#KrenMakkahRuntuh : Alhamdulillah Ahli Keluarga Selamat



Pagi-pagi dapat info mengatakan ada kren runtuh di Makkah dan melibatkan banyak nyawa terkorban, dalam hati dup dap dup dap dok teringat kat mak , kak ngah dan abang ngah. Risau kerana ada rakyat malaysia terlibat sekali. Tengok berita Awani dok ulang-ulang benda yang sama tapi senarai nama jemaah haji dari malaysia tak de jugak keluar . risau sangat.

tapi sebelum pergi kerja tadi dapat info dalam group famili.

 
Alhamdulillah mereka semua terselamat dari kejadian kren runtuh. 

sedikit info yang azney perolehi dari facebook tentang ‪#‎KrenRuntuhMakkah‬


Senarai nama jemaah Malaysia yang cedera akibat kemalangan runtuhan kren di Masjidil Haram.
@501Awani http://t.co/24gMfOzU1M
Senarai nama jemaah Malaysia yang cedera akibat kemalangan runtuhan kren di Masjidil Haram


[VIDEO] Crane accident at the Grand Mosque, Mecca http://t.co/gSopfpDhrX http://t.co/yufVSdlUif

Kren

Kren tumbang

Sekurang-kurangnya 107 orang dilaporkan meninggal dunia dalam tragedi kren runtuh di Masjidilharam di sini, dua minggu selepas umat Islam mula menunaikan ibadah Haji.

Selain dari angka kematian, 238 dilaporkan mengalami kecederaan, menurut pihak Pertahanan Awam Arab Saudi.

Agensi berita Saudi memetik sebagai berkata kren yang terletak di Masjidil Haram itu jatuh selepas dilanda hujan lebat dan ribut pasir pada Jumaat petang.

Bernama pada Sabtu pagi melaporkan Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata dalam kejadian kira-kira 5 petang waktu tempatan (Jumaat 10 malam waktu Malaysia), seorang jemaah haji lelaki Malaysia dilaporkan patah kaki, manakala lima lagi cedera ringan.

“Empat jemaah lelaki dan dua jemaah wanita cedera, termasuk seorang patah kaki, dia (patah kaki) kini dirawat di Pusat Perubatan Tabung Haji Syisya," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata pihak Tabung Haji (TH) akan membuat pemeriksaan dari bilik ke bilik bagi pengesahan selanjutnya berkenaan jumlah jemaah haji Malaysia yang terbabit.

“Selepas solat Isyak, bermula 11 malam ini (Sabtu 4 pagi waktu Malaysia), kita akan membuat pemeriksaan bilik ke bilik, untuk mengesahkan jemaah kita yang pergi bersolat di Masjidil Haram, pulang ke bilik masing-masing," katanya.

Beliau berkata keluarga dan waris jemaah haji di tanah air yang terbabit dalam kejadian itu telah dimaklumkan.

Syed Saleh berkata kejadian itu berlaku selepas solat Asar selepas umat Islam selesai mengerjakan solat berkenaan.

“Sebuah kren tumbang dalam kejadian ribut pasir dan hujan lebat selepas waktu Asar itu, kren itu dipercayai menghempap kawasan saie, dan sebahagiannya runtuh di kawasan tawaf.

Semua pasukan TH yang terdiri dari pasukan perubatan, kebajikan dan unit peronda sedang berada di kawasan Masjidilharam bagi menyelia keadaan jemaah.

Imej-imej yang dikongsi di laman media sosial mulai petang Jumaat menunjukkan beberapa jemaah Haji dilumuri darah dan habuk kesan dari runtuhan kren yang jatuh melalui siling di Masjidilharam.

Gambar-gambar lain yang turut dikongsi menunjukkan beberapa warga Arab Saudi menderma darah untuk jemaah Haji yang mengalami kecederaan.


Portal berita tersebut turut memetik Pengarah Urusan Keselamatan Awam Jeneral Suleiman al-Amr dalam satu temuramah dengan Al Ikhbariya TV sebagai berkata, jemaah Haji yang terkorban telah dibawa ke hospital.

Beliau turut berkata angin kencang dan hujan lebat telah menyebabkan pokok-pokok di sekitar kawasan Masjidilharam dan menyebabkan kren-kren bergegar.

“Kren tersebut runtuh berdekatan pagar Al-Salam yang terletak di atas kawasan Al-Masaa yang menyebabkan sebahagian kecil bahagian di Al-Masaa dan satu lagi kawasan di jambatan Al-Mataf di sekeliling Kaabah,” kata Amr.


Saat Cemas Ketika Kren Jatuh di Masjidil Haram
Saat cemas ketika kren jatuh di Masjidil Haram yang dirakam oleh salah seorang jemaah haji di Makkah. Semoga Allah melindungi jemaah-jemaah haji yang berada di sana.
Posted by Siakap Keli on 11hb September 2015

doakan yang baik-baik, Al Fatihah buat yang meninggal dunia.

".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang

GIVEAWAY 2nd ANNIVERSARY BLOG AKIF IMTIYAZ





HADIAH YANG BAKAL DIMENANGI 

- Hadiah yang bakal dimenangi oleh PEMENANG ialah baju baju yang ada kat page HALWA ATTIRE
- Pemenang UTAMA boleh pilih mana mana baju yang dia suka.
- 2 pemenang boleh pilih mana mana baju yang berharga RM100 ke bawah.



Halwa Attire
antara baju bakal dimenangi para peserta GA.

memang cantik kan. sesuai lah untuk azney sebab sejak preggy nie pening betul nak pilih pakai apa yang cantik di mata untuk dipakai. Nak-nak bila perut makin membulat ke depan nie hehehe. Sekarang nie kalau nak ke mana-mana asyik-asyik pakai baju tshirt jela. huhu sadis betul kan. Kalau di Halwa Attire nie banyak pilihan untuk preggy women, sesuai lah dengan tagline Halwa Attire "Anggun Bergaya Walaupun Mengandung " Selain itu koleksi di Halwa Attire kebanyakkannya up to date dan tengah "in".  Pelbagai saiz  dari saiz S sampai lah XL ada di  Halwa Attire . dan lupa nak habaq harga di  Halwa Attire jugak berpatutan dengan ekonomi semua peringkat. Untuk melihat koleksi lain boleh lah ke 

Instagram @halwaattire


Doakan saya cepat dapat baby !!



".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang

#Wordless Wednesday : Logo Baru Google

  1 comment    
categories: ,


".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang

Happy First Anniversary AE !!


Happy First Anniversary Azney & Erul
29/30/31|08|201--->29/30/31|08|2015


Alhamdulillah 365 hari jadi suami isteri hehe. dannnn yang paling teruja kitorang bakal jadi IBU & BABAH .InsyaAllah hujung tahun nie hehehe. Sekarang nie dah masuk 22 minggu dah BabyAE. Teruja sangat hehehe. Apa-apa pun doakan yang baik-baik untuk kami. Memang banyak dugaan bila dah jadi suami isteri nie tapi tue lah kena banyak bersabar dan saling tolak ansur.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah 


".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang

Bestnyaaa bercuti ke Pulau Pangkor !!




22-23 Ogos yang lalu Azney berpeluang ke Pulau Pangkor bersama officemate. dan yang paling best sebab disponsor penuh oleh company hehehe. Erul pun sekali join sebab ada kekosongan. Untung kan ! bukan staff pun dapat join hehehe . Kitorang gerak dari Temerloh pada pukul 6.30 pagi dan sampai pada pukul 2 lebih selepas dicampur tolak dengan masa makan dan berhenti di R&R hahaha.


Sampai di Jetty Marina kena tunggu feri ke Pulau Pangkor. Tiket kami pukul 3.00 petang. Perjalanan ke Pulau Pangkor dari Jetty Marina mengambil masa dalam 10 minit cenggitu hehehe. Sampai di Pulau Pangkor ,incharge kami Encik Adnan bawa kami semua makan tengahari dulu sebelum check in di Purnama Beach Resort.



Perjalanan ke resort ambil masa dalam 5 minit dengan menaiki teksi. Teksi comel sangat sebab van berwarna pink hehehe. Rata-rata di sini pelancong akan menggunakan teksi pink nie sebagai pengangkutan utama. Sebuah teksi boleh memuatkan sampai 9 orang penumpang. Selain teksi pink motorsikal dan skuter juga ada disediakan dengan kadar harga yang berpatutan. RM40 skuter RM35 motorsikal.Rata-rata yang lelaki lebih suka menaiki motorsikal untuk ke resort manakala kami yang ladies nie naik lah teksi pink yang comel tue. hehehe


sepanjang perjalanan ke resort dapat lah tengok permandangan laut yang cantik sangat . Geram sangat nak terjun terus dalam laut time tue hehehe

helmet comel bebenor !!

sebelum check in bilik hehehe

Selepas check in masing-masing masuk ke bilik dan berehat sementara menunggu aktiviti air pada sebelah petang. Azney apa lagi masuk bilik terus lah bersihkan badan sebelum membuta haha. Erul ada aktiviti sendiri apa lagi kalau bukan mandi kolam. huh tak kuasa nak layan badan penat. tido lagi baik hahaha.


antara aktiviti yang disediakan sekali dengan penginapan kitorang .
Best kan?


Pukul 5 berkumpul di lobi sebelum aktiviti air, Aktiviti petang nie Banana boat , Big Mable dan Jetski . semua dok pakai main aktiviti air nie kecuali Azney dengan isteri bos sebab kitorang jaga barang lagipun keadaan Azney tak mengizinkan time nie huhu sebab tu Erul dapat main sume aktiviti bahagian Azney. Depa sume duk pulun main sampai lah puasa sebelum balik ke resort untuk aktiviti mandi kolam pulak. Haa yang nie Azney boleh join hahaha sebab tak bahaya. Huishhh best betul kolam renang depan bilik je. So tak de lah segan sangat haha. Mula-mula tak nak join tapi bila dah tengok ramai je yang mandi, Azney pun join lah hehehe.




sebelum terjun kolam hehehe selfie dulu

kolam depan bilik memang masing-masing teruja

Masing-masing dah puas berendam sume dah penat dah lapar pukul 8 makan malam pulak. Alhamdulillah makan malam pun di sponsor . hahah Azney memula ingat kos pengangkutan dengan penginapan je di tanggung yang lain-lain sendirian berhad rupanya tak. semua kos ditanggung oleh company. wauuuu best kan kali nie bercuti.



lepas makan malam kitorang pusing-pusing pulau dengan menaiki motorsikal yang disewa. Amek angin malam katakan. memang menarik sangat bila kat sini bila malam dah macam kat Phuket je rasa. kiri kanan banyak kedai-kedai cenderamata untuk para pelancong. Tapi sayang tak bawak kamera nak snap huhuhu. Lewat pukul 12 jugak lah baru kitorang balik resort. lepas tue apa lagi. tido lah kan. sebab esok pagi ada aktiviti snorkeling pulak. huishhh tak sabar rasa.


Pagi-pagi lagi dah bangun sebab teruja nak snorkeling di pulau. Pulau mana tak pasti hahaha. Lepas breakfast pukul 9 kami semua pergi ke tepi pantai untuk tunggu bot ambil bawak ke tempat snorkeling. 


Best la masing-masing dapat snorkeling sebab Azney dengan Mira tak join sebab Azney tak boleh join aktiviti air sebab keadaan tak mengizinkan. So kami jadi penjaga beg dan hp lah jawabnya. Jadi photographer tak bertauliah kejap hahaha. Tapi tak dapat join pun dapat jugak main air tempat yang cetek, siap dapat bagi ikan makan lagi. huishhh seronoknya. Kitorang di biarkan di pulau selama 2 jam. maknanya snorkeling lah sampai lebam selama 2 jam. Selepas 2 jam nanti ada bot yang akan ambil bawak ke pantai semula.

Dah habis aktiviti snorkeling, nak balik standby untuk scheck out pulak 
nampak tak buaya hehehe Kat pulau nie lah kitorang pergi.
Pulau tempat kitorang snorkeling dari jauh :)
sebelum balik bilik. selpie dulu tepi pantai buat kenangan.


selepas check out kami pun gerak ke jeti untuk balik ke Pahang. Kami singgah makan dulu sebelum menaiki feri, nanti tak lapar sebab perjalanan maih jauh. Selepas makan ada yang yang sempat membeli belah barang-barang seperti ikan bilis, ikan masin, sate ikan dan macam-macam lagi lah hehehe. Azney beli sate ikan je sebab tak tau nak beli apa hihihi. Sebelum feri sampai apa lagi selfie lah kan hahaha.




kaum kerabat Mawar DZO & JBD Enterprise *Erul pun terselit jugak hahaha


selepas sampaiJetty Marina kitorang gerak balik ke Pahang, siap lalu Cameron Highland lagi tapi apa yang tak bestnya kitorang sampai dah lewat dalam pukul 6 lebih, kebayakkan tempat menarik di CH dah banyak TUTUP! hahaha kecewa lah siapa yang tak pernah sampai ke CH lagi. Azney tak pe sebab selalu dah ke sana hihihi. So perjalanan di terukan sampai ke Temerloh. Lebih kurang pukul 12 lebih kitorang sampai selepas ditolak campur mkan dan tandas hahaha.

Doakan saya cepat dapat baby !!



".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."

love,
azneyshamsuddin

klik iklan nuffnang