Nasi Ayam Thai

Baru baru ni viral pulak Nasi Ayam Thai, maka Azni tak terkecuali untuk mencuba. Bahan -bahan untuk membuat pun senang dan mudah. Umphhh gitu.

 

BAHAN-BAHAN:

Isi dada ayam
Akar ketumbar
Hirisan halia secukupnya
Air secukupnya – anggaran air yang biasa digunakan untuk memasak nasi
Kiub pati ayam secukupnya
3 cawan beras – dibersihkan dan ditos


 
BAHAN SOS NASI AYAM THAI RINGKAS:

Sos cili thai maggi
1 sudu kicap pekat
Sedikit perahan jus limau nipis
Sedikit air jika perlu
Cili merah | dihiris – boleh guna cili padi kalau mahu lebih pedas


 


CARA MEMASAK:

Dalam periuk yang bersesuaian, masukkan ayam bersama akar ketumbar/akar daun sup dan hirisan halia. Biarkan mendidih. Kemudian masukkan perasa kiub pati ayam.


2. Setelah mendidih sekali lagi dan ayam kelihatan masak, keluarkan ayam dan letakkan dalam bekas lain. Ketepikan seketika.


3. Masukkan beras yang telah dibersihkan ke dalam air rebusan ayam. Letakkan kembali ayam yang dikeluarkan tadi dan masak beras seperti biasa.


4. Untuk menghasilkan sos nasi ayam versi ringkas, masak sos cili thai bersama kicap pekat dan sedikit jus perahan limau nipis. Tambah sedikit air untuk mencairkan sos. Akhir sekali, masukkan hirisan cili.


5. Hidangkan nasi ayam thai bersama sos tadi. Selamat mencuba!

 
Nota: Jumlah bahan-bahan dalam resipi ini boleh diubah suai dan dipadankan dengan selera masing-masing.

Kredit resipi & gambar: Shahril Romli


Related Posts:

  • Resepi Air Jagung KetagihRESEPI AIR JAGUNG VIRAL SEDAP DAN MANTAP!! Boleh buat utk berbuka dan saho! Jom share! Bahan-bahan yang diperlukan⤵⤵ Air Kordial Jagung … Read More
  • Congo Bars Hai !! Selamat Hari Raya Aidil Adha semua rasa nya tak terlambat lagi nak ucap hehehe. Hari raya baru nie sempat singgah rumah makcik Erul, kebetul… Read More
  • Kek Aiskrim Kit Kat Mudah dan Cepat Sekarang ni banyak sangat resepi mudah yang kita boleh cuba. Tak susah pun, bukak je YouTube tu. Orang yang tak reti masak pun boleh jadi chef … Read More
  • Strawberry Cheese Cake Strawberry Cheese Cake  C&P : Kak Hana & syapex kitchenBahan-bahanBahan-bahan A:-250 gm biskut mudah hadam - hana cume buh 18… Read More
  • Brownies Kedut Sejak dua menjak join group masak memasak nie suka sangat share resepi masakan yang sedap-sedap. Kali nie azney share resepi brownies kedut pulak… Read More

0 jejari comel:

Post a Comment

Thank you for taking your time to leave what your thoughts! Will respond as soon as possible!