Laluan karpet merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011) sekali lagi mendapat perhatian ratusan lensa kamera dengan penampilan puluhan selebriti popular mewarnai malam gilang-gemilang berkenaan.
Seperti biasa juga, perincian mewah seperti batu jemaki berkilauan dan fabrik manik pelbagai warna telah menjadi pilihan untuk menyemarakan penampilan mereka meskipun ada diantara penggunaannya dilihat terlalu berlebih-lebihan.
Ingin lari daripada kebiasaan, ada diantara selebriti yang tampil dengan persalinan yang menggunakan fabrik bulu bagi melempiaskan ritma romantik dan lembut di bawah pancaran cahaya dan di atas laluan karpet merah membara.
Sesuai dengan temanya, Larger Than Life, ada diantara selebriti yang beria-ria dan berani menampilkan persalinan yang ada kalanya tidak masuk akal dan ada diantara rekaan yang nyata memperlihatkan permainan warna anggun lagi berseri.
Sementara itu selebriti seperti Didie Alias dan Wan Maimunah, Heela dan Fiffy Natasya dilihat cukup bersungguh-sungguh tampil dengan persalinan mengikut tema, meskipun ada yang menyifatkan agak keterlaluan atau over the top.
Demam turban yang diperkenalkan penyanyi Yuna sejak Anugerah Industri Muzik yang lalu juga telah menjadi pilihan selebriti popular seperti Datuk Siti Nurhaliza, Natasha Hudson, Ramlah Ram dan juga Enot.
antara pakaian selebriti-selebriti hadir ke ABPBH 2011
0 jejari comel:
Post a Comment
Thank you for taking your time to leave what your thoughts! Will respond as soon as possible!