Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Anda Anak Dara ? Nak Kekal Cun Melecun ? Mak Dara pun boleh jugak..

  6 comments    
categories: 







Wajib Baca & Share ♥



  • Menjaga Suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti “tolong” serta “ minta maaf ”. Juga jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam. 

  • Menjaga Kulit.Kebersihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit. 

  • Menjaga Muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan. 

  • Menjaga Rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tetapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas. 

  • Menjaga Cara Berjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar.

  • Berjalan Jangan Terlalu Laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit. 

  • Menjaga Gerak-Geri. Apabila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.

  • Menjaga Senyuman. Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut apabila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tetapi untuk tujuan baik. 

  • Menjaga Mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata.

  •  Jangan Terlalu Kerap Menjeling. Walaupun kepada buah hati anda.

  • Menjaga Kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa. 

  • Menjaga Sikap. Taat beragama. Jangan bohong.

  • Jangan Merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.



thanks for reading this entry..

sharing is caring



love,
aznishamsuddin


Cantik Dengan Kurma

  No comments    
categories: 




Buah kurma bukan sahaja sedap dimakan malah mempunyai banyak manfaat lain dan salah satunya adalah untuk kecantikan kulit.Kandungan vitamin b6 dan protein yang terdapat dalam buah kurma ternyata mampu mencegah dermatitis (jangkitan pada kulit) dan membuatkan warna kulit menjadi segar serta tidak pucat.Caranya cukup mudah iaitu dengan mencampurkan buah kurma, buah kranberi dan jus aprikot maka akan menghasilkan suatu ramuan untuk perawatan kulit yang mengandungi vitamin c, a, b6 dan protein. kesemua bahan ini sangat berguna untuk membersih, melembut dan menjaga keanjalan kulit.


Bahan-bahannya:
• 8 biji buah kurma
• 1/2 auns buah kranberi beku
• 1/2 cawan jus aprikot
• 1/2 sudu teh oat


Cara Membuatnya:


1. Masukkan buah-buahan tersebut ke dalam pengisar dan hancurkan hingga halus.
2. Seterusnya, basahkan tubuh kamu dengan air suam lalu lumur dan gosok tubuh kamu dengan campuran kurma serta aprikot tadi.
3. Sapu dengan lembut dan perlahan-lahan. kemudian basahi tubuh dengan air suam lalu mandilah seperti biasa dengan air sejuk.
4. Setelah itu, jangan lupa menggunakan losen setelah selesai mandi agar kulit menjadi bersih, mulus dan tetap terjaga kelembapannya.


Selamat Mencuba!

5 Tips Untuk Yang Kecewa

  2 comments    
categories: 
 

Bagi sesiapa yang sedang kecewa, telah kecewa ataupun pernah dikecewakan di sini ada beberapa tips yang boleh dijadikan panduan untuk mengubati kesan luka dikecewakan. 



1. Ingat Allah masih ada untuk kita

Bila kt ditinggalkan, kadang-kadang kita rasa kita sudah tiada siapa-siapa lagi dan merasa dunia ini sudah berakhir tapi sebenarnya usahlah merasa dunia ini sudah berakhir kerana dunia ini tidak akan berakhir sebelum tibanya kiamat. Allah maha mendengar rintihan orang yang teraniaya.. Allah maha mengetahui betapa hambanya dalam kesedihan. Percayalah Allah tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuan mereka. Bila kita mengadu dan menceritakan kesedihan pada yang Esa, Insyaallah Allah akan suntikkan semangat untuk kita teruskan hidup seperti biasa tanpa orang yang kita sayang. Cepat atau lambat untuk pulih dari kekecewaan, itu urusan DIA. 


Perbanykkan doa agar diceriakan hari-hari yang mendatang, perbanyakkan menyebut kalimah Allah. Ikhlaskan diri mohon pertolongan dr Allah, menangislah semahunya kerana Dia Maha mengetahui dan memahami rahsia hati kita. Dekatkan diri dengan memperbanyakkan amalan-amalan sunat dan juga membaca al-quran..InsyAllah hati akan jadi lebih tenang. 



2. Sibukkan diri dengan aktiviti yang digemari

Elakkan bersendirian termenung dengan melakukan perkara-perkara yang digemari atau apa saja benda yang boleh membantu kita untuk tidak memikirkan si dia yang telah meninggalkan kita. Antaranya, keluar bersama rakan-rakan perempuan, beriadah, bersukan, ‘window shopping’ dan sewaktu dengannya. Ceriakan diri anda bila melakukan aktiviti dengan sahabat handai dan elakkan melakukankannya seorang diri. Kerana persekitaran yang meriah dan riuh rendah boleh membantu untuk mengurangkan rasa kecewa di dasar hati.



3. Menulis Blog

Menulis blog kini sudah menjadi satu ‘trend’ dikalangan belia dan penggemar internet. Ramai di antara penulis blog yang lebih telus ketika menulis entri di blog mereka. Mungkin juga kebanyakan penulis blog yang lebih suka untuk merahsiakan identiti diri yang menjadi faktor utama untuk menjadi lebih ‘transparent’ semasa menulis. Cara ini sangat berkesan untuk kita meluahkan perasaan kita kepada orang lain secara tidak langsung. Mungkin sesetengah orang berasa malu atau lebih suka untuk memendam rasa daripada bercerita pada rakan terdekat mereka. Jika perasaan itu ada, menulis blog adalah cara yang paling baik untuk anda mengurangkan perasaan yang terpendam di dalam hati. Percayalah..perasaan akan menjadi lega bila kita meluahkan apa yang di rasa. 



4. Hentikan sebarang hubungan dengan si dia

Kenapa perlu berhubung lagi setelah dikecewakan??Jadi hentikan dari terus menghubungi dia. Mungkin agak berat tapi itulah yang terbaik untuk mengembalikan semangat kita yang telah ditinggalkan. Jangan sesekali rendahkan maruah kita dengan menghubungi dia..so please kuatkan hati dan kawal perasaan.

5. Berhubung dengan rakan-rakan yang berlainan jantina

Cara ini mungkin agak negative bagi sesetengah orang, tapi secara tidak langsung ia akan membantu kita untuk tidak terus mengingati si dia yang telah mengecewakan kita. Siapa tahu jika ada antara mereka itu jodoh yang dijanjikan Allah. Namun, haruslah menjaga batasan hubungan yer.



Diharap 5 tips di atas boleh membantu anda untuk mengubati perasaan kecewa setelah ditinggalkan…Insyaallah….Ingatlah bahawa Allah sentiasa menjanjikan yang terbaik untuk umatnya yang sentiasa mengingatinya di kala suka mahupun duka.



love,
aznishamsuddin

HOT !! 7 cara diet bijak

  1 comment    
categories: ,
= hi there =

Ramai mengamalkan diet secara drastik. Tahukah anda bahawa diet begitu boleh memberi masalah lain kepada diri seperti pitam, pengsan, tekanan darah rendah secara mengejut dan fungsi badan berubah secara mendadak.




Pakar kesihatan turut melarang diet drastik ini. Amalkan diet bijak seperti:



1. Jangan tinggalkan sarapan kerana hendak kurangkan makan. Sarapan penting walaupun hanya secawan oat dan minuman bercoklat panas.


2. Kawal pemakanan. Jika sebelum ini waktu tengah hari anda mengambil satu pinggan nasi, kurangkan kepada setengah pinggan. Jangan tinggalkan langsung makan tengah hari.


3. Jika sebelum ini anda suka makanan bergoreng, ubah kepada masakan cara merebus, mengukus ataupun panggang.


4. Anda gemar makan daging tetapi diet menyebabkan anda tidak mengambil daging. Anda masih boleh menikmati daging tetapi hanya bahagian tidak berlemak.


5. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan.


6. Ambil makanan rendah lemak, contohnya kopi dan teh tanpa susu pekat dan yogurt rendah lemak.


7. Amalkan makan malam tidak terlalu lewat, sekitar jam 7.30 malam.



Walaupun berdiet, anda masih boleh menikmati sarapan, makan tengah hari dan makan malam pada kadar terkawal. Makanan disyorkan:



Sarapan
- Satu mangkuk bubur nasi dengan kacang panjang, daging hancur dan sedikit sayur campur ataupun,
- Sekeping tosai dicecah dengan kari dal ataupun,
- Dua keping roti jala bersama sedikit kari ayam.



Makan tengah hari
- Sepinggan nasi ayam sama ada dipanggang ataupun dikukus ataupun,
- Sedikit nasi putih, ikan dan sayur campur ataupun,
- Satu mangkuk mihun sup ataupun mi rebus dicampur isi ayam, daging dan bebola ikan ataupun,
- Satu keping capati + ayam + satu mangkuk kecil sayur.



Minum petang (antara 3-6 petang)
- Cukuplah sebiji epal atau buah-buahan lain seperti betik, anggur, kiwi dan tembikai ataupun,
- Secawan teh o panas dengan sekeping roti bakar.



Makan malam
- Seelok-eloknya makan malam di antara jam 7.30 hingga 9 malam sahaja.
- Cukuplah mengambil sekeping kebab ayam bersama semangkuk salad ataupun,
- Semangkuk sup sayur, tomyam ataupun
- Hanya menjamah ikan kukus dan sayur-sayuran sudah memadai.



Setiap kali bangun pagi, tengah hari dan sebelum tidur, amalkan minum secawan teh cina ataupun teh biasa dicampur perahan limau nipis ataupun limau kesturi. Apabila diamalkan berterusan, pasti anda gembira dengan berat badan anda yang lebih sempurna


love,
aznishamsuddin

DIET !!

  No comments    
categories: , ,
=hi there=
T____________T
menyampah betul..ok fine aku tahu aku dah sihat sangat-sangat nie..macam kena pam-pam..so??
nak suruh kurus lah tue kan..tak cakap pun aku tau..
kalau dah jenis tak nak terima kekurangan susah jugak..asyik terima kelebihan je..
ok fine fine..
esok try & test buat macm nie
v
v
v
v
v
v
v
v
v


aku terasa,,sape tak sakit ati..okay fine T____________T


love,
aznishamsuddin

How to Heal a Broken Heart

  No comments    
categories: 

broken heart, heart, love


Follow TheNotebookOfLove on Twitter: http://twitter.com/thenoteboook
Like TheNotebookOfLove on Facebook: http://fb.me/notebookoflove

5 perkara pelik didalam sesuatu hubungan tetapi sebenarnya tidak

  No comments    
categories: 


animals, cute, frozen planet, gif, ice 



Mungkin kadang-kadang korang akan berasa pelik terhadap sesuatu perkara yang berlaku didalam hubungan korang. Tetapi perkara itu sebenarnya dihadapi oleh semua pasangan. Jadi apakah perkara yang korang rasa pelik didalam sesuatu hubungan tetapi sebenarnya tidak?


Layanan- Masalah ini biasanya dihadapi oleh wanita dimana pada awal hubungan layanan pasangan mereka kebiasaannya amat baik dan romantik. Tetapi ia akan menjadi semakin dingin apabila hubungan telah menjangkau satu jangka masa yang panjang. Perkara ini adalah sesuatu yang normal, apa yang lebih penting adalah tentang bagaimana pasangan menangani masalah ini.


Penipuan- Setiap pasangan pasti akan pernah menipu atas sebab-sebab tertentu. Mungkin mereka terpaksa menipu untuk menjaga maruah diri sendiri ataupun orang lain, atau mereka dengan sengaja berniat untuk menipu korang. Penipuan adalah perkara normal didalam sesuatu hubungan, tetapi apa yang pelik adalah tahap penipuan yang mereka lakukan.


Jatuh hati terhadap orang lain- Sememangnya adalah fitrah semulajadi manusia mempunyai perasaan dan akan membuatkan mereka jatuh hati terhadap orang lain. Ia sememangnya suatu perkara yang tidak dapat dihalang. Tetapi apa yang lebih penting adalah tentang bagaimana cara untuk mengawal perasaan mereka. Sesuatu perkara yang dilakukan yang terlalu mengikut perasaan tanpa pertimbangan akal yang waras biasanya akan menghasilkan satu keputusan yang merugikan.


Tabiat buruk- Setiap manusia pasti mempunyai tabiat buruk yang menyebabkan orang lain tidak selesa termasuk pasangan mereka sendiri. Sekiranya korang sudah memilih untuk hidup berpasangan, korang semestinya sudah bersedia untuk menerima perkara ini dan tahu cara untuk menanganinya. Bukannya merungut terhadap perkara pelik yang ada terhadap pasangan. korang perlu ingat bahawa bukan korang sahaja, malah semua pasangan perlu menghadapi masalah ini.


Perhatian- Sekiranya pasangan Korang memberikan lebih perhatian terhadap keluarga berbanding diri korang sendiri, ia bukanlah suatu perkara yang pelik. Terutamanya terhadap lelaki dimana mereka perlu memikul lebih banyak tanggungjawab berbanding wanita.

semangat baru

  No comments    
categories: ,
Perhatian: Nanti jangan lupa tinggalkan jejak kat yang ke-3 tue ea,,kalau ase malas komen jela..senang nak follow n bw semula..maaf lah sekarang nie na bw pun agak susah sebab kekangan masa..nanti ada masa aku bw dan follow balik ea..terima kasih..

Pagi ini, aku bangun dalam keadaan yang sangat baik. Aku bangun dengan kegembiraan. Seperti matahari pagi yang menyinari alam semesta tugasnya, aku bangun dan segera menjalankan tugas dan aktiviti aku hari ini. Aku akan melakukan kerja aku dengan teliti.



Aku seorang yang penuh motivasi. Setiap hari aku motivasi lebih berapi-api. Aku amat yakin bahawa jika apa yang aku impikan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Aku percaya ia. Ini keyakinan kepada dunia dan walaupun mempunyai mengakar bawah sedar aku. Setiap kali aku rasa pengsan, alam bawah sedar mengingatkan dan memberi motivasi kepada aku jika "Aku boleh!", "Aku adalah seorang pemenang."
Apabila aku bercakap, suara aku kedengaran jelas, kuat, dan yakin. Aku kini yakin dalam semua keadaan. Sebab aku seorang pemimpin yang memimpin dengan penuh keyakinan.



Aku kini hidup penuh keyakinan, amanah dan jaminan. Aku kini orang yang percaya bahawa dia dan firmanya. Dan hari ini aku menggunakan kapasiti aku 100%. Setiap sekarang dan akan, aku jalankan dengan penuh keyakinan, tetapi masih tenang. Aku kini adalah sangat berkuasa, mengagumkan, dan lebih menarik setiap hari. Keyakinan dan keupayaan aku untuk terus meningkat dengan mendadak tanpa henti.



Setiap hari aku memperbaiki dan semakin baik. Aku menetapkan matlamat yang jelas dan membangunkan motivasi yang kuat untuk mencapai apa yang aku mahu. Kini segala-galanya adalah jelas. Apa yang aku bayangkan itu, kini semakin hampir kepada realiti. Makin dekat dan dekat.Dan aku percaya bahawa aku BOLEH mendapatkannya. Setiap kali aku menerima banyak rahmat dan kebaikan dalam kehidupan ini. Seluruh badan sekarang jadi aku tahu apa misi aku dan tujuan hidup di dunia ini.



Aku percaya dengan kepercayaan yang kukuh tertanam dalam aku.Terima kasih motivasi yang lebih kukuh pada setiap masa. Apa-apa yang aku percaya boleh mendapatkan, aku yakin aku boleh mendapatkan. Aku ciptakan "nasib" Aku tiap-tiap hari. Aku mencapai matlamat aku dengan kegembiraan. Aku menggambarkan apa yang aku mahu dan aku lakukan seperti visualisasi TINDAKAN itu. Dengan keyakinan ini aku boleh membuat apa-apa yang aku mahu realiti.



Apa yang aku perlu aku sekarang. Aku seorang tokoh yang mesra, terbuka dan yakin. Aku juga berani dan tegas. Dengan semua ini, aku mampu untuk mengubah apa-apa dalam hidup aku kerana aku mahu. Dan aku bersedia untuk menerima tanggungjawab untuk mengubah hidup aku akan menderita kemudian.



Apabila aku bercakap kepada orang lain, aku melihat pada mata anda rakan aku dan bercakap dengan keyakinan. Aku telah membuat satu detik yang sangat menyenangkan. Dalam setiap pergerakan badan yang aku lakukan, aku melakukannya dengan tenang dan keyakinan. Setiap kali mata aku ditutup dan aku menarik nafas dalam dalam, keyakinan aku meningkat lebih kuat, dan memenuhi semua bahagian badan aku. Aku melihat diri aku kini adalah seorang tokoh yang penuh keyakinan, mempunyai keyakinan dan keberanian untuk mengambil tindakan.



Setiap hari, tenaga, keyakinan diri dan semangat aku meningkat secara mendadak. Kerana aku mempunyai komitmen untuk terus meningkatkan kemahiran aku setiap hari. Apa yang boleh aku bayangkan yang aku lakukan, pasti yang boleh aku lakukan. Dan aku berbuat demikian dengan konsisten dan keberanian.



Ekspresi muka semasa aku mencerminkan keyakinan, dan keyakinan.Sekarang aku mempunyai masa yang paling menyeronokkan dalam hidup aku. Dan saat-saat ini memberi inspirasi kepada aku untuk menjadi yakin dan mempunyai harga diri. Aku bercakap kepada diri aku dan orang-orang di sekeliling aku dengan penuh keyakinan. Aku kini mengawal keseluruhan aku. Kata-kata aku, fikiran aku dan perasaan aku, ia semua di dalam kawalan aku. Keyakinan terhadap aku bukan sahaja menginsiprasi aku sendiri, tetapi juga memberi inspirasi kepada semua orang yang aku temui.

kenape ALLAH temukan kita dengan orang yang salah

  4 comments    
categories: 





Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA. 
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik. 
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH. 
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA. 
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan... 
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya. 
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA. 
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH. 
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.


Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..


PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..








Rahsia Diri Melalui Darah

  4 comments    
categories: 





SI DIA BERDARAH “A”….
Jika pasangan kamu memiliki jenis darah dari kumpulan ‘A’,ini bererti dia tergolong dlm lingkungan individu yg serius dan berusaha untuk membina kesempurnaan diri.Umumnya ,golongan ini amat baik terhadap kaum wanita.Setelah mendirikan rumah tangga,dia akan menyayangi isterinya sepenuh hati..Bak kata org tu,segala2nya dicurahkan kpd isterinya.Bahkan setiap kali kluar rumah,dia selalu ingat kpd anak dan isterinya di rumah.Berbahagialah kamu krn dia akan berusaha menjadi pasangan hidup kamu yg baik dan sangat bertanggungjawab.Mereka yg tergolong dlm kolompok ini merupakan individu yg ‘gentleman’.Namun kamu harus sedar pasangan kamu itu juga mengharapkan sesuatu dari kamu.Mereka juga berkeinginan untuk memiliki pasangan hidup yg sempurna.Si dia mungkin naik angina sekiranya bila pulang ke rumah dan melihat keadaan yg tidak terurus.Lantas dia beranggapan kamu tidak mampu menjadi ibu yg baik.Dia cenderung bertindak selaku ketua di rumah.Berkemungkinan juga,sekiranya dia terlalu sibuk di pejabat dan mengalami tekanan,dia akan melampiaskan kemarahannya itu pada pasangannya sendiri.Wow!! Bahaya juga tu…

SI DIA BERDARAH “B”…
‘Big Boy’ mungkin itulah interpretasi pertama kamu apabila berhadapan dgn individu yg terdiri dari kalangan darah jenis ‘B’.Dia hanya melakukan perkara yg dia mahu saja.Kadangkala sbg pasangannya kamu pula menjadi bingung.Contohnya,ketika kamu telah bersusah payah menyiapkan masakan,tetapi si dia pula asyik leka berhibur bersama teman2 hingga larut malam.Berhati-hati sekiranya si dia mempunyai hobi tertentu.Biasanya individu yg tergolong dlm kelompok ini akan lebih mengutamakan minatnya sendiri berbanding keluarga.Apa yg diinginkannya ialah menikmati kehidupan.Tanggungjawab kpd keluarga memang kurg.W/bagaimana pun si dia tidak akan menyusahkan kamu.Kamu perlu ingat,pasangan jenis ini lebih gemar menyendiri dan tidak gemar di perhatikan.Sekiranya korang di kurniakan cahaya mata,berkemungkinan si dia juga boleh timbul rasa iri hati biarpun terhadap anak sendiri…

SI DIA BERDARAH “O”…
Sekiranya calon suami kamu memiliki jenis darah dari kumpulan ‘O’ ,kamu perlu persiapkan diri kamu dari segi mental.Berkemungkinan besar si dia boleh berubah hati setelah mendirikan rumah tangga nanti.Ketika sedang hangat di lamun cinta si dia mungkin terdiri dari kalangan individu yg romantis dan sering melindungi kamu.Namun setelah mendirikan rumah tangga,biasanya individu ini hanya berbicara dgn kamu berkenaan hal yg penting sahaja.Tapi kamu jangan menuduhnya tidak mencintai kamu kerana sememangnya si dia tidak dapat menguruskan banyak hal dlm satu masa.Jangan bimbang,dia tetap mampu menjadi suami dan bapa yg baik..Jadi kamu masih boleh bergantung hidup pada si dia.Selain itu golongan ini juga terdiri dari individu yg sentiasa bekerja keras.Berhati2 dalam komunikasi korang.jika kamu tidak menghormatinya dan beranggapan si dia itu tidak boleh di harap pasti si dia terus merubah sikapnya kpd seorg yg pemalas!!…

SI DIA BERDARAH “AB”…
Beruntung kamu.Individu ini adalah seorg yg prihatin.Ketika kamu sedang sakit,si dia akan merawat kamu dengan baik dan sering menghubungi kamu sama ada telefon atau sms.Namun dia juga mempunyai waktu dan tempat utk dirinya sendiri tanpa ingin gangguan sesiapapun termasuklah kamu.Dia tidak suka org lain mengganggu waktu dan hak peribadinya.Sebagai pasangan,kamu pasti berasa tidak selesa dgn situasi ini.Setelah mendirikan rumah tangga,kamu tidak boleh membincangkan segala hal dengannya.Sesungguhnya, dia seorg yg suka cakap banyak tapi tidak suka bercerita tentang rahsia peribadi dan fikirannya sendiri…



ANDA BERDARAH “A”…
Mereka yg tergolong dari kategori ini boleh jadi ibu dan isteri yg baik.Ini kerana kamu dapat menangani banyak perkara,dari urusan di rumah hingga mendidik anak dengan baik.Kamu rela bangun pagi utk memasak dan menguruskan rumah tangga.Kamu akan berusaha untuk menjadi ibu dan isteri yg sempurna.Kadangkala,ia akan membuatkan kamu berasa tertekan kerana tidak mempunyai masa utk kesenangan peribadi.Baik kamu ubah sikap sebegini…

ANDA BERDARAH “B”….
Kamu seorg yg trendy dan suka bersosial.Kamu masih belum bersedia utk menjadi isteri dan ibu.Individu ini tidak gemar tinggal di rumah sepanjang hari.Kamu kerap menghabiskan masa bersama teman2 dan bijak membawa diri.Dalam pada itu kamu berusaha memperbaiki diri utk menjadi seorg ibu dan isteri yg baik.Kadangkala,kamu agak egois,namun krn kamu sangat mempersona,teman dan suami tidak sampai hati untuk memarahi kamu.Satu perkara lagi,kamu adalah individu yg boros.Awas!!!…

ANDA BERDARAH “O”…
Wanita berdarah “O’ memiliki sifat keibuan.Setelah mendirikan rumah tangga kamu bertindak selaku ibu kepada suami kamu.Sekiranya suami pulang lewat malam,kamu tidak marah dan ini akan membuatkan suami kamu menganggap diri kamu sebagai ibunya.Kamu bijak mengatur kewangan dan berjimat cermat tetapi kadangkala kamu terlalu pemurah.Setelah di kurniakan cahaya matakamu menumpukan sepenuh perhatian dan kasih saying terhadap anak kamu.Awas,nanti suami kamu kesepian.Setelah bergelar ibu,kamu terus mengabaikan penampilan kamu.Ingat!itu akan mengurangi keseksian kamu sebagai wanita.Kamu tidak mahu kehilangan suami bukan…?

ANDA BERDARAH “AB”…
Kamu wanita cerdas.Mampu menjaga suami dengan baik.Masalah kewangan kamu hadapi secara rasional.Waktu yg ada kamu pergunakannya utk meningkatkan mutu diri sendiri dan melakukan aktiviti2 baru.Kamu tidak suka menjadi ibu2.Wanita ini akan menghargai dirinya dan berusaha untuk menjadi sempurna dari segala segi.Ini menjadikan suami kamu takut sekiranya tidak mampu memenuhi tuntutan kesempurnaan peribadi kamu.Sifat “cool”adalah milik kamu.Biasanya wanita seperti kamu ditakuti lelaki…


Tips : Fokus sepenuhnya ketika menghafal

  4 comments    
categories: 

BELAJAR bukan saja memerlukan tumpuan penuh namun pemahaman mendalam mampu melonjakkan prestasi pencapaian, sekali gus membantu pelajar menjadi lebih cemerlang.

Antara aspek penting perlu diberi tumpuan ialah teknik belajar yang betul seperti membuat peta belajar, diskusi berkumpulan atau catatan fakta.

Satu lagi kaedah digemari ialah melalui hafalan namun jika tidak dilakukan dengan cara betul akan menyebabkan pelajar mudah lupa dan bertambah pening.
  • Menggunakan gambar sebagai memori 

Tukarkan maklumat diperoleh dalam kelas atau kuliah kepada gambar dan membuatkan anda lebih ingat berbanding mendengar saja. Ketika guru sedang mengajar, gunakan minda anda untuk menukarkan apa yang diperkatakan kepada gambar. Ini akan menjadikan anda lebih mudah mengingati.
  • Berikan tumpuan penuh semasa menghafal. 

Jangan alihkan tumpuan dengan melakukan perkara sampingan seperti menonton televisyen, mendengar radio, menghantar khidmat pesanan ringkas dan sebagainya ketika menghafal. Anda hanya membazir masa kerana akan hilang fokus.
  • Buat berulang-kali agar hafalan menjadi menjadi mantap. 

Anda perlu membuat hafalan berulang kali hingga faham. Jika masih samar, ulang semula hingga benar-benar ingat dan mendapat gambaran jelas. Selepas itu tulis apa yang dihafal itu bagi memastikannya berkekalan di minda.
  • Mula belajar sejak awal. 

Belajar pada saat akhir bukan saja akan membebankan otak malah membuatkannya tidak mampu menerima maklumat secara berkekalan. Anda juga akan berasa tertekan menyebabkan hafalan bercelaru.
  • Mengulang kaji sedikit-sedikit. 

Hafalan tidak boleh dilakukan dalam kuantiti banyak kerana daya mengingat manusia adalah terhad. Lebih baik fokus pada sesuatu dalam kuantiti kecil selain membuat ulang kaji secara berterusan.
  • Buat nota ringkas. 

Sediakan nota ringkas yang menarik serta dihiasi gambar untuk membantu anda ‘gembira’ ketika mengulang kaji.


Tips Memutuskan hubungan dengan pasangan

  2 comments    
categories: 

1. Menjaga jarak
Sebelum anda break-up, jaga jarak dengan gf/bf yang bakal ditinggalkan. Bukan untuk menghindar, melainkan untuk memberi waktu kepada diri sendiri juga pasangan agar berfikir lebih jauh mengenai hubungan yang sedang dijalani .Supaya pasangan tidak rasa lebih sakit hati jika ditinggalkan.

2. Lakukan sendiri
Jangan suruh orang lain beritahu kepada gf/bf yg bakal ditingglkan tu yang anda nk break-up dengannya,sangat penakut dan tak gentleman okay. Bagaimanapun menyakitkannya, memutuskan pasangan lmelalui orang ketiga akan membuat si dia merasa tidak dihormati.

3. Katakan dengan tegas, lugas, dan jelas
Susun ayat ringkas dan tidak berjela-je;a .Kalau anda membebel panjang hanya akan tambah sakit hati dan buat ex-gf/exbf anda pening.

4. Jangan memberi harapan
Tak perlu tambah ayat macam, "Kamu tetap yang terbaik", "A part of myself still loving u" dan sebagainya. Hal itu hanya akan mengaburkan tujuan utama anda. Nanti tak pasal2 dia ingatkan yang anda masihl menaruh hati padanya.

5. Sopan
Lakukan dengan tenang dan pilihlah kata-kata yang sopan. Memutuskan pasangan tak bermaksud anda boleh malukan pasangan. Sejahat-jahat pasangan anda, tetap perlakukan dia dengan hormat. He/she is the one that u once love in ur life.

6. Jangan menghubungi
Tak perlu call or sms just nak tanya bagaimana keadaan dia lepas break-up dgn anda... macam 'u okey?'. Just give he/she some time to forget all about u. Anda pun perlu waktu untuk kembali bangkit dan terlepas dari bayang-bayang bekas kekasih.



sumber

Tidur yang dapat pahala

  2 comments    
categories: 
Antara sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 33 kali.

4. Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. Kemudian baca bismillahirrahmanirrahim 21 kali. Barangsiapa membaca bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya
terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
Ambil wudhu’ sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

6. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

7. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi. Banyak lagi sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur. Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tak menimbulkan fitnah.

Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, di bawahnya Syaitan/ Jin Betina. Tidur bogel atau tak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai bapa-bapa angkat mereka ketika kita bersetubuh dulu.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda : Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri.

Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang . Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang .Bukan itu sahaja , tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adab-adab dalam Islam antaranya : -

1. Berwuduk
Sebaik-baik gosok gigi anda sebelum masuk tidur . Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati . InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis .


2. Perut Tak Terlalu Kenyang
Pastikan perut anda tak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam. Bukan sahaja tak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu . Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun .


3. Mengingati Kesilapan
Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian. Sekiranya anda melakukan perkara-perkara yang baik, tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik. Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar, berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T.


4. Membaca Doa dan Surah Tertentu
Ketika ingin melelapkan mata, amalkan membaca doa atau surah-surah tertentu terlebih dahulu. Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat.Rasulullah S.A.W sering mengamal membaca surah Al Ikhlas, Al Falaq dan Al-Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua-dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai. Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut-turut.


5. Berazam Untuk Bangun Awal
Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al-Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal. Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh .


6. Bangun Pagi
 Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami . KepadaNya kami akan dibangkitkan. Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot-otot badan.


Tips nak rumate or ousmate yang menjengkelkan keluar rumah or bilik..

  3 comments    
categories: 
 

dulu time belajar korang mesti adakan rumate ke ousmate ke yang korang tak bape suka sebab perangai dia amat menjengkelkan kan kan..aku tahu lah sebab aku pun pernah study gak..walaupun aku tak bape nak baik tapi aku bukan jenis yang menjengkelkan tahu..contohnya cam orang tue bau badan tak ley tahan ke pemalas sangat ke sampai pinggan sendiri pun tak reti na basuh dan yang paling penting takkan kain pelikat pakwe pun na tolong iron weh agak-agak laa der..
hehehe oke,,sini aku nak share tips berdasarkan pengalaman aku berhadapan situasi itu...

  • buat perkara yang dia tak suka..

menyanyi ke melalak ke tak pun tazkirah petang subuh ke..takpun ada rumate aku nie dulu suka nau bercerita sal pakwe dia..last-last aku dah tak ley tahan aku cabut duduk bilik kawan aku..tapi bukan aku k yang menjengkelkan tau,,huhuhu sampai abes sem aku tak balik bilk tue padahal itu bilik aku..aku jadi penghuni tak boleh dikesan identiti sebab duk bilik lain tapi daftar bilik lain..ketua paras pun tak pasan yang aku duk bilik membe aku sampai akhir sem..

  • matikan or silent hanset..

nie aku penah buat..silent hanset bila malm..sape suh balik lewat malam,,orang nak tido pun susa..
kalau sekali sekala takpe nie tak ari-ari kau senah dia keluar..bila dia keluar tak bawak kunci so tak ley bukak kan..bila tak ley bukak dia mesti nak cal kita kan..so bila cal tak dapat kan.. pandai-pandai lah dia cari tempat tido..huhuhu pagi2 bangun tengok dia kat lua umah huhuhu tapi berlakon buat cam kita tak tahu apa-apa..huahua seyes kejam kan..lusa tue dia keluar umah terus tau..

  • saje lengah-lengahkn masa kelas pagi..

bangun pagi pastue time dia nak mandi kita pun mandi..pastue mandi lama-lama..huahua lagi dia tak tahan huhuhu..
comfirm dia keluar dari umah dan bilik..yela asik pegi kelas lambat jek kan..

  • buat endah tak endah..

bila dia bercakap or what ever lah dengan kita,,kita buat tak tahu je tapi jangan nampak sangat yang kita tak suka padahal memang ea pun kan..
sepatah tanye sepatah jugak lah jawab..mesti lama-lama nanti kan perasan..so tak lama lagi mesti dia pun cabut..

  • elakkan dari berjumpa selalu dan aktiviti yang sama..

kalau 1 kelas memang susah gak la..tapi kena buat jugak sebab kita tak bape nak suka kan..kita kalau buat assigment buat sorang-sorang tak pun pergi umah classmate yang lain..
sebab kita tak nak ganggu dia buat assigment hehehe..