azni awak nanti kawen nak letak bape duit hantaran???
aku erkkk??? muka dah blurr....
adehhh soalan cepu cemas neh..acane aku nak jawab nie..
haa nak selamatkan keadaan lah kononya...aik cane plak ley timbul sal hantaran nie??haaa tadi lepas lunch masuk ofis tibe-tibe enche nasir masuk ofis tanye kak nam..lina,,awak dulu bape duit hantaran..
kak nam : "7.."
en nasir : "oo tahun bila tue.."
kak nam : "2 tahun lepas.."
en nasir : "zamani 12k azhari 10k..sume dah main 5 angka..saya ada 3 org anak lelaki,,esok time saya puaslah saya..bape ribu pulak tue"
aku menyampuklah.."alahhh zamani tue standard lah isteri dia doktor.."
kak baha pulak sambung "alah budak-budak sekarang bertunang pun dah ada hantaran ipad inikan pulak kawen.."
okay ini bukan sketsa clover ye..
***************************************************************
Orang ramai selalu tidak dapat membezakan antara mahar dan hantaran. hantaran adalah semata-mata adat melayu yang islam tidak melarangnya, ianya boleh dianggap sebagai hadiah dari pihak suami kepada pihak isteri, oleh itu, sepatutnya hantaran tidaklah boleh menjadi terlalu mahal kerana ianya bukanlah hak wajib yang perlu diberikan, ianya sekadar hadiah.
dalam islam pun dah bagitau hanya ada istilah Mahar atau Mas Kahwin sahaja. Tidak ada apa yang dikenali kini dengan HANTARAN. Jauh sekali istilah serba satu, seba dualah, belanja hangus lah dan macam-macam istilah yang hanya memeningkan kepala pengantin lelaki sahaja yang WAJIB kepada pengantin lelaki sediakan, barulah kita kembali kepada aksesori terkininya iaitu hantaran.Yang WAJIB kepada Pengantin Lelaki ialah Mahar atau Mas Kahwin .
Mas kahwin dalam bahasa agama dikenali dengan enam macam istilah:
Al-Mahr, As-shadaq As-shadaqah, atau fariidhah, An-Nihlah, Al-Hibaa'a, Al-Ajr, Al-Aqr, Al-'alaa'iq.
Kalau dirangkum dari sudut Istilah Fiqh nya bererti: pemberian dari suami kepada isterinya sebagai tanda kesungguhan cinta dan tanggungjawabnya, bukan sebagai bayaran.Mahar adalah syarat sahnya pernikahan, wajib ditunaikan seperti permintaan isteri ( Selama suami mampu ) kalau tidak disebutkan jumlahnya maka mengikuti mahar yang berlaku umum [ Mahar Misil]. Sengaja meninggalkan memberi MAHAR, membatalkan pernikahan. Mahar itu boleh berupa barang atau manfaat seperti mengajarkan membaca, menulis dan sebagainya..eceheceh aku bercakap macam aku dah kawen jekan..eh bukan macam tue..kira macam aku nie mengingatkan aku dan orang lain yang bakal akan mendirikan masjid..kita ape ape keadaan pun kita hendaklah bersederhana..bukan ape kebanyakan masyarakat kini terlalu ghairah menetapkan wang hantaran perkahwinan yang terlalu tinggi hingga tidak memikirkan impak kepada pasangan yang sudah bersedia untuk mendirikan rumahtangga.Kadar wang hantaran masakini terlalu melambung tinggi, hingga "tidak setimpal" dengan anak gadis berkenaan.
***************************************************************
HANTARAN hanyalah tradisi atau adat yang telah berakar umbi di dalam masyarakat kita. Sedangkan TIDAK ADA 1 dalil pun di dalam al-Quran mahupun as-Sunnah yang menyatakan mesti menyediakan pemberian HANTARAN untuk pengantin wanita.Rasulullah menyarankan agar kita mempermudahkan urusan perkahwinan, dengan merendahkan nilai Mas Kahwin dan menyegerakan walimah atau Kenduri Kahwin. Andai pengantin lelaki dibebani dengan urusan menyediakan Wang Hantaran berupa serba satu, serba dua atau belanja hangus, atau terpaksa menyediakan belanja kenduri, ini satu bebanan yang hanya akan melambatkan proses pernikahan itu.
Kalau pihak Lelaki tidak mampu menyediakan wang Hantaran ini, bermakna tak dapatlah dia kahwin . Tak dapatlah dia berkahwin untuk menjaga kesucian diri dan kemurnian maruahnya?Kekadang, jadi macam satu perlumbaan antara satu keluarga dengan keluarga yang lain, perawan manakah yang lebih tinggi nilai hantarannya.. Maka ia telah jauh daripada Ruh Islam yang yang inginkan kita saling bantu membantu dalam perkara kebaikan, kebajikan & taqwa.
Firman Allah :
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa
Nabi SAW bersabda :
“Sebaik-baik mahar adalah yang paling mudah”
Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Salinglah kalian memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai.” - [al-Adab al-Mufrad, Hadis No: 594 dengan Sanad yang Hasan]
Pada zaman jahiliah, para ibubapa wanita yang berkahwin akan mengambil mas kawin yang diberikan kepada anak-anak mereka, dan tidak memberikannya kepada anak mereka sedikit pun, sepertimana yang berlaku dalam sebahagian masalah hantaran dikalangan orang melayu. akan tetapi, islam datang membawa sinar bahagian kepada golongan wanita. Islam mewajibkan mahar diberikan, dan ianya hanyalah milik mutlak si isteri tanpa dikongsi oleh mana-mana pihak hatta suami dan bapanya sendiri.
Mahar juga menjadi tanda islam mengangkat darjat wanita dan memuliakan mereka, masakan tidak, ianya menjadi tanda kepada si suami untuk mula memberikan hak kepada si isteri sebelum menjalani dunia perkahwinan. ianya, tidak diberikan dalam kebanyakkan agama, tetapi ditonjolkan dengan jelas oleh agama Islam.
***************************************************************
Diharapkan dengan pertukaran hadiah-hadiah tersebut, ia akan dapat menjalin hubungan silaturrahim dan kasih sayang yang baik di antara kedua-dua keluarga pengantin.Walau bagaimanapun, syarat-syarat hadiah adalah ia diberikan secara ikhlas, mengikut kemampuan pemberi dan tidak bertujuan untuk menunjuk-nunjuk atau berbangga-bangga di hadapan orang lain.
Oleh itu amalan memberi dan bertukar dulang-dulang hantaran di antara pengantin pihak lelaki dan perempuan ialah HARUS dan ianya hendaklah dilakukan secara ikhlas, yakni mengharapkan balasan dan keredhaan Allah.
Ia hendaklah disediakan dengan kos yang selari dengan kemampuan pemberi, jangan sehingga berhutang atau makan mee segera semata-mata untuk menyediakan dulang hantaran.Paling penting, persediaan dulang-dulang hantaran adalah untuk mengeratkan silaturrahim dan kasih sayang di antara kedua-dua pihak pengantin.
Maka, jangan jadikan ia sumber menunjuk-nunjuk kehebatan, kemewahan dan status kepada orang lain. <— Ada yang terasa tak dengan ayat ni? :)
Betapa banyak majlis pertunangan dan perkahwinan yang dulang-dulang hantarannya diharapkan menjadi sebutan orang, namun selepas itu kehidupan kedua-dua mempelai mahupun hubungan kekeluargaan di antara kedua-dua pihak tidak seperti yang diharapkan.
love,
aznishamsuddin.
0 jejari comel:
Post a Comment
Thank you for taking your time to leave what your thoughts! Will respond as soon as possible!