna happen to the youth of Malaysia? Is this what we call One Malaysia? What do you think!?


Bayi terjerlus jatuh laut

  2 comments    
categories: 

MAYAT DITEMUI...Musat menunjukkan lokasi Alben ditemui.


KOTA KINABALU: Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan yang baru pandai merangkak, maut, selepas terjatuh ke dalam laut menerusi lubang tandas rumahnya di perkampungan atas air di Kampung Tanjung Aru Baru, semalam. Mangsa, Alben Abdullah ditemui terapung di laut kira-kira 25 meter daripada rumahnya oleh seorang jiran, jam 2.40 petang dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) sebelum disahkan meninggal dunia. Mangsa dipercayai merangkak keluar daripada bilik menuju ke bilik mandi sebelum terjatuh ke dalam lubang tandas tanpa disedari bapa saudaranya, Rasil Abdul, 27, yang menjaganya ketika itu.
Ketika kejadian ibunya tiada di rumah kerana bekerja di sebuah restoran di bandar raya ini dan bayi berkenaan dijaga Rasil. Menurut Rasli, sebelum kejadian, Alben berada di dalam bilik bersamanya.
“Saya sempat bermain dengannya dan ketika itu Alben sangat gembira sebelum dia keletihan dan tertidur. Selepas Alben tidur, saya turut terlelap di sisinya,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.




LOKASI KEJADIAN...lokasi Alben terjatuh di dalam lubang tandas.


credit to metro

Gara-gara Nak Payudara Besar!!!

  No comments    
categories: 
KUALA LUMPUR: Bagaikan jatuh ditimpa tangga, selepas ditinggalkan kekasih seorang kerani di sini mengalami jangkitan di bahagian payudara selepas menjalani pembedahan membesarkannya. 
Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Tham, 30 mengadu payudaranya telah dijangkiti dan mengalami rasa gatal selepas menjalani prosedur pembedahan tersebut. Tham yang berasal dari Pahang mendakwa dia berjumpa dengan seorang pakar bedah dan menjalani pembedahan di sini untuk memberi kejutan kepada teman lelakinya dengan payudara yang besar."Teman lelaki saya sering memberitahu yang dia suka jika saya berbadan lebih kurus dan mempunyai buah dada yang besar." katanya.
Bagaimanapun, teman lelakinya itu meninggalkan dirinya beberapa minggu kemudian."Dia sangat marah kerana saya telah membelanjakan sejumlah wang yang sangat besar untuk pembedahan itu," kata Tham. Menurut Tham lagi, bekas teman lelakinya itu juga berasa tidak selesa dengan luka-luka di badannya kesan daripada pembedahan. Tham meminjam sebanyak RM13,000 daripada bapanya untuk menjalani pembedahan tersebut.

 
"Pakar bedah itu memberitahu saya bahawa dia akan memindahkan lemak dari bahagian pinggul dan pinggang saya ke buah dada. "Seminggu selepas melakukan pembedahan, nanah keluar dari bahagian yang disuntik pakar bedah itu dengan lemak," beritahunya.Tham juga mengatakan bahawa dia menjalani pembedahan yang menyakitkan itu dalam keadaan sedar kerana pakar bedah itu memberitahunya bahawa dia (pakar bedah) tidak mempunyai lesen untuk membiusnya."Payudara saya juga menjadi bengkak dan bertukar warna kepada hitam," katanya. Apabila Tham pergi semula ke klinik tersebut, pakar bedah itu menawarkan untuk melakukan semula keseluruhan pembedahan. "Namun saya membuat keputusan untuk mendapatkan nasihat dari pakar kulit," kata Tham yang kini sedang menjalani rawatan untuk kecederaanya itu. Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong memberitahu bahawa beliau akan melantik seorang peguam untuk kes Tham. "Kami percaya pakar bedah itu tidak mempunyai lesen," kata Chong. Beliau juga memberitahu bahawa pakar bedah yang beroperasi di klinik dekat sebuah pusat membeli belah di sini enggan membayar ganti rugi ke atas kesulitan yang dihadapi oleh kepada Tham. Beliau menyeru semua wanita yang memilih untuk menjalani pembedahan kosmetik atau plastik supaya mendapatkan khidmat doktor yang berlesen sahaja. "Ia akan mengurangkan risiko untuk mendapati kesan-kesan seperti ini," tambahnya.

Chong memberitahu, beliau akan memeriksa dengan Kementerian Kesihatan sama ada pembedahan memindahkan lemak daripada bahagian abdomen kepada payudara adalah dibenarkan ataupun tidak.