=hi there =

#bercinta itu indah kan
..sape yang taknak disayangi
dan menyayangi
tapi kali ini aku nak kongsikan sedikit pengalaman orang lain dengan korang semua okay..sekadar iktibar..ambil yang jernih buang yang keruh..bukan tujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak




Kisah 

Aku ada banyak kisah tentang perempuan-perempuan buta. Satu darinya,rakan sekuliah yang berkahwin seawal di matrikulasi. Didorong rasa cinta, mak bapak tolak ke tepi, nasihat member-member dikata dengki.Menjadi isteri kedua kepada seorang pemandu teksi yang menurutnya lelaki paling caring dan gentle pernah ditemui walau hakikatnya tidak mampu serba-serbi (bayangkan susu anak isteri tua pun tak mampu dibeli). Itu belum cerita hal lampin anak, rumahnya walau pada interpretasi aku lebih mirip reban ayam nenek aku
( jambannya ditampal dengan signboard Car Wash
) dan anak-anaknya yang berderet macam gerabak LRT
. Bila ditanya, cepat dia menjawab, "kau takkan faham,cinta kami cinta sejati"

uwekkk muntah aku tahu tak







Teman baik sejak kecil yang muda setahun, agak rapat hingga aku sanggup keluar untuk menunggu bas
setengah jam awal setiap hari hanya untuk membentangkan "analisis program TV" malam sebelumnya. Hobinya mencuba pelbagai krim muka
, hangout di pasar malam (duduk di kampunglah katakan),bergaduh dengan bohsia dan tidak ketinggalan bercuti setiap hari Isnin untuk mengelak perhimpunan. Agak gila-gila, gemar naik motor petang- petang , pakai baju lawa-lawa macam orang hendak pergi beraya dan pernah sekali
, buat DIY tattoo pakai ubat nyamuk lingkaran. Paling gila, berhenti sekolah semasa Form 4 ,bertunang semasa aku di matriks dan menikah setahun kemudian. Raya yang lepas, officially divorce dengan anak yang baru menjengah usia setahun.



Kisah 

Si perempuan
ini rupa ada, badan pun boleh tahan. Paling menyakitkan hati ramai pula peminat tapi dgn lelaki nie juga yang di pilih nya.Teman lelaki pula bukannya handsome sangat pun (sekali pandang macam Helmi Gimmik, 2 kali pandang dah rupa macam goalkeeper team bola Ghana). Mungkin disebabkan faktor infeoriti dan berasa berada bukan di dalam zon selamat, si perempuan
dengan bermurah hati "berjasa" kepada si lelaki
.



Ada handset
diberi guna, tak ada duit diberi pinjam ,ada motor diberi pakai.Alasannya mudah -senang untuk berhubung lantaran keduanya dari kuliah berlainan. Kononnya esok lusa kalau ada jodoh, semuanya akan jadi harta sepencarian.Masalahnya, si lelaki ini serius sedikit pun tidak, hidup dengan berbohong, si perempuan pula terus berharap. Pantang orang mengkhabarkan berita yang "kureng" tentang si cik abang habis satu kolej diamukkan. Di matanya, dialah Rosalinda yang hebat diduga dalam api percintaan.Sementelah lelakinya Fernando Jose the most eligible bachelor yang menjadi rebutan setiap perawan.




Semua cerita di atas mengingatkan aku kepada phrases Love is Blind. To behonest aku setuju walau tidak 100 peratus. Kalau tidak masakan si Romeo sanggup minum racun untuk mati bersama Juliet








TETAPI, aku strongly disagree apabila itu dijadikan alasan bila hidup yang indah berubah menjadi neraka, apabila seseorang yang disangka teman sehidup semati





Cinta

Dalam kes-kes tadi, aku masih tidak faham mengapa perempuan yang selalu buta dalam percintaan. Kemudian menyalahkan lelaki, lelaki tiada hati perutlah, jantan tak gunalah, jantan prebet dan yang seangkatan dengannya tanpa mengambil tindakan dan langkah-langkah pencegahan awal


Mungkin aku tidak adil, mungkin sedikit prejudis atau mungkin betul kata perempuan dalam kisah


Anda bagaimana


0 jejari comel:
Post a Comment
Thank you for taking your time to leave what your thoughts! Will respond as soon as possible!